Anda di halaman 1dari 2

Huraikan pendidikan tidak formal dan institusi pendidikan Islam di Alam Melayu.

Pengenalan :

Matlamat pendidikan tidak formal :


o Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal yg
berasaskan pada pola kehidupan tradisonal. Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan
semasa dan berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan.

Pendidikan untuk semua :


o Setelah kemasukan Islam perkembangan pendididkan Islam mula berkembang dan menimbulkan kesedaran
masyarakat Alam Melayu dan pendidikan mula dibuka kpd kaum lelaki dan wanita.

Asas pendidikan Islam :


o Asas permulaaan pendidikan di Alam Melayu adalah dengan mempelajari Al-Quran dan juga hukum
agama.

Peranan pemerintah :
o Perkembangan pendidikan ini turut dimainkan oleh beberapa kerajaan Islam Melayu utama spt Pasai, Aceh
dan Melaka.

Isi :

Sistem pendidikan tidak formal :

Pengalaman, pemerhatian dan latihan :


o Ilmu diturunkan melalui prosespenglaman, kerja-kerja pertukangan dan pertanian. Anak lelaki akan
mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak lansung
o Seni mempertahankan diri juga dipelajari : anak perempuan diasuh di rumah dengan kerja-kerja berasaskan
kepada pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan sebagai seorang suri rumah dan
ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak, mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan.

Pendidikan agama ( di rumah guru, surau ) :


o Ulama turut menadikan rumah mereka sebagai tempat untuk menyampaikan pengajaran agama. Hal ini
terbukti dalam searah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusof untuk
memepelajari agama.
o Setelah kedatangan Islam pendidikan tidak formal diteruskan dengan penekanan kepada pelajaran
membaca Al-Qurandan mengenal huruf Arab di samping mempelajar itulisan jawi
o Asas sembahyang,ilmu tauhid, akhlak, halal haram turut diberikan perhatian pada tahap awal pendidikan
tidak formal Islam di Alam Melayu.
o Di Filiphina,kanak-kanak akan mendapat pendidikan Al-Quran di Surau atau di rumah guru. Di Indonesia
mereka mendapat pendidikan tidak formal di surau dan di Tanah Melayu pendidikan diadakan di surau atau
di rumah guru agama.

Sistem pendidikan Islam secara formal/institusi pendidikan

Institusi pondok :
o Sistem sekolah pondok merupakan tempat pelajaran agama berasingan daripada petempatan masyarakat.
Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal Al-Quran secara insentif.
o Di Tanah Melayu dan Selatan Thai institusi pondok yang dikenali seperti pondok Tok Kenali, pondok Tokku
Pulau Manis di Trengganu. Di Minangkabau dikenali sebagai surau. Di Jawa pula dikenali sebagai
pesantren. Aceh dan Pasai dikenali sebagai Dayah Kot Kuala.
o kurikulum menghafaz Al-Quran,ilmu agama seperti tafsir Al-Quran, hadith,tasawufdan mantiq. lepasan
sekolah pondok – belajar di pondok lain untuk menambah ilmu, ada yg melanjutkan pelajaran ke Mekah dan
Madinah seperti tokoh Tok Kenali. Terdapat juga di kalangan mereka menjadi tenaga pengaar di pondok.
o Institusi pondok di anggap sekolah berasrama penuh, dilengkapi rumah murid,rumah tok guru, tempat
beribadat, tempat menghadiri sekolah agama.
o Hubungan erat berlaku antara guru dan murid. Pelajar tidak dikenakan bayaran. Pelajar membantu seperti
menyediakan kayu api, air, membersihkan rumah guru dan mengerjakan sawah untuk guru.

Sistem pendidikan madrasah :


o Perkembangan sistem pendidikan Islam Alam Melayu berkembang dengan wujudnya madrsah. Pelajart
masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama dan teras pendidikan adalah sebagai asas sebelum
pelajar melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah.
o Madrasah terkenal seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam, madrasah Iqbal di Singapura,
madrasah Muhammadiyah Melayu di Kelantan, madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau Pinang dan
madrasah Ma’had Mahmud di Kedah.

Pengajian Islam di istana :


o Peranan istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu termasuk ilmu agama hanya disentuh dalam kitab
sastera Melayu spt Sejarah Melayu.
o Kerja menyalin sastera asing telah dilakukan terhadap kitab Amir Hamzah, Hikayat Muhammad al Hanafiah
dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.
o Sultan Alauddin,Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai tempat mempelajari agama.
Sultan Mansur pernah menjemput ulama datang ke istana untuk menyampaikan ajaran termasuk tasauf,

Peranan masjid :

Berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu di Alam Melayu ,seperti sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk

mempelajari agama.

Baiturrahman :
o Acheh : Pendidikan peringkat tinggi mempelaari Tafsir, Al-Quran, falfasah, mantik dan sejarah

Tiga Balai Pendidikan di Acheh :


o Sultan turut berperanan dalam mengembangkan peranan ilmu pengetahuan Islam di negara mereka.
Contoh, Sultan Iskandar Muda telah mendirikan balai-balai pendidikan yang dikenali sebagai Tiga Balai
Pendidikan iaitu Balai Setia Hukum, Balai Setia Ulama dan Balai Himpunan Ulama.
o Balai Setia Hukum –tempat berkumpul ulama dan cerdik pandai agama untuk membahaskan isu-isu
berkaitan agama.
o Balai Setia Ulama untuk menyelesaikan masalah mengenai pendidikan.
o Balai Jamaah Himpunan Ulama berperanan sebagai tempat para ulama, ahli fakir bertukar pendapat,
mengadakan ceramah agama dan menyelesaikan masalah agama.

Kesimpulan :

Sistem pendidikan awal Islam di Alam Melayu berkembang mengikut masa. Tahap awal pendidikan lebih bersifat

tidak formal. Penghayatan terhadap Islam telah mendorong pendidikan Islam di Alam Melayu berkembang. Sultan

yang memerintah turut memainkan peranan mengembangkan sistem pendidikan Islamdi Alam Melayu.

Anda mungkin juga menyukai