Anda di halaman 1dari 15

NAMA KURSUS DEA 2332 SUPERVISORY ELECTRICAL WORKS

STANDARD KANDUNGAN 5. PREPARE UNIT BUDGET

TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan atau kefahaman pelajar
mengenai pengurusan serta penyediaan belanjawan dengan berkesan. Di dalam topik ini
kita akan mempelajari topik pengawalan belanjawan. Ia termasuklah pengawalan bahan
mentah, unsur – unsur masa, pasukan kerja, dan mesin bagi melancarkan operasi

5.0 Prepare Unit Budget

PENERANGAN:

1.0 Pengenalan

1. Pengertian Proses Kawalan adalah pengawasan bagaimana untuk perlaksanaan yang


nyata dengan apa yang dirancang dan membuat penyesuaian dengan tujuan
memastikan perancangan dapat dicapai. Proses kawalan membabitkan perancangan,
dan perhubungan yang menuntut pada sasaran, mengenal pasti lencongan dan
mengambil tindakan yang betul.

2. Apakah yang perlu dikawal?


5.1 Tanggung Jawab Unit Kewangan

1. Perancangan dan penyelarasan.

Perancangan adalah kunci untuk berjaya didalam sebarang urusan dan keupayaan
perbelanjaan
perancangan untuk mengambil alih sesuatu tempat.

2. Penjelasan hak dan tanggungjawab.


Penjelasan tanggungjawab – tanggungjawab untuk setiap Pengurus san Pegawai yang
mesti
membuat belanjawan.

3. Perhubungan.
Proses perbelanjaan merangkumi semua tahap dalam pengurusan. Peralatan yang
penting dalam
perhubungan antara pengurusan di bahagian atasan dan pertengahan.

4. Pengawalan.
Proses untuk membandingkan keputusan yang nyata dengan keputusan yang telah
dirancang dan
membuat laporan dalam perbezaan adalah prinsip di dalam pengawalan belanjawan.

5. Motivasi.
Penglibatan pihak pertengahan dan atasan di dalam pengurusan dengan persediaan
belanjawan dan
penubuhan sasaran yang jelas di mana perlaksanaannya boleh diadili dan dapat dilihat
sebagai
kesedaran.
5.2 Jenis-jenis Pengawalan

1. Pengawalan dalam pembekalan bahan – bahan.

a) Periksa kualiti dan kuantiti pembekalan bahan – bahan.


b) Mengosongkan dan menyimpan peralatan bahan – bahan kepada prosedur yang
boleh diterima.
c) Mengedarkan bahan – bahan dan peralatan kepada orang bawahan.

2. Pengawalan unsur – unsur masa.

a) Menyediakan jadual waktu kerja.


b) Orang bawahan diberikan aktiviti – aktiviti dan rangkamasa untuk menyiapkan
aktiviti kerja.
c) Mengawasi maklumbalas. (komen).

3. Mengawal Pasukan Kerja.

a) Kenalpasti bilangan pekerja yang perlu diberikan kerja.


b) Kenalpasti beberapa tahap – tahap kemahiran yang diperlukan.
c) Berikan tugasan kerja dalam pasukan kerja.
d) Mengawasi dan menaksirkan projek.

4. Mengawal Pembaziran.

a) Memimpin pengiraan fizikal dalam kuantiti bahan yang dibekalkan.


b) Mengemaskini tahap / peringkat bahan simpanan yang sedia ada di atas
penggunaannya.
c) Memelihara kemudahan tempat simpanan barang – barang dan bahan.
4.0 Faedah – faedah atau kebaikan pengurusan sistematik.

a) Menghasilkan Produk yang berkualiti.


b) Jumlah jualan yang meningkat.
c) Proses – proses kerja dijalankan secara lebih teratur dan teliti.
d) Pencapaian objektif ‘ Zero Defect Product And Safety ‘.
e) Sistem jadual kerja.
f) Bonus.
g) Penjimatan kos dan masa.
h) Pengurangan pembaziran.

5.3

Pengurusan sumber

Kenalpasti sumber
• Bahan Mentah

• Sumber Manusia

• Mesin dan Peralatan

Bahan Mentah
• bahan mentah

- bahan mentah asli : besi


- separa siap : komponen logam dan plastik
- siap : bolt, skru, kusyen dll
• kuantiti

• kualiti

• pembekal : sendiri atau orang lain

• masa penghantaran

• masa penyediaan komponen separa siap

• inventori
Perancangan Bahan Mentah
• Spesifikasi produk

- jenis bahan, ukuran


- lukisan kejuruteraan
- lukisan pemasangan
• Permintaan pelanggan dan keupayaan – MPS

• Kemudahan mendapatkan bahan mentah

• keupayaan inventori

• senarai barang untuk produk (BOM)

5.4 JADUAL PENGELUARAN INDUK (MPS)

• Satu jadual perancangan pengeluaran untuk memasang atau membuat produk


yang telah ditempah. ia meliputi :

-senarai barang untuk diproses


- kuantiti
- tarikh penghantaran

• berasaskan permintaan dan keupayaan kilang

- ramalan dan tempahan

Contoh MPS
• Syarikat A mengeluarkan 3 jenis kerusi mempunyai MPS seperti berikut:

MASA JAN FEB MAC


ITEM
Kerusi pejabat 80 120

Kerusi rehat 50 75

Kerusi dapur 100 90


5.5 Bill Of Material (BOM)
• Senarai bahan mentah, bahan separa siap dan barang siap yang diperlukan
dalam menyiapkan sesuatu produk

• menggunakan kaedah rajah pokok atau struktur pecahan kerja (projek)

Keperluan Mesin Dan Peralatan


• Berasaskan :

- spesifikasi produk – ketepatan dimensi


- bilangan produk
- proses pengeluaran yang dipilih
- kapasiti mesin
- keperluan penyenggaraan mesin
- kemampuan syarikat
- aspek-aspek keselamatan

• Susunatur mesin

- bergantung kepada proses

• Penjadualan

- penggunaan mesin yang optima


- Carta Gantt – bebanan mesin
- jadual diselaraskan dengan jadual penugasan kerja

Keperluan Sumber Manusia

• bertujuan menentukan pekerja yang sesuai dipilih dari segi bilangan dan
kemahiran dan membuat penjadualan kerja yang optima supaya tiada pekerja
atau mesin yang melahu

• Jadual penugasan

-jadual pengeluaran induk


- tempoh masa sesuatu kerja
- selari dengan jadual bebanan mesin dan jadual kerja

Merancang Kos Projek

Komponen Kos :
• tenaga kerja (labor)

• perbelanjaan asas (overhead)

• bahan-bahan mentah (material)


• peralatan dan alat-alat kelengkapan untuk menyiapkan projek

Kenalpasti Proses

• Mengenalpasti kerja-kerja yang perlu dilaksanakan

• memilih proses yang sesuai

• aliran kerja (process flow chart)

• struktur pecahan kerja (work breakdown structure)

5.6 PROSEDUR MEMESAN BAHAN ATAU PERALATAN LATIHAN

Setiap organisasi seharusnya mempunyai sistem pengurusan bahan atau peralatan


latihan yang sistematik. Ini haruslah dilakukan supaya bahan dan peralatan dapat diselenggara
dan disimpan dengan betul dan dikemaskini.Selalunya seorang pekerja akan dilantik bagi
memastikan bahawa kuantiti bahan dan peralatan adalah sama seperti yang terdapat di dalam
rekod pusat latihan.Berikut merupakan salah satu prosedur biasa bagi memesan bahan atau
peralatan yang akan digunakan bagi program latihan :

 Bahan dan peralatan hanya boleh dikeluarkan atas pemesanan yang ditandatangani
oleh pegawai yang telah diberi kuasa oleh organisasi tersebut.

 Semua pesanan untuk kegunaan organisasi haruslah menggunakan borang khas yang
telah disediakan oleh pihak organisasi. Kesemua borang ini boleh didapati di bahagian
pentadbiran organisasi. Pemesanan boleh dilakukan secara terus atau melalui pegawai
stor yang telah dilantik oleh organisasi.

 Pegawai stor pemesan akan menyimpan salinan pesanan barangan yang telah dibuat
dan salinan yang selainnya akan dihantar ke stor barangan yang akan membuat
pembekalan.

 Kesemua salinan borang pesanan akan didaftarkan dan akan diberi nombor siri oleh
bahagian kawalan stok sebelum ditentukan kuantiti yang akan dikeluarkan. Seterusnya
satu salinan borang pesanan akan diberikan kepada pemesan untuk semakan catitan
tanggungan dan disimpan sehingga barangan yang dipesan diterima.

 Sekiranya terdapat ketidaan atau kekurangan bahan atau peralatan yang telah dipesan,
bahagian kawalan stok pusat latihan akan meminda dan memaklumkan segera kepada
pemesan dengan mencatitkan kuantiti baru yang harus dikelauarkan dan dikoskan
menurut kuantiti yang telah dipesan tersebut.

 Setelah bahan dan barangan yang dipesan telah diterima, salinan asal borang pesanan
akan diserahkan kepada bahagian akaun pusat latihan untuk difailkan. Salinan pertama
borang hendaklah dikembalikan kepada stor pemesan untuk makluman dan tindakan.
Lain-lain salinan akan diberikan kepada bahagian kawalan stok bahan dan peralatan
serta satu salinan akan disimpan pleh pemesan.

 Tiap-tiap pengeluaran bahan dan peralatan yang dibuat mestilah melalui pegawai stor
yang telah dilantik atau seorang pegawai yang diwakilkannya secara bertulis. Beliaulah
yang akan bertanggungjawab menandatangani semua borang pesanan dan borang
penerimaan bahan dan peralatn tersebut.

 Akhir sekali, pemesan akan menerima barangan yang telah dipesan seterusnya akan
memeriksa dan menyemak barangan yang telah diterima, menurunkan tandatangan dan
tarikh penerimaan diruangan yang telah disediakan diborang penerimaan. Satu salinan
borang penerimaan akan diberikan kepada pihak pusat latihan bagi tujuan penfailan dan
penyemakan.

KERJA-KERJA UNDI DAN SEBUTHARGA BAGI KERJA-KERJA ELEKTRIK

1.0 KEHENDAK AM

1.1 Bahan-Bahan

1.1.1 Semua bahan dan peralatan elektrik yang digunakan hendaklah yang baru
(belum terpakai) dan sesuai kepada sistem bekalan tempatan.
1.1.2 Untuk bahan-bahan dan peralatan elektrik, hanya jenama-jenama, jenis-jenis
dan model-model yang telah diluluskan oleh JKR akan diterima
1.1.3 Bagi bahan-bahan dan peralatan-peralatan elektrik dimana tiada jenama, jenis
atau model yang telah diluluskan oleh JKR, maka pertimbangan untuk
penggunaan barang-barang ini boleh dipertanggungjawabkan kepada Penolong
Pengarah Elektrik berkenaan.

1.2 Syarat-Syarat

1.2.1 Kerja-kerja elektrik yang dijalankan hendaklah mematuhi Undang-Undang,


Undang-Undang Kecil, Peraturan-Peraturan, dan Pekeliling-Pekeliling yang
dikeluarkan oleh:

a. Suruhanjaya Tenaga (Jabatan Bekalan Elektrik & Gas)

b. Jabatan Keselamatan Perkerjaan dan Kesihatan

c. Jabatan Bomba dan Penyelamat

d. Jabatan Telekomunikasi Malaysia

e. Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik


f. Pihak Berkuasa Tempatan

1.2.2 Kerja-kerja elektrik yang dijalankan hendaklah juga mengikut bahagian-bahagian


yang berkenaan dengannya:

a. Spesifikasi Standard JKR Cawangan Elektrik

b. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan semasa

c. Undang-Undang Kecil Seragam Bangunan (SBBL) semasa

d. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

e. Edisi terbaru MS IEC 364:1996 / BS 7671 (IEE Wiring Regulation)

f. Standard and Codes of Practice berkenaan yang diluluskan oleh SIRIM

1.3 Pengujian

1.3.1 Kerja-kerja elektrik hendaklah diuji mengikut peraturan-peraturan yang telah


ditetapkan dan semua keputusan ujian hendaklah diserahkan kepada Penolong
Pengarah Elektrik berkenaan.
1.3.2 Kontraktor hendaklah berurusan dengan pihak Pemegang Lesen / Pihak
Berkuasa Bekalan seperti TNB dan sebagainya untuk keperluan seperti
pemeriksaan, pengujian, penyambungan bekalan elektrik, pemasangan meter
dan lain-lain.

2.0 SENARAI KUANTITI

Senarai kuantiti sangat penting untuk beberapa tujuan seperti yang berikut:

 Membuat anggaraan kos kerja/projek


 Membuat perubahan harga/variation order (V.O)
 Memahami skop kerja/projek
 Memudahkan kontraktor mengisi harga kerja/projek
 Memudahkan penyelesaian kepada sebarang pertikaian antara kontraktor
dengan pemunya projek atau juruperunding

Terdapat tiga jenis senarai kuantiti seperti dibawah ini.

a. Kerja-Kerja Undi
b. Kerja-Kerja Sebutharga
c. Kerja-Kerja Tender
3.0. KERJA-KERJA UNDI

i. Nilai kerja dianggarkan kurang dari RM 20,000.00


ii. Butir-butir kerja dan harga berpandukan kepada buku jadual kadar harga
untuk penyelenggaraan elektrik dan kerja-kerja kecil elektrik
iii. Menggunakan borang piawai iaitu Lampiran B dan Lampiran C
iv. Kontraktor hendaklah yang berdaftar dengan JBE&Gas dan PKK yang
bertaraf bumiputera

3.1 Cara-Cara Pengundian Dijalankan

Kebiasaannya pada awal tahun jabatan hendaklah menyediakan jadual untuk kerja-
kerja undi. Kekerapan kerja-kerja undi adalah bergantung kepada jumlah kerja-kerja
yang dianggarkan pada setiap tahun. Mungkin kerja-kerja undi boleh dijalankan sekali
sebulan, dua sekali sebulan, tetapi di negeri Selangor kerja-kerja undi dibuat sekali
sebulan. Ini adalah berdasarkan kepada jumlah undi pada tahun-tahun sebelumnya
serta bilangan kontraktor yang layak untuk menyertai undi.

Jadual kerja-kerja undi yang telah dirancang hendaklah dimaklumkan kepada semua
kontraktor elektrik yang layak (yang ada rekod) dan juga kepada semua JKR Negeri.

Sebelum undi dijalankan, Jadual Kadar Harga untuk kerja yang akan diundikan
hendaklah disediakan terlebih dahulu dan tajuk kerja serta jumlah / kuantiti hendaklah
disenaraikan didalam borang yang disediakan.

Senarai kerja-kerja yang akan diundikan hendaklah dipaparkan di papan kenyataan di


tempat pengundian sebelum undi dijalankan. Ini bermakna kontraktor boleh mengetahui
jumlah serta nilai dan kawasan kerja yang akan diundikan.

Pendaftaran kontraktor hendaklah dibuat sebelum pengundian dijalankan dengan


mengisikan borang yang disediakan oleh pegawai pendaftaran. Sijil-sijil asal JBE&G
dan PKK serta taraf bumiputera hendaklah dibawa bersama semasa pendaftaran dan
hanya penama yang ada nama didalam sijil pendaftaran PKK sahaja dibenarkan untuk
mendaftar dan seterusnya menyertai undi.

Kaunter pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja masa ditetapkan telah tamat.
Sebelum urusan pengundian dijalankan, Pegawai yang menjalankan pengundian
hendaklah memaklumkan kepada semua kontraktor perkara-perkara berikut:

a. Jumlah kerja-kerja yang akan diundikan


b. Jumlah kontraktor yang hadir dan layak untuk turut serta didalam pengundian
c. Lain-lain perkara penting yang perlu dimaklumkan kepada kontraktor dari
masa kesemasa

Ada dua cara pengundian dijalankan:

a. Kontraktor akan mencabut kertas undinya sendiri


b. Kontraktor akan mencabutkan kertas undinya untuk kontraktor lain
Kontraktor yang berjaya akan menandatangani terus penerimaan kerja dan pegawai
yang bertanggungjawab akan membuat temujanji membuat lawatan ketempat kerja
yang akan dijalankan dan menunjukkan kerja-kerja yang perlu dibuat. Indent kerja akan
disediakan oleh pegawai yang menyediakan indent kerja.

Setelah kerja-kerja disiapkan pegawai yang menyelia kerja hendaklah mengesahkan


dibelakang invois kontraktor yang kerja-kerja telah disiapkan dengan sempurna dan
telah diperiksa.

Di JKR Selangor, tempoh siap kerja untuk kerja-kerja undi ialah tiga minggu, dan
mengikut arahan terbaru, sekiranya kontraktor tidak memulakan kerja dalam tempoh
dua minggu tanpa alasan, kerja-kerja tersebut boleh ditarik balik. Sekiranya kontraktor
telah memulakan kerja, tetapi gagal menyiapkan kerja tersebut dalam tempoh tiga
minggu, kontraktor tersebut tidak dibenarkan untuk menyertai undi berikutnya sehingga
kerja-kerja disiapkan. Perakuan siap kerja yang dikeluarkan oleh pegawai yang
mengawasi hendaklah dibawa bersama semasa kerja-kerja undi berikutnya bagi
memastikan kelayakan boleh menyertai undi atau tidak.

3.2 Pembayaran Kerja-Kerja Undi Yang Telah Disiapkan

Perkara-perkara berikut hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan kepada pegawai


yang menyediakan proses bayaran:

a. Jadual Kadar Harga Kerja Undi – sekiranya ada pindaan kerja / harga,
hendaklah disahkan oleh pegawai yang menjaga / mengawasi
b. Inbois kontraktor yang telah di cop pengesahan penyiapan kerja
c. Salinan Sijil JBEG
d. Salinan Sijik PKK
e. Salinan Sijil Taraf Bumiputera
f. Nombor akaun bank – samada bersurat atau di tulis / cop pada inbois

Nota: sekiranya salah satu daripada dokumen diatas tidak disertakan, proses bayaran
tidak dapat disediakan.

4.0 KERJA-KERJA SEBUTHARGA

Nilai kerja dianggarkan diantara RM 20,000.00 - RM 200,000.00

Dokumen Sebutharga hendaklah disediakan yang mengandungi:

 Borang Sebutharga
 Jadual Kadar Harga
 Lain-lain borang yang perlu diisi oleh kontraktor
 Tarikh buka dan tarikh tutup*
 Spesifikasi Kerja
 Pelan tapak
 Pelan susunatur
 Rajah pendawaian
 Petunjuk
 Lain-lain jika ada

* Tempoh sebutharga dibuka sekurang-kurangnya satu minggu

4.1 DOKUMEN SEBUTHARGA

Jumlah dokumen hendaklah terdiri daripada:

a. Dua (2) bilangan Naskah Meja Tawaran (TTD)


b. Sekurang-kurangnya lima (5) bilangan naskah tawaran yang akan ditawarkan
kepada kontraktor

4.2 PERATURAN LAIN

4.2.1 Sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor hendaklah dipelawa untuk menyertai


sebutharga dan senarai kontraktor hendaklah disahkan / diluluskan oleh Ketua
Jabatan (borang disediakan).
4.2.2 Pemilihan kontraktor hendaklah adil, tidak pada kontraktor yang sama pada
setiap kerja.
4.2.3 Anggaran jabatan hendaklah dimasukkan sekali kedalam peti sebutharga pada
tarikh tutup sebutharga.
4.2.4 Jawatankuasa membuka sebutharga hendaklah dilantik oleh Ketua Jabatan dan
hanya pegawai yang dilantik sahaja dibenarkan membuka sebutharga.
Jawatankuasa tersebut sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang jurutera
dan seorang kerani.
4.2.5 Setelah dokumen dibuka dan nama-nama kontraktor serta harga tawarannya
telah disenaraikan, pegawai yang berkaitan hendaklah membuat penilaian serta
mengesyurkan kontraktor yang layak, yang diantaranya bergantung kepada
kriteria berikut:

 Harga tawaran
 Lengkap / Tidak lengkap tawaran
 Kesilapan pengiraan
 Jenama kelengkapan elektrik yang ditawarkan – diluluskan / tidak
 Lengkap / Tidak lengkap pengisian borang-borang yang perlu diisi

4.2.6 Setelah penilaian serta pengesyuran dibuat, semua dokumen yang berkaitan
hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Sebutharga untuk kelulusan
4.2.7 Jawatankuasa Sebutharga hendaklah dilantik secara bertulis oleh Pegawai
Pengawal bagi Jabatan Persekutuan dan Pegawai Kewangan Negeri bagi
Jabatan Negeri ( SPP 0/1995).
4.2.8 Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga hendaklah pegawai pemegang waran
peruntukan dan keahlian Jawatankuasa Sebutharga hendaklah terdiri daripada 3
orang pegawai dan hendaklah terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan
Profesional. Takrif pemegang waran adalah juga termasuk pemegang
peruntukan kecil.
4.2.9 Sekiranya jabatan tidak mempunyai pegawai kumpulan Pengurusan dan
Profesional, ahli-ahli lain boleh dianggotai oleh bukan dari kumpulan tersebut.
4.3 CARA PENYEDIAAN SENARAI KUANTITI UNTUK SEBUTHARGA

 Tajuk : Nama Projek


No Sebutharga / No Fail

 Sediakan beberapa ruangan untuk perkara-perkara berikut:

 Bil /Perkara
 Keterangan / Butir-butir kerja
 Kuantiti / Jumlah unit
 Kadar harga / Harga seunit
 Jumlah harga

I. Bil. / Perkara - No / huruf (I, II, / 1, 2, 3 / A, B, C )

II. Keterangan Butir-Butir Kerja

a. Pendawaian - Permukaan
Terbenam
Terbenam dalam konduit
Permukaan dalam konduit G.I/PVC
Dalam PVC casing

Perkara-perkara yang perlu dimasukkan dibawah pendawaian:

 Mata lampu, mata kipas, mata loceng, dsb.


 Mata kuasa – s/s/o, A/C, pengasing (isolator)
 Lain-lain kerja/peralatan yang diperlukan untuk sistem pemasangan yang
lengkap

b. Sesalur Kecil / Sesalur Menaik

 Catitan
 Jenis-jenis kabel yang digunakan, dalam konduit / permukaan berserta
dengan saiz dan perlu disebut dari mana ke mana
 Lain-lain kerja / peralatan untuk sistem pemasangan yang lengkap

c. Membekal / Memasang Peralatan Elektrik

 Catitan
 Jenis-jenis lampu dan komponennya, seperti mentol (W), rod gantung,
diffuser, dsb.
 Jenis-jenis kipas dan komponennya, lekapan dinding, siling, regulator
 Lain-lain peralatan elektrik
 Lain-lain peralatan / kerja untuk sistem pemasangan yang lengkap
d. Papan Suis Utama (PSU), Papan Suis Kecil (PSK/SSB), DB/DFB, Consumer
Unit

 Catitan
 Jenis-jenis PSU – ACB, MCCB, S/F, c.t dll.
 No lukisan yang perlu dirujuk
 Jenis PSK – sama dengan PSU
 Jenis DB/DFB – metalclad, bertebat penuh, bilangan hala, komponen-
komponen
 Jenis-jenis Consumer Unit – sama dengan DB
 Papan meter TNB – bertebat penuh, untuk c.t meter, terlitup logam
 Lain-lain kerja / peralatan untuk sistem pemasangan yang lengkap

e. Kabel Bawah Tanah

 Catitan
 Jenis-jenis kabel dan saiz, perlu disebut dari mana ke mana
 Saluran kabel untuk kemasukan kabel TNB – G.I / pitch fibre
 Lurang / duct / trench untuk kemasukan kabel TNB, saiz & lengkap
dengan penutup
 Lain-lain kerja dan peralatan bagi menyempurnakan kerja diatas

f. Sistem Pelindung Kilat

 Jenis-jenis sistem digunakan:


i. menggunakan pita kupram
ii. menggunakan pita aluminium
iii. menggunakan radioaktif
iv. komponen untuk sistem
v. no lukisan untuk rujukan
vi. lain-lain kerja / peralatan bagi sistem pemasangan yang lengkap

g. Membuka, Menanggalkan Dan Membuang Pemasangan Sedia Ada Untuk


Kerja-Kerja Pendawaian Semula

 Jika tidak dijelaskan didalam senarai kerja, pemborong mungkin


menuntutnya, ataupun alat-alat lama dibuka tetapi tidak dibuang serta
dibersihkan dari kawasan kerja
 Harga dalam bentuk harga pukal (lump sum)

Kuantiti / Jumlah Unit

 Di isi dalam bentuk bilangan seperti 10, 20, 1 set, 1 lot bagi item yang
boleh dikira
 Bagi item yang tidak boleh dikira seperti lain-lain kerja dan peralatan
jumlah pukal (lump sum) hendaklah digunakan
 Sistem perlindungan kilat di isi dengan jumlah pukal (lump sum)
 Bagi kerja-kerja kabel bawah tanah dibawah bilangan jumlah meter perlu
diletakkan perkataan (provision) seperti 20 meter (prov.) sebab sering
berlaku panjang anggaran tidak menepati panjang sebenar yang
diperlukan.

Kadar Harga / Harga Se Unit

 Sebahagian besar perlu dikosongkan untuk pemborong masukkan harga


 Bagi item yang tidak boleh dikira perlu di isi dengan Harga Pukal (lump
sum).

Jumlah Harga - hendaklah dikosongkan

Ringkasan Tawaran

 Tajuk
 No Tawaran / Sebutharga
 Bil, Keterangan / Tajuk Kecil, Jumlah harga kecil
 Jumlah besar (RM)
 Catitan
 Tarikh
 Tanda tangan pemborong
 Cop / Metri (seal)

* Ringkasan tawaran tidak perlu untuk projek-projek kecil:

Senarai Peralatan Elektrik

 Nama Pengilang / Jenama Bahan


 Bilangan
 Nama peralatan elektrik
 Senarai katalog
 Catitan
 Tarikh, Tandatangan pemborong, alamat, cop
 Senarai ini boleh juga dimasukkan sebelah jumlah harga

5.0 KERJA-KERJA TENDER

 Nilai kerja dianggarkan lebih daripada RM 200,000.00


 Penyediaannya berbeza sedikit dengan sebutharga dalam aspek kerja-
kerja permulaan, peraturan, undang-undang dsb. (sila rujuk nota
peraturan kerja-kerja tender).

Anda mungkin juga menyukai