Anda di halaman 1dari 9

TEKS JURUACARA

MAJLIS GRADUASI PETRA 1 KALI KE- 7


TARIKH : 26 April 2018
BIL AGENDA TEKS CATATAN
Assalamualaikum w.b.t.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kadatangan tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekelian
ke Majlis Graduasi Kali ke 7 2018, SMK sultan Yahya Petra 1. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis
akan bermula sebentar lagi. Para hadirin dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing.

Mohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit atau
meletakkan nada ’silent mode’ bagi melancarkan majlis kita pada pagi ini.

Mohon kerjasama para hadirin agar berdiri semasa perarakan akademik berlangsung nanti kerana
selepas sahaja Tetamu kehormat, barisan pentadbiran dan ahli akademik mengambil tempat di
pentas, kita akan menyanyikan Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Petra Gemilang. Harap
Maklum

1 Ketibaan Mengumumkan Perarakan masuk Yang Berusaha Dr Zuber -Semua


Jemputan b Hassan, Ketua Sektor Pendidikan Sukan, Bahagian Sukan, berdiri.
-gamelan
(Tetamu Kementerian Pendidikan Malaysia diiringi dif-dif kehormat, dimainkan
Kehormat) barisan Pentadbir serta para ahli akademik, didahului selepas
oleh pembawa cokmar mohor rasmi graduasi, En Muhamad mc habis
Zawawi b Md Zin, Guru Cemerlang. bercakap
-cokmar
2 Nyanyian Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi kita akan Selepas
Lagu menyanyikan Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Petra pembawa
cokmar
Negaraku, Gemilang. letak
selamat cokmar
sultan Hadirin mohon berdiri

LAGU NEGARAKU, SELAMAT SULTAN DAN PETRA GEMILANG

Hadirin dipersilakan duduk.

3 Kata-kata alu Daun layu di tengah gurun


aluan Nampak Jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Bismillahirahmanirahim,

1. Yang Berusaha Dr Zuber b Hassan


Ketua Sektor Pendidikan Sukan
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Yang Berusaha Puan Norhayati bt Muhammad


Pen. PPD Pengurusan Kurikulum (Teknik & Vokasional)
Daerah Kuala Krai.

3. Yang Berusaha En MD Rashid b Mustafa


Pengetua SMK Sultan Yahya Petra 1
4. Yang Berusaha Tn Hj Azizuddin b Hj Hussein
Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Yahya Petra 1

5. Yang Berusaha Dr Wan Mastok b Wan Mesuji


Naib Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Yahya Petra 1

6. Yang Berusaha Pengetua-pengetua, wakil sekolah-


sekolah Menengah sekitar Kuala Krai,dif- dif
jemputan terutamanya agensi-agensi luar

7. Barisan pentadbir, para pendidik SMK Sultan yahya 1

8. para ibu bapa dan Penerima-penerima anugerah


graduasi petra ,2018

Terlebih dahulu majlis merakapkan setinggi- tinggi


penghargaan dan ucapan terima kepada Yang
Berusaha Dr Zuber b Hasan atas kesudian hadir bagi
menjayakan majlis graduasi kali ke 7 bagi tahun 2018.

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Cokmar Graduasi yang mendahului perarakan masuk


sebentar tadi ,melambangkan warga Petra yang sentiasa
memburu pengetahuan secara sistematik dan tekun untuk
kebaikan sejagat. Ianya merupakan simbol sebuah sekolah
berbilang kaum yang bersatu padu dan disegani. Bentuk
cokmar ini melambangkan sebuah institusi pendidikan yang
dapat membentuk pelajar berdisiplin dan dihormati kerana
penguasaan ilmunya.

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi


daripada pihak sekolah kepada putera dan puteri SMK
Sultan Yahya Petra 1 yang berjaya menamatkan
pembelajaran dalam Sijil Kemahiran Malaysia, Peperiksaan
PT3 2017 dan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia 2017.

Bacaan Doa Hadirin dan hadirat yang dimuliakan


Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kama-
sama kita menadah tangan bermunajat, memohon
keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru
itu majlis dengan hormatnya menjemput Al Fadhil Ustaz
Mohd Nor b Awang untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

BACAAN DOA

Amin. Amin Ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan


ribuan terima kasih kepad Al Fadhil Ustaz atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.
Ucapan Sidang hadirin sekalian,
pengetua
Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Dipersilakan tuan pengetua.

Sebagai pembuka tirai majlis yang penuh bermakna bagi


warga petra pada pagi ini,majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
En Md Rashid b Mustafa, Pengetua SMK Sultan Yahya Pertra
1 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
sukacitanya dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


Tuan Pengetua atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Ucapan Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa


perasmian Di dini ada ibubapa yang prihatin sepenuh jiwa
Di sini ada pendidik yang tidak pernah erti putus asa,
Di sini ada pengetua berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berusaha Dr Zuber


b Hasan , ketua Sektor Pendidikan Sukan, bahagian Sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi Petra
kali ke 7 2018

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

UCAPAN PERASMI

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Zuber b
Hasan , ketua Sektor Pendidikan Sukan, bahagian Sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia atas ucapan perasmian
sebentar tadi. Semoga segala amanat dan ucapan itu tadi
dapat kita hayati.
Persembahan Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Pt3 dan
nasyid pav bleh
Seloka bukan sebarang seloka ready
Seloka pantun kiasan diri beratur
Majlis kini berehat seketika Pemakaia
n jubah
Saksikan wadah istimewa ini
tingkatan
5
Kita saksikan pula persembahan yang kedua pada hari ini. Persembahan koir
Yang akan menyampaikan 2 buah lagu iaitu Gemuruh dan I Have a Dream.

****** KOIR *******


Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada Pasukan Koir
SMKSB diatas persembahan tadi.

Anugerah NYDP +
Cemerlang Kalau roboh Kota Melaka HEM
Bawa diri ke Tanjong Jati -gamelan
PAV dan PT3 -lulus spm
5T5, 5T4, 5T3, Majlis bermula tirai dibuka,
bersedia
5T2 Acara Penganugerahan Sijil Graduasi pakai
jubah
Hadirin hadirat yang dimuliakan, -PENERIMA
Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil PERTAMA
graduasi dan anugerah kecermelangan akademik kepada SEDIA.
para graduan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah


kecemerlangan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)dan
graduan PT3 yang memperolehi 5A ke atas bagi PT3 tahun
2017.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha Dr Wan Mastok


bin Wan Mesuji dengan diiringi Yang Berusaha En Mohd
Syukri Bin Abdullah , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
,Majlis mempersilakan.

PAV
PT3

LULUS SPM
5T5
5T4
5T3
5T2

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih atas penyampaian sijil graduasi itu
tadi.

Sijil Lulus SPM Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi YDP PIBG
5T1-5SN1 dan anugerah kecemerlangan lulus SPM 2017 bagi kelas + PK T6
5T1-5SN1 PENERIMA
PERTAMA
Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha Tn Hj Azzizuddin READY
b Hj Hussein dengan diiringi Yang Berusaha En ibrahim b
Yaakob, penolong Kanan Tingkatan 6. Majlis
mempersilakan.

LULUS SPM 5PA-5SN1

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih atas penyampaian sijil graduasi itu
tadi.
Lulus STPM Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi PPD + T6
kepada pelajar cemerlang SPM dengan keputusan 5A ke PELAJAR
PERTAMA
Cemerlang atas lulus STPM dan cemerlang STPM yang memperolehi NAIK
SPM gred purata 1.33-3.5
-5A
-6A Dengan ini majlis menjemput Yang Berusaha Pn. Norhayati
-7A bt Muhammad , Pen. PPD Pengurusan Kurikulum (Tek &
-8A Vokasional), mewakili Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
-9A En sazali b Ibrahim dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tn
-10A Hj mohd Azam b Omar, Penolong Kanan Pentadbiran
untuk menyampaikan sijil graduasi. Majlis mempersilakan.
Cemerlang
STPM Lulus STPM

Cemerlang SPM
-5A
-6A
-7A
-8A
-9A
-10A

Cemerlang STPM

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Norhayati bt
Muhammad, Pen. PPD Pengurusan Kurikulum (Tek &
Vokasional), , kerana sudi menyempurnakan upacara
penyampaian sijil graduasi itu tadi.
Anugerah Hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian Dr Zuber b
Petra Hassan. +
penegtua
Pelajar Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah
Terbaik PETRA 2017 bagi pelajar TERBAIK dalam peperiksaan PT3,
PT3 SPM dan STPM 2017. Pelajar
SPM pertama
STPM Dengan ini majlis dengan penuh takzimnya menjemput sedia
Yang Berusaha Dr Zuber b Hassan, Ketua Sektor Pendidikan
Anugerah Sukan, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia
sekalung Budi dengan diiringi Yang Berusaha En. MD Rashid b Mustafa,
1. staf Pengetua SMK Sultan Yahya Petra 1 untuk menyampaikan
2. kaunselor sijil dan anugerah. Dipersilakan.
3. form 6
4. panitia ( Baca biodata)
5. pentadbir
Pelajar terbaik peperiksaan PT3 2016,......baca biodata
agensi Luar Pelajar terbaik peperiksaan SPM 2016,......baca biodata
pengetua Pelajar terbaik peperiksaan STPM 2016,......baca biodata

Seterusnya adalah penyampaian anugerah Sekalung Budi


2017. Dengan ini dijemput wakil :
1. anggota kumpulan pelaksana : Pn Norizan bt Jaafar
2. kaunselor sekolah : En. Wan Ruzaimin b Wan Ariffin
(guru cemerlang)
3. guru tingkatan 6 : En. Ibrahim Yaakub ( PK tingkatan
6)
4. guru-guru arus perdana :
Jabatan Bahasa : Pn. Che Hasiah Yusoff (GKB)

Panitia Bahasa Melayu : Pn. Norhayati Hamid

Panitia Bahasa Inggeris : Pn. Fadiha Ab Ghani

Panitia Bahasa Arab : En. Mohd Noor Awang

Panitia Bahasa Cina : Pn. Ching Su Ping

Panitia Bahasa Perancis : Cik Nurul Amalina Mahmad Kamel

Jabatan Sains Sosial : Pn. Rohani Abdullah (GKSS)

Panitia Sejarah : Pn. Suliya Abdullah

Panitia Geografi : Pn. Nur Dalilah Ab. Hamid

Panitia Pendidikan Islam/


Tasawur Islam : Pn. Nouha bt Ismail

Panitia Pendidikan Moral : Cik Chi Tong Ying

Panitia Pendidikan Seni : Pn . Nik Anita Nik Ahmad

Panitia Pend. Jasmani &


Kesihatan : En. Mohd Hairi Azlan Ismail

Panitia Sivik & Kewarganegaraan : Pn. Norhamiza bt Mansor

: Pn. Nik Aida Musni Nik Mahmood

Panitia Muzik

Jabatan Teknik & Vokasional : Pn. Hjh. Siti Fatimah Muhamad (GKTV)

Panitia P.Akaun/Perdagangan &


Ekonomi : Pn. Suzana bt Husain

Panitia Kemahiran Hidup : Cik Norhawati Nor

Panitia Reka Cipta : Pn. Kartini Mohamad

Panitia ICT : En. Mohd Saidi Ahmad

Panitia PAV : En. Razman Ramli

Jabatan Sains & Matematik :Pn. Nor Bila Hussein(GKSM)

Panitia Sains (Sains,Kimia,Fizik


& Biologi) : Pn. Zanariah Che Drahman

Panitia Matematik (Matematik &


Mat. Tamb) : En. Mohamad Zawawi Md Zain

5. Pentadbiran sekolah : Tn Hj Mohd Azam b Omar.

Seterusnya penyampaian sijil penghargaan dan


cenderamata kepada agensi-agensi yang telah
menyumbangkan khidmat bakti kepada pihak sekolah
dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kecemerlangan
sepanjang tahun 2017.

Dengan ini dijemput wakil daripada :


1. PTPTN – En Che Azman Che Zam
2. Bank Rakyat
3. Bomba
4. IPD
5. Air Kelantan
6. ECER
7. JKR
8. KESEDAR
9. Jabatan Kebajikan Masyarakat
10. Majlis Daerah Kuala Krai
11. KTMB
12. JPAM
13. AADK
14. Pejabat Kesihatan Daerah
15. Hospital Kuala Krai

Seterusnya penghargaan kepada pengetua-pengetua dari


sek men sekitar daerah kuala krai. Dengan ini dijemput :
1. SMK Sultan Yahya Petra 2: Ibrahim b Isha
2. SMK Kuala Krai : En. Law Ann Chay
3. SMK Keroh : Mohd Rahzaini b Hj Mohd Zin
4. SMK Manek Urai : Rozalan b Che Hussin
5. SMK Pahi : Mohd Azahar b Hashim
6. SMK Laloh : Tn Hj Zainuddin b Loman
7. SMK Dabong : Tn Hj Fathi b Muhammad
8. SMK Bandar Kuala Krai : Pn Hjh Khadijah bt Hj Ali
9. SMK Mengkebang : Shamsuddin b Zakaria
10. SMU (A) Darussalam : Wan Salleh b Wan Yusoff (Mudir)
11. SMU (A) Saadatulqura: Zakri b Mamat (Mudir)
12. Kolej Vokasional : Hj Izani b Hj Daud (Pengarah)
13. MRSM :Che Mohd Fauzi b Che Omar.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih Yang Berusaha Dr Zuber b Hassan, Ketua Sektor
Pendidikan Sukan, Bahagian Sukan, Kementerian
Pendidikan Malaysia atas kesudian menyempurnakan
upacara penyampaian sijil graduasi itu tadi.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua


penerima sijil graduasi dan anugerah kecemerlangan
akademik 2016. Semoga apa yang dicapai hari ini menjadi
pemangkin kejayaanuntuk diri sendiri dan juga kepada
orang lain khususnya.
Persembahan Majlis Hadirin sekalian
2 Sebagai penutup tirai persembahan majlis kita pada hari ni,
majlis diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan koir
SMK sultan Yahya Petra iaitu Voice of Petra. Mendapat
tempat ketiga di peringkat kebangsaan anjuran
kementerian pelancongan dan kebudayaan malaysia gi
Glory Beach Resort , Port Dickson, negeri sembilan , Voice
of Petra ini akan membawakan lagu Standing In The Eyes.
Dipersilakan.

cenderamata Hadirin hadirat yang dimuliakan, Cokmar


bersedia
apabila
Sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran Tetamu gurindam
Kehormat dalam majlis ini, majlis berbesar hati memberikan dibaca.ga
melan
cenderamata tanda terima kasih kami kepada para berbunyi
tetamu kehormat. Dengan ini majlis menjemput Yang sepanjang
Berusaha En MD Rashid b Mustafa, Pengetua SMK Sultan cenderahat
i.berhenti
Yahya Petra 1 dengan diiringi Yang Berusaha Tn Hj Mohd apabila
Azam b Omar, penolong kanan pentadbiran. Dipersilakan. perasmi
Dijemput: duduk.
Bunyi
semula
apabila
1. Yang Berusaha Dr Wan Mastok b Wan Mesuji cokmar
bergerak.
Naib Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Yahya Petra 1

2. Yang Berusaha Tn Hj Azizuddin b Hj Hussein


Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Yahya Petra 1

3. Yang Berusaha Pn Norhayati bt Muhammad,


Pen. PPD Pengurusan Kurikulum (Teknik & Vokasional)
Daerah Kuala Krai.

4. Yang Berusaha Dr Zuber b Hassan


Ketua Sektor Pendidikan Sukan
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


penyampaian cenderamata itu tadi
Sidang hadirin yang dimuliakan,

Dengan ini selesailah sudah Majlis Graduasi Petra 2018

Andai tak dapat menjadi pohon cemara di puncak bukit


Jadilah belukar di bawah lembah .
Andai tak dapat menjadi belukar selingkar, jadilah rumput
sederet.
Andai tak dapat menjadi sepat, jadilah seluang yang
lincah.
Andai tak bisa menjadi matahari, jadilah sebutir bintang.
Tidak semua boleh menjadi nakhoda, sesetengah perlu
berbaju kelasi.
Besar bukan ukuran, kecil bukan perhitungan.. kerana
kejayaan datang dengan perjuangan dan pengorbanan.

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati,

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima


kasih kepada Yang Berusaha Dr Zuber b Hassan, Ketua
Sektor Pendidikan atas kesudian hadir bagi
menyempurnakan majlis graduasi ini. Dengan ini, majlis
memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran,
kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum...


13 Mengumumkan perarakan Yang Berusaha Dr Zuber b gamela
Hassan, Ketua Sektor Pendidikan bersama cokmar. Para n
jemputan dan guru-guru. Warga dewan diminta berdiri.

Anda mungkin juga menyukai