Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Pengajaran Sains Tahun 5

(23/6/2019, Ahad)

Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah


dijalankan ini, terdapat beberapa aspek yang boleh dibincangkan.

Dalam keadaan ini, sesi simulasi bagi eksperimen yang dilaksanakan


oleh guru adalah amat berkesan untuk murid membuat pemerhatian dan
mengaitkan prinsip yang telah murid belajar. Melalui simulasi eksperimen guru,
murid dapat mengenal pasti apa prinsip yang telah mereka belajar adalah boleh
diaplikasikan dan sebernar-benar berlaku di dalam kehidupan seharian kita.

Jika pandang dari aspek kelemahan kelas ini , bahan dan radas yang
dibekalkan dalam makmal sekolah adalah kurang dan tidak sesuai untuk murid
menjalankan amali atau eksperimen dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini. Sememangnya, murid lebih mudah menguasai suatu konsep
atau prinsip sains melalui aktviti “hand-on” seperti menjalankan eksperimen
selepas simulasi guru. Oleh itu, inilah salah satu kepantasan yang tidak dapat
dicapaikan dalam kelas sains saya.

Anda mungkin juga menyukai