Anda di halaman 1dari 48

Dadah musuh negara.

Mungkin ada diantara anda yang menganggap


pengharaman dadah adalah satu konspirasi untuk menghalalkan penjualan
ubat-ubatan di farmasi (yang juga mengandungi dadah dengan kuantiti
terkawal). Ada juga yang mengatakan kerajaan mengharamkan dadah
seperti ganja dan ketum kerana dadah-dadah ini tidak memberi pulangan
cukai yang lumayan kepada kerajaan. Sekiranya anda berfikiran seperti ini,
percayalah bahawa otak anda sudah rosak sebenarnya. Mungkin kerana
pengambilan dadah yang berlebihan ataupun sengaja untuk menghalalkan
perbuatan sendiri.
sekali lagi diulangi, dadah adalah musuh negara! kerana dadah banyak
keluarga cerai berai, kerana dadah ada nenek dibunuh dengan kejam,
kerana dadah jugalah kadar jenayah meningkat. Mungkin ada dikalangan
pembaca tidak banyak terdedah mengenai info dadah dan tidak sedar ada
diantara orang terdekat, terjebak dengan pengambilan dadah.
Ganja a.k.a kanabis

Ganja adalah dadah yang paling popular di Malaysia. Ianya juga dianggap
sebagai dadah 'gateway' kepada dadah jenis lain yang lebih teruk kesannya.
Menurut statistik, kebanyakan penagih dadah jenis lain bermula dengan
dadah jenis ganja terlebih dahulu. Diluar negara, ganja lebih dikenali sebagai
marijuana (dibaca mari-wana bukan mari-jua-na). Istilah lain yang popular di
Malaysia selain ganja pula adalah "boh", "balut", "daun" dan bahkan ada
juga menggelarkan ganja sebagai "husin" atau "usin".
Selain gelaran yang unik untuk susah difahami oleh orang awam, ada juga
gaya pergerakan tangan yang dibuat untuk menunjukkan simbol "ganja" ini.
Contohnya sekiranya individu A mahu bertanya kepada individu B adakah
beliau memiliki sedikit ganja untuk dikongsi, individu A akan menggores-
gores telapak tangannya menggunakan ibu jari tangan yang sama (gaya
seperti sedang balut rokok). Harga sebata ganja ini lebih kurang RM900 ke
RM1500.

Pil Kuda

Pil kuda ni sudah dikira "rare" di negeri utara Malaysia dan juga Sabah
Sarawak. Pil ini mudah didapati di negeri Kelantan dan Terengganu.
Kebanyakan yang terjebak dengan pil kuda biasanya akan terjebak juga
dengan dadah jenis syabu. Kerana kedua-dua dadah ini kononnya
memberikan 'extra' energi kepada pengambilnya. Ianya juga boleh
membuatkan individu itu menjadi terlebih berani dan aggresive. Jadi anda
mungkin sudah faham kenapa mat rempit kebanyakannya berani mati.
Walaupun begitu, janganlah dituduh semua orang bermotorsikal itu sebagai
mat rempit ya.
Pil kuda ni rupanya kecil macam pil ubat selsema berwarna merah hati. Cara
penggunaannya bukan dengan cara makan. Pil kuda ni perlu dibakar terlebih
dahulu. Kemudian asapnya itu akan disedut ke dalam mulut. Kebanyakan
yang mengambil pil kuda ni gigi mereka akan rosak teruk berwarna
kehitaman dan boleh menyebabkan gigi pecah. Harga pil kuda kini
mencecah RM120. tahun 90an sebijik cuma RM15 ke RM30.

Pil Ecstacy

Pil ini lebih popular dikalangan individu yang sukakan musik atau masuk ke
kelab malam. Pil ada didalam bermacam bentuk dan warna. Ada juga pil
ecstacy yang kelihatan seperti gula-gula kanak-kanak dengan gambar kartun
comel. Diantara sebab pil ini popular dikalangan orang yang suka berparti
adalah kerana musik yang kuat dan berdentum-dentum akan membantu
tahap khayalan individu tersebut. Selain itu, ecstacy juga menyebabkan
penambahan nafsu syahwat untuk melakukan seks. Sebab itulah di luar
negara ianya digelar "love pill". Nama lainnya adalah XTC dan MDMA.
Harganya tidak menentu bergantung kawasan juga. Biasa didengari sebiji
RM50 ke atas.

Pil erimin 5

Kesan pil erimin 5 pun hampir sama dengan ecstacy. Cuma pengambilan pil
ini boleh menyebabkan halusinasi yang lebih teruk berbanding ecstacy.
Ianya juga popular dikalangan "party people" kerana ia memberi rasa
seronok pada individu yang mengambil eramin 5 ini. Ramai wanita tak tahu,
pil ini digunakan untuk memudahkan lelaki serigala merogol mereka di
dalam kelab malam sebab itulah ianya digelar "rape drug". Banyak kematian
melibatkan erimin 5 biasanya melibatkan alkohol pada masa yang sama.
Harganya lebih kurang sama dengan ecstacy.
Ubat kepak a.k.a GHB

Ini satu lagi pil untuk memudahkan lelaki serigala merogol mangsanya.
Serbuk didalam pil ini biasanya dicampur ke dalam air untuk menghilangkan
kesedaran mangsa. Adakalanya mangsa boleh pengsan terus apabila
terdedah kepada dadah ini dan adakalanya menjadi separuh sedar justeru
membiarkan lelaki melakukan apa saja kepadanya. Dadah jenis ini yang
biasa dijumpai di Malaysia biasanya diimport dari negara Thailand
berbentuk seperti pin bowling (memudahkan urusan kepak dan picit).
Namun begitu ianya juga ada didalam bentuk kapsul pil biasa.
Tahun 90an harganya murah sahaja lebih kurang RM5 sebiji pil. Sekarang
dengar cerita sudah mencecah RM100 sebiji pil.
Ubat batuk

Ubat batuk ini asalnya digelar sebagai "kodein". Di sesetengah kawasan


pedalaman ada juga menggelarkannya sebagai "gayah". 2017 ini sudah
jarang didengari mengenai kes-kes melibatkan ubat batuk. Mungkin dadah
jenis ini sudah ketinggalan zaman dan tak mengikut trend semasa. Antara
kesan pengambilan ubat batuk mudah dilihat. Mata akan menjadi merah
kekuningan, percakapan melalut-lalut dan bermacam-macam lagi. Pendek
kata, kalau individu itu mengambil ubat batuk secara berlebihan, dia akan
jadi tak ubah seperti orang gila di jalanan. Percayalah. Harganya bergantung
size botol. Bermula dari RM20 ke ribuan ringgit.
Pil Methadone

Pil metadhone ada dijual di farmasi dan klinik-klinik tertentu asalkan


mendapat lesen dari kerajaan. Bahkan ianya juga boleh didapati dari klinik
dan hospital kerajaan. Pil Methadone digunakan untuk mengubati dan
mengawal pesakit yang ketagihan dadah jenis opium yang lain. Kesannya
tidak seteruk dadah yang lain namun masih mampu membuatkan pesakit itu
bertindak aggresive apabila kesannya sudah habis (di jalanan orang panggil
situasi ini sebagai "kong").
Syabu

Dan pemenang untuk kategori dadah popular masakini jatuh kepada syabu.
Syabu atau nama lainnya “Methaphetamine", memang sangat terkenal
dikalangan remaja. Ianya kini menular ke kawasan-kawasan kampung
pedalaman walaupun harganya sangat mahal. Pada tahun 90an, dadah ini
cuma digunakan oleh orang bangsawan saja, kini tidak lagi. Anak kepada
petani kecil pun boleh terjebak dengannya. Di jalanan, orang menggelar
syabu sebagai ice, ais, ataupun batu kerana bentuknya seperti kristal ais.
Di Malaysia, ramai penagih dadah seperti penagih pil kuda, kokain, ubat
batuk dan sebagainya kini beralih arah kepada syabu. Siapa tokan syabu
dizaman ini dialah raja dialah dewa. Tak kena cekup tak apa, kalau kena
cekup padan muka kau.
Antara tanda pengambilan syabu adalah banyak bercakap (kadang-kadang
benda tak berkaitan pun), aggresive, self-confident yang tinggi, dan
bermacam-macam lagi. Kalau orang tak kenal individu tersebut, pasti orang
akan salah sangka menganggap individu itu hebat, berwawasan dan
berpandangan jauh. Tapi bila habis kesan syabu, anda akan dapat melihat
individu tersebut bertukar dari seorang manusia kepada babi yang harapkan
penerajang orang sekeliling. Mereka akan jadi bad mood, cepat marah, dan
cepat berpeluh (badan terasa panas). Harga syabu mahal ya rabbi.
Bayangkan 100 miligram boleh mencecah RM60. Kalau sekilo?
Ini adalah senarai dadah popular dikalangan remaja masakini (2017).
Walaupun begitu masih ada lagi dadah jenis lain yang mudah didapati di
Malaysia seperti kokain, morphin, heroin, dan sebagainya. akan ditulis pada
artikel yang lain.
Wallahualam
Tanda-tanda dan kesan pengambilan
syabu

Oleh Izuari Idris pada 04 Mar 2017 kategori Edukasi

Syabu adalah dadah yang popular di masa kini. Ianya membelengu ramai
anak muda yang tidak menyangka kesan ketagihannya amatlah teruk sekali
sehingga boleh membuatkan mereka bertindak aggresive untuk
mendapatkannya. Paling aku geram, tokan-tokan syabu ini ada yang sengaja
memujuk mangsa untuk mencuba buat pertama kalinya agar mereka ketagih
dan akan mengulangi pembelian syabu melaluinya (repeat order).
Syabu memang dadah yang patut diperangi dan dihapuskan dari negara kita.
Harganya yang mahal (100miligram lebih kurang RM50 ke RM70)
membuatkan ramai penagih syabu sanggup melibatkan diri dengan jenayah
seperti ragut, rompak dan mencuri untuk memenuhi kehendak mereka. Ada
juga yang sanggup membunuh keluarga sendiri. Jadi anda, perlu tahu serba
sedikit maklumat mengenai syabu untuk mengenalpasti sama ada orang
terdekat terlibat dengan ketagihan syabu ataupun tidak.

Tanda ketika awal kesan pengambilan syabu

Antara tanda awal seseorang itu menghisap syabu ialah self-confident yang
tinggi. Mereka akan menjadi sangat ramah, orang yang tidak kenal mereka
pun boleh jadi kawan untuk pertemuan kali pertama. Anda mulakanlah
bicara tentang apa-apa topik pun, pasti mereka juga sama arif setanding
dengan pengetahuan anda. Perasaan ceria dan gembira dicampur dengan
mulut yang ramah pasti membuatkan anda senang bersama mereka. Namun
ianya hanya untuk seketika.
Tanda hujung-hujung kesan pengambilan syabu
(di jalanan orang gelar sebagai 'kong')

Mereka akan bertukar dari seorang yang ceria kepada orang yang sangat
resah. Riak wajah pun boleh terlihat seakan-akan ada seribu masalah
menimpa mereka sekelip mata. Dalam situasi ini, penagih akan berasa tidak
selesa dan tidak senang. Buka kipas dengan kelajuan nombor 5 pun boleh
membuatkan mereka berpeluh. Ditambah pula sekiranya stok syabu sudah
tiada, bertambah resahlah mereka.
Ada juga tabiat rutin bergantung kepada individu. Ada sesetengah orang tu
dia akan mengetap gigi, ada sesetengah tu akan basuh muka kerapkali, ada
sesetengah tu mengesat-ngesat mata dan muka. Hal-hal ini terjadi kerana
muka mereka akan terasa sedikit kebas dan tabiat ini akan berulang untuk
mengurangkan perasaan kebas yang tidak menyelesakan itu.
Pada saat "kong" ini, emosi mereka akan jadi tidak stabil. Mereka boleh
mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara tiba-tiba.
Masa ini lah tiba-tiba keluar kisah cinta lama lah, sedih dengan masyarakat
lah, kawan-kawan aniaya dia lah dan bermacam-macam lagi cerita penuh
emosi yang akan keluar dari mulut mereka.
Tanda-tanda fizikal

Ini diceritakan oleh ramai orang yang pernah mengambil syabu bahawa
syabu sangat membantu dalam menambah tempoh berjaga dan tidak tidur.
Disebabkan hal ini, penagih syabu akan berubah menjadi kurus dalam
tempoh yang amat singkat. Ada juga yang boleh dilihat pada wajahnya
seperti dibawah mata menjadi kehitaman (eye-bag), muka bertambah
jerawat dan lemak di pipi menjadi kurang (wajah cekung)

Kesan jangka masa panjang

Berdasarkan cerita daripada orang yang selalu menguruskan penagih syabu


dan rakan-rakan sendiri, untuk tempoh jangka masa panjang syabu boleh
merosakkan gigi dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh. Ada juga kes
dimana seorang penagih syabu ini jatuh basikal secara perlahan, namun
kakinya boleh patah.
Diantara kesan jangka masa panjang yang lain ialah, penyakit mental seperti
halusinasi, paranoia, perubahan pada struktur otak dan bermacam-macam
lagi. Pendek kata, penagih syabu yang 'extreme' ni boleh jadi gila terus.

Cerita kebiasaan berdasarkan pengalaman

Ramai penagih syabu ni sebenarnya meronta-ronta untuk cuba


meninggalkan dadah ini tapi tidak berhasil kerana kesan ketagihannya
adalah amat kuat sekali. Kerana malu diketahui orang ramai, biasanya
penagih syabu akan kaitkan masalah kesihatan dan masalah mental mereka
dengan perkara-perkara mistik seperti gangguan jin dan hantu. Kebanyakan
ibu bapa terpedaya dengan tipu muslihat anaknya berkaitan jin dan hantu
ini. Pada ketika inilah anda boleh lihat bomoh dan pawang-pawang diluar
sana diperbodohkan oleh penagih syabu. Hehehehe.

Antara perkara yang patut diperhatikan


Sekiranya anak anda selalu keluar rumah dan pulang dalam keadaan
mencurigakan, cuba elak dan tahan mereka dari keluar rumah untuk satu
tempoh tertentu, contohnya antara 4 ke 5 hari. Lihat reaksi mereka kalau
tiba-tiba aggresive lain macam tu kena bagi 'extra care' lah nampak gayanya.
Kebarangkalian tinggi dia akan mengamuk kalau tak dapat 'topup' syabu
dalam badan mereka. Menggigil-gigil mereka nanti sebab tu mengamuk
adalah jalan mudah bagi mereka untuk keluar rumah.

Hisap syabu menggunakan foil secara terus


Salah sangka dikalangan ibu bapa

Bila anak-anak mereka terlibat dengan ketagihan syabu, mereka


menyembunyikan hal ini kerana takut dimalukan atau mungkin kerana
terlalu sayangkan anak mereka. Ramai yang takut ahli keluarga mereka
ditangkap polis sehingga sanggup menyembunyikan hal sebenar.
Sebenarnya, membiarkan anak anda tidur di lokap buat beberapa hari boleh
memberi sedikit kesedaran kepada mereka (bagi pengguna syabu yang
baru). Namun kalau dah extreme tu susah juga nak sedarkan mereka.
Ada juga sesetengah ibu bapa, menghantar anak mereka ke sekolah pondok
dan hantar mereka keluar dari daerah/negeri bagi mengelakkan mereka
dapat membeli syabu dari tokan yang dikenali mereka. Namun bagi penagih
syabu tegar, selagi duduk dalam Malaysia, mereka akan cari syabu walau ke
lubang cacing sekalipun.
Kalau nak hantar anak keluar kawasan, pastikan hantar terus ke luar negara.
Solusi ini sangat berkesan dan terbukti dapat mengubati ketagihan syabu
bagi sesetengah orang. Dan apabila mereka pulang ke Malaysia, elakkan
mereka berkawan dengan rakan-rakan atau teman-teman lamanya yang
disyaki terlibat sama dalam najis dadah ini.

tags : batu tanda ketagih syabu crystal meth cara nak kenal
syabu methamphetamineice kesan hisap syabu najis
dadah syabu ais dadah ciri penghisap syabu edukasi

Sejarah Ciptaan Syabu (Methamphetamine) Dadah Yang Paling Banyak ...

Kronologi Kesan Pengambilan Syabu Terhadap Otak Dan Badan Dalam M...
7 Dadah Yang Paling Berbahaya Di Dunia

6 Dadah Jalanan Yang Sebenarnya Mempunyai Manfaat Kesihatan


Berapa Lama Tempoh Dadah Kekal Dalam Badan Manusia?

Kenali jenis dadah yang popular di Malaysia

POPULAR

Kisah Tragis Kembar Lima Dionne Yang Dijadikan Alat Mengaut Keuntungan
Senapang yang Diharamkan ini Boleh Membunuh 100 Unggas Air Dengan Sekali Tembakan

5 Negeri Paling Tinggi Kadar Jenayah di Malaysia

7 Perkara Ekstrem yang Dilakukan Pelakon untuk Menjiwai Watak Mereka

LAGI BERKAITAN
Formatted: Font: (Default) Calibri, 10.5 pt, Font color:
Custom Color(RGB(51,122,183))

Mitos mengenai akta 39B dikalangan penagih dadah

Formatted: Font: (Default) Calibri, 10.5 pt, Font color:


Custom Color(RGB(51,122,183))

6 Raja Dadah Paling Kaya Di Dunia

Formatted: Font: (Default) Calibri, 10.5 pt, Font color:


Custom Color(RGB(51,122,183))

Khasiat dan kesan buruk air ketum kepada badan


Formatted: Font: (Default) Calibri, 10.5 pt, Font color:
Custom Color(RGB(51,122,183))

Biara Thamkrabok: pusat rawatan pemulihan dadah yang hardcore

Mengenai • Privasi Polisi • FAQ • Hubungi


Kronologi Kesan Pengambilan Syabu
Terhadap Otak Dan Badan Dalam
Masa Yang Singkat

Oleh Kay Suhaimi pada 12 Oct 2017 kategori Kesihatan

Dadah syabu adalah antara dadah yang paling popular di seluruh dunia. Ia
juga dipopularkan dalam filem drama "Breaking Bad". Nama lain bagi syabu
antaranya adalah kristal, kristal meth atau d-meth, ais dan batu, adalah jenis
methamphetamine yang tulen dan paling kuat.
Secara lazimnya ia berbentuk serbuk atau kristal, dan biasanya disedut
melalui hidung, disuntik atau dihisap untuk mendapatkan keseronokan dan
khayal. Pada tahun 2012, Malaysia merupakan negara ke-3 tertinggi
dalam kes tangkapan methamphetamine di Asia Tenggara dengan 74,460
kes.

Namun, apakah yang dirasakan oleh pengguna dadah ini, ketika disuntik
atau dihisap, selepas beberapa jam kemudian dan keesokan harinya?

1 jam pertama
Menurut Dr Nicole Lee, Profesor Madya di Institut Penyelidikan Dadah
Kebangsaan Universiti Curtin, kesan pengambilan syabu ke atas seseorang
bergantung kepada bentuk, cara pengambilan dan jumlah yang diambil.
Kebanyakan daripada mereka akan menghisap, menyuntik atau menelan pil.
Ada juga yang melarutkan ke dalam air dan meminumnya.
Cara yang paling cepat untuk merasakan kesan syabu adalah dengan
menghisap. Dalam masa beberapa minit sahaja individu akan menjadi
khayal, dan jika diminum, perut harus menghadamkannya terlebih dahulu
mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum "high".
Apa yang mereka rasa ketika mengambil syabu? Kesan paling cepat daripada
syabu adalah rasa seronok yang amat sangat. Pengguna akan mempunyai
tenaga yang banyak dan mampu berfikir dengan jelas. Mereka berasakan
mereka mampu membuat keputusan yang betul dan merancang dengan
baik.

Mengapa mereka rasa begitu? Ia adalah kerana kesan dari


methamphetamine menyebabkan tahap hormon dopamine dalam otak
meningkat secara dramatik, sehingga 1,000 kali ganda tahap normal. Jumlah
ini adalah sangat tinggi berbanding kesan mana-mana dadah atau aktiviti
yang menyeronokkan yang lain.
Kesan fizikal yang boleh dilihat pada pengguna syabu adalah anak mata
menjadi besar, degupan jantung dan kadar pernafasan menjadi pantas,
kurang selera makan dan peningkatan nafsu seks.

Keesokan hari

Kesan daripada pengambilan syabu boleh bertahan di antara 4 hingga 12


jam. Namun, ia boleh dikesan melalui darah atau air kencing sehingga 72
jam. Kira-kira selepas 24 jam pengambilan syabu, kesannya akan
berkurangan menyebabkan pengguna menjadi lebih tenang dan relaks.

Ketika ini, pengguna akan berasa bertentangan dengan apa yang mereka
rasa ketika mereka khayal. Mereka akan mengalami masalah untuk
membuat keputusan, tak mampu fokus dan sukar merancang. Ia disusuli
dengan sakit kepala, pandangan menjadi kabur serta mula berasa lapar.
Berasa murung, gelisah dan cemas itu adalah perkara biasa. Mereka akan
berasa sangat letih dan mampu tidur seharian atau dua hari walaupun
kadang-kadang mengalami kesukaran untuk tidur. Sesetengah daripada
pengguna mungkin akan menjadi cepat marah, atau mengalami gejala
psikotik seperti paranoid dan halusinasi.

Penggunaan berulang
Selepas pengambilan syabu dalam dos yang tinggi, atau kerap, kesan
keseronokan yang dirasai akan semakin berkurangan. Mereka akan sentiasa
memerlukan dos yang lebih tinggi daripada sebelumnya untuk kembali
berasa seronok. Secara fizikalnya, mereka akan berasa jantung berdebar,
peningkatan kadar pernafasan, suhu badan meningkat, mulut kering.
Pengguna juga akan mengalami mual dan muntah.

Bagi mereka yang mengambil dos berlebihan atau mengalami tahap toksik
kritikal, strok atau kegagalan jantung serta sawan boleh berlaku. Dos
berlebihan juga mampu membuatkan pengguna berasa gelisah dan agresif,
menyebabkan perasaan paranoid yang sangat teruk dan menjadi psikotik.
Kesan ini adalah disebabkan oleh pelepasan bahan kimia yang dikenali
sebagai noradrenaline oleh methamphetamine, yang mendorong respons
untuk bergaduh, atau melompat / terbang.
Pengguna yang mengalami strok biasanya akan dibawa ke jabatan
kecemasan, dan mencetuskan masalah kepada pihak hospital. Mereka
menunjukkan tanda-tanda strok dan dalam masa yang sama sangat gelisah
dan agresif.

Syabu dan sakit mental

Hampir 1 daripada 4 pengguna methamphetamine secara kerap mengalami


gejala sakit mental. Ia menyebabkan pengguna menjadi terlalu curiga,
mempunyai kepercayaan aneh mengenai sesuatu yang tidak munasabah,
atau mendengar atau melihat sesuatu yang tak wujud, atau halusinasi.
Tahap kesan yang dirasai oleh pengguna adalah berlainan, dan mampu
bertahan di antara 2 hingga 3 jam. Namun, ia boleh menjadi sangat teruk
dan berterusan sehingga beberapa hari. Bagi yang mengalami skizofrenia,
mereka sangat cenderung untuk mengalami masalah mental selepas
menggunakan methamphetamine, berbanding pengguna lain.
Jenis-jenis opiat
1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan
aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar
daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat,
mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah.
Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat
atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”
Morfin Mentah
 Bentuk blok / serbuk
 Bertanda “999″
 Mengandungi 70% – 90% morfin
 Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
 Seperti serbuk kopi halus
 Mengandungi 60% – 70% morfin
Pil-pil Morfin
 Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
 Pil kecil berwarna putih / coklat pucat

3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia.
Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil
daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”
4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin.
Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan
sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik
Tablet Metahadone
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan
“dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan
digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan
dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

STIMULAN
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.
Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants
(ATS)” dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin

Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah
perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy
methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)
2. Methamphetamine
Syabu / Ice
“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan
stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu
lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk “chasing the dragon”


Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
Nama Jalanan : “Ice”

3. Kokain
Serbuk Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia
dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang
dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih
kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% – 8%


Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja
2. Hashish

Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan
dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% – 12%


Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan
bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila
terdedah kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%


Cara Menggunakan : Menghisap

“Bong” – Alat untuk menghisap ganja

Bong” – Alat untuk menghisap ganja


Menghisap ganja menggunakan “Bong”

“Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia
mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang
benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen.
Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-1970.
Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen
1. Ubat “Depresen”

Barbiturates
Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak
dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-
fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer”ialah “erimin-5″,


“rohypnol” dan“valium”.
Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko
“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang
menyalahguna “club drugs”untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih
heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram
heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap
disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape
drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan
bersama alkohol.
2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung
kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara
memperlahankan fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan


seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh
membawa maut.

3. GHB
GHB
“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil
dan kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan
dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.
Pokok Koka
Daun Koka
Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping
negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”
Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap
dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran
kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam
masa yang singkat.

4. MDMA
Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)
“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.
Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA
seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”
Ganja/Kanabis
Pokok Ganja
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh
daripada pokok “cannabis sativa”.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur
Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya
421 jenis bahan kimia yang mana“tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif
yang utama.
Daun Ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis

Anda mungkin juga menyukai