Anda di halaman 1dari 3

POLIMER SINTETIK

MAKSUD POLIMER

 Polimer ialah molekul berantai panjang yang terdiri daripada cantuman

banyak unit molekul kecil ( monomer)

 Pempolimeran ialah proses di mana monomer-monomer menyambung

untuk menghasilkan polimer

 Polimer ialah satu makromolekul ( molekul yang sangat besar ).Oleh

itu,polimer mempunyai jisim molekul relative yang sangat besar.Akan

tetapi formula empirik polimer adalah sama dengan monomernya

 Polimer mempunyai sifat yang berlainan dengan monomernya

.Contohnya ialah takat lebur , ketumpatan dan sifat kimia

 Polimer dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

a) Polimer semula jadi

- polimer yang tersedia ada dalam hidupan seperti haiwan dan juga

tumbuhan

- contohnya kanji , serat dan DNA

b) Polimer sintetik

- polimer yang terhasil daripada sintesis di industri

- contohnya plastik dan getah tiruan


POLIMER SINTETIK NAMA MONOMER PENGGUNAAN
Politena Etena Beg pembungkus,beg
plastik dan cawan plastik
Polivinil klorida Kloroetena (vinil Batang paip,baju
P.V.C klorida) hujan,penebat dawai
elektrik,kasut dan beg
Polipropena Propena Botol plastik dan perabot
plastik
Polistirena Feniletena (stirena) Bahan pembungkus dan
penebat haba

CARA PENGGUNAAN POLIMER

 SERAT – Polimer yang dimanfaatkan sebagai serat akan digunakan

dalam proses pembuatan kain dan benang.Contohnya adalah

poliester,nilon dan dakron .

 PLASTIK – Polimer yang dimanfaatkan untuk proses pembuatan

plastik.Contohnya adalah bakelit ,politelena, PVC, polisterina dan

polipropilena

SIFAT POLIMER TERHADAP HABA

 Polimer termoplas/termoplastik – Polimer termoplas adalah jenis polimer

yang akan mencair ketika dipanaskan dan akan kembali ke bentuk asal

setelah sejuk. Contohnya adalah PVC, polietilena, dan polipropilena.

 Polimer thermosetting – Polimer jenis ini tidak akan mencair ketika

dipanaskan dan tidak dapat kembali kepada bentuk asal setelah

sejuk.Contoh polimer ini adalah melamin dan selulosa.


PENGGUNAAN POLIMER SINTETIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN

1. Polimer sintetik adalah digunakan secara meluas untuk menggantikan

bahan semula jadi kerana mempunyai kelebihan berikut:

a) kuat dan ringan

b) murah

c) tahan kakisan dan tidak mereput

d) lengai kepada serangan bahan kimia

2. Namun begitu,penggunaan polimer sintetik boleh mengakibatkan

masalah pencemaran alam sekitar kerana :

a) kebanyakkan polimer tidak terbiodegradasikan, iaitu tidak diuraikan

oleh bakteria dan kulat

b) bekas dan botol plastic yang tidak ditanam dalam tanah boleh

menjadi tempat pembiakan nyamuk

c) pembakaran bahan polimer membebaskan pelbagai gas beracun

yang mengakibatkan pencemaran udara

3. Petroleum,bahan mentah pembuatan polimer sintetik adalah sumber

yang tidak dapat diperbaharui

4. Cara mengatasi masalah polimer ialah mengitar semula polimer dan

mencipta polimer terbiodegradasi

Anda mungkin juga menyukai