Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
limpah dan kurnianya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dalam jangka
masa yang telah ditetapkan.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah atas
kemudahan yang telah disediakan kepada para guru pelatih seperti kemudahan pusat sumber
bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan kemudahan Wifi bagi
memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan sekelas
kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam
menyalurkan pandangan dan maklumat sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini.
Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan amat saya hargai.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana mereka sentiasa
menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong saya dari
segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.

Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada
sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak.
Kesudian semua orang amat saya hargai. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai