Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Melalui kajian pihak yang terlibat dalam menjalankan PDA test iaitu Hendry (n.d),
ujian ini dijalankan bagi mendapatkan jumlah ukuran untuk ketegangan beserta
dengan kelajuan untuk melakukan penyambungan pada cerucuk yang digunakan.
Ujian yang dijalankan ini amat memudahkan dan juga menjimatkan dari segi masa
semasa menjalankan PDA test. Selain itu, menurut Boney Lim pula, ujian ini dijalakan
untuk mengenalpasti keadaan beserta dengan panjang cerucuk.

Kajian yang telah dinyatakan oleh Hendry dan juga Boney Lim telah disokong oleh
James Bali. James Bali (n.d) pula menyatakan bahawa untuk memastikan tolok yang
digunakan itu berfungsi dengan baik ataupun tidak, semakan akan dilakukan ke atas
tolok tersebut. Seterusnya, James Bali (n.d) juga mengatakan bahawa data untuk
hentakan akan diperlihatkan pada alat PDA, iaitu selepas sahaja penukul dihentak.
Menurutnya pula, melalui penggunaan perisian CAPWAP (Case Pile Wave Analysis
Program), data yang sudah direkodkan akan dianalisis.

Berdasarkan pernyataan James Bali, Markson (n.d) juga mengatakan bahawa


ujian PDA ini mempunyai kelemahan dan kelebihannya juga. Kelemahan ujian ini
adalah, kos yang diperlukan untuk menjalankan ujian ini sangat tinggi manakala
kelebihannya, ialah ujian ini dapat dijalankan dengan cepat. Menurutnya juga, ujian
PDA ini dapat dilakukan pada cerucuk keluli dan juga cerucuk konkrit.

2.0 Objektif

Ujian PDA ini adalah bertujuan untuk memastikan ciri lengkungan ‘Load-Settlement’
iaitu cerucuk yang ada pada beban kerja akan diperiksa. Seterusnya, ia bertujuan
untuk memastikan bahawa keupayaan tanggung muktamad cerucuk telah diperiksa.
Selain itu, ianya untuk memeriksa ketahanan struktur asas iaitu memastikan
pemeriksaan dijalankan supaya sambungan cerucuk adalah tahan.

1
3.0 Alatan Ujian PDA
1) Pile Driving Analyzer ( PDA )
Gambarajah 1.1 di bawah menunjukan alat PDA yang mana ianya digunakan
untuk merekodkan data dan untuk dianalisis.

Rajah 1.1 Pile Driving Analyzer

2) Dua (2) Strain transducer


Bagi merekodkan pergerakan dinamik cerucuk dan menilai kualiti data dan
gambarajah 1.2 menunjukkan strain transducer.

Rajah 1.2 Strain Transducer

2
3) Dua (2) Accelerometer

4) Kabel penghubung
Gambarajah 1.3 di bawah menunjukan kabel penghubung dimana ianya untuk
menghubungkan PDA dengan strain transducer.

Rajah 1.3 Kabel Penghubung


4.0 Bahan
1) Cerucuk
Digunakan untuk menjalankan ujian PDA dan gambarajah 1.4 di bawah
menunjukkan cerucuk.

Rajah 1.4 Cerucuk

3
5.0 Prosedur ujian PDA
1) Pemasangan instrument
Dalam kerja pemasangan instrument ia memerlukan 2 buah strain transducer dan
juga accelerometer dan kedudukannya perlulah berada dalam keadaan seperti
yang ditunjukkan pada gambarajah 1.5. Ianya perlu diletakkan sehingga pengaruh
lentur tidak dapat diminimalkan. Sekiranya berlaku lenturan semasa pelaksanaan
re-strike, jadi data yang telah diperoleh akan mengalami distorso sehingga analisa
yang dilakukan tidak tepat.

Rajah 1.5 Kedudukan strain transducer dan accelerometer.

2) Data pemancangan yang diberikan kepada penguji


Apabila menjalankan ujian PDA ini, data seperti yang berikut perlu diberikan
sebelum melakukan ujian PDA ini :
1) Mengenalpasti bilangan cerucuk
2) Tarikh pembinaan
3) Bentuk dan dimensi keratan rentas tiang
4) Kedalaman cerucuk yang ditanam
5) Data yang digunakan untuk menjalankan ujian PDA

4
3) Persiapan Pengujian PDA TEST

Penggalian tanah permukaan sekeliling kepala tiang, apabila kepala tiang


sama rata permukaan tanah. Kerja pengerudian lubang kecil pada cerucuk
untuk pemasangan strain transducer dan accelerometer dijalankan.
Gambarajah 1.6 ,menunjukkan kerja pemasangan strain transducer. Seterusnya
pemasangan instrument.

Rajah 1.6 Menunjukkan kerja pemasangan strain transducer

6.0 Keputusan ujian


Melalui data yang telah diambil semasa melaksanaan pengujian PDA, pada awalnya
ia akan diambil pada satu grafik dan data yang paling baik dalam akan
menggambarkan kekuatan atau daya kekuatan cerucuk yang diuji. Seterusnya,
keputusan yang telah diperoleh adalah untuk mendapatkan kekuatan cerucuk yang
baik, dan keadaan cerucuk.

Anda mungkin juga menyukai