Anda di halaman 1dari 21

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019

https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

Konseptualisasi Amalan Kesantunan Berbahasa Menurut Al-Quran


[Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran]

Ku Zaimah Che Ali*


Mardzelah Makhsin

Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, 06010
Sintok, Kedah, Malaysia

*Corresponding author: kuzaimahcheali@gmail.com

Received Date: 21 October 2018


Accepted Date: 28 January 2019

Abstract
This paper was discussed on the practicing concept of interpretation forming of
politeness according to al-Quran. The discussion was based on the method of Tafsir
Thematic. The Quranic verses were used to interpret practising concept of
politeness speaking in order to announce this concept equivalent with western and
east scholars. This effort was started due to previous research in which the practising
concept of politeness speaking among Muslim community basically based on
western scholar. Therefore this study was done because of the deficiency and
lacking concept introduced by western. Therefore, the research via Quranic verses
showed that, the practising concept of politeness already advocated by Islam a long
time ago. In fact, in Islam it provides comprehensive practise of politeness through
Quranic verses compared to western concept.

Keywords: Politeness, Tafsir, Thematic, the analysis, contents of al-Quran

Abstrak
Kertas ini membincangkan interpretasi pembentukan konsep amalan kesantunan
berbahasa menurut al-Quran. Perbincangan konsep adalah menggunakan kaedah
tafsir tematik. Ayat-ayat al-Quran disingkap bagi menghasilkan interpretasi terhadap
konsep amalan kesantunan berbahasa. Singkapan ini juga bertujuan untuk
mengetengahkan konsep amalan kesantunan berbahasa menurut al-Quran setara
dengan konsep-konsep amalan kesantunan berbahasa yang dikemukakan oleh para
sarjana Timur dan Barat. Usaha ini juga bertitik tolak daripada penelitian bahawa
kebanyakan kajian sebelum ini yang berkaitan amalan kesantunan berbahasa
terutamanya yang melibatkan masyarakat Islam didasarkan kepada idea atau
konsep yang dipelopori oleh sarjana Barat. Kekurangan dan kelompongan dalam
konsep yang dikemukakan oleh sarjana Barat mendorong penelitian ini dilakukan.
Dapatan penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran menjelaskan bahawa amalan
81
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

kesantunan berbahasa adalah satu nilai yang telah lama dianjurkan oleh Islam
seusia kedatangannya. Malah Islam melalui ayat-ayat al-Quran telah menggariskan
panduan konsep amalan kesantunan berbahasa yang lengkap mendahului semua
konsep yang diperkenalkan oleh para sarjana Barat.

Kata kunci: Kesantunan Berbahasa, tafsir tematik, kandungan al-Quran

Pendahuluan

Kesantunan ditakrifkan sebagai “halus (berbudi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan
atau “sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan (Awang Sariyan, 2007).
Kesantunan juga bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi yang mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya” (Awang Sariyan, 2007). Amalan kesantunan berbahasa ialah
suatu nilai murni yang terdapat dalam semua masyarakat sama ada masyarakat di Timur
mahu pun di Barat (Marlyna et all, 2012). Amalan kesantunan berbahasa dan
pembangunan sesebuah masyarakat (Asmah, 2007). Ketamadunan sesebuah masyarakat
tidak hanya diukur melalui pembangunan fizikal malahan ketinggian budi bahasa dan sopan
santun menjadi penanda aras kemajuan sesebuah masyarakat (Awang Sariyan, 2009, Sara
Beden, 2016). Perkembangan pemikiran sesebuah masyarakat dapat dilihat melalui
ketinggian budi bahasanya (Hamka, 2003). Semakin tinggi nilai budi bahasa sesuatu
masyarakat semakin tinggi tahap pemikirannya (Awang Sariyan, 2007). Demikian juga,
dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Hashim (2012) membuktikan dengan kajiannya
bahawa masyarakat Melayu sangat menitikberatkan budi pekerti dan kesopanan sehingga
dengan budi bahasa masyarakat Melayu terkenal di seluruh dunia. Kesantunan bahasa
yang diamalkan dalam masyarakat Melayu adalah pengaruh daripada pegangan terhadap
agama Islam.

Pernyataan Masalah

Di Malaysia sendiri, negara yang mempunyai berbilang bangsa dan anutan agama, amalan
kesantunan berbahasa menjadi suatu nilai yang dikongsi bersama. Semua bangsa iaitu
Melayu, Cina, India, Kadazan, Siam dan sebagainya sangat menitikberatkan nilai
kesantunan berbahasa (Kuang, et al, 2013). Amalan kesantunan berbahasa memainkan
peranan yang penting dalam menyatupadukan semua bangsa. Masyarakat sama ada di
Barat mahupun di Timur sangat menitikberatkan amalan kesantunan berbahasa hingga
mendorong kajian-kajian tentang kesantunan berbahasa dilakukan. Kini, kajian mengenai
kesantunan berbahasa menjadi semakin diminati oleh ramai ahli sosiolinguistik (Noriati,
2012). Kajian-kajian yang dilakukan memberikan impak yang baik apabila memaparkan
keindahan kehidupan masyarakat manusia yang sentiasa berusaha memnuhi tunututan
82
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

sosial dengan membina perwatakan dan perlakuan yang baik sehingga mewujudkan
keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat. Usaha ini memupuk sikap saling
hormat-menghormati dan saling menghargai walaupun berbeza bangsa, agama dan
negara. Kajian tentang kesantunan berbahasa telah dimulakan dengan kesantunan bahasa
Jerman oleh Schuler pada tahun 1950 (Noriati, 2012). Kajian ini diikuti oleh Goffman pada
tahun 1955 yang menulis tentang Konsep air Muka. Goffman (1967) telah mengemukakan
Konsep Air Muka sebagai intrepretasi terhadap teori kesantunan berbahasa dalam interaksi
sosial. Grice (1975) pula memperkenalkan Prinsip Kerjasama dengan beberapa maksim
perbualan sebagai teori yang mengukur nilai dan tahap kesantunan berbahasa.

Leech (1983) memperbaharui teori Grice dengan memperkenalkan Prinsip


Kesantunan Leech. Sementara Brown dan Levinson (1987) turut mengemukakan Teori
Kesantunan dalam usaha mempertahankan ancaman air muka dalam interaksi sosial.
Walau bagaimanapun, Matsumoto (1988,1989). Fraser (1990) telah mengkritik Teori
Kesantunan Brown dan Levinson dengan memperkenalkan konsep the social-norm view
dan the conversational contract view, iaitu kontrak perbualan. Watts (2003) turut
menyarankan pemisahan pemerhatian kesantunan sebagai politic behavior atau second
order politeness dengan kesantunan sebagai polite behavior atau first-order behavior.
Saranan Watts ini telah mendorong Miriam Locher (2004, 2006,2008) mengemukakan
pendekatan relational yang mengembangkan Konsep Air Muka Goffman (1967) kepada
konsepsi identiti, kerangka, komuniti pengguna dan norma serta andaian tentang sesuatu
perlakuan. Pendekatan relational ini adalah suatu usaha bagi membentuk suatu teori atau
model yang universal yang dapat mewakili kesantunan sejagat. Kajian dan penulisan
tentang kesantunan berbahasa berkembang bukan sahaja dalam kalangan ahli linguistik di
Barat bahkan turut menjadi tarikan sarjana sosiolinguistik di China, Jepun, Arab, Thailand
dan Jawa (Noriati, 2012). Gu (1990) dan Matsumoto (1988), merupakan antara sarjana
yang turut mengemukakan strategi kesantunan berbahasa setelah membincangkan Konsep
Air Muka Brown dan Levinson. Jika Brown dan Levinson (1987) mengutamakan penjagaan
air muka dalam interaksi sosial sebagai maruah individu, maka Gu dan Matsumoto
mengemukakan konsep menjaga air muka sebagai identiti masyarakat. Ini kerana
masyarakat di Jepun lebih mengutamakan kedudukan dalam hubungan sosial daripada
mempertahankan hak individu (Noriati, 2012).

Di Malaysia, Asmah turut menganjurkan amalan kesantunan berbahasa dengan


meletakkan dua strategi yang boleh diamalkan iaitu strategi berkendala dan strategi tidak
berkendala (Asmah, 2007; Rohaidah, 2013) dan lain-lain. Konsep, prinsip dan strategi yang
sedia ada telah dijadikan asas dan dasar kajian oleh kebanyakan sarjana yang membuat
penyelidikan tentang amalan kesantunan berbahasa. Penyelidikan yang dilakukan ini
termasuklah kajian yang berkisar tentang amalan kesantunan berbahasa dalam masyarakat
Islam (Marlyna, 2012). Contohnya kajian yang dilakukan oleh Ramlee (1999) yang mengkaji
implikatur perbualan dalam bahasa Arab. Ramlee menggunakan Prinsip Kerjasama Grice
(1975) untuk menganalisis konsep kerjasama dalam pertuturan bahasa Arab di Maktab
83
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

Pengajian Islam di Kota Bharu. Noriati (2005) menggunakan Model Kerjasama Grice dalam
kajiannya bagi satu majlis peminangan masyarakat Islam di Malaysia. Zena ( 2012) ketika
menganalisis strategi kesantunan berbahasa 18 email yang dihantar kepada pensyarah
penyelia oleh enam orang pelajar pascasiswazah telah menggunakan Teori Kesantunan
Brown dan Levinson (1987). Arina (2016) telah melakukan kajian terhadap bual bicara
dalam radio IKIM yang bertajuk Celik Mata Reset Minda Orang yang Tenang. Kajian ini
telah mengaplikasikan Model Kesantunan Brown dan Levinson (1987) dan Prinsip
Kerjasama Grice (1975) bagi membentuk Model Pola Kombinasi Strategi dan Maksim.
Walaupun telah banyak teori, konsep dan strategi kesantunan berbahasa dikemukakan oleh
pelbagai sarjana linguistik dan pragmatik sama ada di Barat mahu pun di Timur, namun
Marlyna (2012) ketika mengupas terminologi terhadap pembentukan teori dan konsep
amalan kesantunan berbahasa menyatakan bahawa sehingga kini para ahli sosiolinguistik
dan sosiopragmatik masih berusaha mencari sesuatu yang dapat diterima sebagai teori
sejagat. Terdapat beberapa kelompangan dalam konsep dan prinsip yang dikemukakan
oleh sarjana Barat untuk mengkaji nilai amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan
masyarakat Islam. Contohnya dalam konsep dan prinsip yang dikemukakan oleh sarjana
Barat seperti konsep muka yang diketengahkan oleh Goffman (1963), Brown dan Levinson
(1987). Konsep muka yang dikemukakan oleh mereka hanyalah kerana bagi menjaga
maruah seseorang ketika berkomunikasi, namun nilai aqidah tidak dikaitkan dalam amalan
kesantunan berbahasa, sedangkan dalam Islam, aqidah merupakan teras amalan.
Kesantunan berbahasa diamalkan dalam Islam adalah kerana kepercayaan seseorang
dengan aqidah Islam (Munif, 2012).

Strategi dan teori yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan Timur tidak
mengetengahkan unsur-unsur keimanan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam kepada
setiap umatnya. Islam sentiasa mengingatkan umatnya supaya setiap perbuatan dan
perkataan dilakukan adalah disandarkan kepada keimanan kepada Tuhan, keimanan
kepada Rasul, keimanan kepada al-Quran, keimanan kepada para Malaikat, keimanan
kepada hari Kiamat dan keimanan kepada Qada` dan Qadar. Jika strategi dan teori
kesantunan yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan Timur memperjuangkan hak individu
dan menghormati maruah masyarakat, Islam dengan jelas menganjurkan niat
mengamalkan kesantunan berbahasa itu sebagai dakwah kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Islam turut meletakkan keikhlasan dalam beramal sebagai syarat mendapat
pahala di sisi Allah selain umatnya perlu berpegang bahawa amalan ini akan dikira sebagai
amal soleh. Unsur-unsur keimanan, ketuhanan, kepercayaan, amal soleh, pahala dan dosa
dan lain-lainnya menyebabkan anjuran supaya beramal dengan kesantunan berbahasa
dalam Islam berbeza dengan teori dan strategi yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan
Timur. Anjuran melazimi amalan kesantunan berbahasa dalam Islam mempunyai sumber
dan sandaran yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah, berbeza dengan teori dan strategi
yang dicipta oleh sarjana Barat dan Timur yang didasarkan kepada penelitian, pemerhatian
dan penyelidikan manusiawi. Justeru, tulisan ini cuba menyingkap konsep amalan

84
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

kesantunan berbahasa yang dianjurkan dalam Islam menerusi kaedah tafsir tematik
terhadap ayat-ayat al-Quran.

Objektif Kajian

Menerusi kaedah tafsir tematik, kajian ini memfokuskan kepada permerhatian terhadap
ayat-ayat al-Quran yang terpilih yang berkait dengan konsep amalan kesantunan
berbahasa. Hasil daripada pemilihan ayat-ayat tersebut, subtema konsep amalan
kesantunan berbahasa dikenalpasti dan disusun. Seterusnya tema-tema yang dikenalpasti
dibentuk menjadi model konsep amalan kesantuan berbahasa menurut al-Quran.

Sorotan Karya

Sebagai agama yang sempurna dan lengkap, Islam telah lama menganjurkan amalan
kesantunan berbahasa. Istilah kesantunan berbahasa atau ‘politeness’ dalam bahasa
Inggeris belum ditemukan sinonimnya secara tepat dalam bahasa Arab (sehingga kajian ini
ditulis). Ini mungkin disebabkan kajian berkenaan kesantunan berbahasa dalam versi
moden belum diketengahkan walaupun hakikat sebenarnya konsep dan kesantunan
berbahasa telah lama dibincangkan dalam Islam seawal usia penurunan wahyu dan
perutusan Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT dalam ayat 83, surah al-Baqarah
(2:83) yang bermaksud:

Dan ingatlah wahai Muhammad, ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan
Bani Israil dengan berfirman: "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan
berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim,
serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-
perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian
kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian
kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan
perjanjian setianya.

Dalam ayat di atas, terdapat beberapa perkara yang disebut oleh Allah SWT
sebagai syarat perjanjian kepada Bani Israil iaitu kaum Nabi Musa.Antaranya ialah perintah
supaya mengucapkan kata-kata yang baik apabila berbicara sesama manusia.Ini
menunjukkan anjuran supaya bersikap sopan santun ketika berurusan sesama manusia
telah lama dianjurkan oleh Islam iaitu pada zaman Nabi Musa a.s lagi. Firman Allah SWT
dalam surah al-Nahl, ayat 125 (16:125):

Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan


nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
85
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua
yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Dewasa ini, terdapat beberapa orang sarjana Islam yang telah mengemukakan
tulisan mereka tentang kesantunan berbahasa menurut kaca mata Islam. Al Qahtani (2005)
dalam bukunya Daei Yang Sukses menjelaskan bahawa definisi kesantunan disandarkan
kepada penggunaan kalimah ‘halim’ yang terdapat dalam al-Quran. Beliau menyamakan
makna kesantunan dengan kearifan yang merujuk kepada kalimah ‘halim’. Kalimah ‘halim’
dirujuk dalam kamus Arab memberi makna tenang, perlahan ketika marah atau ketika
menghadapi suasana yang tidak menyenangkan. Situasi marah ini diatasi dengan
memaksimumkan sifat sabar dan memaafkan. Pendapat ini disokong oleh Nafron Hasjim
(2013) dalam tulisannya Kesantunan Berbahasa Dalam Islam. Kalimah ‘halim’ tersebut
digunakan di beberapa tempat dalam al-Quran, antaranya ialah dalam ayat 114, surah al-
Taubah (9:114):

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana
adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim
bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya.
Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.

Perkataan ‘halim’yang bermaksud santun juga terdapat dalam ayat 155 surah Ali
‘Imran (3:155):

Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu


pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu,
sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh syaitan dengan sebab sebahagian
dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yng mereka telah lakukan (pada masa yang
lalu) dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Perkataan yang sama ditemui dalam ayat 59 surah al-Hajj(22:59) :

Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke tempat yang
mereka sukai (syurga), dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Penyabar.

Al-Ghazali (1997) menterjemahkan perkataan al-Halim yang merupakan salah satu


nama Allah Al-Husna sebagai Yang Maha Murah Hati. Sifat kemurahan hati ini dibuktikan
dengan sifat pengasih Allah pada semua hambanya.Walaupun seorang hamba melakukan
maksiat, namun Allah tidak terus menghukumnya sehingga diberi peluang untuk dia
bertaubat (Mahmud, 2009). Al-Ghazali (1997) menyatakan bahawa lemah lembut adalah
86
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

sifat terpuji dan bertentangan dengan kekerasan dan kekejaman yang lahir daripada
kemarahan dan ketidaksopanan. Lembut lembut adalah hasil dari akhlak yang baik yang
menunjukkan kedamaian dan ketenteraman. Nafron Hasjim (2013) berpendapat jika
perkataan santun itu diertikan dengan makna lembut, maka terdapat beberapa hadis yang
menggunakan perkataan tersebut, iaitu al-rifq. Perkataan ini banyak digunakan dalam
hadis yang diterjemahkan sebagai kelembutan atau kesantunan. Aisyah r.a. berkata
bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Maha lembut dan menyukai
kelembutan dalam segala hal.” (5678: Sahih Bukhar).

Namun Mahmud Al-Mishri (2009) menterjemahkan perkataan al-rifq sebagai


kesepakatan dan pendekatan tanpa menggunakan kekerasan. Beliau menyandarkan
pendapat kepada pandangan Ibnu Faris yang menyebut bahawa secara etimologi,
perkataan lemah lembut ialah lawan kepada perkataan kasar, namun secara terminologi,
perkataan al-rifq membawa makna kelemahlembutan dalam tutur kata dan perbuatan serta
membalas perbuatan orang lain dengan balasan yang paling ringan. Syeikh Abdurrahman
bin Nashir as-Sa’di menyatakan bahawa perkataan al-Rafiq adalah salah satu nama Allah
SWT yang bererti Maha Santun dalam perbuatan dan syariatnya. Allah SWT sangat
mencintai hambanya yang mengamalkan kesantunan.Allah SWT mentadbir seluruh alam ini
dengan sifatnya yang Maha Santun (Mahmud (2009). Aisyah r.a. berkata bahwa Nabi SAW
bersabda:

“Sesungguhnya, sifat lemah lembut itu, bila berada pada sesuatu, pasti
menghiasinya, dan lepas dari sesuatu, pasti memperburuknya” (4704: Sahih
Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Seorang mukmin itu seperti seekor lebah yang memakan makanan yang baik dan
menghasilkan produk yang baik, jika dia hingga pada satu ranting, dia tidak akan
mematahkannya” (247: Sahih Ibnu Habban)

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aishah


r.a:

“Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Santun, menyukai kesantunan. Dia memberi
pada kesantunan sesuatu yang tidak diberikan pada kekerasan dan tidak pula
pada yang lainnya” (4704: Sahih Muslim)

Sayyidatina Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesiapa yang menjauhkan dirinya dari kesantunan, maka ia seperti menjauhkan


dirinya dari kebaikan” (2592: Sahih Muslim).
87
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

Rasulullah SAW juga pernah berkata kepada Sayyidatina Aishah r.a:

“Wahai Aishah! Bersopan santunlah, sesungguhnya apabila Allah menghendaki


kebaikan dalam sebuah keluarga, Dia memasukkan kesantunan ke dalam jiwa
mereka” (24174: Musnad Imam Hanbal).

H. Sofyan Sauri (2003) menyebut bahawa perkataan santun adalah berkaitan


dengan akhlak. Akhlak dari segi bahasa sebagai adalah ciptaan atau apa yang tercipta,
lahir dan terhasil dari perilaku manusia. Sumber kepada akhlak ini adalah datang dari
Pencipta, Allah tetapi kesantunan itu perilaku manusia. Santun merupakan sesuatu yang
dipandang baik oleh manusia tetapi belum tentu dipandang baik oleh Allah.Namun akhlak
dipandang baik oleh manusia dan dipandang baik oleh Allah. Beliau mengaitkan keadaan
ini dengan istilah ‘urf yang melambangkan suatu perkara baik yang telah menjadi budaya
dalam sesuatu masyarakat. Contohnya amalan kesantunan ketika berkomunikasi. Munif
(2012) telah menggunakan pendekatan ahsanul qaul yang diaplikasi dari ayat 33 surah
Fussilat bagi menganalisis wacana prinsip kesantunan berbahasa dalam al-Quran dan
Hadis. Menurut Munif (2012) pendekatan ahsanul qaul mengusulkan kesantunan
berbahasa sebagai amal soleh. Munif (2012) membahagikan pendekatan analisis wacana
prinsip kesantunan berbahasa kepada tiga bahagian. Pertama, matlamat. Kedua, bentuk
dan ketiga cara. Pandangan Munif dalam tulisannya mendorong penulis memperincikan
konsep kesantunan berbahasa yang dapat diimplementasikan daripada singkapan ayat-
ayat al-Quran mengikut tafsir tematik supaya dapat diketengahkan dalam perbincangan
yang lebih luas.

Islam juga telah lama menggariskan panduan dan menetapkan prinsip-prinsip asas
dalam mengamalkan kesantunan berbahasa (Munif, 2012). Cuma konsep, prinsip dan
strategi amalan kesantunan berbahasa menurut kacamata Islam kurang diketengahkan
dalam bentuk penerbitan sehingga memungkinkan konsep, prinsip dan strategi ini dapat
dijadikan asas dan dasar kajian berkaitan. Mohd Nazeli (2009) mengeluarkan sepuluh
prinsip utama kesantunan berbahasa hasil penelitian beliau terhadap ayat-ayat suci al-
Quran. Prinsip yang pertama ialah prinsip yang dikaitkan dengan dua peranan utama
penciptaan manusia iaitu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat
kemungkaran. Prinsip kedua ialah prinsip kebertanggungjawaban manusia menjaga lidah.
Prinsip ketiga yang dikemukakan oleh Mohd Nazeli ialah berbicara dengan lembut. Prinsip
keempat ialah larangan mengeluarkan perkataan yang buruk. Allah SWT melarang manusia
daripada berbicara dengan tutur kata yang buruk seperti menghina, mencaci, mengejek,
mencarut, mengeluarkan kata-kata yang kesat dan sebagainya. Prinsip kelima yang
dinyatakan oleh Mohd Nazeli ialah prinsip memaafkan. Prinsip memaafkan merupakan
strategi komunikasi yang melambangkan peribadi luhur seseorang Prinsip keenam ialah
berhikmah. Berhikmah ketika bertutur adalah lambang kepada kebijaksanaan. Prinsip
ketujuh ialah kecerahan dan kejelasan. Prinsip kesantunan berbahasa yang kelapan

88
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

menurut Mohd Nazeli ialah menggunakan bahasa yang sesuai dan baik. Prinsip kesembilan
ialah nada yang terkawal dan sesuai. Prinsip kesepuluh ialah pengucapan salam.

Justeru, usaha untuk meneliti dan menyelidik serta mengetengahkan konsep,


prinsip dan strategi nilai ini dalam Islam sangat diperlukan dari kalangan sarjana muslim.
Firman Allah SWT dalam ayat 44 surah al-Nahl yang bermaksud:

“Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia
apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan” (44:16).

Usaha untuk mengetengahkan konsep dan nilai mengikut analisis kandungan ayat-
ayat al-Quran boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah tafsir tematik. Tafsir tematik
ialah gabungan perkataan tafsir dan tematik yang sama maksudnya dengan tafsir
mawdhu’iy. Muslim (1997) mendefinisikan tafsir tematik sebagai ilmu yang mengkaji tentang
sesuatu isu atau masalah berdasarkan tujuan-tujuan. Ia boleh dilakukan dengan
menghimpunkan ayat-ayat al-Quran mengikut surah-surah tertentu atau pelbagai surah
yang berkaitan dengan isu tersebut. Al-Khalidiy (2001) menggambarkan tafsir tematik
sebagai ilmu yang mengkaji tentang sesuatu tema berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Al-
Farmawiy (1977) dan al-Ma`iy (1983) menjelaskan tafsir tematik ialah kaedah pengkajian
atau pentafsiran al-Quran yang dilakukan dengan mengumpul ayat-ayat yang berkaitan
dengan sesuatu tema yang dikaji. Kemudian disusun berdasarkan urutan penurunannya
dan hubungan dan kesesuaian sesuatu ayat dengan ayat yang lain sebelum ditafsirkan dan
dianalisis berdasarkan kaedah tafsir yang diiktiraf. Makalah ini ditulis dengan beberapa
tujuan. Pertama, bagi mengenal pasti ayat-ayat al-Quran yang berkait dengan tema konsep
kesantunan berbahasa. Kedua, untuk menganalisis ayat-ayat al-Quran yang mempunyai
subtema yang sama. Ketiga, untuk mengumpulkan subtema yang sama bagi membentuk
konsep kesantunan berbahasa. Kesemua langkah bagi mencapai tujuan makalah ini
dilakukan dengan menggunakan kaedah tafsir tematik.

Metodologi

Kajian ini merupakan penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran. Justeru, kajian ini
menggunakan kaedah Tafsir Tematik atau disebut juga sebagai Tahlil Mawdhu’i. Dalam
kajian ini, penyelidik menggunakan dua peringkat analisis Tafsir Tematik. Pada peringkat
pertama, tema amalan kesantunan berbahasa dijadikan asas untuk menganalisis dan
mengeluarkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan. Untuk menentukan ayat-ayat al-Quran
yang berkaitan dengan amalan kesantunan berbahasa, penyelidik terlebih dahulu merujuk
kepada buku-buku berkaitan akhlak yang dikarang oleh Abu Bakar al-Jaza`iriy (2008),
Hamka (2003), Mahmud al-Mishriy (2009), al-Ghazaliy (1997), al-Siddiqiy al-Shafeiy (1994)
dan sebagainya. Di samping itu, penyelidik menggunakan perisian komputer bagi mencari
secara pantas ayat-ayat berkenaan. Gabungan teknik pengumpulan ayat-ayat ini
89
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

dikukuhkan melalui penelitian ayat demi ayat di dalam al-Quran. Seterusnya, penyelidik
mengumpulkan ayat-ayat berkaitan dan menyenaraikannya untuk dianalisis pada peringkat
berikutnya. Pada peringkat kedua, ayat-ayat al-Quran yang telah dikeluarkan dianalisis dan
dikelompokkan mengikut subtema. Penyelidik merujuk kepada buku-buku tafsir al-Quran
untuk mendapatkan interpretasi terhadap ayat-ayat yang dianalisis. Buku-buku tafsir
tersebut merangkumi Tafsir al-Munir, karangan al-Zuḥailiy (1991), Tafsir al-Qurṭubiy
karangan Imam al-Qurtubiy (1993), Tafsir fi Zilal al-Quran karangan Jalaluddin al-Suyuthi
(1993), Tafsir al-Quran al-‘Aẓim karangan Ibnu Kathir (1999), Tafsir al-Ṭabariy karangan
Ibnu Jabir Al-Ṭabariy (2000), Tafsir al-Sa’diy (2002) dan Tafsir al-Kassyaf oleh Al-
Zamakhsyariy (2009). Kesemua kitab tafsir yang dirujuk adalah meliputi bahagian bahasa,
balaghah, sabab nuzul dan fiqh al-hayat. Kedua-dua peringkat analisis Tafsir Tematik ini
dapat dijelaskan dalam Rajah 1 di bawah:

Rajah1: Peringkat Analisis Tafsir Tematik

Dapatan

Dapatan analisis kajian Tafsir Tematik bagi konsep amalan kesantunan berbahasa dalam
al-Quran dapat dijelaskan dalam dua peringkat. Peringkat pertama terdiri daripada taburan
ayat-ayat konsep amalan kesantunan berbahasa. Terdapat 36 ayat dari 20 surah al-Quran
yang berkaitan dengan konsep amalan kesantunan berbahasa yang dijumpai penyelidik.
Ayat-ayat tersebut secara umumnya berkisar tentang konsep amalan kesantunan
berbahasa. Ayat-ayat tersebut ialah ayat 83, 235, 256, 263 dan 268 surah al-Baqarah, ayat
159 dan 164 surah Ali’Imran, ayat 5,8,9,63 dan 86 surah al-Nisa`, ayat 54 surah al-Maidah,
ayat 54 dan 108 surah al-An’am, ayat 71 surah al-Taubah, ayat 125 surah al-Nahl, ayat 23,
28 dan 53 surah al-Isra`, ayat 29 surah al-Kahf, ayat 44 surah Taha, ayat 63 surah al-
90
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

Furqan, ayat 46 surah al-Ankabut, ayat 19 surah Lokman, ayat 21 dan 70 surah al-Ahzab,
ayat 33,34 dan 35 surah Fussilat dan ayat 18 surah Qaf. Jadual 1 di bawah menunjukkan
taburan ayat-ayat al-Quran berkaitan Konsep Amalan Kesantunan Berbahasa.

Jadual 1: Ayat-ayat Konsep Amalan Kesantunan Berbahasa


Bil Kedudukan Ayat Bil Kedudukan Ayat
1 al-Baqarah: 83 19 al-Nahl: 125
2 al-Baqarah: 235 20 al-Isra`: 23
3 al-Baqarah: 256 21 al-Isra`: 28
4 al-Baqarah: 263 22 al-Isra`: 53
5 al-Baqarah: 269 23 al-Kahf: 29
6 Ali ‘Imran: 159 24 Taha: 44
7 Ali ‘Imran: 164 25 al-Furqan: 63
8 al-Nisa`: 5 26 al-‘Ankabut: 46
9 al-Nisa`: 8 27 Luqman: 19
10 al-Nisa`: 9 28 al-Ahzab: 21
11 al-Nisa`: 63 29 al-Ahzab: 70
12 al-Nisa`: 86 30 Fussilat: 33
13 al-Ma`idah: 54 31 Fussilat: 34
14 al-An’am: 54 32 Fussilat: 35
15 al-An’am: 108 33 Qaf: 18
16 al-Taubah : 71 34 al-Fath: 26
17 Ibrahim: 24 35 al-Fath: 29
18 al-Hijr: 88 36 al-Muzzammil: 10

Peringkat Kedua pula adalah kategori ayat mengikut tema dan subtema. Analisis
tematik yang dilakukan menjelaskan bahawa terdapat empat tema utama konsep amalan
kesantunan berbahasa melalui analisis terhadap 36 ayat-ayat al-Quran. Ayat-ayat tersebut
ialah ayat 83, 235,256,263, 269 surah al-Baqarah, ayat 159 dan 164 surah Ali ‘Imran, ayat
5,8,9,63 dan 86 surah al-Nisa`, ayat 54 surah al-Ma`idah, ayat 54 dan 108 surah al-An’am,
ayat 71 surah al-Taubah, ayat 24 surah Ibrahim, ayat 88 surah al-Hijr, ayat 125 surah al-
Nahl, ayat 23,28,dan 53 surah al-Isra`, ayat 29 surah al-Kahfi, ayat 44 surah Taha, ayat 63
surah al-Furqan, ayat 46 surah al-‘ankabut, ayat 19 surah Luqman, ayat 21 dan 70 al-
Ahzab, ayat 33, 34 dan 35 surah Fussilat, ayat 18, surah Qaf, ayat 26 dan 29 surah al-Fath
dan ayat 10 surah al-Muzzammil. Empat tema konsep kesantunan berbahasa yang ditemui
dihuraikan dengan dua puluh enam subtema. Tema pertama ialah kedudukan amalan
kesantunan berbahasa di dalam al-Quran yang diikuti oleh lima subtema. Subtema yang
pertama ialah amalan kesantunan berbahasa adalah dituntut selepas tuntutan
mentauhidkan Allah dan tuntutan berbuat baik terhadap ibu bapa, kaum keluarga dan
sebagainya. Subtema yang kedua ialah kesantunan berbahasa itu ialah kebolehan
berhikmah yang dianugerahkan Allah. Sementara subtema yang ketiga menerangkan
bahawa amalan kesantunan berbahasa ialah rahmat dan anugerah dari Allah. Manakala
subtema yang keempat pula menjelaskan bahawa amalan kesantunan berbahasa

91
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

merupakan lambang kesabaran dan kebijaksanaan. Subtema yang kelima menekankan


bahawa setiap ucapan akan dikira dosa dan pahala.

Tema yang kedua dalam konsep amalan kesantunan berbahasa ialah tujuan
amalan ini yang dinyatakan dalam al-Quran. Tema ini mengandungi dua tujuan iaitu amar
ma’ruf dan nahi mungkar iaitu menyuruh melakukan perkara yang baik dan mencegah dari
melakukan perkara yang buruk. Subtema yang kedua ialah dakwah kepada Allah, iaitu
matlamat utama pelaziman amalan kesantunan berbahasa dallam Islam ialah menyeru
manusia kepada menyembah dan mentauhidkan Allah SWT. Tema yang ketiga ialah
melibatkan kandungan ucapan dalam amalan kesantunan berbahasa yang terdapat dalam
al-Quran. Al-Quran bukan sahaja menganjurkan amalan kesantunan berbahasa, namun al-
Quran meletakkan juga kandungan sesebuah ucapan yang mempunyai unsur kesantunan
berbasa. Tema ini mengandungi lima subtema. Subtema yang pertama ialah menyuruh
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Selain bertujuan untuk menyuruh kebaikan dan
mencegah keburukan, subtema ini juga menjadi kandungan ucapan dalam amalan
kesantunan berbahasa. Ini bermaksud ucapan yang mempunyai unsur kesantunan
mestilah mengandungi anjuran membuat perkara-perkara yang baik dan mengandungi
tegahan dan larangan daripada membuat perkara-perkara yang buruk dan keji.

Subtema yang kedua ialah memohon keampunan bagi orang lain. Pelaziman
terhadap amalan kesantunan berbahasa menganjurkan supaya manusia bukan sahaja
sentiasa memohon ampun untuk diri sendiri, bahkan turut memohon ampun untuk orang
lain seperti ibubapa, adik-beradik, kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan
seluruh muslimin dan juga muslimat. Subtema yang ketiga ialah memberi salam. Memberi
salam adalah salah satu ucapan yang mempunyai unsur kesantunan berbahasa. Justeru
ucapan salam sangat dianjurkan dalam Islam. Subtema yang keempat ialah doa. Antara
kandungan ucapan yang dikatakan santun menurut al-Quran ialah doa. Justeru Islam
sentiasa menganjurkan umatnya berdoa. Subtema yang kelima ialah memberi nasihat.
Justeru nasihat adalah antara isi kandungan sebuah pengucapan yang mempunyai unsur
kesantunan berbahasa. Tema yang keempat pula ialah kaedah amalan kesantunan
berbahasa. Daripada penelitian terhadap ayat-ayat yang dipilih, tema ini dihuraikan dengan
empat belas subtema. Subtema yang pertama ialah menggunakan perkataan yang baik. Al-
Quran menganjurkan penggunaan perkataan yang baik sebagai kaedah dalam
mengamalkan kesantunan berbahasa dalam interaksi.

Subtema yang kedua ialah mengamalkan amalan kesantunan berbahasa dengan


semua lapisan manusia. Al-Quran menyuruh umatnya menyamaratakan amalan
kesantunan berbahasa dengan semua lapisan masyarakat tanpa memilih status dan
kedudukan. Subtema yang ketiga ialah berlembut dengan golongan mukmin. Al-Quran
menganjurkan agar ucapan yang penuh dengan lemah lembut dan mesra digunakan ketika
bermuamalah dengan orang-orang yang beriman. Subtema yang keempat ialah bertegas
dengan golongan kafir. Berbeza dengan golongan mukmin, Al-Quran mengingatkan
92
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

supaya bersikap tegas ketika berkomunikasi dengan orang-orang kafir terutamanya dalam
hal-hal yang berkaitan dengan aqidah. Subtema yang kelima ialah memulakan ucapan
dengan aluan yang baik. Al-Quran menganjurkan adab ketika memulakan perbualan atau
ucapan iaitu dimulakan dengan pendahuluan yang baik. Subtema yang keenam ialah tidak
mencerca ibadat agama lain. Walaupun sikap bertegas dianjurkan ketika berkomunikasi
dengan golongan kafir, namun Al-Quran melarang umatnya dari mencerca, menghina dan
mengutuk amalan ibadat agama mereka.

Subtema yang ketujuh ialah merendah diri ketika berbicara. Al-Quran


mensyaratkan amalan sikap merendah diri sebagai mekanisme ketika berinteraksi.
Subtema yang kelapan ialah santun dengan lisan dan perilaku. Ketika bermuamalah, Al-
Quran menganjurkan kesantunan bukan sahaja dengan lisan, bahkan juga dengan perilaku
dan tindakan. Subtema yang kesembilan ialah berdebat dengan bahasa yang baik. Al-
Quran mengajar umatnya supaya tetap menjaga adab kesantunan walaupun dalam situasi
perdebatan atau mujadalah. Sementara subtema yang kesepuluh ialah berihsan dengan
ibubapa. Berihsan dengan ibubapa adalah satu kaedah melazimi kesantunan berbahasa.
Subtema yang kesebelas ialah menggunakan bahasa yang baik dengan golongan yang
jahil. Al-Quran mengisyaratkan kesantunan berbahasa dengan semua lapisan manusia
sama ada golongan cerdik pandai mahupun golongan yang jahil. Subtema yang kedua
belas ialah bertegas dalam perkara aqidah. Dalam perkara yang melibatkan aqidah dan
keimanan, Al-Quran mengingatkan umatnya agar bersikap tegas dan berpendirian utuh.
Subtema yang ketiga belas ialah merendahkan suara ketika berbicara. Al-Quran
menyatakan anatara kaedah kesantunn berbahasa ialah dengan merendahkan suara ketika
berbicara. Sementara subtema yang keempat belas ialah mencontohi Rasulullah SAW.
Dengan jelas al-Quran meletakkan kesantunan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
sebagai contoh amali amalan murni ini.

Jadual 2 di bawah menunjukkan dapatan analisis tematik tema dan subtema


konsep amalan kesantunan berbahasa menurut al-Quran.

Jadual 2: Dapatan Analisis Tematik Tema dan Subtema Konsep Amalan


Kesantunan Berbahasa
Bil Tema Bil Subtema Ayat
1 Kedudukan Kbs dalam al- 1 Tuntutan beramal selepas tuntutan al-Baqarah: 83
Quran tauhid dan ihsan
2 Amalan Kbs ialah hikmah yang al-Baqarah: 269
dianugerahkan
3 Amalan Kbs ialah rahmat dari Allah Ali ‘Imran: 159
4 Kbs lambang kesabaran dan Fussilat: 35
kebijaksanaan
5 Setiap ucapan dikira dosa dan pahala Qaf: 18
2 Tujuan Amalan Kbs 1 Amar ma’ruf dan nahi munkar Al-Taubah: 71
2 Dakwah kepada Allah Fussilat: 33
93
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

3 Kandungan ucapan Kbs 1 Menyuruh kebaikan dan mencegah Al-Taubah: 71


kemungkaran
2 Memohon ampun bagi orang lain Ali ‘Imran: 159
3 Memberi salam al-Nisa`: 86
4 Berdoa
5 Memberi nasihat al-Asr: 1-4
4 Kaedah Kbs 1 Menggunakan perkataan yang baik al-Isra’: 53
2 Mengamalkan Kbs dengan semua al-Baqarah: 83
manusia
3 Berlembut dengan golongan mukmin al-Maidah: 54
4 Bertegas dengan golongan kafir al-Maidah: 54
5 Mulakan bicara dengan aluan yang baik al-Nisa`: 86
6 Tidak mencerca ibadat agama lain Al-An’am: 108
7 Merendah diri ketika berbicara Al-Hijr: 88
8 Santun dengan lisan dan perilaku al-Nahl: 125
9 Berdebat dengan bahasa yang baik al-Nahl: 125
10 Berihsan dengan ibubapa al-Isra`: 23
11 Menggunakan bahasa yang baik al-Furqan: 63
dengan golongan yang jahil
12 Bertegas dalam perkara aqidah Al-‘Ankabut: 46
13 Merendahkan suara ketika berbicara Luqman: 19
14 Mencontohi Rasulullah SAW al-Ahzab: 21

Hasil dapatan daripada analisis yang dilakukan juga dapat dijelaskan melalui Rajah
2 di bawah:

Rajah 2: Proses Dapatan Analisis Kajian

94
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

Analisis tematik yang dilakukan terhadap ayat-ayat al-Quran telah


mengetengahkan konsep amalan kesantunan berbahasa. Menurut al-Quran, terdapat
empat tema utama yang menjelaskan konsep ini iaitu kedudukan amalan kesantunan
berbahasa, tujuan amalan kesantunan berbahasa, kandungan amalan kesantunan
berbahasa dan kaedah amalan kesantunan berbahasa. Rajah 3 dapat menjelaskan dapatan
ini.

Rajah 3: Tema Konsep Kesantunan Berbahasa Menurut Al-Quran

Hasil analisis menunjukkan dalam al-Quran telah dinyatakan panduan yang


lengkap tatacara amalan kesantunan berbahasa. Bagi setiap tema dijelaskan tatacaranya
dengan huraian subtema. Dalam Islam, tuntutan amalan kesantunan berbahasa menjadi
tuntutan penting sehingga disebut selepas tuntutan mentauhidkan Allah, berihsan dengan
ibubapa, berbuat baik kepada kaum keluarga, jiran tetangga, anak-anak yatim dan
golongan miskin. Al-Quran menuntut umatnya supaya melazimi amalan kesantunan
berbahasa dalam pergaulan seharian. Al-Quran turut menjelaskan bahawa amalan
kesantunan berbahasa ialah satu anugerah pemberian Allah kepada orang-orang mukmin.
Ini bermaksud, amalan kesantunan berbahasa adalah amalan orang-orang yang beriman.
Orang-orang yang beriman melazimi amalan ini dan pelaziman serta istiqamah terhadap
amalan ini membuktikan keimanan seseorang. Al-Quran juga menjelaskan bahawa amalan
kesantunan berbahasa menunjukkan rahmat daripada Allah. Pelaziman terhadap amalan

95
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

kesantunan berbahasa merupakan anugerah kasih sayang Allah. Dapatan ini dijelaskan
dalam Rajah 4.

Rajah 4: Kedudukan Amalan Kesantunan Berbahasa Menurut Al-Quran

Al-Quran turut menjelaskan bahawa tujuan utama kesantunan berbahasa


diamalkan adalah untuk menyeru manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Di samping
itu, amalan kesantunan berbahasa adalah bermatlamatkan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Rajah 5 merumuskan penemuan ini.

Rajah 5: Tujuan Amalan Kesantunan Berbahasa Menurut Al-Quran

96
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

Seterusnya dalam Islam, al-Quran meletakkan garis panduan kandungan ucapan


dalam amalan kesantunan berbahasa. Apakah yang sepatutnya dibicarakan dalam ucapan
yang dikatakan mempunyai unsur kesantunan berbahasa? Justeru al-Quran menjelaskan
kandungan ucapan dalam amalan kesantunan berbahasa dengan menekankan bahawa
ucapan tersebut mestilah mengandungi perkara-perkara yang merangkumi usaha untuk
menyuruh melakukan kebaikan dan usaha-usaha untuk mencagah kemungkaran. Selain itu,
al-Quran turut menganjurkan supaya umatnya sentiasa mendoakan orang lain, melazimi
amalan salam, sentiasa berdoa dan melazimi amalan nasihat menasihati. Penelitian ini
dapat diringkaskan dalam Rajah 6.

Rajah 6: Kandungan Amalan Kesantunan Berbahasa Menurut Al-Quran

Al-Quran juga menerangkan bahawa terdapat kaedah tertentu bagi mengamalkan


kesantunan berbahasa. Antaranya ialah menggunakan perkataan yang baik. Seterusnya al-
Quran mengisyaratkan bahawa kesantunan berbahasa perlu diamalkan dengan semua
lapisan manusia, tanpa mengira pangkat dan kedudukan, miskin dan kaya. Al-Quran
mengingatkan supaya unsur-unsur kelembutan, kemesraan dan kasih sayang disulam di
dalam hubungan sesama mukmin, namun al-Quran mengingatkan supaya unsur ketegasan
diamalkan dalam hubungan dengan golongan kafir iaitu dalam perkara yang melibatkan
aqidah. Begitu juga apabila berkaitan dengan hal aqidah, walaupun sesama muslim, Al-
Quran meminta umatnya berbicara dengan tegas dan berpendirian. Walaupun begitu, ketika
berbicara dengan golongan kafir, al-Quran melarang umatnya dari mencela ibadat agama
mereka. Ketika berbicara, al-Quran menyuruh memulakan ucapan dengan aluan yang baik
dan diikuti dengan sikap merendah diri, memperlahankan suara serta santun dan lembut
97
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

walaupun berbicara dengan orang-orang yang jahil. Ketika berlaku perdebatan, al-Quran
menganjurkan agar menggunakan bahasa yang baik dan berlembut kecuali dalam perkara
yang melibatkan aqidah. Al-Quran dengan jelas memerintahkan umatnya supaya berlaku
ihsan dengan ibubapa baik dari segi perilaku mahupun tutur bicara. Ironinya, semua kaedah
yang disebutkan di atas terdapat pada kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh
junjungan baginda nabi Muhammad SAW. Justeru al-Quran memerintahkan agar umatnya
mencontohi baginda dalam melazimi amalan kesantunan berbahasa. Rumusan kepada
dapatan dapat digambarkan dalam Gambarajah 7 di bawah:

Rajah 7: Kaedah Amalan Kesantunan Berbahasa Menurut Al-Quran

98
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

Kesimpulan

Analisis tematik yang dilakukan terhadap ayat-ayat suci al-Quran, menemukan huraian
terhadap konsep amalan kesantunan berbahasa. Penemuan ini membuktikan bahawa
amalan kesantunan berbahasa adalah satu nilai yang sangat dianjurkan di dalam Islam.
Anjuran ini telah lama mendahului mana-mana anjuran yang dikemukakan oleh sarjana di
Timur mahupun di Barat. Al-Quran telah meletakkan unsur tauhid sebagai asas dalam
melazimi amalan kesantunan berbahasa. Dalam erti kata lain, unsur keimanan adalah
dasar kepada pelaksanaan dan pelaziman amalan murni ini. Seseorang muslim yang
beriman pastinya mengamalkan kesantunan berbahasa. Amalan kesantunan berbahasa
adalah amalan orang-orang yang beriman. Di samping itu, al-Quran menunjukkan bahawa
Islam telah lama menggariskan panduan yang merangkumi tujuan, kandungan dan kaedah
amalan kesantunan berbahasa. Lebih jelas lagi, anjuran amalan kesantunan berbahasa
yang diwartakan di dalam al-Quran telah dipraktikkan oleh junjungan baginda Nabi
Muhammad SAW. Justeru baginda adalah contoh bagi segala nilai akhlak yang terpuji.
Penyelidik berharap agar sedikit singkapan yang dilakukan ini dapat mencetuskan idea dan
pandangan kepada sarjana-sarjana lain yang mungkin lebih mampu untuk menyingkap
ayat-ayat suci al-Quran supaya konsep amalan kesantunan berbahasa yang dibincangkan
lebih jelas dan mendalam. Penyelidik juga berharap agar adanya usaha dari para sarjana
untuk meneliti hadis-hadis Nabi Muhammad SAW bagi mengentengahkan konsep amalan
kesantunan berbahasa seterusnya mengemukakannya sehingga dapat dijadikan asas
kepada dasar mana-mana kajian yang berkaitan.

Rujukan

al-Quran al-Karim.
Abdul Rahman Nasir al-Sa’diy. (2002). Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan.
Riyadh: Maktabah Darussalam.
Arina Johari. (2016). Manifestasi Kesantunan Melayu Dalam Ujaran Memberi dan Meminta
Nasihat. GEMA ONLINE. Journal of Language Studies, 16(2), June 2016: 73-94.
Asmah Omar. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan Sariyan. (2009). Peranan Bahasa Dalam Pembinaan Insan dan
Pembangunan Hadhari. Jurnal Hadhari, Bil. 1 (2009):1-29.
Brown, P., & Levinson, S. (1987). Politeness: Some Universal in Language Usage.
Cambridge: Cambridge University Press.
al-Farmawiy, ‘Abd al-Hayy. (1977). Al- Bidayat fi al-Tafsir al-Mawdu’iy. Kaherah, Mesir: al-
Hadarat al-‘Arabiyyat.
Goffman, E. (1963). Behavior in Public Places. New York: Free Press.
99
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

Grice, H.P. (1975). Logic and Conversation. Dalam Cole, P., & Morgan, J. Syntax and
Semantics: Speech Acts. New York: Academic Press, 41-58
Gu, Yueo. (1990). “Politeness Phenomena in Modern Chinese” Journal of Pragmatics 14(2)
April: 237-257.
Abdul Malek Karim Amrullah. (2003). Lembaga Budi, Perhiasan Insan Cemerlang.
Selangor: Pustaka Dini.
Ibnu Kathir, al-Hafiz Abi Fida` Isma’il. (1999). Tafsir Al-Quran al-‘Azim. Beirut, Lubnan: Dar
al-Ma’rifat.
al-Jazairiy, Abu Bakar Jabir. (2008). Minhajul Muslim. Terjemahan: Ensiklopedia Muslim:
Fadhli Bahri. Jakarta: Daru Falah.
al-Khalidiy, Salah ‘Abd al-Fattah. (2001). Al-Tafsir al-Mawdu’iy Bayn al-Nazariyyat wa Tatbiq
Dirasat Nazariyyat wa Tatbiqiyyat Murafaqat bi Namazij wa Lata`if al-Tafsir.
‘Amman, Jordan: Dar al-Nafa’is.
Kuang Ching Hei, Maya Khemlani David & Lau Su Kia. (2013). Politeness of Front Counter
Staff of Malaysian Private Hospitals. GEMA ONLINE. Journal of Language Studies
13(1) February:.5-23.
Leech, G. (1983). The Principles of Pragmatics. London: Longman.
Mahmud al-Mishri. (2009). Ensaiklopedia Akhlak Muhammad SAW. Jakarta: Pena Budi
Aksara.
al-Ma`iy, Zahir ‘Awwad. (1983). Dirasat fi al-Tafsir al-Mawdu’iy li Al-Quran al-Karim. Riyad:
Jami’at al-Imam Muhammad Sa’ud al-Islamiyyat.
Marlyna Maros. (2012). Kesantunan Berbahasa dari Segi Teori dan Aplikasi. Dalam. Prinsip
dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar,
Maslida Yusof (pnyt). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Matsumoto, Y. (1988). Reexamination of the University of Face. Journal of Pragmatics, 12:
403-426.
Mohd. Nazeli Ahmad. (2009). Prinsip-prinsip Al-Quran Tentang Kesantunan Bahasa. Pelita
Bahasa, Disember.
Muhammad al-Ghazali. (1997). Akhlak Seorang Muslim. Selangor: Thinkers Library Sdn.
Bhd.
Munif Zariruddin Fikri Nordin. (2012). Analisis Wacana Prinsip Kesantunan Berbahasa
Dalam Islam. Dalam. Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Marlyna Maros,
Mohammad Fadzeli Jaafar, Maslida Yusof (pnyt). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muslim, Mustafa. (1997). Mabahith fi al-Tafsir al-Mawdu’iy. Damsyiq: Dar al-Qalam.
Nafron Hasjim. (2013). Kesantunan Berbahasa Dalam Islam. Publikasi ilmiah.ums.ac.id.
Noriati A. Rashid. (2005). Konsep Kesantunan dalam Masyarakat Melayu. Jurnal
Antarabangsa Melayu 3(1): 112-128.
Noriati A. Rashid. (2012). Kesantunan-Menyingkap Konsep Melalui Model-modelnya.
Dalam. Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Marlyna Maros, Mohammad
Fadzeli Jaafar, Maslida Yusof (pnyt). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Qahtani, Said Ali. (2005). Daei Yang Sukses. Jakarta: Gema Insani.
100
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1) 2019
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/index
ISSN 2289 6325
Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin, 2019, 81-101

al-Qurtubiy Muhammad bin Ahmad. (1993). Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran. Kaherah: Dar al-
Kutub al-Masriyyah.
Ramlee Hamad. (1999). Implikatur Perbualan: Satu Analisis Konsep Kerjasama Dalam
Pertuturan Bahasa Arab. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sara Beden, Indirawati Zahid. (2016). Pemetaan Struktur Peristiwa Bahasa: Komunikasi
Bebas Konflik. GEMA ONLINE Journal of Language Studies 16(1), Februari: 67-87.
al-Siddiqiy Al-Shafeiy, Muhammad Ibnu ‘Allan. (1994). Dalil al-Falihin li Turuq Riyad al-
Solihin. Beirut, Lubnan.
Sofyan Sauri. (2003). Pengembangan Strategi Pendidikan Berbahasa Santun di Sekolah.
Jurnal Mimbar pendidikan, No 1/XXII/2003: 45-53.
al-Suyûtî, Jalâl Al-Din. (1985). Al-Itqân Fî ‘Ulûm Al-Qur`Ân. Kairo: Dâr Al-Turâth.
al-Suyutiy, Jalal al-Din “Abd al-Rahman. (1993). Al-Al-Durr al-manthur fi Tafsir al-Ma`thur.
Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr li al-Taba’at wa al-Nasy wa al-Tawzi’.
Syukri Hanafi. (2015). Tasawwur pembangunan dalam Islam: Tafsir maudu’iy. Tesis Dr.
Falsafah, Universiti Sains Malaysia.
al-Tabariy, Abi Jaafar Muhammad bin Jarir. (2000). Tafsir al-Tabariy al-Musamma Jami’ al-
Bayan fi al-Ta`wil al-Quran. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat.
Watts, R.J. (2003). Politeness. Cambridge: Cambridge University Press.
al-Zamakhsyariy, Mahmud Bin Omar. (2009). Tafsir al-Kassyaf ‘an Haqaiq al-Tanzil wa
‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Tanzil. Dar al-Ma’rifah.
Zena Moayad Najeeb, Marlyna Maros, Nor Fariza Mohd Nor. (2012). Politeness In E-Mails
of Arab Students in Malaysia. GEMA ONLINE Journal of Language Studies 12(1),
Special Section 2012: 125-145.
al-Zuhaili, Wahbah Ibn Mustafa. (1991). Al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariah wa al-
Manhaj. Damascus: Dar al-Fikr al-Mua’sir.

101
Cite as: Ku Zaimah Che Ali & Mardzelah Makhsin. (2019). Konseptualisasi Amalan Kesantunan
Berbahasa Menurut Al-Quran [Conceptualization of Politeness Practice According to Al-Quran].
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20(1), 81-101.

Anda mungkin juga menyukai