Anda di halaman 1dari 17

MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

MAKSUD IMPERIALISME

Q Maksud imperialisme

1 Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan


menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
2 Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruhnya
dengan menyebarkan budaya hidup mereka dalam kalangan rakyat di
negara yang dijajahnya.
3 Selain itu, imperialisme juga bermaksud dasar sesebuah negara menguasai
ekonomi negara yang menjadi tanah jajahan.

LATAR BELAKANG IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA

Q Latar belakang imperialisme Barat di Asia Tenggara

1 Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan


wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
2 Imperialisme telah berlaku sejak Empayar yunani dan Empayar Rom lagi.
3 Namun, imperialisme moden bermula pada abad ke-15 apabila kuasa-kuasa
Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
4 Imperialisme Barat di Asia Tenggara berlaku pada abad ke-16 lagi. Kegiatan
ini didorong oleh hasrat mereka untuk menguasai ekonomi kawasan itu.
5 Belanda menjajah Indonesia, British menguasai Burma (myanmar),
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika
Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai
IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.

FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME

Q Faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia Tenggara

1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara disebabkan oleh keistimewaan Asia


Tenggara. Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik kerana
terletak antara China dan India. Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis
Barat dapat menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia. Selain itu, Asia
Tenggara juga memiliki tanah yang subur dan kaya dengan bahan mentah.
2 Revolusi perindustrian menyebabkan hasil perkilangan dikeluarkan secara
besar-besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah dan

1
pasaran yang luas. Oleh itu, mereka perlu melakukan penjajahan di Timur
terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.
3 Imperialisme Barat juga didorong oleh perkembangan sistem perhubungan
dan pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan muatan lebih
banyak. Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan. Kedua-
dua faktor tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat
dan menjimatkan kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan
perdagangan menjadi lebih mudah dan berkesan.
4 Persaingan kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara
menjadi mangsa penjajahan. Kuasa Barat bersaing untuk meluaskan tanah
jajahan. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan. Tanah
jajahan yang luas melambangkan kekuatan dan kekayaan.
5 Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh British dan Belanda dalam
menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan
bertamadun. Mereka mahu majukan orang Timur. Perancis pula
menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka hendak
mentamadunkan orang Timur. Mubaligh Kristian pula berhasrat menyebarkan
agama Kristian.

KEISTIMEWAAN ASIA TENGGARA MENDORONG IMPERIALISME

Q Keistimewaan Asia Tenggara yang menjadi tarikan kuasa Barat


menjalankan dasar imperialisme di rantau tersebut

1 Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik. Sebagai contohnya,


Asia Tenggara terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa.
Pelabuhan di Asia Tenggara menjadi tempat persinggahan pedagang yang
berulang-alik dari Timur ke Barat. Hal ini menyebabkan kuasa Barat
menjalankan dasar imperialisme mereka kerana hendak menguasai jalan
perdagangan antarabangsa.
2 Asia Tenggara terletak antara China dan India. China dan India mempunyai
penduduk yang ramai. Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat
dapat menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia.
3 Asia Tenggara juga memiliki tanah yang subur. Tanah yang subur amat
sesuai digunakan untuk menanam tanaman komersil. Hasil tanaman tersebut
dapat dijadikan bahan mentah untuk kegunaan perindustrian
4 Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah. Contohnya, bijih dan galian, hasil
hutan, rempah ratus serta hasil pertanian. Sumber tersebut dapat digunakan
untuk keperluan perkilangan di negara mereka.

2
PERKEMBANGAN DI BARAT MENDORONG IMPERIALISME

Q Perkembangan yang berlaku di Eropah mendorong kuasa imperialisme


kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara

1 Perkembangan yang berlaku di Eropah ialah berlakunya Revolusi


Perindustrian. Revolusi perindustrian menyebabkan hasil perkilangan
dikeluarkan secara besar-besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan
bahan mentah dan pasaran yang luas. Oleh itu, mereka perlu melakukan
penjajahan di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.
2 Selain itu, di Barat telah berlaku perkembangan dalam sistem perhubungan
dan pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan muatan lebih
banyak. Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan. Kedua-
dua faktor tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat
dan menjimatkan kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan
perdagangan menjadi lebih mudah dan berkesan.
3 Di samping itu, negara-negara Barat bersaing antara satu sama lain untuk
meluaskan tanah jajahan. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi
sanjungan. Tanah jajahan yang luas melambangkan kekuatan dan kekayaan.
Persaingan kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara
menjadi mangsa penjajahan.
4 Seterusnya, pelancaran slogan menyebarkan tamadun dilakukan oleh kuasa-
kuasa Barat. Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh British dan Belanda
dalam menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan
bertamadun. Mereka mahu majukan orang Timur. Perancis pula
menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka hendak
mentamadunkan orang Timur.
5 Akhir sekali, misi menyebarkan agama Kristian telah dilakukan oleh kuasa
Barat. Mubaligh Kristian berhasrat menyebarkan agama Kristian.

FAKTOR EKONOMI YANG MENDORONG IMPERIALISME

Q Kepentingan ekonomi mendorong kuasa Barat menjalankan dasar


imperialisme di Asia Tenggara.

1 Kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara


kerana kedudukannya yang strategik. Asia Tenggara yang terletak antara
China dan India memberikan keuntungan dari segi ekonomi. Hal ini
menyebabkan kuasa Barat dapat menguasai laluan perdagangan
antarabangsa.
2 Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat menguasai kawasan
pasaran yang besar di dunia. Kuasa Barat boleh meluaskan pasaran hasil
perkilangan mereka ke China dan India.

3
3 Selain itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai
tanah yang subur. Mereka dapat mengusahakan pertanian komersil. Hasil
pertanian dagangan itu boleh memberikan kekayaan kepada mereka.
4 Di samping itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai
kekayaan bahan mentah. Bahan mentah tersebut dapat dibekalkan secara
berterusan untuk memenuhi keperluan perkilangan di negara mereka.
5 Di samping itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana membuka
peluang kepada syarikat perniagaan mereka meluaskan pelaburan. Syarikat
tersebut diberi peluang membuat pelaburan dalam perladangan, perkilangan,
perlombongan dan sebagainya.

SLOGAN MENYEBARKAN TAMADUN ADALAH MUSLIHAT

Q Slogan menyebarkan tamadun yang digunakan oleh kuasa Barat


hanyalah muslihat mereka untuk menjajah Asia Tenggara

1 Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda.
Kuasa ini mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka
berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan
yang lebih sejahtera. Kuasa Perancis menggunakan slogan “Tugas
Menyebarkan Tamadun”. Mereka berasa bertanggungjawab untuk
mentamadunkan orang Timur.
2 Mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur. Slogan
tersebut hanyalah muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi menjayakan
kepentingan mereka.
3 Mereka sebenarnya hendak meluaskan tanah jajahan. Kuasa-kuasa Barat
bersaing sesama mereka. Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki tanah
jajahan yang luas. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan
kekayaan.
4 Mereka juga menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk
memenuhi perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah. Mereka
menjajah Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah untuk menjamin
bekalan bahan mentah secara konsisten. Mereka juga menjajah Asia
Tenggara supaya dapat meluaskan pasaran hasil perkilang pasaran ke India
dan China.
5 Selain itu, mereka menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk
menguasai ekonomi di negara-negara Asia Tenggara. Dengan menjajah Asia
Tenggara, mereka dapat melantik wakil mereka untuk melabur dalam bidang
perniagaan, perlombongan dan perladangan.
6 Di samping itu, kuasa Barat menggunakan slogan untuk menerapkan budaya
Barat agar menjadi amalan hidup masyarakat Timur. Mubaligh Kristian pula
berhasrat untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah
jajahan.

4
KEJAYAAN THAILAND MENGELAKKAN PENJAJAHAN

Q Kejayaan pemerintah Thailand menghalang penjajahan kuasa Barat ke


atas negaranya

1 Raja-raja Thai berjaya membendung penglibatan kuasa Barat dalam sistem


pemerintahan Thailand. Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah
menjalankan pentadbiran negara berasaskan kepada pentadbiran Barat.
Mereka mengadakan pembaharuan dalam pemerintahan negara Thai
dengan meniru sistem pemerintahan Barat.
2 Raja Mongkut berjaya mengelakkan campur tangan kuasa tertentu di
Thailand. Baginda berbaik-baik dengan semua kuasa Barat. Baginda telah
melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan dan
melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat Britain dilantik menjadi
penasihat dalam bidang kewangan, pelabuhan dan jabatan polis. Penasihat
Amerika dilantik menjadi penasihat dalam jabatan kastam. Penasihat
Perancis dilantik menjadi penasihat dalam jabatan ketenteraan. Dengan itu,
semua kuasa Barat tidak mempunyai kesempatan untuk menjalankan dasar
penjajahan di Thailand.
3 Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis
Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari Britain dilantik untuk
berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pegawai tadbir kerajaan dilantik
berdasarkan peperiksaan. Hal ini dapat melicinkan pentadbiran. Kuasa
Barat tidak berpeluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara Thai.
4 Raja Chulalongkorn telah menukar sistem pemerintahan beraja mutlak
kepada sistem raja berrperlembagaan. Baginda dapat menggagalkan
peluang kuasa Barat menggulingkan raja berkuasa mutlak.
5 Raja Chulalongkorn juga berjaya mewujudkan kestabilan politik dalam
negara. Baginda telah mengurangkan kuasa pembesar tempatan. Hal ini
menyebabkan baginda dapat mengurangkan kegelisahan rakyat terhadap
kerabat diraja yang menguasai politik negara.
6 Perdana Menteri Thailand, Phibul Songram berjaya menyekat penguasaan
ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Beliau telah meluluskan
undang-undang menyekat penguasaan ekonomi oleh pihak tersebut.
Monopoli perniagaan oleh syarikat Barat dan orang Cina dihapuskan. Beliau
telah menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti
perniagaan. Hal ini menyebabkan Thailand tidak perlu bergantung kepada
syarikat Barat untuk memajukan negara.

USAHA IMPERIALIS BARAT MENGUKUHKAN PENJAJAHAN

Q Usaha yang dilakukan oleh imperialis Barat untuk meneruskan


dasar penjajahan mereka di Asia Tenggara.

1 Imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya melalui pengenalan sistem


birokrasi. Sistem beraja telah dihapuskan dan digantikan penubuhan kerajaan

5
pusat. Contohnya, Union Indochinoise di IndoChina serta Kerajaan Negeri
Selat dan Negeri Melayu Bersekutu di Tanah Melayu. Gabenor Jeneral telah
mengambil alih kuasa raja untuk mengetuai pemerintahan kerajaan pusat.
Dengan perlantikan Gabenor Jeneral, raja bukan sahaja telah kehilangan
kuasa, tetapi pemerintahan tanah jajahan dikuasai oleh penjajah
sepenuhnya.
2 Imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara
menubuhkan jabatan kerajaan (biro). Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya,
Polis dan sebagainya telah ditubuhkan. Ketua jabatan berbangsa penjajah
dilantik untuk menjalankan pentadbiran jabatan. Hal ini menyebabkan
pentadbiran dapat dijalankan mengikut cara barat. Oleh itu, segala dasar
yang dilaksanakan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai penjajah.
3 Selain itu, kuasa imperialisme Barat mengukuhkan kedudukan mereka
dengan menguatkuasakan undang-undang barat. Contohnya, Akta
Perkampungan Burma dan Akta Ulu Burma telah diperkenalkan oleh British
di Myanmar. Pelaksanaan undang-undang tersebut melenyapkan
penguasaan pembesar tradisional tempatan dalam pentadbiran. Di Tanah
Melayu pula, British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu dan
Enakmen Tanah Padi. Undang-undang tersebut menafikan penglibatan orang
Melayu dalam pertanian komersil. Paksaan undang-undang tersebut ke atas
pemimpin dan rakyat tempatan menyebabkan mereka berjaya menguasai
pentadbiran dan ekonomi tanah jajahan.
4 Kuasa imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya dengan cara
mengeksplotasi ekonomi negara tanah jajahannya. Contohnya, Brtish dan
Belanda menguasai bijih timah diTanah Melayu dan Indonesia. Filipina
mengeksploitasi pertanian komersil di Filipina melalui pelaksanaan Sistem
Polo. Belanda pula menindas rakyat Indonesia melalui Sistem Tanaman
Paksa. Hal ini menyebabkan mereka berjaya mengukuhkan ekonomi dengan
cara mengaut sumber kekayaan tanah jajahan.
5 Di samping itu, imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka
dengan cara memecahbelahkan masyarakat tempatan. Contohnya, di Tanah
Melayu, British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular untuk
mengasingkan kaum mengikut etnik masing-masing. Di Indonesia, Belanda
mengasingkan anak golongan priyayi dengan anak orang kebanyakkan.
Tindakan yang diamalkan berjaya memecahkan perpaduan rakyat tempatan.
Oleh itu, tidak timbul penentangan terhadap mereka.

KESAN IMPERIALISME KE ATAS NEGARA ASIA TENGGARA

Q Kesan imperialisme Barat ke atas negara dan masyarakat Asia


Tenggara

1 Penjajahan Barat memberi kesan dalam aspek politik. Negara-negara Asia


Tenggara kecuali Thailand telah menjadi tanah jajahan kuasa Barat.. Tanah

6
Melayu, Burma, Sarawak dan Sabah menjadi tanah jajahan British. IndoChina
menjadi jajahan Perancis, manakala Filipina dijajah oleh Amerika.
2 Penjajahan menyebabkan sistem birokrasi telah diperkenalkan untuk
menggantikan sistem pemerintahan beraja. Gabenor Jerenal dan
Pesuruhjaya Tinggi dilantik oleh kuasa penjajah menjadi ketua di tanah
jajahan. Raja telah kehilangan kuasa memerintah.
3 Pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dari Barat. Jawatan
pembesar tradisional di peringkat pusat telah dihapuskan. Pentadbiran
negara tanah jajahan dilaksanakan melalui biro. Pegawai-pegawai Barat
dilantik mengetuai biro.
4 Penjajahan menyebabkan kuasa-kuasa Barat memperkenalkan sistem
perundangan Barat . Negara tanah jajahan terpaksa menggunakan undang-
undang negara penjajah. Perundangan peribumi pula diubahsuai agar
menyerupai sistem perundangan Barat.
5 Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan untuk kepentingan ekonomi
negara penjajah. Contohnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah
dan perlombongan bijih telah dijalankan secara besar-besaran bagi
memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk keperluan industri di
Britain. Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo dilaksanakan di Indonesia
dan Filipina.
6 Penjajahan Barat memberi kesan kepada sistem pendidikan.
Contohnya, sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun sistem pendidikan tersebut tidak disebarkan secara
meluas. Ianya terhad di kawasan bandar sahaja. Sistem pendidikan tersebut
bertujuan untuk melatih pentadbir bawahan bagi keperluan pentadbiran
British sahaja. Kepincangan sistem pendidikan inilah yang kemudiannya
terpaksa dibaiki oleh kerajaan peribumi selepas merdeka.
7 Kuasa Barat telah mengimport buruh dari negara lain untuk keperluan
ekonomi dagangan mereka. Dasar ini telah membawa perubahan kepada
komposisi etnik di negara yang dijajah. Penjajah pula tidak berusaha untuk
mengharmonikan hubungan kaum semasa pemerintahan mereka.
Pemerintah peribumi selepas merdeka terpaksa memikul tugas menjalin
hubungan baik dalam kalangan pelbagai kaum.

PENJAJAHAN MEMBAWA KEPADA PENGENALAN BIROKRASI

Q Penjajahan ke atas negara-negara Asia Tenggara telah menyebabkan


pengenalan sistem birokrasi Barat

1 Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat


telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.
Sebelum kedatangan penjajah, negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada
beberapa buah kerajaan berasingan yang diketuai oleh raja dan dibantu oleh
golongan pembesar.

7
2 Penjajah membawa kepada penubuhan Kerajaan Pusat. Wilayah-wilayah di
tanah jajahan disatukan. Sebagai contohnya, Perancis menyatukan wilayah
di IndoChina dengan menubuhkan Union Indochinoise. Di Tanah Melayu
pula, penjajah British menubuhkan Kerajaan Negeri Selat, Kerajaan Negeri
Melayu Bersekutu. Penubuhan Kerajaan Pusat telah melenyapkan sistem
pemerintahan beraja yang diamalkan di Asia Tenggara sejak sekian lama.
3 Imperialis Barat melantik Gabenor Jeneral dan Pesuruhjaya untuk mengetuai
pemerintahan kerajaan pusat yang telah dibentuk. Gabenor Jeneral dilantik
daripada kalangan bangsa penjajah. Pegawai tersebut menjalankan
pemerintahan mengikut kehendak penjajah. Gabenor Jeneral yang dilantik
telah mengambil alih kuasa raja menjalankan pemerintahan. Hal ini
menyebabkan raja telah hilang kewibawaan dan kuasa pemerintahan.
4 Mereka membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan
pentadbiran tempatan. Penjajah melaksanakan pentadbiran dengan cara
menubuhkan jabatan (biro). Berbagai-bagai jabatan ditubuhkan seperti
Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Balai Polis dan sebagainya. Tiap-tiap
jabatan diketuai oleh Ketua Biro yang dilantik daripada pegawai Barat.
Perlantikan Ketua Biro telah menyingkirkan jawatan pembesar tempatan di
peringkat pusat dan daerah.
5 Penjajahan Barat telah menyebabkan undang-undang Barat diperkenalkan.
Undang-undang negara penjajah dikuatkuasakan di negara tanah jajahan.
Undang-undang baru yang akan diperkenalkan, digubal dan diluluskan oleh
Parlimen di negara penjajah. Berbagai undang-undang diperkenalkan.
Undang-undang tersebut menimbulkan pelbagai implikasi terhadap
masyarakat tempatan. Sebagai contohnya, British telah memperkenalkan
Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma. Akta ini telah
melenyapkan pentadbiran tradisional di Burma. Di Tanah Melayu pula, pihak
British telah menguatkuasakan Akta Tanah Simpanan Melayu dan Enakmen
Tanah Padi. Undang-undang tersebut telah menghalang orang Melayu
melibatkan diri dalam penanaman getah.

PENJAJAHAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT NASIONALISME

Q Dasar-dasar penjajahan Barat yang mencetuskan gerakan


nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara

1 Kehadiran imperialis Barat di Asia Tenggara adalah untuk kepentingan


ekonomi negara mereka. Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan
diskriminasi dan penindasan.
2 Sistem birokrasi yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan rakyat. Pengenalan sistem birokrasi telah melenyapkan
sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sejak sekian lama. Raja-raja dan
pembesar tempatan telah kehilangan kuasa dan kewibawaan. Tambahan
pula, sistem birokrasi yang diperkenalkan tidak membeikan peluang yang

8
sewajarnya rakyat tempatan. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati
rakyat tempatan.
3 Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh penjajah menyebabkan rakyat
tempatan kekal dalam ekonomi tradisional. Sebagai contohnya, sistem
ekonomi dagangan di Tanah Melayu hanya dikuasai oleh syarikat Eropah dan
orang dagang. Rakyat tempatan digalakkan menanam padi dan menjalankan
ekonomi tradisioanl. Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa
di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina jelas menindas penduduk
peribumi.Kehidupan yang miskin mendorong mereka menuntut pembaikan
terhadap taraf hidup.
4 Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat.
Mereka menganggap bahawa mereka hanya layak bergaul dengan golongan
elit tempatan seperti golongan bangsawan dan pegawai kerajaan yang
berpendidikan Barat.
5 Dasar pendidikan penjajah juga antara faktor yang mencetuskan
nasionalisme. Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan
kemudahan pendidikan. Mereka men gutamakan sekolah yang menggunakan
pengantar bahasa penjajah. Penjajah hanya memberikan pendidikan di
peringkat rendah. Tambahan pula mereka hanya memberi keutamaan kepada
golongan elit dan penduduk bandar sahaja. Sebagai contohnya, di Indonesia,
anak golongan priyayi diberi pendidikan berasingan daripada anak orang
kebanyakan. Di Tanah Melayu pula, lepasa sekolah vernakular sukar
mendapat pekerjaan. Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh
menjadiancaman kepada sekolah Buddha.
6 Sebagai kesimpulannya, semua perkara yang tidak disenangi oleh rakyat
tempatan telah mencetuskan gerakan nasionalisme. Faktor tersebut berkait
antara satu sama lain dan mencetuskan gerakan nasionalisme terhadap
penjajahan kuasa Barat.

PENJAJAHAN BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME)

Q Imperialisme bentuk baru (Neokolonialisme) yang berlaku ke atas


Negara Dunia Ketiga pada hari ini

1 Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara
mencampuri urusan politik di negara-negara yang lemah. Sebagai contohnya,
Amerika campur tangan dalam hal ehwal di negara Iraq yang kononnya mahu
mewujudkan kestabilan di negara berkenaan. Setelah Saddam Hussein,
digulingkan, Amerika mendalangi perlantikan pemerintah baru. Hal yang
sama juga berlaku di beberapa buah negara lain. Pemerintah baru yang
dilantik itu mendapat restu negara-negara kuat. Hal ini menyebabkan dasar-
dasar politik negara tersebut ditentukan oleh negara besar. Oleh yang
demikian, negara kecil yang merdeka sebenarnya masih terjajah kerana
dasar-dasar negaranya masih ditentukan oleh negara besar.
2 Kuasa besar dunia menjalankan dasar neokolonialsme melalui penjajahan
ekonomi. Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah di Negara

9
Dunia Ketiga. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal
untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini
membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil. Contohnya, Negara
Maju mengenakan kawalan harga terhadap harga bahan mentah. Mereka
juga mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang
diberikan. Hal ini menyebabkan Negara Membangun terpaksa menjual
bahan mentah kepada Negara Maju Harga bahan mentah tersebut tidak
stabil. Penguasaan bahan mentah oleh Negara Maju memberikan kesan
buruk kepada Negara Membangun. Negara Membangun tidak dapat
merancang pengeluaran sumber hasilnya. Pendapatan negara tidak
menentu. Pembangunan negara tidak dapat dirancang dengan sempurna.
Oleh itu, Negara Membangun terpaksa bergantung kepada Negara Maju
selama-lamanya.
3 Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan
cara menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di
Asia Tenggara. Contohnya, dalam kehidupan seharian, kehidupan
beragama dan nilai-nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara
memeluk agama Kristian, mengamalkan cara hidup Barat dalam amalan
hidup seharian. Hal ini menyebabkan nilai-nilai sosial dan budaya hidup
tempatan semakin kurang diamalkan. Masyarakat lebih cenderung
mengamalkan cara hidup Barat. Sebagai kesimpulannya, penerapan cara
hidup Barat merupakan satu bentuk neokolonialisme. Ia memberikan kesan
negatif kepada masyarakat tempatan di Asia Tenggara kerana keruntuhan
moral dalam kalangan masyarakat semakin meruncing. Masyarakat hilang
jati diri.

KESAN PENJAJAHAN BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME)

Q Kesan yang berlaku di Negara Dunia Ketiga akibat dasar imperialisme


bentuk baru (neokolonialisme)

1 Imperialisme bentuk baru memberi kesan dalam aspek politik. Dasar-dasar


politik Negara Dunia Ketiga ditentukan oleh negara besar. Hal ini disebabkan
kuasa-kuasa besar dunia campur tangan dalam hal ehwal di Negara
Membangun. Sebagai contohnya, negara-negara kuasa besar menjadikan
keamanan sejagat sebagai alasan untuk mencampuri urusan politik negara-
negara tertentu. Mereka menerapkan ideologi politik yang didokongnya.
Mereka juga memberikan bantuan ketenteraan dan sokongan pentadbiran.
Hal ini menyebabkan negara kecil tersebut terpaksa mengikut telunjuk negara
besar. Pemimpin negara berkenaan menjalankan pentadbiran, menjalinkan
dasar luar dan melaksanakan pembangunan sebagaimana yang dikehendaki
oleh pemimpin negara yang menguasainya. Oleh yang demikian, walaupun
secara zahirnya, negara kecil itu sudah nsekian lama merdeka, namun
hakikat sebenarnya mereka masih terjajah kerana dasar pentadbiran
negaranya masih ditentukan oleh negara besar.
2 Imperialisme bentuk baru menyebabkan ekonomi Negara Dunia Ketiga masih
terjajah. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk

10
memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Mereka terpaksa
bergantung kepada Negara Maju. Negara Maju menguasai pemasaran bahan
mentah Negara Dunia Ketiga. Pergantungan ini membawa kepada syarat
perdagangan yang tidak adil. Contohnya, Negara Maju mengenakan kawalan
harga terhadap harga bahan mentah. Mereka juga mengenakan kadar faedah
yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Hal ini menyebabkan Negara
Membangun terpaksa menjual bahan mentah kepada Negara Maju. Harga
bahan mentah tersebut tidak stabil. Penguasaan bahan mentah oleh Negara
Maju memberikan kesan buruk kepada Negara Membangun. Negara
Membangun tidak dapat merancang pengeluaran sumber hasilnya.
Pendapatan negara tidak menentu. Pembangunan negara tidak dapat
dirancang dengan sempurna. Oleh itu, Negara Membangun terpaksa
bergantung kepada Negara Maju buat selama-lamanya.
3 Penjajahan bentuk baru menyebabkan cara hidup Barat menjadi sebahagian
daripada cara hidup masyarakat tempatan. Kuasa-kuasa besar dunia
menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia
Tenggara seperti amalan kehidupan seharian, kehidupan beragama dan nilai-
nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama Kristian
serta mengamalkan cara hidup Barat. Hal ini menyebabkan nilai-nilai sosial
tempatan semakin kurang diamalkan. Oleh itu, ia memberikan kesan negatif
kepada masyarakat tempatan. Keruntuhan moral masyarakat semakin
meruncing. Masyarakat tempatan hilang jati diri.

CABARAN YANG MENGANCAM KEDAULATAN NEGARA

Q1 Cabaran masa kini yang boleh mengancam kedaulatan negara


Q2 Keadaan yang berlaku pada masa kini yang boleh menggugat
kestabilan dan kedaulatan negara

1 Cabaran utama yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara


ialah usaha membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Walaupun
masyarakat yang berlainan kaum berganding bahu di bawah satu sistem
politik yang sama, tetapi kehidupan mereka tetap berasingan. Interaksi dan
hubungan antara kaum agak terbatas. Hal ini boleh mengundang berlaku
ketegangan kaum yang menggugat kestabilan negara. Oleh yang demikian,
fenomena tersebut membuka ruang kepada pihak luar yang berkepentingan
berusaha memecahbelahkan perpaduan dan menguasai politik negara ini.
2 Cabaran berikutnya ialah arus globalisasi yang cuba melenyapkan tamadun
bangsa mengikut kehendak Barat. Serangan siber yang bertali arus amat
berbahaya jika tidak dibanteras. Sebagai contohnya, penjenayah siber bebas
menyebarkan virus, menggodam dan mencuri data untuk tujuan risikan
perniagaan atau kerajaan. Maklumat yang disogokkan itu diterima dan
dipercayai bulat-bulat oleh rakyat kita. Hal ini menyebabkan kestabilan
negara tergugat. Oleh yang demikian, serangan siber perlu dibendung kerana
dengan sedikit kesilapan akan mampu meruntuhkan negara.

11
3 Cabaran yang seterusnya ialah krisis ekonomi yang boleh menggugat
kemajuan negara. Sebagai contohnya, krisis ekonomi yang melanda
Malaysia pada 1997 hampir menyerupai apa yang dialami pada tahun 1930-
an dan 1980-an. Hal yang sama juga berlaku di negara kita pada hari ini.
Krisis tersebut bukan sekadar melumpuhkan aktiviti perdagangan malah
menimbulkan masalah pengangguran. Hal ini menimbulkan kebimbangan
rakyat terhadap masa depan ekonomi negara. Aliran kewangan menjadi
lembap dengan nilai saham menjunam teruk, sementara itu nilai matawang
ringgit berada pada paras yang membimbangkan. Oleh itu, jika kita tidak
berusaha mengekang ancaman ekonomi negara maju, kemungkinan
ekonomi negara kita dikuasai oleh negara maju.
4 Perkembangan yang berlaku di negara jiran serantau juga boleh menggugat
kestabilan dan kedaulatan negara. Sebagai contohnya, krisis politik di
Myanmar menimbulkan kebimbangan pemimpin dan rakyat negara ini.
Penghapusan etnik Rohingya oleh Junta Tentera Myanmar bukan lagi
masalah dalaman mereka, tetapi dianggap masalah antarabangsa. Hal ini
menyebabkan kuasa-kuasa besar dunia menggunakan alasan tersebut
untuk mencampuri hal ehwal di Myanmar. Oleh yang demikian, kestabilan
rantau ASEAN akan tergugat dan sedikit sebanyak akan memberi kesan
kepada negara kita.

USAHA MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Q Peranan Warganegara Malaysia Dalam Usaha Mengekalkan Kedaulatan


Negara

1 Untuk mengekalkan kedaulatan negara, setiap warganegara perlu


berganding bahu mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Sebagai
contohnya, rakyat mestilah sentiasa mematuhi undang-undang
negara. Perlembagaan Malaysia mestilah dihormati dan dipatuhi. Hal ini
menjadikan masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yang mematuhi
undang-undang. Pihak kerajaan mestilah sentiasa memantau dan
membendung penyebaran ideologi politik berhaluan kiri, fahaman agama
syiah dan doktrin keganasan militan daesy di negara kita.
2 Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Dalam usaha
mengekalkan kedaulatan negara, kita hendaklah mengelakkan ketegangan
kaum yang boleh memecahbelahkan perpaduan. Kita haruslah bertolak
ansur dan mengelakkan perselisihan faham demi untuk kesejahteraan hidup
Malaysia. Sifat toleransi perlu dipupuk untuk mengukuhkan semangat
kekitaan. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dapat memupuk
semangat perpaduan kaum serta mengeratkan silaturahim. Oleh itu, sikap
bersatu-padu dapat mewujudkan keharmonian negara. Perpaduan yang
kukuh menjadi benteng yang dapat menghalang penglibatan kuasa luar.
3 Kita mestilah memajukan ekonomi dan menjana pendapatan rakyat. Rakyat
Malaysia hendaklah bersifat produktif, rajin dan gigih. Sifat tersebut dapat
meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Kita juga

12
harus kreatif mengatasi cabaran negara. Misalnya, rakyat Malaysia telah
bersatu-padu dan bergabung tenaga untuk memajukan semula ekonomi
negara apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998. Hal tersebut
menyebabkan kita dapat menjana penyertaan rakyat dalam perniagaan dan
perusahaan. Pendapatan dan taraf hidup rakyat meningkat. Oleh yang
demikian, kehidupan rakyat yang sejahtera menafikan penjajahan ekonomi
kuasa-kuasa besar.
4 Kita juga perlu memupuk jati diri rakyat agar cinta akan negara dan bangsa.
Sikap menghormati raja dan pemimpin negara hendaklah sentiasa dipupuk
dalam kalangan generasi muda. Perjuangan tokoh negara seperti Tunku
Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan lain-lain mestilah
dihargai. Lambang-lambang negara seperti Jalur Gemilang, Lagu Negaraku
harus dihormati dengan penuh cinta. Dengan semangat tersebut, rakyat
Malaysia sedia berkorban untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan
negara.
5 Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama menghadapi apa jua cabaran
dalam negara, Kita hendaklah sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di
kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara
untuk menjamin kedaulatan negara.

PERLUNYA MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Q Rasionalnya semua pihak di negara kita berusaha mengekalkan


kedaulatan negara

1 Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada kita semua. Melalui
kedaulatan, kita bebas menentukan corak pemerintahan negara mengikut
acuan kita sendiri. Sebagai contohnya, kita boleh mengamalkan sistem
demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan. Hal ini menyebabkan kita
dapat memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
Melalui amalan demokrasi, semua rakyat berhak memilih dan membentuk
kerajaan. Kerajaan yang dibentuk dapat menjalankan pemerintahan dengan
adil dan cekap. Dasar-dasar negara dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh
yang demikian, negara kita akan mencapai kemajuan yang pesat.
2 Semua pihak harus sedar betapa pentingnya kedaulatan negara. Kedaulatan
bermakna kita bebas menentukan dasar luar negara. Kita bebas menjalin
hubungan dengan negara lain mengikut kepentingan negara kita. Sebagai
contohnya, kita menjalinkan dasar luar dengan semua negara tanpa mengira
ideologi politik. Kita berbaik-baik dengan semua negara sama ada negara
blok kapitalis mahupun blok komunis. Dasar bebas dan berkecuali ini
menyebabkan kuasa-kuasa besar dunia menghormati prinsip dan kedaulatan
negara kita. Oleh itu, negara kita dapat berperanan aktif dalam pertubuhan
serantau dan antarabangsa seperti menganggotai Komanwel, Kongres Islam
Sedunia (OIC), Negara Selatan-Selatan, Negara-Negara Berkecuali (NAM)
dan ASEAN.

13
3 Kemerdekaan juga memberi kebebasan kepada kita mengamalkan dasar
ekonomi mengikut keperluan negara. pada zaman awal kemerdekaan, negara
kita terpaksa menjalin hubungan ekonomi dengan Britain. Namun, setelah
kedaulatan negara semakin utuh, kita bebas menjalinkan ekonomi dengan
mana-mana negara yang menguntungkan negara. Sebagai contohnya, kita
melancarkan Dasar Pandang ke Timur untuk membawa aliran modal dari
China, Korea dan Jepun ke negara kita. Hal ini dapat meningkatkan kemajuan
perusahaan dan perdagangan. Dengan itu, peluang pekerjaan bertambah
dan taraf hidup masyarakat meningkat.
4 Kedaulatan memberi hak untuk kita mewujudkan identiti negara. Kita bebas
menggunakan lambang-lambang yang menjadi identiti negara. Sebagai
contohnya, kita bebas merekacipta bendera dan menggubah lagu
kebangsaan negara. Kita juga berhak menjadi Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan serta dan agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan. Hal yang demikian menyebabkan perpaduan masyarakat
berbilang kaum semakin kukuh. Masyarakat yang berbagai etnik dapat hidup
dengan harmoni. Dengan itu, usaha pihak luar untuk mengganggu gugat
keamanan negara kita tidak berjaya.

CABARAN UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN

Q Mengekalkan kemerdekaan lebih sukar daripada menuntut


kemerdekaan

1 Kita terpaksa akur bahawa mengekalkan kemerdekaan adalah lebih sukar


daripada menuntut kemerdekaan. Era penjajahan di Tanah Melayu sudah
lama berkubur, namun puing-puing penjajahan budaya dan pemikiran yang
membelenggu masyarakat kelihatan sukar untuk dikikis.
Kita semua mengetahui betapa susahnya pejuang kemerdekaan terdahulu
berusaha membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Segala
pengorbanan yang ditempuhi hendaklah dijadikan inspirasi bagi membina
negara bangsa yang berjaya dan disegani di mata dunia.
2 Kita menghadapi cabaran besar dalam mengisi kemerdekaan apabila nilai jati
diri Melayu secara khususnya tidak lagi mendapat tempat di hati segelintir
masyarakat. Contohnya, pemakaian baju Melayu, bersongkok dan
bersamping mula dilupakan terutama ketika menyambut hari raya. Generasi
muda lebih gemar memperagakan fesyen terkini berbanding baju kurung yang
melambangkan kesopanan. Malah ada yang lebih selesa mengenakan fesyen
pakaian yang menjolok mata dan keterlaluan.
3 Negara juga menghadapi cabaran apabila corak kehidupan yang tidak
berteraskan nilai-nilai ketimuran juga mula dipraktikkan. Sebagai contohnya,
gejala seks bebas, seks songsang, gay dan lesbian menarik perhatian
golongan yang menyimpang daripada ajaran agama. Muda-mudi tanpa segan
silu memuat naik perlakuan jijik mereka di laman sosial sehingga seluruh
dunia menyaksikan betapa kita masih dijajah walaupun setelah sekian lama

14
merdeka. Justeru, apa erti kemerdekaan jika hakikatnya masyarakat masih
terjajah tanpa disedari.
4 Untuk mengekalkan kemerdekaan, nilai timur yang menjadi teras
keharmonian negara perlu dipertahankan. Oleh itu, sebarang anasir jahat
yang cuba diseludup ke negara ini hendaklah ditentang habis-habisan.
Kegiatan menyelewengkan ajaran agama perlu dibanteras. Usaha pihak
tertentu yang ingin mencetuskan huru-hara hendaklah dihentikan.
5 Untuk mengisi kemerdekaan, semua individu haruslah berjuang
meningkatkan pencapaian diri dalam apa jua bidang. Golongan muda diseru
mendalami ilmu pengetahuan supaya akan lahir lebih ramai cendekiawan
Malaysia yang boleh dibanggakan satu hari nanti.
6 Sebagai kesimpulannya, perpaduan masyarakat merupakan formula terbaik
untuk mengekalkan keharmonian dan kemerdekaan negara. Masyarakat kita
mestilah hidup bersatu hati. Perpaduan adalah menjadi penghalang
terhadap usaha pihak tertentu yang cuba meniupkan api perkauman dan
perpecahan.

IKTIBAR DAN NILAI MURNI

Q Iktibar yang boleh diambil daripada penjajahan kuasa Barat ke atas


negara-negara Asia Tenggara

1 Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh yang


memperjuangkan kedaulatan tanah air. Sebagai contohnya, tokoh yang
menghalang penglibatan pihak British seperti Dato’ Maharaja Lela, Rentap,
Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong. Kita juga perlu
menghargai tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’
Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan lain-lain. Hal ini menyebabkan kita dapat
menjadikan perjuangan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan negara.
2 Setiap rakyat perlu bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara
daripada ancaman pihak luar. Sebagai contohnya, kita mestilah sanggup
memainkan peranan menghalang penyebaran ideologi yang bercanggah
dengan pendirian politik negara kita. Kita juga perlu membendung
penyebaran doktrin keganasan dan penyebaran ajaran sesat yang semakin
menular. Hal ini menyebabkan kita dapat mewujudkan kestabilan politik
dalam negara.
3 Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang
menjadi identiti negara. Sebagai contohnya, nilai murni dan budaya Melayu
mestilah sentiasa dipertahankan kerana ia menjadi teras Kebudayaan
Nasional. Selain itu, amalan hidup dan budaya harmoni kaum-kaum lain
boleh diasimilasikan sebagai cara hidup masyarakat Malaysia. Hal ini
menyebabkan budaya tersebut bukan sahaja dapat terus diwarisi diwarisi
oleh generasi akan datang malah boleh mengharmonikan perpaduan kaum
di negara kita.

15
4 Oleh yang demikian, keselamatan negara kita terus terjamin. Kita dapat
mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik negara. Dengan
itu, kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.

KESIMPULAN

Q Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan isi


(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Nilai patriotisme yang boleh dihayati
(c) Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia unggul di
mata dunia.

1 Pengetahuan
Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang faktor-
faktor yang mendorong kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia
Tenggara. Sebagai contohnya, mereka menjajah Asia Tenggara untuk
kepentingan ekonomi serta menyebarkan agama dan kebudayaan mereka.
Hal ini menyebabkan mereka telah mengubah sistem politik, ekonomi
dan sosial negara-negara yang dijajahnya. Selain itu, tugasan ini
membolehkan kita mengetahui bahawa imperialisme Barat memberikan
implikasi yang buruk kepada negara tanah jajahan. Sebagai contohnya,
dasar-dasar penjajahan mereka telah menindas penduduk tempatan. Hal ini
mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan yang
menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut
kemerdekaan daripada kuasa penjajah.
2 Nilai Patriotisme
Nilai patriotisme yang boleh kita hayati ialah kita mestilah memiliki jati diri
yang tinggi dan tidak mudah menerima pengaruh luar. Sebagai contohnya,
kita mestilah sanggup berkorban dalam mempertahankan tanah air daripada
penjajahan asing. Hal ini menyebabkan kita dapat mengekalkan kedaulatan
dan kemerdekaan tanah air. Kita mestilah mempunyai sikap taat dan setia
kepada negara. Contohnya, kita mestilah sentiasa bersedia untuk
mengekalkan perpaduan kaum. Dengan perpaduan tersebut, kita bukan
sahaja dapat mengekalkan kedaulatan, malah berjaya mengisi
kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.
3 Harapan Kepada Bangsa dan Negara
Marilah kita sama-sama meletakkan harapan agar masyarakat berbilang
kaum di negara kita sedia bertoleransi untuk membina perpaduan. Hal ini
menyebabkan negara kita sentiasa aman dan bebas daripada ancaman luar.
Selain itu, kita patut sandarkan harapan agar masyarakat kita memiliki jati diri
yang tinggi. Mereka sentiasa bersedia menangkis pengaruh luar yang

16
mencemar budaya masyarakat kita. Hal ini menyebabkan identiti negara yang
menjadi kebanggaan kita sentiasa terpelihara.

17

Anda mungkin juga menyukai