Anda di halaman 1dari 2

AKTA LPPKN

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara atau


ringkasnya LPPKN telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan
Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan mula beroperasi pada
1966. Pada peringkat awal penubuhannya fungsi dan tugas LPPKN
lebih memfokuskan kepada aktiviti dan pelaksanaan program
perancangan keluarga di negara ini.

Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] pada


asalnya, dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 telah melalui
beberapa proses pindaan dan semakan sejak pewartaannya pada tahun
1966. Pindaan pertama dibuat pada tahun 1976 yang menyaksikan
beberapa pindaan kecil bersangkutan dengan istilah-istilah tertentu.

Ini disusuli dengan pindaan kedua iaitu pada tahun 1984 yang telah
membawa kepada pertukaran nama Akta daripada Akta Perancang
Keluarga kepada Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga. Selaras
dengan pindaan tersebut, nama Lembaga yang dahulunya dikenali
sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara telah ditukar kepada
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Pada tahun 1988, semakan dibuat ke atas akta ini bertujuan untuk
penyeragaman, penyesuaian, meringkas dan menjelaskan mana-mana
peruntukan dan mengemaskini istilah yang digunakan dalam Akta 352.

Peranan dan tanggungjawab LPPKN untuk mewujudkan keluarga yang


kukuh ke arah melahirkan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti

13
dan bangsa Malaysia yang progresif cukup mencabar dan memerlukan
komitmen yang jitu daripada semua pihak. LPPKN melalui pelbagai
inisiatif sentiasa berusaha untuk mencapai hasrat tersebut dengan
memperkenalkan kaedah dan pendekatan yang releven dan efektif dari
semasa ke semasa.

Pada 13 Jun 2001, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan hala tuju
dan pendekatan baru LPPKN selaku agensi utama dalam bidang
kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Bagi
mencapai matlamat tersebut, LPPKN turut memberi fokus kepada aktiviti
penyelidikan dan pembangunan serta latihan dalam ketiga-tiga bidang
tersebut.

Selaras dengan hala tuju, pendekatan, peranan dan tanggungjawab


baru LPPKN, maka Akta LPPKN perlu dipinda. Pindaan ini bertujuan
untuk membolehkan fungsi, kuasa dan tugas LPPKN yang sedia ada
diperjelas dan diperkukuhkan. Di samping itu beberapa peruntukan baru
perlu dimasukkan supaya ianya mencakupi skop dan menepati
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada LPPKN untuk
melaksanakannya. Ini telah dilakukan pada bulan ............ 2006 Akta
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara diwartakan
pada 8 Februari 2007

14

Anda mungkin juga menyukai