Anda di halaman 1dari 13

TAJUK : FURNITURE COMPONENT SHAPING & FORMING

TUJUAN
Kertas penerangan ini membincangkan pemahaman tentang mengenalpasti kaedah membentuk
dalam bidang pertukangan kerjakayu. keperluan mengenalpasti kaedah dan cara membentuk
dalam penyediaan komponen parabot .
PENERANGAN
1. Jig and fixtures specification.
Didalam industri perabot aspek rekabentu adalah penting. Dengan adanya berbagai jenis mesin
yang berkeupayaan tertentu dalam pembuatan komponen perabot. Mesin yang canggih dan
terkini digunakan dalam industri pengeluaran perabot masa kini. Namun begitu, penggunaan Jig
dan Fixtures masih diperlukan kerana produk perabot adalah tidak terhad dalam aspek
rekabentuknya.
Jig dan Fixtures amat diperlukan terutamanya untuk komponen perabot yang mempunyai profile
atau lengkong tertentu yang sukar dibuat secara gerak tangan biasa. Oleh demikian pembuat
perabot perlulah mengetahui cara cara pembuatan Jigs, cara penggunaan, bahan bahan yang
diperlukan untuk membuat jigs dan kesesuaian mesin tertentu serta komponen perabot yang
hendak dibuat.
2. Apakah ‘JIG’?
‘Jig’ ataupun ‘Template’ adalah sebuah alat yang berfungsi untuk:
2.1 Memegang benda kerja dengan kukuh dan kuat.
2.2 Menempatkan benda kerja padanya dengan tepat.
2.3 Memandu mata alat pemotong semasa pemerosesan benda kerja dibuat.
2.4 Memudahkan menanda benda kerja.
2.5 Mengukur benda kerja
3. Bahan-bahan untuk membuat jigs:
3.1 Padaumumnya ia boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu:
3.1.1 Bahan binaan asas
3.1.2 Pengikat
3.1.3 Aksesori
3.2 Bahan binaan asas
3.2.1 merupakan bahan mentah yang digunakan sebagai rangka utama atau pelengkap.
3.2.2 Dijadikan sebagai acuan atau memberikan bentuk benda kerja, ukuran yang tepat, tempat
memegang benda kerja dan boleh dipasang kepada mesin.
3.2.3 Umumnya bahan binaan asas mestilah bahan yang tahan lasak dan tidak mudah rosak.
3.3 Dalam membuat jigs,pemilihan bahan amat penting dalam memastikan pemilihan bahan
yang betul dan memastikan binaan jigs memenuhi aspek teknikal yang betul. Antara bahan asas
yang digunakan dalam pembinaan jigs adalah:-
3.3.1 Kayu
3.3.2 Papan Lapis (Plywood)
3.3.3 Papan Serpai (Mdf)
3.3.4 Papan Gentian (Fibre Bord)
3.3.5 Besi
4. Fixtures/alat lekapan:
Antara alat lekapan/fixtures yang selalu digunakan dalam proses membuat jigs adalah seperti
berikut:
4.1 PENGIKAT
Pengikat adalah bahan yang digunakan untuk mencantumkan atau mengikat bahagian
komponen-komponen ‘Jig’ dan ‘Fixture’ seperti bahagian utama, pelengkap, penghadang,
pemegang dan lain-lain. Pengikat boleh digunakan samaada sebagai kegunaan kekal atau
kegunaan sementara.
Contoh-contoh jenis pengikat yang biasa digunakan :
4.1.1 PEREKAT/GLU
4.1.1.1 Gam adalah jenis pengikat berkekalan.
4.1.1.2 Perekat jenis ‘epoxy’ adalah yang paling kuat tetapi harganya mahal.
4.1.1.3 Contact glu’.
4.1.1.4 Hardener’ perlu dicampurkan kepada perekat sebagai bahan pengaktif. Jenis perekat
yang menggunakan ‘hardener’ ialah urea formaldehid, melamin formaldehid, resocenol
formaldehid dan sebagainya. Perekat jenis ini perlu digunakan dengan segera selepas dibancuh.
4.1.2 PAKU
4.1.2.1 Bahan pengikat mekanikal untuk tujuan berkekalan.
4.1.2.2 Diukur dengan unit penny atau ‘d’.
4.1.2.3 Saiz terkecil ialah 1 ‘d’ atau 1/8 inci dan terbesar ialah 80 ‘d’ atau 8 inci.
4.1.2.4 Jenis-jenis paku ialah paku dawai, paku simen, paku kotak, paku kemasan, paku payung
dan sebagainya.
4.1.3 SKRU
4.1.3.1 Bahan pengikat mekanikal untuk kegunaan sementara.
4.1.3.2 Mempunyai kepala berbentuk bulat, pipih, piring dan tirus.
4.1.3.3 Kepala skru ada yang berjenis alur, philips, pozidriv atau kombinasi alur dan philips.
4.1.3.4 Di badan skru terdapat leher yang dipanggil ‘sunk’.
4.1.3.5 Di badan skru juga terdapat benang (tread) yang berbeza-beza dari segi kekuatan di
mana perlu disesuaikan dengan ketumpatan benda kerja.
4.1.3.6 Skru boleh didapati dari jenis ‘sheet metal screw’, ‘dry wall screw’, ‘chipboard screw dan
lain-lain.
4.1.3.7 Skru diukur mengikut saiz ‘sunk’ dan panjang.
4.1.3.8 Saiz ‘sunk’ yang paling kecil ialah 1 hingga 18 mm. Panjang skru adalah antara ½ inci
hingga 4 inci.
4.1.3.9 Kekuatan skru bergantung kepada kemampuan mampatan di antara kepala skru atau
benda kerja.
4.1.3.10 Skru Tanpa Mata seperti berikut
4.1.3.10.1 Lebih dikenali sebagai ‘joint connector bolt’ (JCB) dan ‘joint connector nut’ (JCN) atau
jenis ‘blushing’ dan ‘eccentric’.
4.1.3.10.2 Hanya mempunyai kepala dan badan yang terbenang (tread). Skru diikat dengan ‘nut’.
4.1.3.10.3 Kekuatan ikatan bergantung kepada kemampuan mampatan di antara kepada skru
dan ‘nut’.
4.1.4 ‘Treaded Metal Insert’
4.1.4.1 Sejenis pengikat berkekalan.
4.1.4.2 Mempunyai bebenang (tread) di bahagian dalam dan kepak di bahagian luar.
4.1.4.3 Perlu dibenamkan ke dalam kayu.
5 ‘BOLT AND NUT’
• Bolt ialah batang besi berbentuk selinder dan mempunyai benang (tread) di bahagian luar.
• Nut ialah gelang besi bersegi enam dan mempunyai benang ‘tread’ di bahagian dalam.
6 ‘WASHER’
• Ia adalah gelang besi yang nipis dan pipih.
• Digunakan sebagai pelapik antara kepala skru atau ‘nut’ dan benda kerja.
• Bertujuan supaya skru mudah ditanggalkan, memberi ketebalan yang secukupnya dan
menambah ruang sekiranya kepala skru lebih kecil dari lubang.
5. Jig and fixtures application method and procedure.
Dalam melaksanakan kerja-kerja melibatkan penggunaan jigs,faktor keselamatan amatlah di titik
beratkan.Pelatih mestilah sentiasa memakai kelengkapan PPE/peralatan keselamatan kendiri
sepanjang melakukan kerja melibatkan penggunaan jigs bagi mengelakkan sebarang
kecederaan berlaku.
Pelatih juga mestilah mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar dari tenaga pengajar jika sebarang
kemusykilan dan keraguan semasa proses kerja.
Antara contoh-contoh jigs yang diaplikasikan pada peralatan

6. MOULD / ACUAN.
Dalam kerja-kerja membentuk komponen perabot,acuan/mould adalah penting.ini kerana acuan
adalah penentu kepada bentuk dan rupa yang seragam sesebuah komponen itu.Antara contoh-
contoh acuan perabot tersebut seperti di bawah:

Templates/ template
Templet merupakan medium yang amat penting dalam kerja-kerja membentuk komponen
parabot yang melibatkan bentuk yang sukar dan melengkung.Ia juga merupakan sebagai jig
yang mudah di gunakan semasa kerja menyalin (copy) bentuk asal dari lukisan sebenar kepada
komponen.Antara contoh templet adalah seperti dibawah:
Mould and templates setting.
Untuk membuat acuan dan templet,penyediaan bahan perlulah di lakukan terlebih dahulu.Antara
bahan yang di perlukan seperti:
• Kertas surih/tracing paper
• Kertas karbon
• Kertas cardboard
• Pisau
• Lukisan teknikal/lakaran

Gambar diatas menerangkan cara membuat templet langkah demi langkah menggunakan kertas
cardboard.
Bagi kerja-kerja membuat acuan,keperluan bahan dan peralatan perlu disediakan seperti:
• Templet
• Bahan binaan struktur acuan -plywood,papan,MDF,besi,dan sebagainya.
• Sekeru,paku,glue,dan lain-lain pengikat.
• Apit
• Dan alat lekapan dan aksesori yang terlibat.
Contoh acuan:
7. PROSES MEMBENTUK
Proses bentuk dan membentuk dalam bidang teknologi perabot terdapat berbagai
cara/kaedah,antaranya ialah:
• Scooping/memahat/mencedok
• Lathing/melarik
• Routing/meraut
Jenis mesin membentuk dan pembentuk adalah seperti:
Single spindle moulder
Double spindle Moulder
Overhead router
Portable hand router
Template shaper
Computerised shaping and forming machine (CNC)
Copy lathe machine
Template lathe machine
Types of knife:
Jenis mata pisau mesin terbahagi kepada 4 katogeri,iaitu:
Straight cutter
Spindle moulder
Mata ketam
Profile cutter
Spindle moulder
Bench drill Thicknesser planner
Copy lathe cutter
Chisel/pahat pembentuk
o Skew chisel/pahat serong
o Round point/pahat hujung bulat
o Parting tool/pahat pengasing
o Gouge/pahat kuku
Penentuan cara penggunaan pahat larik:
Types of bit:
Jenis-jenis mata alat pembentuk:
Straight bit
Trimmer bits
Router bits
Profile bit
Trimmer profile bits
Router profile bits
Pemeriksaan keadaan mesin untuk:
• Safety/keselamatan.
Aspek keselamatan amat penting dalam menjalankan kerja-kerja pemesinan bagi mengelakkan
dari sebarang kecederaan semasa menjalankan operasi,antara factor keselamatan adalah:
a)Memakai peralatan keselamatan/PPE
b)memastikan kawasan tempat kerja yang selamat
c)Kadar pencahayaan yang cukup pada mesin/kawasan bekerja
d)Memastikan ketajaman mata alat mesin
• Performance/prestasi mesin.
Sebelum melakukan operasi pemesinan,pastikan keadaan mesin berada dalam keadaan yang
selamat seperti:
a)Pastikan meja kerja bebas dari benda asing seperti paku dan sekeru
b)Test run/warm up mesin terlebih dahulu
c)Pastikan mata alat di ikat ketat pada mesin
d)Pastikan kelancaran operasi pada mesin
• Setting/penalaan/pelarasan mesin.
Kerja-kerja penalaan/setting amat penting dalam operasi mesin kerana ia akan menentukan hasil
kerja yang baik dan berkualiti jika di laras dengan betul:
a)Pelarasan alat pemandu (guide) dan alat penghadang (fence) dengan tepat
b)Pelarasan ketinggian mata alat
c)Pelarasan kadar makan mata alat (feed rate)
d)Jarak yang selamat semasa operasi pemesinan
Cara menggunakan mesin spindle moulder:
Terdapat empat cara menggunakan mesin
a. Membentuk dengan penahan tepi atau lain-lain pemandu - Cara ini biasanya digunakan untuk
membentuk semua jenis bendakerja yang tepinya lurus
b. Membentuk dengan collar penahan – Cara ini digunakan pada bendakerja yang tidak sama
atau rata. Tahap dalam potongan dikawal oleh collar penahan yang dipasang pada gandar.
c. Membentuk dengan pattern atau template – Cara ini digunakan apabila bendakerja yang
berbentuk tidak sama diperlukan dengan banyak.
d. Membentuk dengan pengalas dan jig – Cara ini selalu digunakan untuk kerja-kerja
pengeluaran yang banyak mass production. Pengalas dan jig digunakan sebagai pemandu dan
memegang bendakerja semasa operasi.
8. Shaping and forming machine setting.
Bahagian mesin spindle moulder.
1. Meja - untuk menyangga penahan tepi atau pagar dan bendakerja semasa operasi.
2. Badan – untuk melindungi motor dan gandar serta bahagian yang berkaitan.
3. Gandar – satu shaf yang bergerak dalam keadaan menegak. Pemegang
mata pemotong dipasang dihujungnya. Ianya boleh dilaras mengikut ketinggian
yang dikehendaki.
4. Pelaras ketinggian gandar – untuk melaras ketinggian gandar untuk disesuaikan dengan
bendakerja dan juga ketika untuk memasang mata pemotong.
5. Pagar atau penahan tepi (fence) – sebagai pemandu ketika membentuk melalui
mata pemotong untuk kayuyang lurus dan boleh dilaras.
9. Component setting.
Jenis-jenis mata pemotong spindle moulder.
Terdapat berbagai jenis mata pemotong yang boleh dipasang kepada gandar mesin ini. Gandar
jenis biasa boleh menerima sebarang cutter head yang garis pusat lubangnya sama dengan
garis pusat gandar mesin.
Biasanya terdapat dua jenis mata pemotong iaitu, jenis yang dipasang pada cutter head atau
open face cutter dan jenis solid wing cutter.
Open face cutter atau flat knife
Banyak digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran yang mana satu tepinya diserongkan pada
sudut 30 yang dipasangkan kedalam lurah yang sesuai pada kedua-dua belah collar. Mata
pemotong yang lebar digunakan dan mestilah diikat dengan kemas untuk mengelak dari tercabut
semasa operasi.
Solid wing cutter.
Selalunya terdapat dalam bentuk tiga lidah (mata) pada satu bungkah yang tirus dipasang
kegandar, mata pemotong jenis ini adalah selamat digunakan berbanding dengan jenis open
face. Terdapat dalam berbagai bentuk potongan dan berbagai ukuran garis pusat.
Operasi dan kegunaan mesin pembentuk:
Single Spindle Moulder

KEMASIAPAN - FINISHING -
1. KENAL KEMASIAPAN
Mengenalpasti kemasiapan jenis Finishing
2. SEDIA BAHAN
a. Sediakan bahan yang diperlukan mengikut alatan
b. Bancuhan warna mestilah tepat
c. Pastikan tekanan angin cukup
Peringtan :-
Pilih kayu yang sama warna bagi kedua-dua kepingan kayu supaya kelihatan seperti sekeping
papan
3. BUAT TEKNIK SPRAY
a. Jarak semburan mestilah tepat diantara 150mm ke
300mm. (15cm – 30cm)
b. Sudut Semburan 90 darjah
c. Pergerakan alat semburan mestilah seimbang
d. Pastikan tekanan udara yang sesuai iaitu 60psi
4. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
STESEN KERJA KEMASIAPAN
a. Kawasan tempat semburan kemasiapan hendaklah 20 kaki dari api, percikan api serta alat
elektrik yang menghasilkan api.
b. Kawasan itu hendaklah jauh dari permukaan panas seperti lampu panas (heater lamp)
c. Semua lampu di kawasan itu hendaklah dilengkapkan dengan penutup bagi mengelakkan
kemalangan yang tida disengajakan.
d. Kawasan tempat semburan hendaklah dipastikan supaya tidak terdapat sisa bahan yang
mudah terbakar.
e. Saluran automatic lubang angin (ventilation) hendaklah dihidupkan untuk mengalirkan wap,
habuk keluar semasa prosas penyemburan cat dilakukan
1. Mengetahui aliran kerja mengikut proses kemasiapan
2. Senaraikan jenis peralatan kemasiapan
3. Huraikan peranan Penyemburan udara (Air Pressure)
4. Huraikan mengenai penggunaan peralatan ’’Airless’’
5. Huraikan mengenai penggunaan peralatan ’’High Volume low Pressure’’
6. Huraikan mengenai penggunaan peralatan ’’Electrolyte
a. FINISHING LINE SET-UP
Pengenalan
Kerja – kerja penyemburan bahan kemasiapan ke permukaan perabot boleh dibuat dengan
menggunakan berbagai jenis kelengkapan penyemburan . Di dalam kertas penerangan akan
dibentang beberapa peralatan penyemburan antaranya ialah :
1. Penyemburan Udara
2. Air – less spray units.
3. High Volume low Pressure (HVLP).
4. Electrostatic spray systems.
b. KELENGKAPAN KEMASIAPAN
i. PENYEMBURAN UDARA
Penyemburan udara merupakan satu kaedah penyemburan bahan kemasiapan yang terawal
sekali menggunakan ‘ gun’ ( penyembur) . penggunaanya juga tersebar dengan meluas . ianya
digunakan dalam perkembangan industri perabot dari bengkel yang kecil hinggalah ke
pengeluaran secara besar- besaran.
Walaupun proses – proses moden lain diperkenalkan dalam kerja penyemburan kemasiapan
tetapi penyemburan udara masih dianggap cara terbaik dalam penggunaan cat atau bahan
seumpamanya . penyemburan udara menggunakan ‘ spray gun’ telah mengambil alih
penggunaan berus dan ianya mempunyai kebaikan seperti berikut :
- penyalutan ( coating ) adalah lebih baik.
- Permukaan lebih baik dapat dihasilkan .
- Pengeluaranya ( meter persegi/ jam) bertambah.
Operasi
Peyemburan udara adalah satu proses dimana cat atau sebagainya telah dicampur dengan
udara pada tekanan rendah didalam ‘ spray gun’ . cecair keluar dari muncung ( nozzle) di dalam
bentuk percikan yang halus dan terus terkena kepada permukaan bendakerja pada kelajuan
rendah yang berbeza.
Di antara jenis-jenis ‘spray gun’ yang boleh digunakan dengan penyemburan udara adalah
seperti berikut:
1. Suction-up spray gun
2. Garavity-flow spray gun
3. Pneumatik spray-gun with pressure tank.
4. Pneumatik spray-gun with pain pump
Kebaikan penyemburan udara
Cara penyemburan udara mempunyai kebaikan khusus untuk penghiasan permukaan perabot
antaranya:
a. Kita berupaya menghasilkan penyalutan nipis dan seragam yang berkualiti tinggi.
b. Penggunaan bahan yang menjimatkan
c. Merupakan satu kaedah terbaik untuk::-
- Lapisan cat yang nipis
- Penggunaan yang berkehendakkan penukaran cat yang kerap.
- Perbelanjaan yang kurang
- Pengukuhan (retouching), pengelapan (shading), dan ‘patination’
Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian
Penyemburan udara boleh menghasilkan hasil yang menarik dan jelas tetapi hanya jika
peraturan asas berikut diambil perhatian dan dipatuhi:
a. Kesemua peralatan hendaklah dugunakan sewajarnya mengikut langkah-langkah operasi
(operation instruction).
b. Spray-gun mesti dipegang dengan betul.
c. Bahan kerja hendaklah desediakan dengan sempurna.
d. Kondisi (keadaan) mestilah sesuai untuk kawalan penyemburan.
e. Keluaran yang telah dicat mestilah betul-betul dirawat selepas penyemburan.
ii. AIR-LESS SPRAY UNITS
Penyemburan ‘airless’ adalah proses yang digunakan untuk membuat kerja-kerja yang tidak
dapat dilakukan oleh penyemburan udara. ‘airless’ mengatomkan cat tanpa menggunakan
udara. Tekanan udara yang digunakan adalah tinggi menyebabkan lapisan filem yang tebal
boleh digunakan.
Operasi
Ciri utama proses airless adalah pneumatic yang membekalkan cat kepada spray-gun di antara
100 dan 150 bar. Dengan menekan pemetik, injap cat akan terbuka dan cat itu akan terdorong
mengalir ke muncung yang sempit. Apabila ia muncul dari hujung nozzle itu, cat akan terserah
kepada percikan yang halus dan menuju ke benda kerja dengan bentuk pancutan yang lama
melalui lubang halus dimuncung (nozzle apparture)
a. Corak semburan yang dihasilkan mempunyai bentuk kontor yang berbeza
b. Muncung semburan bulat yang berbagai keratin melintang dan dengan berbagai sudut.
c. Apabila muncung airless sangat kecil, penapis yang bertekanan tinggi adalah penting untuk
mengelakkan dari tersumbat.
Kebaikan Penyemburan Airless
Kebaikan utama yang diberikan oleh penyemburan airless ialah ekonomik.
- Ia menghasilkan mutu yang tinggi, penyalutan yang tidak kasar dan bebas dari gelembung
udara.
- Ketebalan lapisan yang berbeza boleh dihasilkan di dalam satu operasi.
- Ia akan menutupi permukaan dengan cepat.
- Bahan yang bekelikatan rendah dan tinggi boleh disembur tanpa kesukaran.
- Pencemaran atmosphere oleh pelarut, semburan cat dan lebihan semburan adalah sangat
sedikit.
- Pancutan sembuarn aierless adalah sangat sesuai untuk penyalutan bendakerja yang rumit.
- Pengaruh tiupan angina yang etrkena kepada semburan juga dapat dihapuskan.
- Permukaan yang cacat disebabkan oleh kekotoran udara juga dapat dihapuskan
iii. AIRCOAT SPRAY UNIT
Aircoat spray units adalah gabungan kepada sistem proses airless dan air-spray.
Operasi
Dengan proses aircoat ini bahan semburan dibekalkan kepada spray-gun dengan pam tekanan
yang beroperasi pada tekanan 50 dan 250 bar(pneumatic).
Daya yang dikenakan pada trigger spray-gun membuka injap bahan semburan. Bahan itu
dipaksa melalui satu ruang sempit (narrow cross-section of the nozzle) dan pada masa yang
sama ia akan dipecahkan kepada zarah-zarah yang halus. Injap penyembur udara terbuka serta
merta dan satu lapisan udara terbentuk. Lapisan ini dihasilkan oleh satu ruang yang terdapat
pada sekeliling bahan yang disembur dan ia membantu memastikan yang tepian semburan tadi
benar-benar dipecahkan kepada bentu-bentuk yang halus.
Sistem ini menghasilkan satu semburan yang halus dan di dalam bentuk-bentuk zarah. Zarah ini
ditujukan pada permukaan bahan kerja dengan tenaga kinetic yang rendah dan ia juga
disertakan dengan satu lapisan angina. Ia juga tersebar dengan mudah dan meyeluruh, terutama
pada tepian dan bucu permukaan.
Aircoat menyediakan
1. Pengatoman zarah bahan semburan untuk kualiti cemerlang bagi ekmasan yang memerlukan
kilatan yang tinggi (high gloss finish)
2. Pengeluaran yang baik di dalam ruang pekerjaan yang komplek.
3. Tiada masalah penyembuarn walaupun bahan yang mempunyai kepekatan yang tinggi.
4. Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
5. Penyesuaian yang lebih meluas untuk memenuhi banyak kehendak kemasiapan.
6. Aircoat menyediakan hasil yang elbih baik kepada hampir semua masalah penyemburan yang
terhasil.
7. Meningkatkan lagi mutu kemasiapan disamping mengurangkan kos.
8. Kedua-dua bahan kemasiapan samada kepekatan rendah atau tinggi boleh disembur dengan
mudah.
9. Semburan aircoat juga amat sesuai untuk membuat kemasan pada benda kerja yang
berlubang dan berongga.
Nozzle
Terdapat dua jenis nozzle yang berbeza yang digunakan dengan proses aircoat ini:
Round Jet Nozzle
Nozzle yang dipilih untuk menghasilkan pengatoman yang halus menghasilkan kualiti pelapisan
yang tinggi dan kemasan yan optimum. Sesuai untuk benda kerja yang berongga dan
mempunyai rekabentuk yang komplek.
Flat Jet Nozzle
Digunakan pada prinsipbya untuk pelapisan yang ekonomik ataupun pada benda kerja yang
mempunyai permukaan yang rata dan bahan kemasan boleh disemburkan dalam kepekatan
yang tinggi.
Langkah Keselamatan
Keselamatan adalah perkara utama yang diperlukan kerana semasa operasi proses aircoat ia
akan mengujudkan satu tekanan semburan yang amat tinggi. Dari itu perkara-perkara berikut
perlu diambil perhatian:
1. Jangan biarkan jari anda menghalang bahan jet yang keluar.
2. Jangan halakan penyembur pada diri sendiri dan orang lain.
3. Pastikan anda sudah benar-benar memahami segala peraturan sebelum menggunakannya.
4. Pastikan tiada kebocoran berlaku.
5. Sebelum memulakan kerja adalah baik melakukan tindakan seperti berikut :
- tutup suis terlebih dahulu.
- Pastikan saluran penyembur di bawah tekanan.
- Kuncikan penyembur.
iv. ELECTROSTATIC SPRAYING SYSTEM
Electrostatic spraying system adalah penyelesaian masalah kepada penyeburan benda kerja
yang berbentuk silinder. Penyemburan cara ini memerlukan pelaburan yang tinggi berbanding
dengan penyemburan yang lainnya. Namun begitu kaedah penyemburan ini tidak membazirkan
bahan kemasan, mengelakkan penyemburan yang terlalu tebal, menjimatkan masa,
menjimatkan kos pembersihan dan sebagainya.
Keputusan yang optimum hanya dicapai bergantung kepada penggunaan kelengkapan yang
betul.
Operasi
Sistem ini menggunakan kaedah sains dan tenaga electrostatic. Spray-gun dilengkapi dengan
high tension elektrod yang mempunyai cas medan positif manakala benda kerja pula dicaskan
dengan medan negative. Tenaga electrostatic berkisar pada medan di antara spray-gun dan
benda kerja. Semburan cat yang diatomkan dari spray-gun akan diperangkap oleh medan
negative terdapat pada benda kerja, dengan itu semburan cat tadi akan melekat pada benda
kerja di mana sahaja medan negative terdapat.
Pattern of force is electrostatics fields
Solid bodies
-The lines of force are mutuality epullent
- All lines of force terminate at right angles on face of the earthed opposite pole.
- They are uniformly spread over its surfaces
- They bunch together at the edges of the body.
Hollow bodies
- The lines of force are mutually repellent and
v. ELECTROSTATIC SPRAYING SYSTEM
Electrostatic spraying system adalah penyelesaian masalah kepada penyeburan benda kerja
yang berbentuk silinder. Penyemburan cara ini memerlukan pelaburan yang tinggi berbanding
dengan penyemburan yang lainnya. Namun begitu kaedah penyemburan ini tidak membazirkan
bahan kemasan, mengelakkan penyemburan yang terlalu tebal, menjimatkan masa,
menjimatkan kos pembersihan dan sebagainya.
Keputusan yang optimum hanya dicapai bergantung kepada penggunaan kelengkapan yang
betul.
Operasi
Sistem ini menggunakan kaedah sains dan tenaga electrostatic. Spray-gun dilengkapi dengan
high tension elektrod yang mempunyai cas medan positif manakala benda kerja pula dicaskan
dengan medan negative. Tenaga electrostatic berkisar pada medan di antara spray-gun dan
benda kerja. Semburan cat yang diatomkan dari spray-gun akan diperangkap oleh medan
negative terdapat pada benda kerja, dengan itu semburan cat tadi akan melekat pada benda
kerja di mana sahaja medan negative terdapat.
Pattern of force is electrostatics fields
Solid bodies
-The lines of force are mutuality epullent
- All lines of force terminate at right angles on face of the earthed opposite pole.
- They are uniformly spread over its surfaces
- They bunch together at the edges of the body.
Hollow bodies
- The lines of force are mutually repellent and

Glue / Gelu / Perekat Perabot


JENIS-JENIS PEREKAT DAN KEGUNAANYA
(Types of adhesive and their application)
Diantara kumpulan jenis perekat terbahagi kepada 4 jenis seperti berikut
1. Gelu Binatang
2. Gelu Protin
3. Gelu Resin
4. Gelu Sentuh
Gelu Binatang
Diperbuat daripada bahagian-bahagian binatang seperti lebihan kulit, lender, daging-daging yang
melekat pada kulit yang terbuang, tidak sesuai dijemur
Perekat binatang boleh dibeli dengan bentuk berketul-ketul, tepung dan berulas-ulas seperti
mutiara, sesetengah perekat tidak dikeringkan betul-betul dan ianya dijual di dalam tin seperti
agar-agar, cara penggunaanya mestilah dipanaskan di atas dapur dengan kuasa wap 140F
sehingga 150F. Perekat yang berketul-ketul hendaklah direndamkan selama satu jam sehingga
sebati. Perekat ini kembang dan separuh daripadanya menghisap air tetapi tidak larut. Perekat
ini dipanaskan di dalam periuk dengan cara wap iaitu 150F, kemudian biarkan suhunya lebih
140f
Kegunaanya:
Kegunaanya sesuai di dalam rumah. Digunakan di dalam kerja sambung menyambung dalam
kerja-kerja am seperti membuat perabot, melekatkan kulit, kertas dan veniar dengan
menggunakan tukul veniar atau papan apit yang panas
Jangkamasa pengeringan ialah 12 jam
Sifat-sifat Perekat Binatang
a. Boleh digunakan semasa panas sahaja
b. Digunakan serta merta
c. Tidak Kalisair dan kalispanas
d. Lambat kering
e. Mudah diserang hidupan mikro
f. Pegangannya kuat
g. Tidak mengubah warna kayu
h. Kegunaan kerja dalaman (interior) sahaja
Gelu Protin
Perekat ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu
a. Perekat / gelu kesin
b. Perekat / gelu Protin sayur
c. Perekat / gelu darah albumin
a. Perekat kesin
Dihasilkan daripada susu yang dilarutkan di dalam air dengan bantuan bahan akali
Jenis kesin:
• Kesin laktik – daripada dadih susu masam
• Kesin asid – daripada susu yang dimasamkan dengan campuran asid
• Kesin rennet – susu yang ditindakkan oleh satu enzim
Kegunaan gelu kesin:
Bagi kerja-kerja penyambungan am, di gunakan bagi melekatkan veniar dan membuat papan
lapis, mengikat laminet atau formika bagi kegunaan kerja dalaman dan luar.
b. Perekat protin sayur
Dihasilkan daripada hampas selepas proses memerah minyak kacang soya, kacang tanah dan
biji kapas dan tahan air walaupun tidak kalisair
Kegunaanya:
Untuk pembinaan papan lapis, membuat kotak, membuat papan gantian berlapis, alas laci dan
lain-lain
c. Perekat darah albumin
Dihasilkan daripada albumin yang diperah diripada darah binatang serta dicampurkan dengan
bahan kimia.
Perekat darah albumin ini kuat, tahan air, tidak mencelup kayu, mahal harganya, semasa kerja
mengelu berkehendakkan Perekat darah albumin panas semasa kerja-kerja mengapit bahagian
–bahagian kerja.
Kegunaannya:
Untuk membuat papan lapis kalisair dan kerja-kerja menveniar
Perekat Resin Tiruan
Terbahagi kepada 4 jenis perekat
a. Urea fomaldihaid
b. Melamin fomaldihaid
c. Fenol dan Resesional fomaldihaid
d. Gelu PVA (Polivinil Asitat)
a. Urea fomaldihaid
Resin ini boleh didapati dalam keadaan sirap melekit atau serbuk kering yang dilarutkan ke
dalam air sebelum digunakan
Urea fomaldihaid tahan air dan tidak mengubah warna kayu.
Kegunaannya:
Penyambungan kerja-kerja am dan kegunaan di dalam dan luar
Sifatnya: pegangan yang kuat Jangkamasa pengeringan 4 hingga 8 jam.
b. Melamin fomaldihaid
Hampir sama dengan Melamin fomaldihaid. Perekat ini lebih mudah bertindak balas dan lebih
tahan air daripada urea formaldihaid
Kegunaanya
Penyambungan kerja-kerja am dan kegunaan di dalam sahaja
c. Fenol dan Resesional fomaldihaid
Fenol dan Resesional fomaldihaid jenis kalisair, sesuai digunakan di dalam kerja-kerja luar,
harganya mahal tetapi kegunaannya amat meluas sekali.
Kegunaannya
Digunakan di dalam penghasilan papan lapis kalisair, tetapi oleh kerana perekat ini keras dalam
keadaan panas, maka tidak bergitu tinggi tindakbalasnya dan boleh digelu dalam keadaan sejuk.
Sifatnya: Pegangan yang sangat baik. Jangkamasa kering 4 hingga 8 jam
d. Perekat PVA (Polyvinyl Acetat)
Perekat ini dihasilkan oleh tindakan asitilin ke atas asitik, kemudian dicampur dengan air. Jenis
cecair berwarna putih susu yang boleh digunakan terus, jika perlu dicampurkan dengan sedikit
air
Bersihkan untuk digunakan, tidak mengubah warna kayu, tidak tahan air dan kering dengan
cepat.
Kegunaannya
Sesuai untuk kerja-kerja dalaman seperti pemasangan projek hardboard, kerja-kerja kecil dan
lain-lain.
e. Perekat sentuh (Contact)
Dihasilkan dengan melarutkan getah tiruan di dalam pelarut dan mencampurkan bahan penyebu.
Perekat ini tidak tahan air tetapi tidak tahan lama, mudah terbakar sebelum pelarutnya tersejat.

Kegunaanya:
Melekatkan papan lapis, formika, veniar, kulit, logam dan kepingan nipis, peraturan
menggunakannya ialah dengan menyapu gelu pada kedua-dua permukaan yang hendak
dicantum. Anda perlu tunggu sehingga kering dalam masa 10 minit hingga 15 minit sebelum
mencantumkannya.
SUKATAN CAMPURAN PEREKAT
(Mixing Proportion)
a. Perekat binatang
Campurannya
5 aun perekat + 2 ½ bahagian air = 1 pain
b. Perekat protin
Campuran Perekat
5 bahagian perekat + 8 bahagian air (5+8)
c. Perekat Resin
Sedia digunakan dari dalam tin, jika perlu campurkan sedikit air
d. Perekat Sentuh
Sedia digunakan dari dalam tin
KAEDAH DAN TEKNIK-TEKNIK PENGGUNAAN
(Methods and techniques of application)
Cara yang betul menggunakan perekat adalah satu perkara yang sangat mustahak di dalam
pembuatan perabot
a. Pastikan peraturan menggunakan perekat mengikut label pada bekasnya.
b. Lekatkan perekat di awal waktu, jangan lakukan pada minit-minit waktu hendak pulang
c. Bancuh atau keluarkan perekat secukupnya dari bekasnya
d. Ikut peraturan menggunakan perekat dari pengedar / pengilang
:
Semasa menggunakan Perekat Binatang
a. Gunakan semasa panas, kerja dengan cepat dan gunakan dalam cuaca panas
b. Tentukan perekat itu benar-benar pekat
c. Bahagian yang hendak digelu itu haruslah bersih dan pasang pada tepat pada masanya
d. Gunakan bekas yang bersih serta air yang banyak di dalam periuk bahagian luar
e. Sediakan perekat yang cukup untuk perkerjaan yang dilakukan
f. Perekat ini hendaklah disapu dengan berus
3.1.3.1 Peralatan yang digunakan
a. Berus cat
b. Pengikis rata
c. Apit G
d. Apit F
e. Apit panjang
f. Bekas perekat
g. Kain
h. Pengapit
i. Roller
3.1.3.2 Kepentingan dan ketepatan semasa mengapit perekat
Bahagian yang digelu mestilah bersih daripada permukaan seperti habuk dan sebagainya.
Pastikan peralatan yang digunakan dikeluarkan daripada tempat penyimpanan alatan sebelum
kerja-kerja menggelu. Lebihan perekat tersebut hendaklah dibersihkan selapas mengapit
bendakerja yang dilekatkan. Tunggu perekat tersebut kering pada masa yang hendak
ditetapkan. Sekiranya memerlukan kecepatan perekat gunakan gelu sentuh ini kerana gelu
tersebut kering dalam masa 10-15 minit sesuai digunakan di dalam kerja-kerja menghadapi ujian
kepantasan. Manakala penggunaan gelu PVA mengambil masa pengeringan 2-3 jam unuk
kering. Rancanglah penyapuan gelu ini dengan betul
3.1.3.2 Langkah-langkah Keselamatan
a. Pastikan bekas gelu ditutup rapat setelah digunakan
b. Ikutilah peraturan yang tertulis pada bekas perekat
c. Berhati-hatilah semasa menggelu dan elakan gelu tersebut terkena pada deria penglihatan
d. Semasa menggunakan perekat binatang yang sedang panas elakan daripada terkena tangan
e. Semasa kerja-kerja menggelu cari tempat yang rata dan bersihkan selepas menggelu
pemidang dan sebagainya
f. Setiap perekat mempunyai jangkamasa kering yang berbeza mengikut masa yang ditetapkan
g. Gunakan alat yang betul ketika menyapu perekat

Anda mungkin juga menyukai