Anda di halaman 1dari 3

Litar Sesiri

Rintangan ,R Ammeter, A Voltmeter, V


20 0.18 3.5
30 0.18 3.9
40 0.18 4.3
50 0.18 4.5
60 0.18 4.9
70 0.18 4.95

Litar Selari

Rintangan, R Ammeter, A Voltmeter, V


20 0.18 3.8
30 0.16 3.8
40 0.15 3.8
50 0.10 3.8
60 0.09 3.8
70 0.08 3.8

Perbincangan.

1. Bagi litar bersiri, jawab soalan-soalan berikut.

a) Bandingkan bacaan ammeter di kedudukan A1, A2, A3, dan A4. Apakah yang dapat
anda nyatakan tentang nilai-nilai arus dikedudukan tersebut?

Bacaan ammeter adalah sama kerana nilai arus adalah sama pada titik dalam
litar itu. Lagipun, kesemua komponen berkongsi voltan dari bateri dalam litar
tersebut.

b) Bandingkan bacaan voltmeter di kedudukan V1, V2, V3. Nyatakan hubungkait


antara rintangan perintang dengan beza keupayaan yang merentasinya.

Bacaan voltmeter semakin bertambah. Semakin bertambah rintangan perintang,


semakin bertambah beza keupayaan yang merentasinya
2. Bagi litar selari, jawab soalan-soalan yang berikut.
c) Bandingkan bacaan ammeter di kedudukan A1, A2, dan A3. Nyatakan hubungkait
antara rintangan dengan arus yang mengalir melaluinya.

Bacaan ammeter semakin bertambah. Semakin bertambah rintangan, semakin


bertambah arus yang mengalir melaluinya.

d) Bandingkan bacaan voltmeter di kedudukan V1, V2, dan V3. Apakah yang dapat
anda nyatakan tentang nilai-nilai bezakeupayaan di kedudukan-kedudukan
tersebut.

Bacaan voltmeter adalah sama. Hal ini kerana voltan merentasi setiap cabang
yang selari adalah sama.

3. Berdasarkan pengetahuan yang diperolehi, ramalkan sama ada lampu di tengah-


tengah jalan raya disusun dengan litar selari atau bersiri. Mengapa?

Litar selari. Kerana jika salah satu daripada lampu di tengah jalan raya itu rosak,
lampu-lampu yang lain masih akan menyala. Perkara ini berlaku kerana terdapat
lebih daripada satu lintasan untuk arus mengalir dalam litar selari. Ini bermakna
bahagian lain litar masih lagi lengkap walaupun salah satu lampu rosak. Selain itu,
semakin banyak lampu atau perintang yang disambungkan secara selari, semakin
rendah rintangan berkesan bagi litar itu. Maka, arus yang mengalir dalam litar itu
akan bertambah dan kecerahan lampu juga akan bertambah.
Kesimpulan.

Bina satu jadual untuk membandingkan dan membezakan ciri-ciri litar bersiri dan
litar selari dari segi arus dan beza keupayaan.
Litar bersiri Litar selari

Hanya terdapat satu lintasan untuk arus Terdapat lebih daripada satu lintasan
mengalir dalam litar sesiri. untuk arus mengalir dalam litar selari.
Nilai arus adalah sama pada setiap titik Nilai arus dalam litar itu ialah jumlah
dalam litar itu. nilai arus daripada setiap cabang.
Arus bertambah apabila bilangan bateri Voltan (beza keupayaan) merentasi
dalam litar bertambah. Kesemua setiap cabang yang selari adalah
komponen berkongsi voltan dari bateri sama.
dalam litar itu.
Jika salah satu bahagian dalam litar Jika salah satu cabang litar terputus,
terputus, semua komponen litar yang komponen litar dalam cabang litar lain
lain tidak dapat berfungsi. masih boleh berfungsi.

Anda mungkin juga menyukai