Anda di halaman 1dari 4

MASTER PENDIDIKAN

(PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL)


MOD PEMBELAJARAN FLEKSIBEL
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Calon dipelawa untuk melanjutkan pengajian Master Pendidikan (Pendidikan Teknikal dan
Vokasional) dalam tempoh cuti persekolahan. Kuliah dikendalikan dalam bentuk interaksi
bersemuka di kampus UPM Serdang dan disokong dengan pembelajaran teradun mengguna
sistem PutraBlast.
Penawaran program Master Pendidikan (Pendidikan Teknikal dan Vokasional) secara
pembelajaran fleksibel oleh Fakulti Pengajian Pendidikan dibuka pada setiap semester.

Matlamat program Master Pendidikan (Pendidikan Teknikal dan Vokasional) adalah untuk
menghasilkan:
i. sarjana profesional di pelbagai seting pekerjaan dalam bidang pendidikan teknikal dan
vokasional.
ii. sarjana profesional yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat untuk
membangun bakat dan potensi diri.
iii. sarjana profesional yang mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam
bidang pendidikan teknikal dan vokasional.

Pada akhir program, pelajar dapat:


i. mengaplikasi dan mengintegrasi pengetahuan berkaitan isu penyelidikan terkini dalam
bidang pendidikan teknikal dan vokasional
ii. mengaplikasi teknik penyelidikan bagi memperoleh, menginterpretasi dan
mengembangkan ilmu pendidikan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional
iii. menunjukkan kebolehan berkomunikasi, memimpin dan bekerjasama dalam membina
pengetahuan baharu
iv. mensintesis pengetahuan lanjutan dan melibatkan diri dalam penyelesaian masalah
dan kemahiran saintifik
v. menunjukkan kemampuan untuk bekerja sebagai profesional yang membina komuniti
berpengetahuan
vi. mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan teknikal dan
vokasional secara profesional dan beretika
vii. mengembangkan pengetahuan am dan bakat serta potensi diri secara berterusan,
berperingkat dan terkumpul.
Syarat kemasukan:
 Calon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) dalam bidang yang
berkaitan dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.00; atau
 Calon yang mencapai minimum PNGK 2.75 atau setara dengan minimum 3 tahun
pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan dengan bidang yang dimohon; atau
 Calon yang mencapai minimum PNGK 2.75 atau setara boleh diterima masuk
bergantung kepada penilaian dalaman oleh pihak Fakulti; atau
 Calon yang mencapai minimum PNGK 2.50 atau setara dengan minimum 10 tahun
pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan dengan bidang yang dimohon.

1
Pelaksanaan program adalah seperti berikut :-

Pelajar yang mengikuti program ini adalah tertakluk kepada Peraturan 2003 Universiti Putra
Malaysia (Graduate Studies, Rules 2003) [Revision 2015-2016]. Program ini dilaksanakan dalam
tempoh cuti persekolahan bagi setiap tahun. Kemasukan pelajar dibuat pada setiap semester
pertama dan semester kedua.

Dalam program ini, pelajar akan mendaftar pada awal semester serentak dengan kemasukan
pelajar lain dalam kampus. Pelajar mendapat akses untuk bahan pembelajaran dan tugasan
melalui PutraBLAST. Tempoh peperiksaan adalah mengikut kalendar yang ditetapkan oleh
Sekolah Pengajian Siswazah UPM.

Masa pengajaran dijalankan semasa cuti sekolah iaitu setiap hari (Isnin hingga Jumaat).
Pendekatan pengajaran adalah dalam bentuk kuliah interaktif dan pembelajaran teradun. Masa
kuliah adalah seperti berikut:

8.00 pagi hingga 11.00 pagi

11.30 pagi hingga 2.30 petang

3.00 petang hingga 6.00 petang

Yuran pengajian (pelajar tempatan) terdiri daripada:


1. Yuran semester: Semester pertama: RM1,250. Semester berikut: RM1000 setiap semester
2. Yuran kredit: RM200 setiap kredit.

ONLINE SYSTEM URL:

http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/
http://www.sgs.upm.edu.my/prospective_students-2964

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:


DR. RAHIMAH JAMALUDDIN
Penyelaras Program Siswazah (Pendidikan Teknik dan Vokasional)
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Tel: 0397698224 / 0123939672
Email: imah_upm@upm.edu.my

2
Berikut adalah cadangan jadual pelaksanaan program Master Pendidikan (Pendidikan Teknikal
dan Vokasional) secara pembelajaran fleksibel yang bermula Cuti Akhir Tahun 2019 (November
hingga Disember):-

SEMESTER CUTI SEKOLAH KOHOT DUA

Sem 1 CUTI AKHIR TAHUN 2019 3 Kursus (9 Kredit)


2019/2020 26 Nov 2019 – 18 Dec 2019 ERS5900 Kaedah Penyelidikan
(RM3050.00) TVE5003 Pentaksiran dalam Pendidikan Teknik
dan Vokasional
TVE5004 Kerjaya dalam Organisasi

Sem 2 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 3 Kursus (9 Kredit)


2019/2020 PERTAMA 2020 TVE5000 Sejarah dan Falsafah Pendidikan
(RM2800.00) Teknik dan Vokasional
CUTI PERTENGAHAN TAHUN TVE5001 Pentadbiran dalam Pendidikan Teknik
2020 dan Vokasional
TVE5005 Kajian Perbandingan dalam Pendidikan
Teknik dan Vokasional ATAU
TVE5200 Strategi dalam Pengajaran SRT

Sem 1 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 Kursus (4 Kredit)


2020/2021 KEDUA 2020 ERS5977 Seminar Cadangan Penyelidikan
(RM3600.00) EAD5007 Pengurusan Sistem Maklumat
Pendidikan

CUTI AKHIR TAHUN 2020 3 Kursus (9 Kredit)


ERS5950 Statistik
EAD5810 Dasar dan Perancangan Pendidikan
TVE5002 Reka Bentuk Kurikulum dalam
Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Sem 2 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 Kursus (9 Kredit)


2020/2021 PERTAMA 2021 ERS5988 Disertasi Master
(RM2800.00) TVE5090 Internship Dalam Pendidikan Dan
CUTI PERTENGAHAN TAHUN Latihan Teknikal Dan Vokasional
2021

RM12,250.00 KONVO NOVEMBER 2021

3
ONLINE SYSTEM URL:

http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/

If this is urgent, please refer to our website for immediate information


at http://www.sgs.upm.edu.my/prospective_students-2964 or you can contact any of
Admission Unit's staff below for immediate attention:

A. STAFFS RESPONSIBLE FOR MANAGING MATTERS RELATED TO ADMISSION


APPLICATION STATUS & GENERAL ADMISSION INFORMATION

Ms. Haryati Kamaruzzaman (Email: k_haryati@upm.edu.my ,Tel : +603-97694218) Mrs. Hafizah


Mohd Isa (Email: hafizahisa@upm.edu.my,Tel: +603-97694223) Mrs. Rosmizawani Che Awang
(Email: rosmizawani@upm.edu.my, Tel: +603-97694225)

B. STAFF RESPONSIBLE FOR MANAGING MATTERS RELATED TO DEFERMENT OF


ADMISSION & GENERAL ADMISSION INFORMATION

Mr. Mohd Firdaus bin Maswin (Email: masfirdaus@upm.edu.my, Tel: +603-97694225)

C. VAL COORDINATOR

Mrs. Shahana Mohamad Yunus (Email: shahana@upm.edu.my, Tel: +603-97696048)

D. ENROLLMENT LETTER

Mr. Muhammad Shah (Email: msas@upm.edu.my, , Tel: +603-97694225)

Please note our working hours is 0800 to 1700 from Monday to Friday and we regret the delay
in reply over the non-working hours.

Operating Office Hour:


Monday - Thursday : 8.00 am - 1.00 pm; 2.00 - 5.00 pm
Friday : 8.00 am - 12.15 pm; 2.45 pm - 5.00 pm
Saturday & Sunday : CLOSED
Public Holiday : CLOSED

Registration Package for International Students: http://bit.ly/packageforinternationalstudents

Registration Package for Local Students:http://bit.ly/packageforlocalstudents

Tarikh kemas kini: 10 Julai 2019

Anda mungkin juga menyukai