Anda di halaman 1dari 2

Refleksi amali pertanian rockmelon

Nur Husnina Binti Zawawi


D20171077975

Melalui penanaman rockmelon, saya dapat pelajari tentang sistem fertagasi yang
digunakan sepanjang penanaman rockmelon. Saya menimba ilmu tentang penanaman
rockmelon dari mula menyemai biji benih hinggapenuaian rockmelon. Sistem
fertagasi ini adalah kaedah penanaman di mana tanaman dibekalkan dengan larutan
baja dan air melalui sistem pengairan. Selain itu, saya dapat pelajari cara untuk
membancuh baja dalam tangki mengikut sukatan yang diperlukan dan betul. Baja
fertagasi terdiri daripada baja A dan baja B yang digabung bersama-sama di dalam
satu tangki dan disalurkan bersama air.

Untuk penanaman rockmelon, saya dapati ianya memerlukan penjagaan yang rapi
bermula dari penanaman sehingga pokok mengeluarkan buah yang banyak. Saya
dapat mengetahui medium yang digunakan untuk penanaman sistem fertagasi ini iaitu
menggunakan medium ‘cocopeat’ yang telah dibasuh terlebih dahulu agar sebati.
Saya juga dapat pelajari cara untuk membuang sulur pada batang pokok rockmelon
bagi mengalakkan pokok menjalar dengan baik. Sistem pengairan titis juga digunakan
untuk memastikan pokok rockmelon mendapat sumber air dan baja yang mencukupi.
Penjagaan pokok ini perlu dilakukan dengan teliti. Oleh itu, setiap ahli kumpulan
diberikan tanggungjawab untuk datang ke rumah hijau penanaman rockmelon bagi
melihat dan memastikan pokok rockmelon dijaga dan tumbuh dengan baik. Saluran
air pada penitis juga perlu diambil berat kerana sering kali tersumbat. Seterusnya saya
juga dapat mengetahui cara untuk mengabungkan/kahwinkan debung bunga jantan
dan bunga betina bagi menghasilkan buah rockmelon.

Melalui subjek reka bentuk teknologi pertanian saya dapat belajar tentang sistem
fertagasi. Ilmu pengetahuan yang baru bagi saya dan pengalaman yang sangat bernilai
akan saya manfaatkan untuk kegunaan masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai