TOPIK BUTIRAN/KETERANGAN
DISEDIAKAN OLEH :
………………………………….
MASNIZA BT ABD RAHMAN
LAPORAN KEM KEPEMIMPINAN PELAJAR 2018
Pada 23 Februari hingga 24 Februari 2018 yang lalu, satu Kem Kepemimpinan Pelajar
bagi tahun 2018 telah dianjurkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan
Temerloh (SMKT) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKT. Kem ini
telah diadakan di Kuala Gandah Forest Park, Lancang dengan melibatkan 139 orang pelajar
mewakili badan-badan kepimpinan yang terdapat di sekolah ini iaitu Badan Pengawas dan
Disiplin, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pusat Sumber Sekolah (PSS), Exco Asrama dan
Pembimbing Rakan Sebaya,.
Kem ini diadakan bertujuan untuk membentuk jati diri dalam diri setiap pemimpin pelajar
SMKT agar dapat menjadi lebih berdedikasi dalam memainkan peranan bagi menggerakkan
organisasi masing-masing. Selain itu, kem ini juga untuk melatih ketua-ketua setiap badan
kepimpinan agar dapat mengendalikan organisasi masing-masing dengan lebih cekap dan teratur.
Di samping itu, kem ini juga dianjurkan bagi memupuk semangat kerjasama yang jitu antara
ketua badan kepimpinan dan ahli pimpinan masing-masing bagi memastikan pengurusan
organisasi yang lebih mantap sekali gus dapat memantapkan lagi pengurusan pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Temerloh.
Sepanjang kem ini berlangsung, pelbagai aktiviti yang menguji fizikal dan mental para
pelajar telah diadakan. Antaranya adalah aktiviti “Survival Game” dan latihan dalam kumpulan.
Beberapa slot ceramah juga telah diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran insaniah dalam
diri setiap pemimpin pelajar seperti teknik berkomunikasi berkesan, protokol pengurusan
perhimpunan, kaedah pembelajaran berkesan, pemantapan rohani pelajar dan muhasabah diri.
Kemuncak aktiviti pada kem ini adalah pada hari terakhir iaitu kami telah diarahkan untuk
melakukan satu aktiviti bagi menguji semangat kerjasama, cara kepimpinan dan cara
berkomunikasi dalam kalangan kami. Walaupun gagal dalam beberapa kali cubaan, dengan
menggunakan segala ilmu yang diperoleh daripada kem ini, kami berjaya melepasi halangan
dalam aktiviti tersebut.
Hasil daripada kem ini, banyak input yang telah kami peroleh antaranya kepentingan
komunikasi yang berkesan antara ketua dan anak buah serta sesama ahli bagi menghasilkan mutu
kerja yang lebih baik. Malah, kami juga menyedari akan kepentingan menjaga amanah yang
dipegang dalam membawa jawatan masing-masing. Akhir sekali, kami juga mempelajari akan
pentingnya semangat kerjasama dalam kalangan ahli badan kepimpinan dan tidak sekadar
bersikap mementingkan diri semata-mata.
Secara keseluruhannya, kami berharap agar program ini dapat diadakan dengan lebih baik
pada masa akan datang bagi menghasilkan mutu kepimpinan pelajar yang lebih baik sekali gus
menjadikan pengurusan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh lebih mantap. Akhir
kalam, majulah badan kepimpinan untuk sekolah.
Disediakan oleh,
……………………
Setiausaha,
Badan Pengawas dan Disiplin,
Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh.
LAPORAN BERGAMBAR
TEAM BUILDING 3
TEAM BUILDING 4
TEAM BUILDING 5
SESI TAZKIRAH
AEROBIC CARDIO DANCE
MAJLIS PENUTUPAN
MAJLIS PENUTUPAN OLEH PN. NIK RUSHIDAH BT NIK HUSSIN(GPK HEM SMKT)
PESERTA KEM LELAKI