Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPEMIMPINAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMERLOH 2018

TOPIK BUTIRAN/KETERANGAN

NAMA AKTIVITI KURSUS KEPEMIMPINAN PELAJAR


1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN DALAM
OBJEKTIF PROGRAM KALANGAN PELAJAR TERPILIH
2. MENINGKATKAN KETAHANAN DIRI DARI ASPEK MENTAL,
FIZIKAL & SOSIAL.
3. PESERTA MENGETAHUI JENIS-JENIS DAN BENTUK
KEPIMPINAN YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN.
4. MEWUJUDKAN SUASANA YANG HARMONI DI ASRAMA DAN
SEKOLAH HASIL DARIPADA KEPEMIMPINAN YANG
BERKESAN.

TARIKH 24 – 25 FEBRUARI 2018


PELAKSANAAN
TEMPAT KUALA GANDAH FOREST PARK, LANCANG

SASARAN 139 ORANG PELAJAR


( SEMUA BADAN KEPIMPINAN )

KOS/SUMBER PIBG SMKT

PERSONALIA KUALA GANDAH FOREST PARK


SEMUA GURU PENASIHAT BADAN-BADAN KEPEMIMPINAN
WARDEN & KAUNSELOR

PENGISIAN 1. SURVIVAL GAME


2. TEAM BUILDING
3. TAZKIRAH & KULIAH
4. FEAR FACTOR,GANDAH GOT TALENT & NIGHT GAME
5. AKTIVITI KECERDASAN & SENAMAN PAGI
6. JUNGLE TRACKING
7. SOAL-JAWAB

PENILAIAN/CATATAN KURSUS KEPEMIMPINAN YANG BERLANGSUNG SELAMA 2 HARI 1


MALAM INI TELAH BERJALAN DENGAN LANCAR WALAUPUN ADA
PESERTA YANG KELIHATAN AGAK LETIH TERUTAMANYA PADA
HARI AKHIR. NAMUN BEGITU KURSUS INI JUGA BANYAK MEMBERI
KESEDARAN DAN ILMU-ILMU BARU KEPEMIMPINAN KEPADA
MEREKA SELAIN DARIPADA MEMBERI SEMANGAT BARU UNTUK
MENJALANKAN TUGAS DENGAN LEBIH BAIK DAN BERKESAN.

DISEDIAKAN OLEH :

………………………………….
MASNIZA BT ABD RAHMAN
LAPORAN KEM KEPEMIMPINAN PELAJAR 2018

Pada 23 Februari hingga 24 Februari 2018 yang lalu, satu Kem Kepemimpinan Pelajar
bagi tahun 2018 telah dianjurkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan
Temerloh (SMKT) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKT. Kem ini
telah diadakan di Kuala Gandah Forest Park, Lancang dengan melibatkan 139 orang pelajar
mewakili badan-badan kepimpinan yang terdapat di sekolah ini iaitu Badan Pengawas dan
Disiplin, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pusat Sumber Sekolah (PSS), Exco Asrama dan
Pembimbing Rakan Sebaya,.

Kem ini diadakan bertujuan untuk membentuk jati diri dalam diri setiap pemimpin pelajar
SMKT agar dapat menjadi lebih berdedikasi dalam memainkan peranan bagi menggerakkan
organisasi masing-masing. Selain itu, kem ini juga untuk melatih ketua-ketua setiap badan
kepimpinan agar dapat mengendalikan organisasi masing-masing dengan lebih cekap dan teratur.
Di samping itu, kem ini juga dianjurkan bagi memupuk semangat kerjasama yang jitu antara
ketua badan kepimpinan dan ahli pimpinan masing-masing bagi memastikan pengurusan
organisasi yang lebih mantap sekali gus dapat memantapkan lagi pengurusan pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Temerloh.

Sepanjang kem ini berlangsung, pelbagai aktiviti yang menguji fizikal dan mental para
pelajar telah diadakan. Antaranya adalah aktiviti “Survival Game” dan latihan dalam kumpulan.
Beberapa slot ceramah juga telah diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran insaniah dalam
diri setiap pemimpin pelajar seperti teknik berkomunikasi berkesan, protokol pengurusan
perhimpunan, kaedah pembelajaran berkesan, pemantapan rohani pelajar dan muhasabah diri.
Kemuncak aktiviti pada kem ini adalah pada hari terakhir iaitu kami telah diarahkan untuk
melakukan satu aktiviti bagi menguji semangat kerjasama, cara kepimpinan dan cara
berkomunikasi dalam kalangan kami. Walaupun gagal dalam beberapa kali cubaan, dengan
menggunakan segala ilmu yang diperoleh daripada kem ini, kami berjaya melepasi halangan
dalam aktiviti tersebut.

Hasil daripada kem ini, banyak input yang telah kami peroleh antaranya kepentingan
komunikasi yang berkesan antara ketua dan anak buah serta sesama ahli bagi menghasilkan mutu
kerja yang lebih baik. Malah, kami juga menyedari akan kepentingan menjaga amanah yang
dipegang dalam membawa jawatan masing-masing. Akhir sekali, kami juga mempelajari akan
pentingnya semangat kerjasama dalam kalangan ahli badan kepimpinan dan tidak sekadar
bersikap mementingkan diri semata-mata.
Secara keseluruhannya, kami berharap agar program ini dapat diadakan dengan lebih baik
pada masa akan datang bagi menghasilkan mutu kepimpinan pelajar yang lebih baik sekali gus
menjadikan pengurusan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh lebih mantap.
Akhir kalam, majulah badan kepimpinan untuk sekolah.

Disediakan oleh,

……………………

Setiausaha,
Badan Pengawas dan Disiplin,
Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh.
LAPORAN BERGAMBAR

PESERTA MENDIRIKAN KHEMAH

MENIKMATI MAKAN MALAM


AKTIVITI SURVIVAL (PERTANDINGAN MASAKAN)
TEAM BUILDING 1
TEAM BUILDING 2

TEAM BUILDING 3
TEAM BUILDING 4

TEAM BUILDING 5

SESI TAZKIRAH
AEROBIC CARDIO DANCE

MAJLIS PENUTUPAN

MAJLIS PENUTUPAN OLEH PN. NIK RUSHIDAH BT NIK HUSSIN(GPK HEM SMKT)
PESERTA KEM LELAKI

PESERTA KEM PEREMPUAN


AKTIVITI KUMPULAN

Anda mungkin juga menyukai