Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BANDAR TAWAU II Kod Sekolah: XBA3069

MUHAMMAD HAIRUL AKMAL BIN BASIRIN


1. Nama Guru
FASILITATOR KELOMPOK KECIL
2. Judul 3. Bidang: Psikologi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Seorang fasilitator yang berkesan dapat membina suasana pembelajaran, menyedia sumber
maklumat yang diperlukan,menyoal dan mendorong tetapi tidak menghalang perkembangan
individu atau kelompok. Himpunan aktiviti yang dapat dilaksanakan semasa bimbingan antaranya,
permainan, penyegar minda, bermain peranan, muzik, ilustrasi. Permainan yang dijalankan
bertujuan untuk menarik minat, keseronokan bermain juga dapt meninggalkan kesan positif
kepada aspek latihan ang dilalui. Penyegar minda pula merupakan aktiviri yang cergas dan
menyeronokkan. Ahli dapat bergerak, berfikir dan berasa tenang. Bermain peranan meniru
keadaan sebenar dan boleh menjadi alat berkesan dalam menggalakkan pembelajaran. Melalui
muzik atau nyanyian, dapat meningkatkan kreativiti dan kesegaran berfikir dengan aktif. Suasana
kumpulan lebih ceria. Salah satu teknik mengaktifkan kumpulan adalah degan menggunakan
ilustrasi dan gambar sebagai alat penggerak perbincangan. Perkara ini dapat mengasah
kemahiran mendengar dan bertutur dalam diri ahli kumpulan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Guru merupakan fasilitator yang aktif dalam bilik darjah. Selain menyampaikan ilmu pengetahuan,
guru perlu merancang aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) yang dapat menarik
minat murid, mengembangkan kreativiti dan menggalakkan murid berfikir dengan kritis tentang
suatu tajuk atau perkara. Guru dapat mengambil contoh aktiviti dalam buku ini dan digunakan
dalam membina rancangan pengajaran harian yang lebih bermakna.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Seorang guru (fasilitator) yang baik dapat bergaul, berkongsi maklumat, mendengar pandangan
dengan baik dalam sesuatu organisasi. Ilmu yang dikongsikan dalam buku ini dapat membantu
kearah pembentukan diri guru yang lebih positif, peka akan perbezaan dan meraikan persamaan
yang dapat menyatu padukan organisasi induk. Dalam aspek bilik darjah pula, anggap setiap
murid ini sebagai pesakit yang memerlukan perhatian guru. Setiap murid mempunyai kelemahan
yang berlainan, masalah yang berlainan disekolah atau dirumah, gunakan budi guru untuk
membantu mereka sebaik mungkin.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................................... ........................................................
(MUHAMMAD HAIRUL AKMAL BIN BASIRIN) ( )

Anda mungkin juga menyukai