Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PERMAS JAYA Kod Sekolah: JEA1052

1. Nama Guru
NUR SHAHZUANA BINTI BASIR
2. Judul 3. Bidang: SAINS SOSIAL
GURU DAN CABARAN SEMASA
4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa: 2 PM

6. Tempat Pembentangan
TIADA
7. Sinopsis

Buku ini menceritakan peranan sebagai seorang guru dan cabaran yang dilalui sepanjang
bergelar guru. Buku ini merupakan persediaan awal atau rujukan untuk para pendidik mahupun
bakal pendidik yang berkecimpung dalam dunia pendidikan. Buku ini mempunyai 6 bab dan
setiap bab memberikan penjelasan secara teliti dan lengkap. Hal ini dapat membantu bakal guru
dalam menyediakan mental serta fizikal dan untuk pendidik lebih memahami konsep dunia
pendidikan yang sebenar. Buku ini menceritakan pelbagai aspek dari pemulaan hingga bidang
yang akan diceburi nanti. Sebagai contoh dalam bab satu, buku ini menegaskan tentang isu dan
cabaran pendidikan semasa yang dikaitkan dengan peta minda. Dikaitkan dengan sosial guru
dan anak murid serta bagaimana teknologi kini mempengaruhi pendidikan semasa. Selain itu bab
ini juga menceritakan tentang pelbagai budaya dan agama murid serta guru. Cabaran dalam
mengajar serta mendidik berdasarkan latar belakang yang berbeza dan cara mengatasinya.
Walaubagaimanpaun bab-bab lain tidak kurang hebatnya dimana menceritaka pelbagai iu seperti
undang-undang, tekanan emosi yang guru alami serta lain-lain. Buku ini sangat bagus untuk
digunakan pada masa akan datang sebagai panduan bakal guru serta semua yang bergelar
seorang pendidik.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan bertanggungjawab, buku ini mnegajar saya erti
sebenar seorang pendidik. Menjadi seorang guru tidak cukup sekadar menyediakan fizikal yang
sihat namun memerlukan smeua aspek terutamanya emosi. Kerana dalam membentuk sahsiah
diri murid amatlah susah dan menjadi seorang yang bergelar pendidik memerlukan kesabaran
yang tinggi. Maka buku ini memberi pengajaran dan persediaan yang baik kepada sy sebagai
seorang pendidik.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru dapat menggunakan ilmu yang diberi dengan cara mengenal pasti budaya, karater dan
agama muri-murid yang bersesuaian agar berjaya membentuk murid dan melahirkan individu
yang berjaya jika bukan dari akademiknya maka dalam sahsiah diri tersebut. Selain itu, dapat
menyediakan mental yang kuat menghadapi watak dan karakter murid yang berbeza serta
kepelbagaian tugas baru yang bakal diberikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(Nur Shahzuana binti Basir ) ( )

Anda mungkin juga menyukai