Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan 2

Pendidikan Sivik prasekolah

Tema : Makanan Berkhasiat

Tarikh :05/07/2019

Hari :Selasa

Masa: 7:10am-7:20Pagi

Jumlah Murid : 25 Orang

Exemplar Perbualan Awal

Kandungan : Membezakan antara keperluan dan kehendak yang di ingini. (Menghargai diri sendiri)

Nilai Teras : Bertanggungjawab

S umber : carta piramid makanan , bahan maujud

Cadangan Aktiviti :

1. Murid duduk di hadapan kelas.

2. Guru memperkenalkan pelbagai jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

3. Guru menerangkan tentang keperluan makanan berkhasiat dan keburukan makanan yang
membahayakan kesihatan.

4. Murid menyanyi lagu makanan bertajuk nyam nyam .

EXEMPLAR AP

Kandungan : Membezakan antara keperluan dan kehendak yang di ingini. (Menghargai diri sendiri)

Nilai Teras : Kasih sayang , Bertanggungjawab

Objektif : Murid dapat menamakan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

Murid boleh memilih makanan yang diperlukan untuk kesihatan.

Menceritakan pengalaman rasa pelbagai jenis makanan.


Aktiviti 1 : a) Guru mempamerkan carta piramid makanan.

b) Murid diminta menceritakan tentang keperluan memakan makanan berkhasiat.

c) Murid diminta menyatakan pengalaman jika :

- Murid perlu makan makanan berkhasiat

Hak :-

Guru perlu menjelaskan tentang perbezaan kehendak dan keperluan


yang murid ingini. Murid-murid perlu tahu tentang perkara / objek yang
menjadi kehendak atau keperluan untuk mereka.

d) Murid menyanyi lagu makanan bertajuk nyam nyam dendangan Didi & Friends.

Aktiviti 2 : a) Guru menyediakan makanan dalam bentuk maujud. Contoh makanan yang disediakan
seperti gula-gula, keropok, buah betik dan sayur brokoli.

b) Murid-murid diberi peluang untuk memilih salah satu makanan.Contoh makanan yang
di pilih adalah nasi dan gula-gula.

c)Murid memilih nasi sebab nasi adalah satu keperluan harian manakala gula-gula
merupakan kehendak pilihan murid.

d) Murid-murid memberi pendapat tentang keperluan memilih makanan yang


berkhasiat.Contoh nasi yang menjadi amalan pemakanan harian yang membekalkan
tenaga karbohidrat dan tenaga.

e) Murid meceritakan pengalaman jika memilih makan gula-gula secara berlebihan akan
merosakkan gigi dan mendatangkan penyakit kencing manis.

f) Murid bersoaljawab dengan guru tentang akibat memilih makanan tidak berkhasiat dan
berkhasiat berpandukan keperluan dan kehendak yang murid inginkan.

Aktiviti 3 : a) Murid-murid perlu memahami kehendak dan keperluan sesuatu makanan serta
berbincang tentang jenis-jenis makanan yang pelbagai.

b) Guru membimbing murid menyediakan buku skrap tentang keperluan makanan


berkhasiat.

c)Murid menjalankan aktiviti membuat buku skrap

Info Sivik : Makanan yang berkhasiat adalah penting untuk setiap individu kerana tubuh badan

memerlukan zat yang mencukupi untuk kesihatan sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai