Anda di halaman 1dari 36

LATIHAN 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah yang
diperoleh apabila kita menuntut ilmu.

FAEDAH-FAEDAH
MENUNTUT ILMU

Mendapat Peluang Kerja yang Lebih Baik dan Terbuka

Melahirkan Masyarakat yang Memiliki Minda Kelas Pertama

Mencipta Pelbagai Peralatan Berasaskan Keperluan Semasa

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda
kita ini jelas menekankan penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang yang sememangnya
penting serta perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah
membuktikan ilmu atau pengetahuanlah yang akan menetukan kejayaan seseorang
seandainya dimanfaatkan. Oleh itu, setiap orang seyogianya berusaha mencari seberapa
banyak ilmu demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ilmu Pelita hidup,
demikianlah kata-kata hikmat yang menggambarkan pada kita manfaat yang diperoleh
seandainya kita berilmu. Oleh itu, semua anggota masyarakat hendaklah menggunakan masa
untuk memenuhkan ilmu di dada. Apabila seseorang itu berilmu, sudah tentulahlah pelbagai
maslahat akan diperoleh. Persoalannya, apakah faedah yang diperoleh apabila kita menuntut
ilmu ?

Terdapat banyak maslahat ataupun kebaikan menuntut ilmu, antaranya ilmu


membolehkan kita memperoleh kerja yang lebih baik. Dengan pelbagai ilmu yang dimiliki,
peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan seseorang itu lebih mudah untuk mendapat
1
kerja. Kita juga akan mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi. Dengan jawatan dan gaji
yang lumayan, seseorang itu mampu membantu kedua-dua ibu bapa dan memberikan
kesenangan kepada mereka. InsyaAllah, hasrat dan impian yang terpendam selama ini akan
direalisasikan jika kita mempunyai ilmu sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi
Muhammad yang bermaksud “barangsiapa yang mahu kehidupan di dunia, maka bagi
mereka ilmu sandarannya” . Oleh itu, terbuktilah bahawa jika kita mempunyai ilmu, maka
kita mampu meneruskan kehidupan dengan ilmu yang dimiliki. Kerja seperti doktor, peguam,
jurutera, guru, akauntan dan sebagainya memerlukan mereka yang berilmu. Ingatlah, kuat
ketam kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya. Sekiranya kita tidak memiliki
ilmu, sudah tentulah kita tidak akan mendapat kerja yang kita idam-idamkan. Tegasnya,
seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan terbuka sekiranya mereka
mempunyai ilmu pengetahuan.

Selain itu, kelebihan menuntut ilmu ialah dapat melahirkan individu yang memiliki
minda kelas pertama. Masyarakat minda kelas pertama ini ialah masyarakat yang mampu
berdaya saing kerana sudah tentu masyarakat yang sebegini memiliki jati diri dan akhlak
yang terpuji berkat daripada ilmu yang dimiliki. Seandainya kita tidak mempunyai ilmu,
maka kita tentu tidak mampu bersaing dengan orang yang lebih berjaya kerana tidak
mempunyai kemahiran untuk mengahadapi cabaran. Masyarakat minda kelas pertama yang
disegani dan dihormati lahir daripada masyarakat yang sentiasa mengutamakan aspek tarbiah
yang berterusan sesama anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana mereka mengganggap
bahawa ilmu itu adalah harta yang paling bernilai dengan harta yang lain. Dengan ilmu yang
kita miliki, kita boleh diangkat menjadi pemimpin yang berketerampilan. Kita juga tidak
mudah ditipu oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil kesempatan atas kelemahan diri kita
dek kurangnya ilmu di dada. Golongan yang terpedaya dengan tipu helah golongan yang
berkepentingan ialah golongan yang tidak berfikir panjang kerana mereka tidak boleh
membezakan antara hak dan batil. Hal ini selaras dengan gurindam melayu yang berbunyi:

Kalau kamu rajin mengaji,


Tentu kamu akan dipuji.

Akhir sekali, apabila seseorang itu menuntut ilmu, dia boleh mencipta pelbagai
peralatan berasaskan keperluan semasa. Seseorang yang memilih bidang Teknik dan
Vokasional umtuk melanjutkan pelajaran, sudah pasti didedahkan dengan kemahiran dan
latihan dalam bidang-bidang tertentu. Latihan dan kepakaran yang dimiliki ini membolehkan
seseorang itu untuk mencipta pelbagai peralatan berasaskan keperluan semasa. Ketika
menuntut ilmu sama ada di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi, pelajar-
pelajar telah diajar dan diterapkan dengan unsur inovasi dan kreativiti. Keadaaan ini
membolehkan pelajar mencipta sesuatu yang lebih kreatif dan inovasi bagi meningkatkan
penguasaan diri. Selain itu, seseorang yang memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang Sains dan Teknologi sudah pasti dapat menyumbang idea dan kepakaran dengan
mencipta teknologi yang lebih tinggi untuk memajukan negara seperti mencipta mesin-mesin
dan peralatan berteknologi tinggi dalam bidang pertanian dan perindustrian. Hal ini

2
membolehkan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-
negara maju yang lain dalam bidang sains dan teknologi.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, ilmu amat penting sekali dan memiliki
banyak kebaikan dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari mestilah mencakupi ilmu
dunia dan ilmu akhirat. Kedua-dua ilmu ini mestilah seimbang demi menjamin hidup yang
bahagia di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kita janganlah membuang masa dengan melakukan
perkara yang tidak bermanfaat. Gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam
pelbagai bidang terutamanya bidang teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa
berubah dari masa ke masa. Akhirulkalam, janganlah kita persia-siakan masa yang ada
dengan menjadi manusia yang lalai tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah.

Latihan 2

Maklumat di bawah menerangkan kelebihan amalan bergotong-royong yang diamalkan oleh


masyarakat Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan amalan bergotong-royong.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KELEBIHAN AMALAN
BERGOTONG-ROYONG

Memupuk Melahirkan sikap


perpaduan kalangan prihatin dan
masyarakat bertolak ansur

Kerja menjadi
lebih mudah dan
cepat

Kelebihan Amalan Bergotong-Royong

Sejak dahulu lagi, amalan bergotong-royong telah diamalkan dan menjadi sebahagian
daripada cara hidup atau adat resam masyarakat Melayu. Kini, amalan gotong-royong masih terus
diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan menjadi agenda penting dalam usaha

3
membentuk masyarakat Malaysia yang bekerjasama. Namun, sejak belakangan ini, amalan bergotong-
royong sudah semakin kurang diamalkan oleh masyarakat kita. Masyarakat pada hari ini sibuk dengan
kerjaya masing-masing sehingga tidak berkesempatan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan di kawasan tempat tinggal mereka. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
memupuk semangat amalan bergotong-royong ini agar amalan ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang
dek panas. Persoalannya, apakah kelebihan amalan bergotong-royong?

Salah satu kelebihan amalan bergotong-royong ialah dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan bergotong-royong mampu
membentuk masyarakat yang bersatu padu. Amalan positif ini perlu melibatkan semua anggota
masyarakat dalam satu kawasan kediaman tanpa mengira kaum atau usia. Semua penduduk melalui
semangat bekerjasama dan bantu membantu serta berganding bahu bagai aur dengan tebing
membersihkan taman permainan, longkang-longkang yang tersumbat, balai raya, rumah-rumah ibadat
dan aktiviti-aktiviti lain. Secara tidak langsung, masyarakat yang berbilang kaum ini akan
bekerjasama menjaga kawasan persekitaran dan memastikan keadaan sentiasa kondusif. Ahli
masyarakat dapat merapatkan persefahaman antara kaum dan menanamkan nilai-nilai murni dalam
jiwa mereka. Jelasnya, perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dapat dipupuk
menerusi amalan bergotong-royong.

Selain itu, kelebihan amalan bergotong-royong juga dapat menjadikan kerja yang
dilaksanakan lebih mudah dan cepat. Secara umumnya, sesuatu kerja yang berat, besar buatannya dan
besar perbelanjaannya akan menjadi mudah dan cepat jika dilakukan bersama-sama. Sebagai contoh,
jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana terdapat sampah sarap yang berlonggokan, sekiranya
anggota masyarakat bekerjasama membersihkan kawasan tersebut, sudah pasti kerja yang dilakukan
menjadi lebih mudah dan lebih ringan. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Setiap anggota masyarakat tidak perlu membazirkan masa dan wang untuk mengupah orang lain
membersihkan kawasan tersebut kerana kerja-kerja tersebut mudah dan cepat. Orang ramai lebih
memahami peranan dan tugas masing-masing menjadikan kerja yang dilakukan menjadi lebih cepat
dan mudah. Masyarakat bekerjasama untuk melaksanakan tugas agar matlamat mewujudkan alam
sekitar yang bersih dapat diwujudkan. Tegasnya, amalan bergotong royong dapat menyebabkan kerja
yang berat dan susah menjadi lebih mudah dan cepat kerana tidak membebankan dan pengguna tidak
perlu menunggu terlalu lama.

Akhir sekali, kelebihan amalan bergotong-royong ialah dapat melahirkan sikap prihatin dan
bertolak ansur dalam kalangan masyarakat. Masyarakat pada masa ini terlalu sibuk dengan kerjaya
sehingga tidak ada masa untuk mengenali jiran tetangga mereka. Terdapat juga jiran-jiran yang
bersikap individualistik dan materialistik kerana menganggap kehidupan di sekeliling mereka tidak
penting. Namun, sekiranya amalan bergotong-royong ini dapat dihidupkan semula, amalan tersebut
dapat mengurangkan sikap mementingkan diri sendiri kerana mereka pasti tidak mahu disisihkan
dalam kalangan masyarakat. Sekiranya, anggota masyarakat turut serta dalam aktiviti gotong-royong
di kawasan tempat tinggal mereka, mereka akan lebih bersikap prihatin dan bertolak ansur sesama
jiran. Hal ini kerana semasa melakukan aktiviti gotong-royong, setiap anggota masyarakat harus
bertolak ansur bagi memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan dapat disiapkan dengan baik dan
lancar. Jelasnya, amalan bergotong-royong dapat melahirkan sikap prihatin dan bertolak ansur.

Kesimpulannya, amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia dan harus


dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat. Semua pihak perlulah bekerjasama dalam aktiviti
gotong-royong kerana amalan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan sesama insan.

4
LATIHAN 3

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
memupuk perpaduan kaum. Huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Aktiviti gotong-royong Pendidikan

Langkah-langkah Memupuk
Perpaduan Kaum

Sambutan perayaan Sukan

Perpaduan penting bagi melahirkan masyarakat yang aman, harmoni, dan sejahtera.
Hal ini kerana Malaysia memiliki rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina, India, dan lain-lain. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib
bin Tun Hj. Abd Razak telah membina gagasan 1Malaysia untuk mengukuhkan semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Gagasan 1Malaysia perlu dihayati oleh seluruh
rakyat agar kita dapat hidup dalam keadaan aman dan bersatu padu. tanpa sebarang
persengketaan kerana “bersatu teguh bercerai roboh”. Perpaduan yang wujud ini mampu
mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedatr akan pentingnya perpaduan,
bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk memupuk perpaduan
kaum?

Salah satu langkah yang boleh dilaksanakan untuk memupuk perpaduan ialah
menerusi aktiviti gotong-royong. Amalan gotong-royong ini dapat mewujudkan hubungan
yang baik antara jiran terutamanya yang tinggal dengan jiran berlainan bangsa iaitu Melayu,
Cina, dan India. Sikap kerjasama dalam kalangan ahli masyarakat dapat dibentuk tanpa
5
mengira umur, bangsa, dan agama sehingga kerja yang berat menjadi ringan, bak kata
pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Interaksi dan komunikasi antara ahli
masyarakat yang pelbagai kaum semasa aktiviti gotobg-royong dijalankan akan mewujudkan
perpaduan. Selain itu, masyarakat pelbagai kaum dapat menjalinkan hubungan yang harmonis
dan sekali gus membentuk hubungan antara kaum yang mesra seperti isi dengan kuku.
Peribahasa Melayu, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat jelas
menitikberatkan nilai muafakat dalam kalangan ahli masyarakat demi keharmonian hidup
manusia. Aktiviti ini boleh dijalankan pada setiap hujung minggu semasa cuti bekerja. Selain
dapat mengeratkan hubungan yang wujud dari kaum yang berbeza, kawasan menjadi bersih
dan penyakit yang berpunca daripada persekitaran yang kotor dapat dikurangkan. Ahli
masyarakat boleh melakukan gotong-royong di kawasan taman perumahan atau komuniti.
Jelasnya, amalan gotong royong mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
yang berbilang kaum.

Selain itu, peranan institusi pendidikan sangat penting untuk mewujudkan perpaduan
kaum. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan
kebangsaaan. Di sekolah, pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat duduk
berkumpul dalam satu bumbung untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Mereka belajar
bersama-sama di dalam satu kelas dan menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah bersama-
sama. Di sekolah, pelajar-pelajar yang berbilang kaum ini akan berinteraksi, bergaul, bermain
dan sebagainya semasa melakukan aktiviti di kawasan sekolah. Mereka dapat melahirkan
idea untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu bersama-sama. Sikap ini akan terbawa-
bawa apabila mereka dewasa kerana mereka akan lebih berfikiran terbuka dan bersikap bagai
aur dengan tebing serta sikap prejudis terhadap sesuatu kaum dapat dielakkan. Di sekolah dan
institusi pengajian tinggi, pelajar bergaul menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu
yang merupakan bahasa kebangsaan di samping bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-
masing. Menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan,
sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Jelasnya, generasi muda akan
sedar bahawa mereka mesti mengukuhkan perpaduan demi keamanan dan kesejahteraan
bersama agar peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan perpecahan kaum tidak akan
berulang lagi.

Di samping itu, perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat majmuk di


Malaysia turut mempamerkan sikap perpaduan kaum. Kepelbagaian kaum yang ada di
Malaysia telah mewujudkan budaya dan cara hidup yang berbeza dan oleh itu rakyat
Malaysia turut menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Hari
Depavali. Aktiviti kunjung-mengunjungi pada musim perayaan akan melahirkan masyarakat
yang dapat menghormati agama kaum lain. Misalnya, rumah terbuka yang diadakan setiap
kali sambutan perayaan mengikut kaum akan dapat mengeratkan silaturahim dan
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Dalam majlis ini, kita
dapat menikmati juadah tradisional pelbagai kaum sambil dihiburkan oleh nyanyian dan
persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk
meraikan kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum
seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu, taian Kipas, tarian Singa dan

6
tarian Piring oleh masyarakat Cina serta tarian Bharatanatiam dan tarian Kollattam oleh
masyarakat in dia. Justeru, rakyat dapat memahami budaya sesuatu kaum dengan lebih dekat
dan akan lebih menghormati budaya sesuatu kaum setelah mengenalinya kerana tak kenal
maka tak cinta. Oleh itu, ikatan persaudaraan antara mereka dapat dikekalkan.

Seterusnya, penganjuran sukan merupakan alat perpaduan yang berkesan untuk


mencapai integrasi dan ketahanan nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja dalam
kalangan atlet tetapi juga mendorong rakyat berbilang kaum, etnik, dan budaya
menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban untuk negara. Sebagai contoh, pihak
swasta telah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjayakan pelbagai jenis sukan di
negara kita secara sukarela termasuk Sukan Sukma, Sukan Sea dan Sukan Komanwel. Hal ini
juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan seperti kerjasama, toleransi, meletakkan
kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan peribadi dan sebagainya. Dengan memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat, mereka akan memberikan sokongan yang padu kepada
atlet negara kita untuk memenangi sesuatu pertandingan. Jelasnya, melalui sukan, masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kaum ini bertanding secara sihat.

Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu dibei penekanan di negara


kita kerana perpaduan dalam kalangan rakyat dapat menjamin keamanan dan kedaulatan
negara. Oleh itu, kerjasama semua pihak diperlukan agar perpaduan kaum dapat diteruskan
dan dicapai di negara ini. Janganlah masyarakat bersikap bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.Jelasnya, rakyat perlu bersama-sama menjayakan Gagasan
1Malaysia seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd
Najib Tun Hj. Abd Razak.

Latihan 4

Arahan: Lihat gambar gambar di bawah dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang
langkah-langkah mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

7
MENGATASI KESESAKAN DI JALAN RAYA

Menambah Rangkaian Lebuh Raya dan Melarang Kenderaan Berat Memasuki


Pengangkutan Awam Laluan Utama dalam Tempoh Tertentu

MENGATASI KESESAKAN DI JALAN RAYA

Polis Trafik Mengawal Lalu Lintas


Menggalakkan Masyarakat Berkongsi
Terutama Ketika Waktu Kesesakan
Kereta ke Tempat Kerja

Kemajuan negara hasil keringat pemimpin hari ini dan pada masa lalu turut dirasai
oleh rakyat. Seiring dengan kemajuan negara, peningkatan pendapatan penduduk
membolehkan rakyat mampu memiliki kenderaan sendiri. Kita dapat melihat sendiri hampir
setiap keluarga mempunyai kenderaan. Selaras dengan peningkatan jumlah kenderaan ini,
kadar kesesakan di jalan raya turut semakin meningkat dan menjadi masalah utama kepada
semua rakyat. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengurangkan kesesakan jalan raya?

Antara cara untuk menangani masalah ini termasuklah pihak kerajaan harus
menambahkan rangkaian lebuh raya dengan membina lebih banyak jaringan pengangkutan
terutama di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Lebuh raya yang
sedia ada perlu dinaikkan tarafnya. Contohnya, pihak kerajaan boleh memperlebar jalan raya
yang sempit. Langkah ini membolehkan jalan raya menampung bilangan kenderaan yang
lebih banyak. Pembinaan jalan raya bertingkat turut harus dilaksanakan agar kesesakan dapat
dikurangkan. Kerajaan juga perlu menambah dan meningkatkan kemudahan pengangkutan
awam bagi mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Contohnya, perkhidmatan bas
perlu dinaik taraf daripada bas mini kepada bas yang lebih selesa. Perkhidmatan komuter,
LRT , dan monorel harus dimajukan dari semasa ke semasa bagi menarik minat orang ramai
menaikinya. Jelasnya, pihak kerajaan berperanan penting dalam menyediakan pelbagai
kemudahan dan pembinaan jalan raya dalam menangani masalah ini.

Selain itu, polis trafik perlu mengawal lalu lintas terutama ketika waktu kesesakan .
Polis trafik perlu bertugas di laluan yang sentiasa mengalami masalah kesesakan khususnya
pada waktu balik kerja dari pejabat. Dengan adanya pengawalan lalu lintas oleh pihak trafik,
masalah seperti kegagalan fungsi lampu isyarat tidak lagi dapat menyebabkan kesesakan lalu
lintas. Bukan itu sahaja, kesesakan jalan raya akibat kemalangan jalan raya turut dapat

8
dikendalikan dengan cepat dan efektif kerana polis trafik telah sedia ada bertugas di jalan
raya tertentu. Polis trafik turut dapat membantu memastikan kelicinan jalan raya dan
seterusnya mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Tegasnya, polis trafik menggalas
tanggungjawab yang berat dalam mengurangkan masalah kesesakan di jalan raya.

Selain itu, kerajaan juga boleh menggalakkan masyarakat berkongsi kereta ke tempat
kerja. Berkongsi kereta merupakan saranan yang ideal dalam usaha mengatasi masalah
kesesakan jalan raya. Hal ini demikian kerana apabila masyarakat berkongsi kereta ke tempat
kerja, sudah tentu bilangan kereta di atas jalan raya dapat dikurangkan. Namun demikian,
langkah ini juga mempunyai masalahnya yang tersendiri kerana terpaksa berhadapan dengan
pelbagai perkara yang berkaitan dengan faktor kemanusiaan. Ada segelintir masyarakat yang
bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka tidak rela berkongsi kereta dengan pihak lain.
Ada juga ramai yang tidak menyahut seruan berkongsi kereta untuk memudahkan diri ke
sesuatu destinasi tanpa menyusahkan orang lain. Jelasnya, masyarakat kini perlulah
menghakis sikap tersebut dan mengambil langkah yang proaktif seperti rela berkongsi kereta
agar kesesakan di jalan raya dapat dikurangkan.

Di samping itu, pihak berkuasa juga perlu melarang kenderaan berat memasuki laluan
utama dalam tempoh tertentu. Kenderaan berat hanya dibenarkan mengguna laluan utama
pada masa-masa yang tertentu untuk memastikan kelicinan lalu lintas pada waktu puncak
seperti waktu pagi dan waktu malam. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat keluar pada
waktu ini atas urusan ke pejabat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. Dalam hal ini,
pihak polis trafik haruslah sentiasa meronda di laluan utama agar tiada kenderaan berat yang
berada di jalan raya yang biasanya sesak. Sekiranya sesebuah kenderaan berat telah rosak di
tengah- tengah jalan, kenderaan tersebut akan mengganggu pergerakan lalu lintas kerana
saiznya yang besar akan menghalang kenderaan yang lain. Tegasnya, kenderaan berat
mestilah dilarang memasuki laluan utama terutamanya pada waktu puncak.

Kesimpulannya, kesesakan di jalan raya mendatangkan banyak kerugian terhadap


masyarakat dari segi masa, tenaga dan kewangan. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkuasa
haruslah berganding bahu dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Bagi
masyarakat pula, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri mestilah dihakis dan
sedia menerima perubahan untuk kebaikan bersama.

Latihan 5

Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)

9
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara ini. Panjang huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah kata.

Menanam semula pokok Mengawal pembangunan


di cerun bukit di lereng bukit

USAHA-USAHA
MENGELAKKAN KEJADIAN
TANAH RUNTUH

Sistem Perparitan yang Penguatkuasaan


terancang undang-undang

Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 dan kejadian
tanah runtuh yang meragut nyawa anak-anak yatim di Hulu Langat, merupakan dua peristiwa
yang banyak mengalirkan air mata rakyat Malaysia. Peristiwa ini menuntut masyarakat
membenamkan mata fikir dalam akal yang waras untuk mencari penyelesaian bukan hanya
polemik di media-media dan menuding jari berbalah sesama sendiri terhadap peristiwa yang
terjadi. Secara implisitnya, ketidakprihatinan masyarakat negara ini merupakan punca
kemurkaan alam kepada kita. Justeru, adalah wajar semua pihak membuka mata serta
mengorak langkah bagi mengelakkan kejadian ini. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di Negara ini?

10
Usaha pertama untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara ini ialah kerajaan
menanam semula pokok-pokok di cerun bukit terutama di kawasan yang telah dibangunkan.
Usaha murni tersebut merupakan langkah terbaik untuk menjaga cerun-cerun dan kawasan
yang dibangunkan daripada terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh. Usaha tersebut
juga dapat menguatkan tanah yang telah melalui proses pembangunan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa pembangunan yang dijalankan menyebabkan banyak pokok yang ditebang
dan bukit ditarah atas nama pembangunan. Hutan rimba dan bukit-bukau merupakan pasak
kepada ekosistem bumi. Pembalakan dan penebangan hutan tanpa kawalan telah
melonggarkan ikatan tekstur tanah, menjadikan cerun longgar dan rebah. Di Malaysia, hujan
lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadi longgar dan
menggelongsor. Oleh itu, pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi
perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca
dan hujan lebat. Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran
air bawah tanah yang menggelonsorkan cerun yang tidak stabil. Usaha menanam kembali
pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan, dapat memampatkan kembali kelonggaran tanah akibat
pembangunan. Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kondominium Highland Tower dan
Bukit Antarabangsa misalnya, masih lagi menjadi igauan rakyat akibat tidak
mempedulikan cerun yang lemah berhampiran dengan kediaman. Jelasnya, untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh, kerajaan perlulah menanam semula pokok-pokok di
cerun-cerun bukit.

Usaha kedua yang dapat dilakukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh ialah
kerajaan membina sistem perparitan yang terancang. Sistem perparitan yang terancang
penting untuk membolehkan air hujan dari cerun bukit mengalir dengan baik dan terus ke
longkang atau sungai dan laut. Air tidak akan bertakung di sesuatu kawasan sehingga
menyebabkan berlakunya banjir. Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengelakkan
berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Sistem perparitan yang dibina dapat berfungsi
sebagai benteng yang kukuh di lereng bukit. Sistem perparitan yang terancang dapat
memadatkan struktur tanah di lereng bukit. Sekiranya, tidak ada sistem perparitan dibina di
lereng bukit, hujan lebat yang turun di kawasan bukit akan menyebabkan air bertakung dan
menyerap di kawasan lereng bukit melalui tanah sehingga struktur tanah menjadi longgar dan
tidak kukuh. Hal ini boleh mengundang padah seperti berlakunya banjir kilat, hakisan tanah
dan tanah runtuh. Rakyat Malaysia tidak pernah melupakan peristiwa yang berlaku di Pos
Dipang, Perak yang mengorbankan begitu banyak nyawa akibat banjir lumpur. Kawasan
tanah tinggi yang dibangunkan pembangunan sangat berisiko dengan kejadian tanah runtuh
dan aliran lumpur. Oleh itu. jelaslah pembinaan sistem perparitan yang terancang dapat
mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Selain itu, pembangunan yang terancang juga merupakan usaha yang dapat dilakukan
untuk mengurangkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Kerajaan perlu mendepani
persaingan pembangunan dengan strategik dan bijak. Tindakan strategik dan sistematik
terhadap pembangunan adalah sangat mustahak dipraktikkan bagi memastikan pembangunan
tidak mengundang padah. Pembangunan terancang mestilah bersifat mesra rakyat,
mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Memang pembangunan tidak dapat

11
dihentikan, tetapi pembangunan perlu dirancang sebaik-baiknya untuk mengurangkan
fenomena yang membawa bencana kepada pelestarian alam dan manusia. Pembangunan
seperti perumahan, perladangan dan pelancongan perlu dirancang dengan teliti demi
keselamatan dalam jangka panjang. Kawasan ladang di lereng bukit perlu dibina teres selain
menyusun atur tanaman dan laluan untuk menyelamatkan cerun. Kerajaan atau pemaju
perumahan perlu mengkaji keutuhan tanah di lereng bukit dari semasa ke semasa untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh yang tidak diingini berlaku. Kerajaan juga perlu
menetapkan junlah kuota untuk melaksanakan pembangunan di lereng-lereng bukit. Selain
itu, pihak-pihak tertentu seperti pemaju perumahan perlu mewujudkan Pelan Tindakan
Kecemasan untuk bertindak pantas apabila mengesan tanda-tanda pergerakan cerun berlaku.
Perancangan pembangunan perlu melihat simbiosis alam dengan projek yang bakal
dibangunkan. Jelasnya, Pembangunan yang terancang dapat mengelakkan kejadian yang
tidak diingini seperti tanah runtuh.

Akhirnya sekali, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan bagi mengelak


kejadian yang boleh meragut nyawa. Penguatkuasaan yang tegas dapat mencegah
sesetengah pihak yang melaksanakan projek pembangunan seperti “melepaskan batuk di
tangga”. Penguatkuasaan tanpa “pilih bulu” dapat mencegah perbuatan yang tidak
bertanggungjawab. Kerajaan perlu mengawal aktiviti pembalakan dan penebangan hutan di
negara kita. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengehadkan jumlah lesen yang diluluskan untuk
penebangan hutan. Hanya pokok yang telah cukup tua sahaja dibenarkan untuk ditebang
Lesen dan konsesi pembalakan perlu disemak semula. Kelulusan Sijil Menduduki Kediaman
dan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun perlu diberi perhatian wajar oleh
kementerian yang berkaitan. Mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan haruslah
dikenakan hukuman yang setimpal seperti hukuman penjara atau denda yang tinggi sebagai
pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan tersebut. Penetapan akta seperti Akta
Pembangunan, Akta Tanah, dan Akta Perhutanan dapat menjaga hak dan menyelematkan
situasi genting. Jelasnya, penguatkuasaan yang tegas dapat memberi kesan kepada pihak
yang mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan kebajikan sosial.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia masih mempunyai ruang usaha dan ikhtiar untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh. Usaha semua pihak amat diharapkan agar kejadian
tanah runtuh ini dapat dielakkan. Setiap langkah keselamatan dan peraturan tidak boleh
dipandang enteng kerana sikap tersebut boleh mengundang padah. Rakyat Malaysia
diharapkan dapat merenung kata-kata Chief Seattle bahawa “kita tidak mewarisi bumi ini
daripada nenek monyang kita, sebaliknya kita meminjamnya dari cucu cicit kita”. Oleh itu ,
kita perlu menjaga sesuatu yang kita pinjam agar kita dapat memulangkan dengan keadaan
yang masih baik.

Latihan 6

Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)

12
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah
bersukan kepada masyarakat. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

USAHA-USAHA MEMAJUKAN BIDANG SUKAN


DI NEGARA KITA

LATIHAN SECARA MENYEDIAKAN


INTENSIF IMBUHAN YANG
LUMAYAN

KEMUDAHAN PENDEDAHAN DALAM


PRASARANA YANG KEJOHANAN
MENCUKUPI ANTARABANGSA

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa
lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh. Mutakhir ini, pemodenan sukan
bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat.
Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan
profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa
manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai
hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah
bersukan kepada maasyarakat?

Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak
13
menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional
dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana
kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa
kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan
orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah
kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung
sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan
penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap
penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu
menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan
sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam
salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak
diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif
dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang
sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan
diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa
itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa lapang ini
sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan
ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat
menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme
dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan
dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara
yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan
melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antarabangsa walaupun melalui ranjau pidana
dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat
memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan
hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat
melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu
juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat
melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini,
nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara
dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam
bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu
padu serta mengeratkan hubungan.

Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan
secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh
menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan
prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan
14
sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui
kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan
sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang
berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa
depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee
Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai
kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah


kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua
jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu,
berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara
di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan
negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

Latihan 7

Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Carta di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada keistimewaan negara kita. Huraikan
pendapat anda tentang kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Bandar Bersejarah – Beraneka jenis makanan –
Mempromosikan tempat Mempromosikan makanan
pelancongan yang setempat
menarik 15
KEISTIMEWAAN
NEGARA KITA

Seni Kraf Tangan – Kebudayaan –


Memperkenalkan dan memperkenalkan budaya
mengembangkan industri yang unik lagi istimewa
kraf tangan

Kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita.

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990,
usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada
industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun
bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari
luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Persoalannya, apakah
kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?

Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat


pelancongan yang menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang
boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Tempat – tempat
bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Di negara kita pelancong
juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat bersejarah ini kerana kita mengetahui
bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah
pelancong. Jadi, bagi memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah persembahan
turut diadakan seperti di Kota A – Famosa. Di Kota A – Famosa pelancong bukan sahaja
dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat
beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan.
Tempat – tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak – kanak
ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan
yang menarik di negara kita.

16
Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara
kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara
kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti
masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara – negara Barat seperti England
cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara
Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti
negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat berbilang kaum di
Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti yu sang, bau dan char
kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu,
capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan
enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini
memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia.
Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.

Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan


industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja
bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat
Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat
cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong
pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau
dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan
pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara
kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Jelasnya, industri
kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.

Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik
lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk
yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-
lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang
berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan dapat
mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke
serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan
dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat,
ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan
tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian
tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat
daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang
dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit
mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia
yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat
baik kepada negara Malaysia.

Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang


amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada
17
negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang
terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun
masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga
kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah,
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Latihan 8
Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang
membawa kepada kecemerlangan murid dalam akademik. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Tumpuan semasa guru Program kecemerlangan


mengajar di dalam kelas akademik di sekolah

PUNCA-PUNCA KECEMERLANGAN MURID


DALAM AKADEMIK

Sokongan daripada ibu bapa Kumpulan perbincangan


Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat, Saidina Ali Abi Talib pernah menukilkan, “Ilmu
apabila diperdagangkan bertambah, sebaliknya harta apabila diperdagangkan
berkurang”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa ilmu adalah sangat penting dalam
kehidupan seharian kita terutamanya murid-murid sekolah. Kecemerlangan murid dalam
akademik adalah sangat penting kerana mereka merupakan bakal pemimpin kita pada masa
hadapan. Remaja yang cemerlang akan menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.
Hal ini bertepatan dengan ungkapan “ Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ”.
Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan seseorang murid
dalam akademik?

Faktor utama yang membawa kepada kecemerlangan murid dalam akademik ialah
melalui tumpuan ketika guru mengajar di bilik darjah semasa proses pengajaran dan

18
pembelajaran (p&p). Sekiranya seseorang murid itu menumpukan perhatian semasa guru
mengajar di bilik darjah, sudah tentu pelajaran tersebut lebih cepat diserap masuk ke dalam
minda murid-murid. Pakar psikologi pernah mengatakan bahawa, “lima puluh peratus
kejayaan murid dalam akademik adalah melalui tumpuan seratus peratus murid ketika proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah”. Kebanyakan murid yang berjaya dalam
akademik adalah terdiri daripada mereka yang sentiasa mengemukakan soalan kepada guru-
guru sekiranya terdapat tajuk yang tidak dapat difahami ketika guru mengajar. Selain itu,
murid-murid yang sering berjumpa dan berbincang dengan guru-guru tentang akademik, pasti
meraih kejayaan yang cemerlang. Dalam hal ini, murid-murid perlu menghindari perasaan
malu atau segan untuk bertanya apa-apa masalah tentang akademik kepada guru mereka
kerana pepatah menyatakan, malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan.
Murid-murid juga perlu menyiapkan segala kerja rumah yang disuruh oleh guru dan
menghantar dengan segera kepada guru untuk diperiksa. Murid-murid juga turut melibatkan
diri dalam aktiviti bilik darjah secara proaktif bagi membantu mewujudkan proses
pengajaran guru yang menarik dan berkesan. Tegasnya, tumpuan murid-murid semasa guru
sedang mengajar dalam bilik darjah merupakan faktor utama kecemerlangan murid dalam
akademik

Selain itu, program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah
turut menyumbang kepada kecemerlangann murid dalam akademik. Antara program yang
diadakan ialah pelancaran Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melalui pelaksanaan
program ini, murid-murid dapat memupuk minat mereka dalam subjek tertentu dan
seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik. Selain program Minggu
Bahasa, pihak sekolah juga banyak mengadakan bengkel teknik menjawab soalan bagi
subjek-subjek tertentu . Dengan menghadiri bengkel menjawab soalan , murid-murid dapat
mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu subjek dan memperbaiki kelemahan tersebut
serta mendedahkan murid-murid berkaitan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan
sebenar dengan betul. Hal ini bertujuan untuk menjadikan murid-murid supaya lebih
berkeyakinan semasa menjawab soalan dalam peperiksaan yang sebenar. Sekolah turut
mengadakan kem kecemerlangan, kem motivasi dan kem bina insan agar murid dapat
membina sahsiah diri, mempunyai motivasi dan membentuk keperibadian yang luhur.
Program Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun juga turut memberi
motivasi kepada murid supaya belajar bersungguh-sungguh. Jelasnya, program yang
dianjurkan sekolah juga merupakan salah satu faktor kecemerlangan murid dalam akademik.

Seterusnya, saya akan menubuhkan kumpulan perbincangan di sekolah bagi meraih


kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Saya akan mengajak empat atau lima orang rakan
saya untuk sama-sama berbincang tentang sesuatu tajuk atau topik pelajaran yang kurang
difahami. Selain guru, penerangan dan penjelasan daripada rakan-rakan dalam kumpulan
perbincangan berkaitan sesuatu topik amat penting untuk meningkatkan pemahaman murid
tarhadap tajuk pelajaran yang kurang difahami semasa di kelas. Bersama rakan perbincangan
juga, saya akan membuat lebih banyak latihan terutamanya Matematik, Fizik, Prinsip Akaun
dan subjek Sains yang lain. Saya dan rakan kumpulan perbincangan akan selalu mengunjungi
perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran dan berbincang dengan rakan-rakan. Kami

19
akan menyiapkan kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru bersama-sama. Kumpulan
perbincangan amat penting lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan yang sebenar. Murid-
murid yang menyertai kumpulan perbincangan di sekolah akan lebih bersedia dan
berkeyakinan ketika menghadapi peperiksaan. Oleh itu, penyertaan murid dalam kumpulan
perbincangan guga merupakan antara faktor kejayaan murid dalam akademik.

Akhir sekali, kecemerlangan murid dalam akademik berpunca daripada sokongan dan
dorongan daripada kedua-dua ibu bapa. Dorongan daripada ibu bapa dapat menjadikan
seseorang murid itu rajin dan gigih berusaha untuk mencapai kecemerlanagn. Hal ini kerana
dorongan daripada ibu bapa merupakan satu sumber inspirasi kepada anak-anak. Anak- anak
akan lebih berjaya dalam pelajaran mahupun dalam hidup dengan adanya dorongan, motivasi,
kata-kata perangsang, restu, dan keredaan daripada ibu bapa. Ibu bapa juga boleh menjadi
contoh teladan kepada anak-anak dengan membawa anak-anak ke perpustakaan atau
menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa dan
menganggap dorongan ibu bapa itu sebagai motivasi kepada diri mereka sendiri. Bak kata
peribahasa, “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Salah satu cara ibu bapa
memberi dorongan kepada anak-anak adalah dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk
anak-anak menghadiri kelas tuisyen dan menyediakan kemudahan untuk anak mereka belajar
di rumah. Ibu bapa juga boleh menyediakan perpustakaan mini di rumah untuk memupuk
budaya membaca dalam diri anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan membahagiakan ibu
bapa dengan kejayaan yang dicapai oleh mereka. Tegasnya, dorongan ibu bapa amat penting
untuk anak-anak mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Kesimpulannya, banyak faktor penentu kecemerlangan murid dalam akademik.


Untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, murid-murid perlu memberikan tumpuan
ketika pembelajaran di bilik darjah. Murid-murid juga hendaklah menyertai program-program
akademik yang dianjurkan oleh sekolah selain menyertai kumpulan perbincangan di sekolah.
Kecemerlangan murid dalam akademik juga adalah berpunca daripada sokongan dan
dorongan daripada ibu bapa. Tegasnya, kecemerlangan seseorang murid dalam akademik
bergantung pada keazaman seseorang murid itu untuk berjaya, bak kata pepatah, usaha
tangga kejayaan dan hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Latihan 9

Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pusat sumber sekolah. Huraikan
pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat
Sumber Sekolah. Panjangya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

20
MENGHEBAHKAN
LOKASI PUSAT
KEMUDAHAN
SUMBER
PUSAT SUMBER
PERLULAH
KEPADA PELAJAR
STRATEGIK

MENGADAKAN
PROGRAM MEMBACA

Pusat sumber bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan. Banyak bahan
bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya termasuklah bahan rujukan, buku
cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya daripada pelbagai negara. Kesemua bahan ini
adalah untuk bacaan dan rujukan murid dan warga sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan
yang disediakan di pusat sumber, contohnya kemudahan ASTRO kampus, ICT, makmal
bahasa, bilik audio visual, dan sebagainya. Murid akan memperoleh pelbagai manfaat jika
memaksimum penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah. Persolannya, apakah usaha-
usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber
Sekolah?
Antara usaha untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah
(PSS) adalah dengan memastikan lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik agar mudah
dikunjungi oleh murid-murid. Misalnya, lokasi pusat sumber perlu terletak di bahagian
bawah atau paras paling rendah sesebuah bangunan agar memudahkan pengunjung. Lokasi
PSS juga perlu jauh daripada suasana kebisingan untuk membolehkan pengunjung memberi
tumpuan terhadap bahan yang dibaca. PSS juga perlu terletak di tempat yang menjadi
tumpuan semua orang. Bangunan tersebut perlulah dicat dan dihias dengan mural yang
sesuai dan menarik supaya menjadi tarikan murid untuk mengunjungi dan meneroka
kemudahan yang terdapat di pusat sumber itu, bak kata pepatah, ’tak kenal maka tak cinta’.
Selain itu, suasana di dalam pusat sumber perlulah kondusif seperti terdapat penyaman
udara, dan ruang membaca dan membuat rujukan yang selesa. Suasana di pusat sumber juga
perlu ceria, bersih dan senyap agar pengunjung dapat memperoleh ketenangan dan memberi
tumpuan terhadap bahan yang dibaca. Buku-buku yang terdapat dalam PSS perlulah
ditambah bilangannya dan yang terkini. Waktu PSS juga perlu ditambah untuk membolehkan
murid-murid meminjam buku dan membaca atau membuat ulang kaji.

Usaha seterusnya ialah guru Pusat Sumber Sekolah perlu menghebahkan


perkhidmatan dan kemudahan yang terbaharu yang disediakan di pusat sumber. Hebahan
tersebut boleh dilakukan semasa perhimpunan mingguan. Melalui saluran ini, murid-murid

21
dapat mengetahui maklumat terkini tentang kemudahan terbaharu yang terdapat di pusat
sumber seperti e-pusat sumber iaitu kemudahan pusat sumber yang menggunakan rangkaian
internet dan komputer dan sistem automasi. Di samping itu, bahan rujukan dan koleksi buku
cerita pelbagai bahasa juga dihebahkan untuk menarik murid mengunjungi pusat sumber.
Maklumat-maklumat tentang buku dan bahan rujukan terkini perlu ditampalkan di papan
kenyataan pusat sumber dan kelas-kelas untuk rujukan murid. Jelasnya, melalui hebahan
tersebut, murid-murid dapat maklumat tentang penggunaan perkhidmatan pusat sumber dan
berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.

Selain itu, untuk menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS, pihak PSS perlu
mengadakan Program Membaca. Program banyak membaca atau program NILAM harus
digiatkan lagi agar murid akan sentiasa mengunjungi pusat sumber untuk meminjam dan
membuat bacaan di pusat sumber. Program NILAM merupakan satu pendekatan untuk
penyuburan tabiat membaca dalam kalangan murid. Hal ini menggalakkan usaha berkekalan
murid untuk menanamkan sifat membaca. Di bawah program NILAM, setiap murid perlu
merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca Nilam. Guru pula akan
mengesahkan rekod bacaan murid. Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan
buku yang dibaca. Di samping itu, PSS perlu menambahkan bilangan bahan bacaan yang
dibaca agar murid juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui bahan
yang dibaca bak kata pepatah ’jauh berjalan luas pandangan, banyak membaca,
menambah pengetahuan’. Tempat yang penuh dengan bahan bacaan tidak lain dan tidak
bukan tentulah di pusat sumber sekolah. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan
penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah dalam kalangan murid.

Kesimpulannya, pusat sumber sekolah perlu menyediakan kemudahan yang terkini


dan mengikut peredaran zaman. Kemudahan yang disediakan perlu memenuhi keperluan
murid dan menarik mereka untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Pusat sumber
harus menjadi nadi utama murid dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Sebenarnya,
ilmu yang kita miliki hanyalah setitik air jika dibandingkan dengan lautan yang luas. Oleh itu,
manfaatkan masa dengan membaca kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Latihan 10

[30 markah]

[Masa yang dicadangkan :45 minit]

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah-langkah melindungi


alam sekitar.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha melindungi alam sekitar di negara kita.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI ALAM SEKITAR

22
Penguatkuasaan
undang-undang

Langkah-
langkah
Menanam Mewartakan
melindungi alam
semula hutan hutan simpan
sekitar

Mengelakkan
pembakaran
terbuka

Alam sekitar adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Jika alam sekitar tidak
dijaga dengan baik, sudah pasti manusia bakal menerima padahnya. Kecuaian manusia dalam
menjaga alam sekitar telah mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh, kemarau, wabak
penyakit dan bencana lain yang kini menjadi ancaman kepada manusia sejagat. Situasi ini
juga jelas menunjukkan bahawa manusia itu kufur dengan nikmat kurniaan Tuhan. Dalam hal
ini, Allah telah berfirman dalam al-quran yang bermaksud, “…kamu dapat melihat kerosakan
di daratan dan di lautan yang disebabkan tangan-tangan manusia…”. Hal inikah yang
dikatakan manusia yang berbakti kepada alam dan memiliki minda kelas pertama?
Ketidakupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk melihat keseimbangan ekosistem
telah menjurus kepada kemusnahan. Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama-sama
menjaga kebersihan alam sekitar kerana terdapat pelbagai maslahat yang diperoleh

23
seandainya alam ini dipelihara dan dipulihara. Persoalannya , apakah usaha-usaha untuk
menjaga alam sekitar di negara kita?

Antara langkah yang efisien dan efektif dalam usaha melinduni alam sekitar ialah menerusi
penguatkuasaan undang-undang. Cara ini melibatkan usaha kerajaan dan pihak berkuasa
seperti Jabatan Alam Sekitar untuk melaksanakannya. Dasar seperti Akta Alam Sekitar ialah
salah satu akta yang ditubuhkan bertujuan untuk menjaga alam sekitar dengan baik. Pihak
kerajaan haruslah menggubal undang-undang untuk menghukum sesiapa sahaja yang terlibat
dalam aktiviti atau kegiatan yang akan membawa kesan buruk kepada alam sekitar. Antara
contohnya,kilang yang dibina di tepi sungai ataupun laut sekiranya ditangkap membuat
sesuatu yang tidak bertanggungjawab seperti menyalurkan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan
kimia ke dalam air menyebabkan pencemaran sumber air akan digantung lesennya atau
dihukum saman. Mereka yang melakukan kesalahan bukan sahaja perlu dihukum, malah
perlu menjalankan tugas seperti membersihkan jalan raya di Bandar yang direalisasikan oleh
Negara seperti Singapura dalam usaha menjaga alam sekitar dan mendenda masyarakat yang
tidak mementingkan alam sekitar. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang merupakan
antara usaha untuk melindungi alam sekitar.

Selain itu, pihak kerajaan boleh mewartakan hutan simpan seperti Hutan Simpan
Endau Rompin dan Taman Negara. Hutan merupakan kawasan tadahan dan penghijauan
bumi yang merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Justeru, usaha pihak kerajaan
mewartakan hutan simpan digelar sebagai langkah menghargai ciptaan Tuhan. Hutan simpan
merupakan kawasan hutan perlindungan flora dan fauna yang dipelihara oleh pihak kerajaan.
Langkah ini juga dapat menjamin keseimbangan ekosistem kerana dengan wujudnya hutan
simpan, haiwan-haiwan yang menghadapi kepupusan seperti badak sumbu, gajah dan
Harimau Malaya serta ubat-ubatan seperti Tongkat Ali dapat dipelihara dengan baik. Langkah
ini juga dapat mengelakkan kawasan tersebut menjadi kawasan pembalakan dan kerosakan.
Di samping itu, hutan simpan mampu menyumbang dalam industri pelancongan. Pelancong-
pelancong dunia akan tertarik dengan keunikan dan keindahan hutan hujan tropika seperti
Hutan Simpan Royal Belum yang berumur jutaan tahun. Hal ini secara tidak langsung akan
menarik pelancong mengujungi Negara kita dan menambah pendapatan penduduk. Jelasnya,
pihak kerajaan haruslah mewartakan hutan simpan untuk menjaga alam sekitar dan
mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Tambahan pula hutan juga diberi gelaran “paru-paru dunia”. Hal ini kerana hutan
merupakan pembekal oksigen kepada manusia di seluruh dunia. Penanaman semula hutan
perlu dijalankan sebagai satu usaha menjaga alam sekitar. Usaha ini merupakan
tanggungjawab bersama antara kerajaan dan juga seluruh masyarakat. Pihak kerajaan boleh
menanam pokok bakau yang berharga dan berbagai spesies di tanah terbiar yang lapang dan
luas supaya mewujudkan kawasan tadahan yang baru. Hal ini secara tidak langsung
menyumbang kepada keseimbangan ekosistem. Antara contohnya, kerajaan negeri Perak
bermisi dan berwawasan menanam sebanyak sejuta pokok dalam negeri tersebut menjelang
tahun 2020. Penanaman semula hutan juga mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia
24
seperti membekalkan banyak udara segar dan mengelakkan bencana alam seperti banjir kilat
dan tanah runtuh. Tegasnya, langkah ini harus dijalankan seperti pepatah melayu menyatakan
‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ agar lebih efektif dalam perlindungan alam
sekitar.

Akhir sekali, masyarakat juga perlu mencintai lam sekitar dengan mengelakkan
pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka merupakan aktiviti negatif yang menyumbang
kepada pencemaran udara kerana aktiviti ini melepaskan asap-asap bertoksik seperti karbon
monoksida yang mencemarkan udara dan menebabkan hujan asid yang menjejaskan
kesihatan kita. Janganlah kita bersikap ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing’. ‘Buang yang keruh, ambil yang jernih’, kita telah tahu bahawa pembakaran terbuka
menjejaskan alam sekitar dan tidak elok kita melakukannya apatah lagi kita telah tahu tentang
keburukan amalan tersebut. Masyarakat perlu ada kesedarah tentang kepentingan alam sekitar
dan berusaha untuk menjaganya. Hali ini merupakan tanggungjawab bersama. Kita juga
haruslah bertindak cermat apabila melihat aktiviti ini berlaku dengan melaporkan kepada
polis supaya menyelamatkan alam sekitar. Jelasnya, kita haruslah mengelakkan pencemaran
udara demi kebaikan alam sekitar.

Kesimpulannya, masyarakat perlu mengamalkan sikap ‘berat sama dipikul, ringan


sama dijinjing’. Kita perlu sedar bahawa penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab
bersama dan haruslah bekerjasama melindunginya. Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada
nenek moyang kita, sebaliknya kita hanya meminjam daripada cucu-cicit kita. Tegasnya, kita
haruslah memulangkan alam sekitar ini kepada mereka yang berhak dalam keadaan yang
baik.

Latihan 11

[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada hobi yang sering dilakukan oleh rakyat
Malaysia pada waktu lapang. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah yang
diperoleh apabila kita mempunyai hobi yang tertentu. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

25

MEMPUNYAI HOBI YANG TERTENTU


FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEH APABILA KITA

BERKEBUN SAYUR

BERMAIN BADMINTON
MEMBACA BUKU

Setiap orang pasti ada hobi yang tersendiri. Hobi didefinisikan sebagai perkara atau
aktiviti yang sering kita lakukan ketika masa lapang. Hobi juga bermaksud aktiviti yang kita
suka lakukan dan kegemaran kita. Kadangkala, kita hanya tertumpu kepada keseronokan
yang berasal daripada hobi kita. Sebenarnya, kita kurang memberi perhatian atau berfikir
tentang faedah yang dapat kita manfaatkan daripada hobi tersebut. Persoalannya, apakah
faedah-faedah yang diperoleh apabila kita mempunyai hobi yang tertentu?

Antara hobi yang paling memanfaatkan kita ialah hobi membaca buku. Walaupun
kadar membaca di negara kita amat rendah, tidak dapat dinafikan bahawa hobi membaca
memang merupakan pendorong manusia ke arah kejayaan. Sebagai contohnnya, bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir merupakan seorang yang suka membaca. Kini, kita
dibekalkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, buku cerita, novel, surat
khabar, buku cerita dan buku rujukan. Melalui proses pembacaan, kita dapat memanfaatkan
diri dengan menambah ilmu pengetahuan yang tidak dapat kita belajar menerusi buku teks
atau proses pelajaran dan pembelajaran di sekolah. Pepatah sering menyatakan bahawa: “ilmu
apabila diperdagangkan bertambah, harta apabila diperdagangkan berkurang”. Hal ini jelas
menunjukkan betapa pentingnya proses pembacaan. Sebenarnya, benteng ilmu diibaratkan
lautan yang luas, apa yang kita tahu hanya setitik air daripada lautan ilmu tersebut. Menerusi
hobi membaca, kita sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada menjadi katak di
bawah tempurung. Dengan membaca, kita akan memiliki ilmu pengetahuan yang luas, bak
kata pepatah, ‘membaca jambatan ilmu, tidak membaca jambatang dungu’. Selain itu, teknik
atau cara kita mengarang atau menulis esei juga secara tidak langsung menjadi lebih baik
apabila kita sering membaca kerana kita dapat menghafal sedikit ayat yang gramatis dan baik
menerusi proses membaca. Jelasnya, hobi membaca buku ibaratkan jambatan ilmu yang
menyediakan kita ke arah kecemerlangan pada masa depan.

26
Selain itu, hobi berkebun sayur juga merupakan hobi yang baik. Hobi ini kurang
diminati oleh golongan muda-mudi pada hari ini kerana mereka menganggap hobi berkebun
sayur sebagai sesuatu yang menyusahkan. Sebenarnya, hobi menanam sayur-sayuran
mendatangkan pelbagai faedah kepada kita.. Antara faedah berkebun sayur ialah kita dapat
berjimat cermat dan tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar. Selain itu, kita juga dapat
menghargai titik peluh kerja keras para petani. Dengan ini, kita akan lebih menghargai jasa
dan sumbangan mereka dalam sektor pertanian di Malaysia. Selain itu, kita juga tidak akan
membazirkan makanan kerana kita mengetahui betapa jerih payah hasil pertanian diperoleh.
Apabila kita melihat tanaman yang kita tanam tumbuh dengan subur, kita akan berasa
gembira dan ceria kerana segala usaha kita telah mendatangkan hasil yang lumayan. Hal ini
merupakan antara kebaikan hobi berkebun sayur. Masyarakat kini sering sibuk dengan
kerjaya masing-masing dan hidup dalam tekanan jiwa, sekiranya masyarakat mempraktikkan
hobi ini, sudah pasti mereka dapat menenangkan jiwa dan mengurangkan tekanan hidup.. Hal
ini demikian kerana aktiviti ini merupakan peluang bagi kita untuk mendekati kehijauan alam
sekitar. Tumbuhan ini membekalkan kita dengan udara segar yang mampu menyelesakan
kita.Menerusi hobi berkebun sayur, selain dapat menambahkan pendapatan keluarga hasil
daripada jualan sayur-sayuran, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan
orang yang berkebun bersama kita. Berkebun sayur juga boleh membantu kita mengeluarkan
peluh dan dianggap sebagai satu senaman. Tegasnya, hobi berkebun sayur mendatangkan
banyak kebaikan.

Di samping itu, hobi bermain badminton juga merupakan sebahagian daripada


kehidupan orang Malaysia. Sukan badminton digelar sebagai sukan kebangsaan dan sukan
yang menjadi elemen penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia kerana Negara
Malaysia pernah mencapai kecemerlangan dalam sukan ini di persada dunia. Kehebatan
dalam sukan badminton telah meletakkan nama Malaysia “duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi” dengan Negara seperti China, Indonesia, Korea dan Denmark dalam sukan
badminton. Antara contohnya, tokoh badminton antarabangsa, Dato’ Lee Chong Wei pernah
memenangi pingat perak sebanyak dua kali berturut-turut di Sukan Olimpik pada tahun 2008
dan 2012. Sukan badminton merupakan sukan yang memerlukan daya dan fikiran yang kuat.
Gerak geri secara berterusan dalam proses permainan mampu membantu membina otot badan
yang sihat. Bak kata pepatah: “badan cergas, otak cerdas.” Secara tidak langsung, fikiran kita
akan menjadi lebih jelas dan cerdas apabila kita mempunyai badan yang sihat. Selain itu,
sisa-sisa toksik juga dapat disalurkan dari badan kita melalui peluh. Pengaliran darah juga
menjadi lebih efisien kerana darah membawa oksigen ke seluruh badan kita dan ketika kita
bersukan, bekalan oksigen yang lebih banyak diperlukan. Di samping itu, sukan badminton
juga dapat mengisi masa lapang kita sedangkan “masa itu emas”. Sukan ini bagaikan
“serampang dua mata” kerana bukan sahaja menyihatkan badan kita, malah menjauhkan kita
daripada aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. Jelasnya, hobi bermain badminton ialah hobi
yang dapat membawa pelbagai faedah kepada kita.

Kesimpulannya, tidak dapat kita nafikan kepentingan untuk kita memiliki hobi yang
baik. Hobi yang baik diibaratkan jalan raya besar yang mengarahkan kita ke gaya hidup sihat
dan kejayaan hidup. Oleh itu, marilah kita sentiasa mempraktikkan hobi-hobi yang
dibincangkan ini supaya kita mampu memanfaatkan diri daripada faedah-faedah yang wujud
menerusi hobi-hobi ini.

Latihan 12

[ 30 markah ]
27
[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Baca maklumat yang terdapat di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-
ciri remaja cemerlang. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

CIRI-CIRI REMAJA
CEMERLANG

Cemerlangdalam
Cemerlang dalam Mempunyaisahsiah
Mempunyai sahsiah
akademik terpuji
terpuji
akademik

Aktifdalam
Aktif dalam
kokurikulum
kokurikulum

Remaja cemerlang merupakan aset sesebuah negara. Hal ini adalah kerana remaja
hari ini merupakan pewaris kepimpinan remaja pada hari esok. Remaja yang cemerlang
mampu melakukan anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara. Hujatul
Islam, Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin pernah menyatakan bahawa ”Jika
kita ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah diri remajanya pada hari ini.
Jika baik diri remajanya, maka baiklah masa hadapan negara, dan begitulah juga sebaliknya.”
Oleh sebab itu, remaja yang cemerlang berperanan penting untuk menjana pembangunan
negara serta merealisasikan konsep wawasan 2020. Remaja perlu memiliki ciri-ciri yang baik
dari segala aspek untuk menjadi remaja yang cemerlang dan berkualiti. Persoalannya, apakah
ciri-ciri remaja yang cemerlang?

Untuk menjadi pelajar cemerlang, remaja perlu cemerlang dalam bidang akademik.
Kecemerlangan dalam akademik merupakan salah satu elemen untuk melahirkan remaja yang
berpengetahuan luas dalam pelbagai aspek. Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat, Sayidina Ali
Abu Talib pernah menukilkan bahawa ”Ilmu apabila diperdagangkan akan bertambah, tetapi
harta apabila diperdagangkan akan berkurang”. Pernyataan ini jelas menunjukkan betapa
pentingnya ilmu dalam kehidupan terutamanya kepada remaja. Kecemerlangan dalam
akademik merupakan faktor utama dalam membangunkan kemajuan tamadun bangsa.
28
Kerajaan Bani Abasiyah misalnya, mencapai ketamadunan kerana rakyatnya berfilmu
pengetahuan. Oleh sebab itu, remaja digalakkan untuk menimba ilmu bukan sahaja di
sekolah tetapi daripada pelbagai sumber terutamanya ilmu sains dan matematik. Remaja perlu
meningkatkan ilmu mereka melalui pelbagai wahana seperti membaca buku, melayari lebuh
raya maklumat dan lain-lain. Sekiranya seseorang remaja rajin membaca, maka remaja
tersebut akan mendapat keputusan yang cemerlang kerana usaha tangga kejayaan, jauh
berjalan luas pemandangan, rajin membaca luas pengetahuan. Kerajinan dan ketekunan
merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Dengan membaca,
remaja juga boleh dielakkan daripada digelar ’katak di bawah tempurung’. Hal ini adalah
kerana ilmu diibaratkan lautan yang luas, apa yang kita tahu atau peroleh hanya setitik
daripada lautan tersebut. Oleh sebab itu, remaja harus berusaha gigih dalam memperoleh ilmu
agar dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik dan membesar sebagai pelajar yang
cemerlang. Tegasnya, cemerlang dalam akademik merupakan salah satu ciri penting untuk
melahirkan remaja yang cemerlang.

Selain itu, ciri remaja yang cemerlang ialah remeja perlu aktif dalam kokurikulum
pada setiap masa. Remaja perlu seimbang dari aspek akademik dan kokurikulum. Jika remaja
hanya berjaya dalam salah satu aspek sahaja, maka remaja itu tidak dianggap sebagai remaja
yang cemerlang. Sejak di bangku sekolah lagi remaja telah digalakkan untuk melibatkan diri
dalam kokurikulum dengan menyertai unit uniform, kelab dan persatuan serta kelab
permainan. Dengan melibatkan diri dalam unit-unit atau kelab-kelab tersebut, secara tidak
langsung remeja akan mula menaruh minat terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
unit-beruniform atau kelab-kelab di sekolah. Terdapat banyak unit beruniform atau kelab di
sekolah seperti Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap, Puteri Islam, St. John, Persatuan
Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris dan sebagainya. Dengan bergiat aktif dalam
aktiviti yang dianjurkan, remaja akan dapat mendisiplinkan diri serta menjadi pelajar yang
bertanggungjawab. Dengan itu remaja tersebut akan menjadi remaja yang cemerlang. Aktiviti
kokurikulum diibaratkan ’serampang dua mata’ kerana aktiviti ini bukan sahaja dapat
menjadikan pelajar lebih cemerlang, malah dapat menyihatkan tubuh badan remaja. Sebagai
contohnya, semasa menghadiri latihan kawad kaki, seseorang itu akan berpeluh dan peluh itu
akan mengeluarkan toksin badan yang mampu memberi seseorang itu tahap imunisasi yang
tinggi terhadap serangan penyakit. Bak kata pepatah, ’badan cergas, otak cerdas’. Dengan
mempunyai badan dan otak yang sihat, remaja tersebut akan berkeyakinan tinggi untuk
menjadikan diri sebagai remaja yang cemerlang. Jelasnya, aktif dalam kokurikulum
merupakan merupakan ciri-ciri remaja cemerlang dan tabiat ini harus dipraktikkan sejak kecil
lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungya.

Akhir sekali, remaja perlu mempunyai sahsiah yang terpuji untuk menjadi remaja
yang cemerlang. Sikap dan sahsiah terpuji termasuklah berdisiplin, menghormati ibu bapa
dan orang tua, menghormati guru, bersopan-santun dalam pergaulan dan pertuturan serta
tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan salah laku. Oleh itu, remaja harus ditanam
dengan didikan agama yang sempurna dan nilai-nilai yang murni agar mempunyai sahsiah
yang terpuji. Dengan mempunyai didikan agama, seseorang remaja dapat membezakan antara
perkara yang baik dan tidak baik yang berlaku di sekitarnya. Bukan itu sahaja, pegangan
agama yang kuat merupakan benteng untuk mengelakkan remaja daripada terjerumus dalam
kancah gejala sosial. Remaja juga perlu mendapat kasih sayang yang cukup agar mempunyai
sahsiah yang terpuji. Pakar motivasi ysng terkenal, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah
menyatakan bahawa jika anak-anak mempunyai kasih sayang yang cukup, maka anak-anak
itu akan menjadi anak-anak yang mempunyai sahsiah terpuji, menghormati orang lain dan
berbudi pekerti mulia. Ibu bapalah yang berperanan penting untuk mencurahkan kasih sayang
29
yang padu dan didikan agama dalam jiwa anak-anak mereka agar mereka dpat membesar
dengan sahsiah yang terpuji yang akhirnya menjadi pelajar yang cemerlang. Hal ini
bersesuaian dengan ungkapan ’anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain yang putih,dan ibu
bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut’. Remaja yang memiliki sahsiah yang
terpuji akan berfikir sebelum bertindak agar tidak melakukan perkara yang dapat menconteng
arang atau menjejaskan imej keluarga. Selain itu, remaja yang bersahsiah tinggi akan
mempraktikkan nilai dan amalan yang baik seperti bertolak ansur, prihatin terhadap orang
lain, saling membantu dan bekerjasama. Kesannya, remaja tersebut dikatakan memiliki ciri-
ciri remaja yang cemerlang serta mengelakkan daripada menjadi sampah masyarakat.
Tegasnya, remaja perlu mempunyai sahsiah yang terpuji sebagai ciri seorang remaja yang
cemerlang.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai ciri remaja yang cemerlang. Remaja perlu


cemerlang dalam akademik dan aktif dalam kokurikulum dan mempunyai sahsiah yang
terpuji. Remaja cemerlang merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan. Bak kata pepatah
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh sebab itu, marilah kita meninggalkan
sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan berusaha untuk
melahirkan remaja yang cemerlang. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam
merealisasikan impian melahirkan pelajar yang cemerlang. Marilah kita sama-sama berusaha
kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Tegasnya, remaja cemerlang
merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah negara. Oleh sebab itu, remaja
perlulah memiliki ciri-ciri remaja yang cemerlang.

LATIHAN 13

Lihat gambar dibawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga
kebersihan alam sekitar. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah
perkataan.

KEPENTINGAN
MENJAGA ALAM
SEKITAR

Mengelakkan Menaikkan imej Mengelakkan


diserang negara dalam kepupusan flora
penyakit sektor dan fauna
pelancongan

30
JAWAPAN

Alam sekitar adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Jika alam sekitar tidak
dijaga dengan baik, sudah pasti manusia bakal menerima padahnya. Kecuaian manusia dalam
menjaga alam sekitar telah mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh, kemarau, wabak
penyakit dan bencana lain yang kini menjadi ancaman kepada manusia sejagat. Situasi ini
juga jelas menunjukkan bahawa manusia itu kufur dengan nikmat kurniaan Tuhan. Dalam hal
ini, Allah telah berfirman yang bermaksud, “…kamu dapat melihat kerosakan di daratan dan
di lautan yang disebabkan tangan-tangan manusia…”. Hal inikah yang dikatakan manusia
yang berbakti kepada alam dan memiliki minda kelas pertama? Ketidakupayaan dalam
melaksanakan tanggungjawab untuk melihat keseimbangan ekosistem telah menjurus kepada
kemusnahan. Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan alam
sekitar kerana terdapat pelbagai maslahat yang diperoleh seandainya alam ini dipelihara dan
dipulihara. Persoalannya , apakah kepentingan menjaga alam sekitar ?

Maslahat utama yang diperoleh seandainya alam sekitar sentiasa dalam keadaan yang
bersih ialah melahirkan warganegara yang sihat dan bebas daripada dijangkiti penyakit.
Walaupun negara kita ialah sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju, tetapi
tahap kesihatan sebahagian daripada rakyat negara kita masih di tahap yang agak
membimbangkan. Penyakit-penyakit seperti demam denggi, malaria, selesema burung dan
lain-lain lagi masih menjadi igauan buruk masyarakat. Begitu juga kualiti udara , sekiranya
Indeks Kualiti Udara (IPU) di negara kita berada di tahap yang rendah, penyakit seperti asma,
katarak mata, penyakit kulit dan sebagainya akan dapat dihindari. Hal ini bersangkutan
dengan aktiviti perkilangan dan pengangkutan. Jika semua pihak mengambil berat tentang
soal pelepasan asap-asap yang mengandungi karbon monoksida dan bahan toksik ke udara ,
maka kualiti udara di sekeliling kita akan terjamin . Keadaan ini tentunya akan mendatangkan
keselesaan kepada kita kerana sentiasa berada dalam suasana yang bersih , tiada pencemaran
udara seterusnya melahirkan rakyat yang sihat. Oleh hal yang demikian, kita sebagai warga
yang cakna mestilah memainkan peranan dengan berkesan dalam menjaga kebersihan alam
sekitar bagi memastikan persekitaran kita sentiasa bersih demi kepentingan bersama.

Selain itu, penjagaan alam sekitar ini juga penting untuk mengangkat imej dan
maruah negara di persada dunia terutamanya dalam sektor pelancongan. Di negara kita,
terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar
negara. Tempat-tempat yang dimaksudkan antaranya ialah Pulau Kapas, Pulau Langkawi,
Pulau Pangkor, Cameron Highland , Melaka Bandar Raya Bersejarah dan lain-lain lagi. Oleh
itu, sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan, kita sayogia sentiasa memastikan tahap
kebersihan di negara kita berada di tahap yang optimum. Tempat-tempat tumpuan ini
sewajarnya sentiasa dalam keadaan bersih dan cantik, jauh sekali daripada tercemar. Situasi
yang menyejukkan mata golongan yang mengunjunginya mendatangkan pelbagai impak
positif kepada imej negara kita. Hal ini demikian kerana, situasi yang mendamaikan ini akan
menjadi bahan bualan para pelancong apabila pulang ke negara masing-masing. Impak
daripada tersebarnya cerita tentang keindahan dan keunikan tempat-tempat menarik di negara
31
kita dalam kalangan pelancong asing ialah negara kita akan dikenali sebagai negara yang
wajar dikunjungi. Hal ini sekali gus dapat mengangkat martabat negara dalam industri
pelancongan global. Oleh itu, wajarlah kita berganding bahu ke arah menjaga kebersihan
persekitaran ibarat kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya negara
kita akan kekal sebagai negara yang menjadi tumpuan pelancong.

Seterusnya, kepentingan lain daripada menjaga kebersihan alam sekitar ialah dapat
mengelakkan kepupusan khazanah alam yang berharga iaitu flora dan fauna. Kita sering
didedahkan dengan pengetahuan mengenai kepupusan makhluk Tuhan ini saban hari dengan
kadar yang amat membimbangkan golongan yang cakna kan anugerah Tuhan. Dalam hal ini,
sekiranya kita sentiasa mengutamakan kebersihan alam, kita dapat mengelakkan kemusnahan
habitat untuk flora dan fauna. Kita tidak akan gusar dengan aktiviti pembalakan kerana
aktiviti ini dilakukan dengan penuh kesedaran dan tidak akan meninggalkan kesan buruk
terhadap flora dan fauna. Aktiviti pembalakan secara terkawal ini tentunya secara langsung
akan menjurus kepada kelangsungan ekosistem alam. Haiwan liar seperti badak sumbu,
harimau, seladang dan lain-lain lagi tidak akan mengganggu ketenteraman hidup manusia
kerana habitatnya tidak diusik dan yang lebih penting rantai makanannya tidak terputus.
Pokok-pokok yang berharga seperti cengal, jati , merbau, keruing dan lain lain lagi akan terus
mewarnai hutan belantara di negara kita ekoran sikap prihatin pembalak yang sentiasa
menjaga dan memulihara alam ini . Selain itu, pokok-pokok herba yang amat berguna dalam
bidang perubatan seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah tidak akan mengalami kepupusan.
Tuntasnya, sikap positif iaitu mengutamakan kebersihan dalam melaksanakan apa-apa kerja
mendatangkan manfaat yang nyata kepada khazanah alam.

Kesimpulannya , semua pihak haruslah bekerjasama mamainkan peranan dengan


penuh swadaya untuk memastikan tahap kebersihan alam sentiasa berada dalam keadaan
yang terpuji demi kemaslahatan semua anak watan. Konsep pembangunan mesra alam perlu
diperluas kepada semua golongan yang terlibat dalam meneroka alam untuk tujuan
pembangunan atau komersial. Selain itu, sebagai anak bangsa yang memiliki minda kelas
pertama, kita tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing. Marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga bagi memelihara kelestarian alam
sekitar demi merealisasikan impian iaitu mewariskan alam sekitar yang tetap terpelihara dari
segi kebersihannya dan kekal hidup khazanahnya kepada anak cucu kita. Tegasnya, kita tidak
mahu anak cucu kita menyalahkan kita kemudian hari dek kegalan kita menjaga kebersihan
alam, hingga mereka tidak dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

LATIHAN 14

Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu menyebabkan kerajaan menggalakkan


masyarakat berjimat cermat. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk
melahirkan masyarakat yang berjimat cermat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

32
LANGKAH-LANGKAH MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERJIMAT CERMAT

Peranan ibu bapa Peranan sekolah

Peranan institusi Peranan pihak


kewangan kerajaan

Sediakan payung sebelum hujan, itulah peribahasa yang yang dikarang oleh nenek moyang
untuk mengingati masyarakat agar mengamalkan sikap berjimat cermat dalam apa jua
keadaan. Pada umumnya, amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat di negara ini
masih rendah. Hal ini demikian kerana rata-rata daripada mereka memegang prinsip biar papa
asal bergaya tetapi tidak mengukur baju di badan sendiri yang akhirnya memakan diri
sendiri sehingga hutang keliling pinggang. Oleh yang demikian adalah wajar pihak-pihak
tertentu menjalankan pelbagai kaedah bagi mengingatkan masyarakat yang sentiasa alpa agar
menghayati amalan berjimat cermat.

Pada hakikatnya, anak-anak membesar bersama-sama ibu dan bapa. Justeru, ibu bapa
memainkan peranan penting untuk menanamkan amalan berjimat cermat sejak kecil. Ibu bapa
sewajarnya menggalakkan anak-anak menabung sebagai langkah awal menanam sikap jimat
cermat dalam jiwa anak-anak. ibu bapa perlu memberitahu faedah-faedah dan sebab-sebab
menabung kepada anak-anak agar minat menabung itu datang dengan sendirinya dalam jiwa
mereka dan bukannya kerana terpaksa. wang tabungan itu dapat digunakan untuk tujuan
pendidikan bukannya untuk membeli set permainan yang tidak berfaedah. Amalan
menggalakkan anak-anak membawa bekal dari rumah juga adalah salah satu cara mendidik
anak-anak agar mereka berjimat cermat. Makanan yang dimasak sendiri bukan sahaja lebih
baik untuk kesihatan malahan wang belanja harian yang diberi oleh ibu bapa juga dapat
disimpan di dalam tabung yang disediakan. Amalan menjaga buku, alat tulis dan pakaian juga
merupakan cara untuk menggalakkan anak-anak berjimat cermat bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang telah sebati dengan amalan berjimat cermat ini
secara langsung akan membesar sebagai masyarakat yang gemar menabung dan sentiasa
menggelakkan pembaziran.

33
Selain keluarga, sekolah merupakan tempat penyemai budaya jimat cermat yang
penting. Sebagai sebuah institusi penyebar ilmu, sekolah juga memainkan peranan untuk
menyuburkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar dan salah satunya ialah amalan
berjimat cermat . Di setiap sekolah terdapat koperasi dan para pelajar digalakkan membeli
saham yang berharga RM 1 seorang. Ini adalah salah satu cara untuk menggalakkan para
pelajar menabung. Dewasa ini pula, banyak bank yang menyediakan skim pelaburan untuk
pendidikan seperti SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Negara) yang bertujuan untuk
menggalakkan para pelajar menabung bagi masa depan mereka terutama jika mereka berjaya
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Di sinilah para guru memainkan peranan
untuk menyedarkan para pelajar agar menyimpan sebahagian duit belanja dalam bank untuk
membiayai kos pelajaran mereka kelak. Justeru, apabila para pelajar telah terdidik dengan
sikap berjimat cermat sejak di bangku sekolah sudah pastilah nilai positif ini akan dibawa
bersama apabila mereka berada di tengah-tengah masyarakat nanti.

Sesungguhnya amalan berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh
semua agama di dunia. Dalam hal ini, pihak kerajaan perlu memperbanyak kempen untuk
menyedarkan masyarakat tentang amalan berjimat cermat. Sebagai contoh Kempen Membeli
Barangan Tempatan merupakan salah satu kempen ke arah amalan positif ini. Sebagai rakyat
yang mempunyai semangat cinta akan tanah air, sewajarnyalah kita membeli barangan
tempatan dan berjimat dalam segala perbelanjaan untuk mengurangkan pengaliran keluar
mata wang ringgit ke luar negara. Dengan cara ini, secara tidak langsung, masyarakat dapat
membantu perkembangan dan kemajuan industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini.
Begitu juga pada setiap kali musim perayaan, menjadi peranan pihak kerajaan untuk
mengingatkan masyarakat agar berhemah semasa berbelanja. Tindakan ini perlu untuk
mengelakkan masyarakat berhutang sehingga terpaksa meminjam daripada institusi
kewangan berlesen ataupun yang lebih teruk meminjam daripada along.
Institusi kewangan sebenarnya mempunyai peranan yang besar dalam meningkatkan
amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. Institusi kewangan berlesen bukan
sahaja organisasi yang memberikan pinjaman wang kepada masyarakat tetapi juga berfungsi
sebagai tempat menabung yang selamat kepada pengguna. Sesungguhnya amalan berjimat
cermat yang diamalkan oleh masyarakat membolehkan wang lebihan ditabung atau disimpan
di tempat yang selamat sebagai wang awasan pada saat- saat kecemasan. Menyimpan wang di
bank adalah lebih selamat berbanding menyimpan wang di rumah. Justeru, pihak institusi
kewangan perlu menyediakan pelbagai pakej istimewa atau insentif untuk menggalakkan
masayarakat menabung. Apabila masyarakat mula sedar akan kepentingan menabung maka
mereka akan berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Oleh itu, menabung pada usia muda
sebenarnya akan menyenangkan kehidupan pada hari tua.

Kesimpulannya, masyarakat wajar berjimat cermat dan meninggalkan sikap


boros ketika berbelanja. Kita hendaklah meninggalkan tabiat besar periuk, besarlah keraknya
atau biar papa asal bergaya kerana kedua-dua sikap ini hanya akan merugikan diri sendiri.
Amalkanlah sikap bersederhana ketika berbelanja dan sentiasa beringat bahawa hidup ada
pasang surutnya seperti sebuah roda. Oleh itu, cermat semasa banyak dan berjimatlah semasa
sedikit.
34
Latihan 15

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Makanan Aktiviti
seimbang bersenam dan
CARA-CARA riadah
MENGAMALKAN GAYA
HIDUP SIHAT

Menziarahi Pemeriksaan
orang sakit Kesihatan

Cara-Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Amalan hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada
masa hadapan. Ramai rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu
banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak
kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolestrol, tidak melakukan senaman dan
makan berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung,
obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya
hidup sihat. Persoalannya, apakah cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat
Malaysia?

Cara paling penting yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam mengamalkan gaya
hidup sihat ialah makan makanan seimbang. Makanan seimbang bermaksud makanan yang
mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Rakyat digalakkan
mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan
fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin serta asid lemak. Makanan yang memberi
tenaga dapat membina badan yang sihat dan dapat menjauhi kita daripada menghidapi pelbagai
penyakit. Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan pemakanan yang seimbang kepada keluarga agar
keluarganya dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor
penting ke arah kesihatan keluarga yang sihat dan dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan ahli
keluarga. Tegasnya, rakyat perlu mengambil pemakanan seimbang sebagai satu amalan gaya hidup
sihat.

35
Selain itu, aktiviti bersenam dan riadah juga dapat mengekalkan gaya hidup sihat. Aktiviti
bersenam mampu mengekalkan kesihatan yang baik kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu
mengekalkan kesihatan yang baik kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu mengamalkan senaman
akan keluar bersama toksin badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi
terhadap serangan penyakit. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat
meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental. Bak kata pepatah ‘badan cergas, otak
cerdas’. Pelajar-pelajar yang mengamalkan senaman dan riadah dapat menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pelajaran semasa di sekolah dan semasa mengulang kaji pelajaran. Senanam dapat
menguatkan otot, mengelakkan aliran darah, membantu mengelakkan obesiti, serangan jantung dan
kolestrol berlebihan. Rakyat Malaysia digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan
tiga kali seminggu dengan melakukan senamrobik, berjoging, berenang, menunggang basikal, berlari
dan bermain bola sepak. Jelasnya, amalan bersenam dan beriadah merupakan amalan hidup sihat
kerana dapat mengekalkan kesihatan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di samping itu, masyarakat digalakkan menziarahi orang yang sakit kerana amalan tersebut
merupakan amalan yang mulia. Hari ini kita sihat, bagaimana pula dengan hari esok? Oleh itu, kita
digalakkan menziarahi orang yang sedang terlantar sakit sama ada di rumah atau di hospital terutama
yang meilbatkan saudara mara dan jiran tetangga kita. Sewaktu menziarahi orang yang sakit, kita
boleh membawa buah tangan. Apabila kita menziarahi orang yang sakit, secara tidak langsung,
kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit
untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Kehadiran kita menunjukkan kita mengambil berat
tentang keadaan diri pesakit dan kita mampu mengurangkan perasaan kesedihan yang dialaminya
walaupun pepatah menyatakan ‘ berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Tegasnya,
menziarahi orang yang sakit sangat digalakkan kerana dapat menjadi amalan gaya hidup sihat.

Akhir sekali, untuk mengekalkan amalan gaya hidup sihat, seseorang itu perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan. Setiap individu digalakkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali sama ada di hospital ataupun klinik
kesihatan. Pemeriksaan kesihatan yang berjadual mampu mengesan penyakit ketika peringkat awal
dan seseorang itu dapat merawat penyakit lebih awal. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada
mengubati. Sekiranya seseorang itu mendapati bahawa dirinya menghidap sebarang penyakit,
individu tersebut perlulah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Kita
perlu mematuhi nasihat doktor tentang penjagaan kesihatan untuk memastikan tubuh badan kita
berada dalam keadaan yang sihat. Anggota masyarakat yang mengamalkan pemeriksaan kesihatan
secara berkala dapat memastikan tahap kesihatannya sentiasa baik dan dapat mengubati penyakit yang
dihidapi sebelum nasi menjadi bubur. Jelasnya pemeriksaan kesihatan amat penting dilakukan agar
kita dapat hidup dalam keadaan yang sihat.

Konklusinya, amalan gaya hidup sihat penting dilakukan oleh rakyat Malaysia agar kesihatan
rakyat di negara ini dalam keadaan yang baik. Rakyat hendaklah mengambil makanan yang seimbang
dan bukan makanan yang sedap sahaja. Rakyat juga hendaklah mengamalkan senaman walaupun diri
dihambat kesibukan. Tanamkan nilai kemanusiaan yang tinggi dengan menziarahi mereka yang sakit
dan amalkan pemeriksaan berkala. Jelasnya, jika hal yang dinyatakan itu kita laksanakan, sudah pasti
kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih. Tepuk dada tanyalah minda.

36

Anda mungkin juga menyukai