Anda di halaman 1dari 4

Masjid Kristal

Tahukah anda masjid ini menduduki tangga ketiga


masjid tercantik di dunia? Masjid Kristal adalah
sebuah masjid di Kuala Terengganu, Malaysia.
Struktur utama diperbuat daripada besi, kaca dan
kristal. Masjid ini terletak di Taman Tamadun Islam
di Pulau Wan Man. Ia mula dibina pada tahun
2006 dan dibuka secara rasmi pada 8 Februari
2008. Masjid ini boleh memuatkan lebih 1,500
jemaah.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu


Masjid ini siap sepenuhnya pada tahun 2000
dengan kos hampir RM34 juta. Reka bentuk
masjid ini diilhamkan dari Masjid Nabawi, Madinah
dengan kubahnya berwarna biru dan emas. Masjid
ini mampu memuatkan 12,000 jemaah pada satu –
satu masa.
Kompang
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan
dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama
ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh
pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada
abad ke-13 oleh pedagang Arab. Cara memalu
kompang ialah dengan menepuk kulit kompang
dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan
mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan
secara berkumpulan. Kompang biasanya
dimainkan semasa perarakan, kenduri dan
upacara-upacara tradisi lain seperti majlis
perkahwinan.
Gambus
Gambus adalah sejenis alat muzik bertali. Muzik
gambus ini dibawa oleh pedagang Arab berasal
dari Arab Parsi sekitar tahun 1800 ke Tanah
Melayu dan berkembang di Negeri Johor. Alat
muzik ini biasanya dimainkan dalam muzik ghazal.
Kesenian ini diwarisi dengan adanya perkahwinan
campur antara orang Melayu dan pendatang Arab
tersebut. Gambus biasanya dimainkan dalam
persembahan ghazal dan mengiringi
persembahan muzik Zapin terutamanya muzik
ghazal Johor. Jenis-jenis alat muzik gambus yang
terdapat di Malaysia.
1. Gambus Arab/Johor
2. Gambus Hijjaz @ Gambus Seludang
3. Gambus Iran
Seni Khat
Seni kaligrafi Islam atau ´seni khat´ merupakan
khazanah seni tertua di dunia yang masih dimiliki
oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang
tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan
kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang
berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai
keIslamannya.
Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada
beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat
Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa. Tulisan kaligrafi
dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam
mempelajari sistem tulisan Arab di negara
berkenaan. Alam Melayu tidak terkecuali
menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas
pembelajaran tulisan jawi, yang kemudiannya
dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang
lain.

Anda mungkin juga menyukai