Anda di halaman 1dari 1

Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur

Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis


Kampus Arau
02600 Arau
Perlis
Tel : 049882833 Fax : 049882526
Email : mimidiana@perlis.uitm.edu.my

Rujukan : 100-UiTMPs( HEA/PERSONAL/ 18-1)


Tarikh : 07 Februari 2018

YBHG. DATO’ SR MOHD NOOR BIN ISA, DIMP, SMP


Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia,
Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra,
50578 Kuala Lumpur

YBhg. Dato,

PERMOHONAN MENJALANI BENGKEL LATIHAN PEMETAAN UTILITI BAWAH TANAH

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk,

2. Saya selaku pensyarah mengajar subjek Ukur Utiliti Bawah Tanah ingin memohon jasa baik YBhg. Dato
untuk mengikut Bengkel Latihan Pemetaan Utiliti Bawah di Bahagian Pemetaan Utiliti, Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia, Kuala Lumpur pada 20 Februari - 2 March 2018 . Melalui pembincangan saya bersama Pengarah Ukur
Seksyen(Naziran dan Pembangunan Pangkalan Data), bengkel latihan tersebut akan merangkumi modul:

i. Pemahaman Garis Panduan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah.


ii. Ukur Kalibrasi Peralatan Pengukuran Utiliti Bawah Tanah
iii. Kerja-kerja Lapangan Pengukuran Utiliti Bawah Tanah
iv. Penyedian Pelan Digital Pengukuran Utiliti Bawah Tanah

3. Untuk makluman YBhg. Dato, subjek ini adalah merupakan subjek baru yang ditawarkan di peringkat
Sarjana Muda di UiTM dan kami kekurangan pakar dalam bidang ini. Sebagai makluman YBhg. Dato juga, saya
sekarang sedang menyambung pengajian diperingkat PhD berkaitan peralatan Ground Penetrating Radar.

4. Oleh itu, saya amat berbesar hati sekiranya YBhg. Dato dapat memberi peluang kepada saya untuk
menimba ilmu di JUPEM. Ini bertujuan untuk memastikan ilmu yang diberikan kepada pelajar adalah seiring
dengan keperluan industri dan JUPEM.

5. Perhatian dan pertimbangan YBhg. Dato didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklumbalas melalui
email dan surat rasmi dari pihak puan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

Mimi Diana Binti Ghazali


Pensyarah Kanan
Fakulti Senibina Perancangan & Ukur
Email : mimidiana@perlis.uitm.edu.my
OFF: 049882833 HP : 0182867499

Anda mungkin juga menyukai