Anda di halaman 1dari 6

2) GERBANG PERUBAHAN : BELAJAR NLP / TEKNIK NLP

Saya merasakan yang saya memang antara yang terpilih dalam mengenali
ilmu NLP ini. Keinginan yang timbul dari dalam diri sejak setahun
kebelakangan ini memang tidak dapat disangkal lagi apabila terbaca didalam
Facebook berhubung seminar IMPAK yang bakal diadakan pada Ogos 2016
bertempat di IDCC Selangor. Tanpa berlengah saya terus mendaftarkan diri
bersama suami. Pada asalnya saya tidak mengetahui apakah itu NLP. Cuma
saya merasa tertarik dengan video ringkas yang sering dikongsikan oleh
Tuan Hj Fadzli.

Sepanjang seminar IMPAK berlangsung, apa yang saya fahami berhubung


ilmu Neuro Linguistik Program adalah :-

- Ia melibatkan sistem kepercayaan yang terdapat didalam diri


seseorang itu sehingga membentuk tindakannya.
- Sesuatu Kejayaan boleh dicipta dan diulang mengikut kehendak kita.
- Manusia boleh diprogramkan seperti mana kita memprogramkan
komputer.
- Apa yang kita hubungkan dengan kesakitan dan kegembiraan dalam
hidup akan menentukan hala tuju hidup kita.
- Tindakan seseorang ditentukan oleh Emosinya.
- Cara mengawal pemikiran yang tepat adalah dengan cara
menanyakan soalan yang betul.
- Mengenali Getaran positif dan negatif melalui penggunaan ayat dan
perkataan.
- Mengurus kuasa berfikir melalui fokus
- Penerokaan cara berfikir samada berbentuk Visual, Kinestatik, Audio,
Digital
- Cara Hypnotic diri sendiri dengan memasukkan keseluruhan
submodaliti yang dipelajari.
- Terdapat 6 langkah mudah NAC bagi mewujudkan lebuhraya untuk kita
keluar dari kesakitan dan memasuki kegembiraan :-
a) Memutuskan apa yang kita mahukan dan apa yang
menghalang kita daripada memilikinya sekarang.
b) Menggunakan penuasan, hubungan kesakitan kerana berubah
sekarang kepada pengalaman melakukan perubahan.
c) Mengganggu pola yang membataskan
d) Mewujudkan alternative baru yang memperkasakan
e) Melazimkan pola baru sehingga menjadi konsisten (pelan
tindakan seperti tindakan segera, rutin harian, rutin bulanan,
amalan berterusan)
f) Mengujinya.
- Serta mengetahui teknik-teknik NLP seperti
a) Teknik Silang Rasa - menyukai apa yang dibenci,
b) Teknik Herot Petot – dengan cara mentertawakan pengalaman
pahit itu.
c) Teknik Swish Pattern – tabiat buruk menjadi tabiat hebat
d) Teknik Anchoring – mencipta suis emosi untuk lebih sukses

Selepas sahaja sesi IMPAK berlangsung, satu tawaran istimewa dilakukan


oleh Tuan Hj Fadzli berhubung seminar QUANTUM, sebenarnya saya boleh
dikatogerikan sebagai lambat dalam mempelajari sesuatu ilmu yang baru.
Pengulangan demi pengulangan perlu dilakukan bagi memahami. Namun
apa yang mengujakan adalah tawaran yang dilakukan oleh beliau sehingga
saya tidak terdaya untuk menolaknya. Walaupun pada ketika itu, saya masih
belum mempunyai budjet yang mencukupi. Memang hebat apa yang
digunakan oleh Tn Hj Fadzli iaitu kuasa kontras dan kuasa ketidakcukupan.

Apabila pulang sahaja ke rumah, saya tidak sabar mencuba beberapa teknik
yang dipelajari. Namun apa yang benar-benar mengujakan adalah saya
mampu mengawal perasaan marah yang mana sebelum ini saya kurang
kawalan terhadap perasaan tersebut. Untuk pengetahuan semua, saya
adalah pembantu kepada Guru Kelas Pendidikan Khas sekolah rendah.
Sebelum ini, saya sering merasa marah dan tertekan sekiranya kanak-kanak
OKU ini melakukan kesilapan. Namun selepas Program IMPAK saya dapat
merasakan perubahan yang ketara kepada tingkah laku saya. Antara teknik
yang saya amalkan adalah teknik silang rasa. Membuang perasaan tidak
suka kepada mereka dan memasukkan perasaan kasih dan belas terhadap
mereka.

Saya cuba memahami setiap tingkah laku mereka berdasarkan persepsi


mereka dan menegur dengan cara yang lebih lembut. Agak lucu bila melihat
riaksi mereka apabila saya tidak lagi meninggikan suara bila mereka
melakukan kesalahan. Yang lebih mengujakan apabila mereka sering
menayakan guru-guru yang ada kemana saya pergi jika saya mengambil cuti
rehat. Ini tanda-tanda menunjukkan yang mereka begitu kasih dan sayang
kepada kita. Saya rasa agak menyesal kerana sebelum ini saya tidak
mempunyai ilmu NLP dengan lebih awal, namun perasaan syukur turut
menebal kerana Allah masih memberi peluang untuk mempelajarinya.
“Terima Kasih Allah”

Seperkara yang memberi kesan yang agak luarbiasa adalah berhubung


penggunaan soalan yang tepat bagi mendapatkan fokus yang betul. Setiap
hari, apabila bangun sahaja dari tidur, saya akan melihat cermin dan
membaca beberapa soalan berhubung perniagaan yang diceburi. Contohnya
seperti berapa pendapatan yang saya inginkan?…siapa pelanggan saya? Dan
lain-lain. Walaupun saya bekerja sepenuh masa, tetapi saya juga mempunyai
perniagaan sambilan. Apa yang menghairankan, pada bulan lepas, saya
telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai penjawat awam dengan
nekadnya. Padahal sebelum ini sudah bertahun saya berhasrat untuk
berhenti, namun takut untuk berbuat demikian.

Hingga sekarang perasaan tenang itu masih menguasai diri saya.. ha4..
patut risau tahap gaban la kan…Hmmm inilah bahana NLP.. Walau apapun,
saya yakin apa yang bakal saya tempuhi dimasa hadapan bergantung apa
yang saya percaya sepenuh hati tanpa keraguan sedikitpun. Biar alam yang
mengatur setiap ketentuannya..”Tidak bergerak sesuatu zarah itu tanpa izin
yang maha esa”. Apa yang perlu saya lakukan adalah berusaha dan
tawakkal.

Saya turut mempraktikkan Teknik memprogram minda yang diajar oleh Tn Hj


Fadzli. Setiap malam sebelum tidur, saya akan mendengar rakaman yang
diberikan oleh beliau. Benar seperti apa yang disangkakan oleh kita, kita
dapat menyelesaikan masalah sekiranya kita menyangka begitu. Terjadi satu
peristiwa dalam perniagaan baru-baru ini. Dimana, apabila segalanya telah
dipersetujui bersama tiba-tiba dibatalkan dengan sewenangnya. Kos yang
tinggi disebabkan pembatalan tersebut membuatkan saya terkedu seketika
dan memikirkan apakah teknik NLP yang dapat membantu saya dalam
menyelesaikan masalah ini. Namun tidak henti-henti saya memasang
rakaman Terapi Diri Hipnosis yang dikirimkan oleh Tn Hj Fadzli. Saya
tanamkan keyakinan yang setiap masalah pasti dapat diselesaikan dengan
mudah. Alhamdulillah, akhirnya memang tepat apa yang disangkakan, saya
mampu mendapat pelabur itu kembali walau pada asalnya beliau telah
menolak pelawaaan tersebut. Terima kasih atas ilmu dan bimbingan yang
diberikan.

Teknik Swish Pattern turut menjadi amalan saya. Saya memang seorang
yang agak pelahap ketika menjamah makanan, namun setiap hari berangan
untuk tampil lansing. He he he.. Dah bertahun saya mencuba untuk turunkan
berat badan namun masih belum berjaya. Apa yang saya lakukan, ketika
berhadapan dengan makanan saya akan menukarkan bayangan makanan
yang sedap itu kepada imej mayat, Saya memang tidak boleh memikirkan
mayat, jika saya terfikir pasal mayat, pasti tekak saya akan berasa loya.
Alhamdulillah ia memang berkesan.

Berbalik kepada Seminar Quantum, saya begitu teruja untuk mengikutinya


kerana saya faham yang ilmu ini amat berguna dalam dunia perniagaan dan
begitu juga dalam hubungan kekeluargaan. Antara perkara yang difahami
sepanjang proses pembelajaran ini adalah seperti :-

- Istilah komunikasi yang diterjemahkan melalui POWER (P= Peace and


Peer, O = Opera & Orchestra, W= wow & Wonderful, E= Enter &
Embrace, R= Ready & Respons)
- 4 tunggak NLP (Perhubungan yang selesa Rapport, Kesedaran Sensori,
Fokus Pada Natijah, Keanjalan Tingkah Laku.
a) Perhubungan yang selesa Rapport – manusia lebih senang berbual
dengan mereka yang dianggap sependapat dengannya. Melalui
teknik Matching (Badan, suara, wajah, kata) teknik Mirroring dan
teknik Pacing and leading.
b) Kesedaran Sensori – Penggunaan 5 deria dalam memberi
tindakbalas terhadap sesuatu situasi.
c) Fokus Kepada Natijah – Apakah yang kita mahu hasil dari perbualan
ini. Perlu ada peta minda serta menggunakan OBT (Outcome Base
Thinking). Apa yg kita mahukan, apa yg individu lain mahukan
andaian, apa hasil minimum yg akan di perolehi, apakah masalah
yg mungkin akan timbul, bagaimana untuk menyelesaikannya, serta
bagaimana untuk tamatkan proses ini dengan jayanya.
d) Keanjalan Tingkah Laku – Tingkahlaku seseorang boleh diubah dan
diprogramkan melalui minda separa sedar. Minda terbahagi kepada
3 iaitu Minda sedar, minda tidak sedar dan minda separa sedar.
Kepercayaan memainkan peranan penting dalam mengubah tingkah
laku

- Outcome Based Thinking – Ia diibaratkan sebagai peta minda yang


perlu ada sebelum kita melakukan sesuatu perbualan. Tujuannya
adalah untuk menjadikan sesuatu komunikasi itu jelas dan lancar.
Antara soalan yang boleh ditanya sebelum melakukan sesuatu
perbualan adalah seperti :-
a) Apakah matlamat yang ingin saya capai?
b) Bagaimana cara untuk mencapainya?
c) Apa yang perlu dilakukan untuk dapat apa yang diingini?
Beberapa soalan berikut perlu dijawab sebelum sesuatu rundingan
berlangsung
a) Apa sebenarnya yang saya mahukan dari proses ini?
b) Apa individu lain inginkan/ jangkaan?
c) Apa hasil paling minimum yang akan diperolehi?
d) Macam mana nak selesaikan masalah dan memberi keuntugan padanya?
e) Bagaimana nak tamatkan proses ini dengan jayanya?

- Kuasa Persuasion Pro yang dipelajari terdiri dari 9 kuasa iaitu :-


a) Kuasa timbal balik – perasaan ingin membalas semula apa yang telah
diterima oleh kita. Perasaan serba salah untuk membalas budi tersebut.
b) Kuasa Kontras – Iaitu perbandingan yang dilakukan untuk menimbulkan
rasa keterujaan terhadap tawaran yang diberikan. Contohnya seperti
tawaran harga biasa dan harga selepas diskaun.
c) Kuasa Geng – Kuasa ini sering digunakan untuk menunjukkan nilai-nilai
persahabatan yang tinggi. Kita sering terpengaruh dan mempercayai
sesorang itu sekiranya kita mengganggap dia sebagai sahabat.
d) Kuasa Harapan – Sangkaan kita terhadap seseorang bagi
mempengaruhinya untuk bertindak samada kearah kebaikan atau
keburukan.
e) Kuasa Perkaitan – Sesuatu produk sering dikaitkan dengan seseorang
individu yang berpengaruh menggunakannya dengan harapan orang lain
akan turut ikut serta menggunakannya sepertimana mereka menyukai
individu tersebut.
f) Kuasa Konsistensi – Individu itu akan kekal dengan kenyataanya walau
apapun yang terjadi. Mereka tidak akan mengubah pendirian jika telah
mengeluarkan sesuatu kenyataan.
g) Kuasa Scarcity – kuantiti sesuatu produk atau perkhidmatan telah
dihadkan tawaranya bagi tujuan perebutan. Dengan cara ini kemahuan untuk
memiliki akan memuncak kerana mereka merasakan tidak mungkin akan
mendapatkan nilai yang serupa pada waktu dan tempat yang lain.
h) Kuasa Keakuran -Kuasa ini menegaskan bahawa kebanyakan manusia
akan cenderung untuk bersetuju dengan cadangan, produk atau
perkhidmatan yang telah diterima oleh majoriti individu lain.
i) Kuasa Autoriti – Selalunya kita menganggap orang yang mempunyai kuasa
terhadap individu lain mempunyai pengaruh yang kuat. Dan kemungkinan
besar permintaanya akan dipertimbangkan oleh individu yang lain.
- Mengenali 4 gaya berfikir iaitu :-
a) Individu gaya Visual
b) Individu gaya Auditori
c) Individu gaya Kinestatik
d) Individu gaya Digital
 Serta strategi komunikasi dengan 4 gaya yang berbeza

Anda mungkin juga menyukai