Anda di halaman 1dari 6

FASAL KETIGA

MEMBACA AL-QURAN AL-KARIM

PERBAHASAN PERTAMA

Tujuan-tujuan Membaca Al-Quran

Sesungguhnya tujuan membaca mana-mana kitab bergantung kepada tajuknya, sekiranya ia


adalah sebuah kitab dalam bab ilmu dari segala ilmu yang ada maka tujuannya pembacaannya adalah
untuk memperoleh pengetahuan, jika ianya adalah kitab sejarah maka tujuan pembacaanya adalah
untuk mendapatkan pengajaran dari peristiwa-peristiwa lalu dan mentadbir urusan pada waktu
sekarang dan akan datang melalui pengajaran yang diperolehi, dan jika ianya adalah sebuah kitab
mengenai adab maka tujuannya adalah untuk merasai kesenian yang disandarkan pada adab dan
mendidik akhlak.

Dan jika kita ingin menentukan apakah ia tujuan membaca Al-Quran Al-Karim maka kita
akan mendapati bahawa ianya berkait dengan tajuknya, sesungguhnya Al-Quran Al-Karim bukan
sebuah kitab ilmu dari segala ilmu, kerana padanya iaitu Al-Quran Al-Karim adanya ilmu-ilmu yang
melemahkan fungsi akal manusia untuk menguasainya, dan sesungguhnya Al-Quran Al-Karim juga
bukan sebuah kitab sejarah, kerana padanya yakni Al-Quran Al-Karim adanya kisah-kisah yang
mempunyai pengajaran untuk golongan orang yang berfikir, begitu juga Al-Quran Al-Karim bukan
sebuah kitab tentang adab, kerana sesungguhnya pada Al-Quran Al-Karim itu seluruh jalan
pengurusan dan tadbir yang melemahkan manusia untuk melaksanakannya sebagaimana di dalam Al-
Quran Al-Karim. Oleh itu, apakah sebenarnya tujuan membaca Al-Quran?

Sesungguhnya Al-Quran Al-Karim pada asasnya merupakan petunjuk manusia yang membawa
kepada manhaj atau jalan Allah SWT yang telah ditentukan padanya. Dan membacanya yakni Al-
Quran Al-Karim merupakan suatu perkara penting untuk memastikan diri orang-orang Muslim
sentiasa mempelajarinya, mengajarkannya dan sentiasa berdampingan dengannya. Sepertimana kata
Ibnu Khaldun :

Sesugguhnya mengikuti dan menelusuri apa yang diturunkan oleh Al-Quran dan hadis Nabawi
tentang membaca Al-Quran, dan juga isi kandungannya yang dihurai oleh para ulama salaf, yang
mempunyai kaitan dengan membaca Al-Quran dan keperluan memeliharanya sudah terang
menjelaskan tentang tujuan-tujuan yang perlu dicapai dari pembacaan Al-Quran, sama ada dari sudut
membacanya merupakan wasilah dari wasilah-wasilah dakwah, dari sudut ibadat yang menghidupkan
jiwa dan juga merupakan asas untuk kefahaman dan pengamalan dalam Islam.
1) Membaca Al-Quran Al-Karim merupakan salah satu wasilah dakwah
Sesungguhnya tilawah atau mengalunkan bacaan Al-Quran merupakan salah sati
wasilah dakwah dalam Islam. Sesungguhnya Rasulullah SAW dahulu ketikamana Baginda
menemui orang di , Baginda akan menyeru mereka kepada Islam dan membacakan mereka
ayat-ayat Al-Quran. Dan kesannya akan hadir melalui pendengaran mereka terhadap alunan
Al-Quran. Sebagai contoh di perhentian Nafar, terdapat beberapa orang yang telah menemui
Rasulullah SAW di Aqabah, mereka adalah kalangan orang Khazraj. Maka Baginda mengajak
mereka kepada Allah, membentangkan kepada mereka tentang Islam. Baginda mengalunkan
Al-Quran, menjawab segala dakwaan yang telah dijatuhkan ke atas Baginda, bersedekah dan
menerima siapa yang telah menerima Islam. Sesungguhnya pengislam mereka merupakan
satu pembukaan agung dalam sejarah dakwah.

Ketika itu orang-orang musyrikin juga telah merasakan kesan pembacaan Al-Quran
dan menjadikan diri mereka terikut dengan kaedah dakwah yang baru ini, maka mereka telah
menyeru di kalangan mereka (golongan musyrikin) supaya tidak mendengar kepada Al-Quran
sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Al-Quran sendiri tentang mereka, iaitu dalam surah
Fussilat ayat 26 : Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-
Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta
tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara
pembacanya)!" Akan tetapi Allah SWT telah menghalang tindakan mereka dan menjadikan
Al-Quran sebagai satu jalan untuk mendekatkan hati-hati.

Dan berterusanlah pembacaan Al_quran sebagai satu peranan dalam menyebarkan


dakwah selepas meneguhkan kedudukan Allah SWT dalam agamanya (seseorang). Maka
ketika selesai kunjungan Arab datang ke Madinah, tidak terdengar selepas pembukaan kota
Mekah, maka Rasulullah SAW membacakan mereka Al-Quran dan mengajarkan mereka
tentang syariat Islam.

Di antara cara untuk Baginda Nabi memelihara pengajaran Al-Quran, Baginda telah
mengutuskan qari atau pembaca yang terdiri daripada kalangan para sahabat ke daerah-daerah
yang membuka ruang untuk menerima dakwah. Sebagai contoh, selepas perjanjian Aqabah
pertama, Baginda telah menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah. Satu riwayat dari Ibnu
Hisham menyebut, “Dan diarahkan beliau untuk membacakan mereka Al-Quran,
mengajarkan mereka tentang Islam, dan memumpuk kefahaman agama, maka oleh itu
dinamakan utusan qari di Madinah ialah Mus’ab”
Seterusnya, Allah SWT telah menjelaskan dalam Al-Quran ketika diutuskan Nabi
Muhammad SAW untuk menyampaikan Al-Quran kepada manusia, dalam surah An-Naml
ayat 91 dan 92 yang bermaksud : (Katakanlah wahai Muhammad):" Aku hanyalah
diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Makkah) ini yang telah
menjadikannya suci lagi dihormati dan yang menguasai segala-galanya; dan aku
diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat
kepadaNya), "Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran". Oleh itu, sesiapa yang menurut
petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang
kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya
aku hanyalah seorang pemberi amaran".
Dan sesunggunya Allah SWT telah memuji orang-orang mukmin yang :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang
apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada
Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Surah Al-Anfaal ayat2). Dan Allah SWT mencela
orang-orang kafir yang apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Al-Quran mereka berkata
: Dan apabila dibacakan kepada mereka (yang kafir) ayat-ayat Quran kami yang jelas nyata,
berkatalah mereka terhadap kebenaran (Al-Quran) bila sahaja disampaikan kepada mereka:
"Ini ialah sihir yang nyata!". (Surah Al-Ahqaaf ayat 7) atau berkata : Sehingga) apabila ia
dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu
kala!" (Surah Al-Muthafifiin ayat 13).

2) Membaca Al-Quran Al-Karim merupakan satu ibadah


Tilawah (mengaji) Al-Quran Al-Karim merupakan zikir yang paling afdhal, dan dari
situ wajiblah untuk memperbanyakkanya membacanya. Sesungguhnya Rasulllah SAW ada
menjelaskan mengenai pahala dan fadhilat seorang qari iaitu pembaca Al-Quran Al-Karim,
antaranya dalam hadith Baginda yang bermaksud, “Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya
ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafaat untuk tuannya (pembacanya)…”

Selain itu, Baginda juga ada menyebut, “Barangsiapa membaca walau satu huruf dari
Al-Quran maka ke atasnya 10 kebaikan, tidaklah (‫ )ألم‬itu dikategorikan satu huruf bahkan alif
satu huruf, dan lam satu huruf dan mim satu huruf”. Dan sebenarnya hadith dalam bab
kelebihan tilawah atau mengaji Al-Quran ini amat banyak.

Dan tiada syak atau keraguan yang mengatakan bahawa memperbanyakkan membaca
atau mengaji Al-Quran ini mampu memberikan kesan yang mendalam dan menghidupkan
jiwa manusia dan menguatkan perhubungan mereka dengan Al-Quran. Sepertimana firman
Allah SWT dalam surah Yunus ayat 57 dan 58 yang bermaksud : Wahai umat manusia!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari
Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam
dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat
bagi orang-orang yang beriman. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada
kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi
penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi
hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang
beriman.
Firman Allah SWT lagi dalan surah Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud : Dan Kami
turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak
menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian
jua. Maka di sini jelas menyatakan bahawa di dalam Al-Quran itu terdapat penawar bagi
penyakit was-was, ragu-ragu dan kebimbangan. Dan di Al-Quran juga ada penawar bagi
penyakit nafsu, tamak, hasad dengki dan penghalang dari gangguan syaitan, juga penawar
bagi penyakit lalai dan kufur. Kerana itulah Al-Quran dianggap sebagai sebaik-baik zikir dan
dikira sebagai ibadah dalam kesemua ibadah.

3) Membaca Al-Quran Al-Karim untuk fiqh dan amalan


Sesungguhnya tujuan asas dalam pembacaan Al-Quran Al-Karim dari sudut
ibadahnya adalah untuk mendapatkana kefahaman tentang makna yang terkandung dalam
ayat-ayat Al-Quran yang mulia, kemudian melaksanakan apa yang ditentukan hukumnya,
sebagaimana firman Allah SWT dalam bab sifat Al-Quran iaitu : (Al-Quran ini) sebuah Kitab
yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak
faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-
ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Sepertimana firman Allah SWT dalam bab memahami makna Al-Quran : Patutkah
mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu
(datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di
dalamnya. Firman Allah SWT lagi : (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah
mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di
atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
Dan sesungguhnya bilamana Rasulullah SAW telah mengislamkan seseorang,
Baginda akan segera menyuruh orang itu untuk membaca Al-Quran terlebih dahulu sebelum
perkara-perkara lain. Dan Baginda berkata pada para sahabatnya, “Berilah kefahaman untuk
saudara seagamamamu, dan bacakannya serta ajarkannya Al-Quran”. Kerana pada Al-Quran
Al-Karim itulah sumber asal akidah, hukum-hakam dan adab-adab, sementara sunnah
merupakan penerangan dan penjelasan untuk apa yang dibawa oleh Al-Quran.

Kaedah talaqqi yang dijalankan oleh para sahabat dan Rasulullah SAW adalah
melalui kefahaman makna iaitu mengutamakan kefahaman tentang ayat-ayat Allah terlebih
dahulu. Abdullah Ibn Mas’ud berkata, “Sesungguhnya bilamana kami belajar 10 ayat Al-
Quran dari Nabi, kami tidak akan meneruskan pada ayat-ayat yang turun selepasnya
sehinggalah kami benar-benar memahaminya iaitu kami mengamalkannya.”

Abdurrahman As-Salami, seorang pembaca Al-Quran ahli Kufah pada zaman Tabi’in
berbincara tentang para sahabat yang diajarkan padanya Al-Quran dan berkata, “Telah
diberitahu padaku tentang orang-orang yang membacakan kita iaitu Othman bin Affan,
Abdullah bin Mas’ud, Ubai bin Ka’ab, sesungguhnya Rasulullah SAW ketikamana
mengajarkan mereka 10 ayat, Baginda tidak akan mengajarkan 10 ayat yang lain sehinggalah
mereka semua mengamalkan apa yang terkandung dalam ayat tersebut, maka mempelajari Al-
Quran dan beramal dengannya perlulah seiring bersama”.

Dan seterusnya para ulama’ ada menyebut, “Membaca Al-Quran tanpa tadabbur
merupakan perkara yang dibenci”. Al-Aajari pula berkata, “Amat sedikit sekali dari
pembelajaran tentang Al-Quran yang ada padanya arahan untuk berfikir dan seungguhnya
mentadabur merupakan perkara yang paling dicintai dari membaca Al-Quran dengan banyak
tapi tanpa tadabbur dan tafakkur padanya. Zahirnya Al-Quran memang bertujuan sebegitu
begitu juga sunnah dan kata-kata imam muslimin. Imam Al-Aajari menukilkan dalilnya
dalam dua riwayat tersebut :
 Riwayat pertama :
Dari Abu Jamrah Ad-Duba’I, beliau berkata : “Aku telah berkata pada Ibnu Abbas,
sesungguhnya aku yang paling cepat dalam membaca, aku membaca Al-Quran dalam
3 hari sahaja”. Kemudian berkata Ibnu Abbas, “Sesungguhnya membaca surah Al-
Baqarah pada waktu malam, dan kemudian mentadabburinya dan membaca ia dengan
penuh tartil adalah lebih dicintai daripada membaca Al-Quran sepertimana yang
engkau katakan.”
 Riwayat kedua
Daripada Mujahid bin Jabar, seorang murid kepada Ibnu Abbas, sesungguhnya beliau
telah ditanya tentang seorang lelaki yang membaca surah Al-Baqarah dan surah Ali
Imran dan seorang lagi lelaki yang membaca surah Al-Baqarah sahaja. Pembacaan
mereka berdua serentak, dan rukuk, sujud serta duduk mereka juga sama serentak,
maka yang manakah di antara mereka yang lebih afdhal? Maka Mujahid berkata,
“yang paling afdhal adalah yang membaca surah Al-Baqarah sahaja. Hal ini kerana
sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Israk ayat 106 yang bermaksud :
Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada
manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Maka dengan itu, para ulama tidaklah menghalang membaca Al-Quran dengan laju
itu secara mutlak. Ianya merupakan khilaf yang kebiasannya berbeza mengikut individu
sebagaimana berbeza pandangan dalam bab kekuatan/kecergasan, kelemahan, mentadabbur
dan kelalaian. Ianya berbeza mengikut keadaan dan tujuan pembacaan seseorang.

Anda mungkin juga menyukai