Anda di halaman 1dari 4

PEREKA BENTUK GRAFIK.

Pengenalan
Seni grafik ialah seni komunikasi visual. Seni ini menggunakan gambaran dekorasi, tipografi,
ilustrasi dan fotografi. Dengan lain perkataan seni grafik ialah seni komersil. Bidang-bidang
seni grafik seperti reka bentuk korporat, reka bentuk penerbitan, reka bentuk pembungkusan,
rekabentuk pengiklanan, reka bentuk multimedia dan laman web.

Pereka Grafik
Seorang pereka grafik perlu mempunyai kriteria berikut:
1. Berkemahiran dalam mencipta, merancang, mengembang dan membuat sesuatu rekaan.
2. Berpengetahuan tinggi dalam ilmu senireka dan berdisiplin tertentu.
3. Kemahiran melukis, mentafsir, memilih warna, huruf dan reka letak.
4. Berkemahiran mengaplikasikan perisian grafik seperti Adobe Ilustrator, Adobe Photoshop,
Flash dan banyak lagi yang berkaitan dengan multimedia.

Reka bentuk Identiti Korporat


Identiti Korporat berkait rapat dengan membina imej seragam untuk sesebuah organisasi,
pertubuhan dan syarikat perniagaan. Ia bermula dari mereka bentuk logo, pemilihan warna
yang sesuai dengan latar belakang organisasi, kepala surat, sampul surat, kad perniagaan,
pakaian seragam, kenderaan dan semua yang berkenaan dengan organisasi tersebut perlu ada
imej yang seragam.
Keseragaman ini akan melahirkan imej pegun kepada syarikat atau oranisasi tersebut.

Tujuh perkara dalam reka bentuk korporat perlu diberi perhatian:


1. Logo
2. Tipografi
3. Warna
4. Jenama
5. Kualiti
6. Komuniti
7. Budaya
PEREKA BENTUK FESYEN.

Reka bentuk fesyen adalah seni permohonan reka bentuk dan estetika atau
keindahan alam semula jadi untuk pakaian dan aksesori. Reka bentuk fesyen
dipengaruhi oleh latitud budaya dan sosial, dan telah diubah dari masa ke
masa dan tempat.

Pereka fesyen bekerja dalam beberapa cara dalam mereka bentuk pakaian
dan aksesori seperti gelang dan rantai leher, kerana masa yang diperlukan
untuk membawa pakaian ke pasaran, perlu pada masa-masa menjangka
perubahan citarasa pengguna. Pereka fesyen cuba untuk mereka bentuk
pakaian yang berfungsi dan juga dari segi estetik.

Mereka perlu mengambil kira yang mungkin memakai pakaian dan keadaan
di mana ia akan dipakai. Mereka mempunyai pelbagai dan kombinasi bahan-
bahan untuk bekerja dengan dan pelbagai warna, corak dan gaya untuk dipilih.

Walaupun pakaian yang paling dipakai untuk pakaian sehari-hari termasuk


dalam julat kecil gaya konvensional, pakaian yang luar biasa biasanya dicari
untuk majlis-majlis khas seperti memakai petang atau pakaian parti.
PEREKA BENTUK AUTOMOTIF...

Automotif merangkumi apa-apa bidang yang berkaitan dengan kenderaan


bermotor dan ia merupakan sektor ekonomi terpenting dalam hasil
pendapatan negara. Industri automotif dijangka mengalami pertumbuhan sihat
pada tahun ini. Jesteru itu, Politeknik Muadzam Shah dibawah Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal menawarkan program Rekabentuk Pembuatan
Automotif bagi menampung keperluan tenaga kerja di dalam bidang
rekabentuk automotif di negara kita. Satu-satunya politeknik yang
menawarkan program ini di Malaysia, kurikulumnya direkabentuk untuk
memenuhi permintaan daripada pihak industri pembuatan kereta dan
sokongannya agar mampu memenuhi permintaan kenderaan yang semakin
tinggi dari masa ke semasa di negara kita. Oleh itu pelajar didedahkan dengan
konsep rekabentuk keseluruhan sesebuah kereta. Program ini juga telah
mendapat pengiktirafan dan kerjasama daripada pihak Proton Malaysia.
ARKITEK...

Jika anda bercadang untuk membina kediaman baru atau membuat tambahan kepada
rumah sediada, anda perlu melantik akitek/perunding yang akan menguruskan semua
hal yang berkaitan dengan pihak majlis. Di bawah ini dihuraikan serba ringkas tentang
peranan akitek/perunding.

SKOP KERJA PERUNDING / ARKITEK DALAM URUSAN PEMBINAAN ATAUPUN


UBAHSUAI RUMAH KEDIAMAN

- menjadi penasihat & memberi panduan kepada klien berkenaan masalah ubahsuai rumah -
memberi khidmat rekabentuk sesuai dengan keperluan & kemampuan kewangan klien.

- membuat rekabentuk yang yang praktikal & selamat.

- membeli & mengisi borang bagi pihak klien.

- mengemukakan pelan-pelan ke pihak majlis bagi pihak klien sehingga mendapat kelulusan.

- membuat rayuan bagi pihak klien jika berlaku masalah saman/denda dsb .

- membantu klien dalam pemilihan kontraktor binaan yang sesuai.

- memastikan kerja-kerja ubahsuai mengikut undang2 bangunan sehingga siap binaan.

- memantau kerja-kerja pembersihan & pembuangan sampah sisa binaan.

- membantu klien dalam urusan tuntutan wang cagaran ubahsuai rumah dari pihak majlis
jika rumah telah siap dan sampah sisa binaan telah dibuang oleh kontraktor sampah yang
berlesen.

Anda mungkin juga menyukai