Anda di halaman 1dari 2

PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

Pada hari ini, ………………… haribulan ………………… 2023, kami yang bertanda tangan di
bawah ini :

1. ………………………………………… (NO.KP: …………………… ), yang beralamat di


KAMPUNG …………………., 98700 LIMBANG, SARAWAK dalam hal ini bertindak
untuk dan atas namanya sendiri yang selanjutnya akan disebut juga sebagai Pihak Pertama.

2. ………………………………………… (NO.KP: …………………… ), yang beralamat di


KAMPUNG …………………., 98700 LIMBANG, SARAWAK dalam hal ini bertindak
untuk dan atas namanya sendiri yang selanjutnya akan disebut juga sebagai Pihak Kedua.

Kedua-dua belah pihak dengan ini menerangkan bahawa Pihak Pertama menjual kepada
Pihak Kedua berupa sebidang tanah dan apa-apa yang terdapat diatas tanah yang terletak di
Kampung ……………, 98700 Limbang, Sarawak dan dikenali sebagai Lot …….. dengan
keluasan sebanyak ………. Hektar (lebih kurang ……. ekar). Kedua-dua belah pihak
sepakat untuk mengikatkan diri dalam perjanjian ini dengan syarat-syarat berikut :

i. Saya sebagai Pihak Kedua dengan ini bersetuju mengganti pemilikan keatas lot
tersebut dengan bayaran RM …………….. (Malaysia) sepertimana yang telah
dipersetujui sebelum ini bagi maksud ganti kelelahan.

ii. Saya sebagai Pihak Pertama tidak pernah menjual atau berjanji untuk menjual atau
menggadaikan tanah tersebut kepada sesiapapun dan tiada yang berhak ke atas tanah
tersebut selain daripada perjanjian ini.

iii. Saya sebagai Pihak Pertama sesungguhnya mengakui bahawa tanah tersebut bebas
daripada sebarang pertikaian sepertimana yang kami ketahui selama ini.

iv. Saya selaku Pihak Pertama beserta keluarga dan waris tidak akan menuntut tanah ini
dikemudian hari kelak.

v. Saya juga selaku Pihak Pertama bersetuju agar surat hakmilik dikeluarkan ke atas
nama Pihak Kedua setelah selesai proses pengukuran dan penyiasatan dari Jabatan
Tanah dan Survei siap kelak.
Selanjutnya, kedua pihak bersepakat bahawa perjanjian penjualan di antara Pihak
Pertama dan Pihak Kedua ini berlaku sejak penandatanganan surat perjanjian ini. Demikian
perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan
dihadiri saksi-saksi yang dikenal oleh kedua-dua belah pihak serta dibuat dalam rangkap dua
bermateri cukup yang masing-masing mempunyai kekuatan hukum yang sama. Semoga ikatan
perjanjian ini membawa berkah bagi semua pihak.

Pihak Pertama Pihak Kedua

……………………………… ………………………………
(Tandatangan Pihak Pertama) (Tandatangan Pihak Kedua)
Nama : Nama :
No. K.P : No. K.P :

Saksi Pihak Pertama Saksi Pihak Kedua

……………………………… ………………………………
(Tandatangan Saksi Pihak Pertama) (Tandatangan Saksi Pihak Kedua)
Nama : Nama :
No. K.P : No. K.P :

Saksi/Disahkan oleh

……………………………………….

( Tandatangan dan Cop Pengesahan )

Anda mungkin juga menyukai