Anda di halaman 1dari 3

Membaca mempunyai banyak kebaikannya.

Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di


kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai
seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai
berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu
pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa
di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini
tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang
selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih
banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan
pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam
kehidupan sehari-harian.

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan
bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi.
Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana
ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar.
Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan
gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita
cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.
Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi
perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan,
majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu, sudah tentulah perpustakaan
memberi banyak kebaikannya kepada kita semua.

Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui pembacaan di situ,
sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui peristiwa semasa yang berlaku
di dalam dan di luar negara.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan
mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia serta
menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan
sebagainya.

Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat
pelbagai peraturan antaranya mesti senyap, memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga
kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin
kita akan didenda.

Di samping itu, pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan dapat menambah


pembedaharaan kata kita. Ini pasti akan membantu kita bertutur dan menulis karangan dengan
lebih baik.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap suka
mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, minat membaca di kalangan para pelajar
mestilah dipupuk sejak dari kecil lagi.

Antara langkah-langkah untuk memupuk minat membaca di kalangan para pelajar adalah dengan
mengadakan kempen membaca terutamanya di peringkat sekolah lagi. Pihak sekolah boleh
menjalankan kempen ini dengan mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan
mengarang dan sebagainya.

Selain itu, perpustakaan sekolah perlulah selesa serta dilengkapi dengan bahan bacaan dan
kemudahan yang mencukupi. Ini akan menarik minat pelajar untuk mengunjungi perpustakaan.

Ibu bapa pula mestilah memainkan peranan untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-
anak dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku-buku yang bersesuaian
untuk bacaan anak-anak mereka. Jadikan membaca sebagai aktiviti harian keluarga dan
wujudkan perpustakaan mini di rumah.

Pihak kerajaan pula perlulah memantau supaya buku-buku yang dijual dengan harga yang
berpatutan supaya semua golongan pelajar mampu membeli buku-buku yang mereka perlukan.

Kesimpulannya, membaca amat penting kepada murid-murid. Oleh itu, minat membaca perlu
dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi

Anda mungkin juga menyukai