Anda di halaman 1dari 1

Mukadimah

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dirancang
diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Publika, Kuala Lumpur. Ia telah menimbulkan pelbagai
pandangan dan ulasan daripada pihak yang menyokong dan membantah. Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur pula mengambil langkah dengan mengharamkan penganjuran pesta arak ini.

Kami melihat, isu ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak berwajib. Oleh itu, kami
nyatakan dalam Bayan Linnas kali ini satu penjelasan berhubung arak di sisi Islam dengan tajuk
Hindari Bahaya Arak. Kami juga mengambil maklum bahawa arak juga dilarang dalam agama-
agama lain di Malaysia. Maka, sewajarnya hal ini diambil cakna oleh seluruh rakyat Malaysia.

Semoga Bayan Linnas kali ini memberi pencerahan yang tuntas akan mudaratnya arak kepada
kehidupan peribadi dan juga masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai