Anda di halaman 1dari 35

BIODATA

Nama No. Kad Pengenalan Nama Kursus Kod Kursus Semester Unit Ambilan Alamat

: : : : : : : :

MOHD ZABIDI BIN DAUD 790106-01-5665 Program Pengsiswazahan Guru WAJ3105 Pertama PPG MT3 Jun 2011 No. 98, Jalan KP5, Taman Krubong Perdana, 75260, Krubong, Melaka.

BIODATA

Nama No. Kad Pengenalan Nama Kursus Kod Kursus Semester Unit Ambilan Alamat

: : : : : : : :

NOR AZMAN BIN HUSSIN 790205-04-5245 Program Pengsiswazahan Guru WAJ3105 Pertama PPG MT3 Jun 2011 No. 18, Jalan M2, Taman Merak, Bukit Katil, 75450 Melaka.

BIODATA

Nama No. Kad Pengenalan Nama Kursus Kod Kursus Semester Unit Ambilan Alamat

: : : : : : : :

NOR AZMAN BIN HUSSIN 790205-04-5245 Program Pengsiswazahan Guru WAJ3105 Pertama PPG MT3 Jun 2011 No. 18, Jalan M2, Taman Merak, Bukit Katil, 75450 Melaka.

BIODATA

Nama No. Kad Pengenalan Nama Kursus Kod Kursus Semester Unit Ambilan Alamat

: : : : : : : :

NOR AZMAN BIN HUSSIN 790205-04-5245 Program Pengsiswazahan Guru WAJ3105 Pertama PPG MT3 Jun 2011 No. 18, Jalan M2, Taman Merak, Bukit Katil, 75450 Melaka.

REKOD KOLABORASI ____________________________________

NAMA

IZA SURIANA BT. SUHAIMI AHMAD ZAUAWI B. CHE COB

SUBJEK

BMM 3101

PENSYARAH PEMBIMBING: MUNSYI MOHAMAD B. MUSIP

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN/KOMEN

T/TANGAN, NAMA

2 Julai

Kelas kali pertama, Encik Muhammad b. Musib menerangkan Tugasan perlu disemak di laman Facebooknya mulai 5 Julai.

Iza Suriana Ahmad Zauawi

11 Julai

Menyemak skrip tugasan.

Menjadi rakan alam maya Encik Mohamad, tetapi belum sempat bersembang.

Iza Suriana

15 Julai

Menghubungi/ Berbincang dengan Cikgu Awi mengenai rakan dan tajuk tugasan.

Cikgu Awi bersetuju.

Iza Suriana Ahmad Zauawi

Hubungi Junaidah Bertanyakan beberapa 20 Julai perkara berkaitan tajuk tugasan. Junaidah ada menghubungi Encik Muhamad. Beliau proaktif. Iza Suriana

21 27 Julai

Menyiapkan lakaran. Berbincang dengan Awi .

Awi meminta ditunjukkan kepada pensyarah semasa tutorial 30 Julai sama ada betul atau tidak hasilan kami.

Iza Suriana Ahmad Zauawi

30 Julai

Mendapat penjelasan lanjut isi kandung tugasan daripada pembimbing semasa kelas.

Iza Suriana Ahmad zauawi

1 10 Julai

Memilih bahan, membina semula dan memurnikan lagi hasil tugasan.

Iza Suriana Ahmad Zauawi

PENGAKUAN
__________________________________________________________________

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satu-satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tandatangan:.. Nama Penuh: IZA SURIANA BT. SUHAIMI No. Kad Pengenalan: 690420-03-5594

Tandatangan: Nama Penuh: AHMAD ZAUAWI BIN CHE COB No. Kad Pengenalan: 660109-03-5623

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, kami memanjatkan sepenuh kesyukuran dan puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya dapatlah kami menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lancarnya. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih ditujukan kepada Tn. Hj. Md deraman yang bertindak sebagai pensyarah WAJ 3105 di atas tunjuk ajar, bimbingan dan penerangan yang jelas semasa kelas tutorial pada 30 Julai yang lalu. Maka dengan panduan dan tunjuk ajar itu maka dapatlah kami menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga sebagai tanda penghargaan kami kepada pihak-pihak lain yang terlibat dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus pendek ini. Tidak ketinggalan buat keluarga yang terlibat sama memberi dorongan dan semangat sehingga hari ini. keberkatan daripada Allah S.W.T. Akhir sekali, penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk melengkapkan tugasan KKP ini sebelum dihantar kepada pensyarah penasihat. Sekalung budi kepada semua rakan seperjuangan yang memberi idea, semoga ilmu yang dikongsi mendapat

PENGENALAN Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat CocaCola (The Coca-Cola Company; NYSE:KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya. Bermula sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton ("Pemberton's French Wine Coca") pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani. Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain Perancis tanpa alkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai "Coca-Cola" kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di "Farmasi Jacob" di Atlanta, Georgia pada 8 Mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal Atlanta.

Pada mulanya, Coca-Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Walaupun Pemberton bermaksud minuman itu dijual sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu itu kerana kepercayaan bahawa air berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola dapat mengubati banyak penyakit, termasuk ketagihan morfin, dispepsia, neurastenia, sakit kepala, dan mati pucuk.

Muzium Dunia Coca-Cola di Las Vegas pada 2000

Pada 1887 sementara mengalami ketagihan morfin, Pemberton menjual sebahagian hak milik syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan Coca Cola pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua kepada lagi tiga usahawan: J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Pada waktu yang sama, Charley Pemberton, anak Pemberton yang merupakan penagih alkohol, bermula menjual versi sendiri. Tiga versi Coca-Cola - dijual oleh tiga perniagaan yang berasingan - terdapat di dalam pasaran. Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama "Coca-Cola" adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya di bawah nama "Yum Yum" dan "Koke". Selepas keduadua nama itu gagal menerima sambutan yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama "Coca-Cola pada akhir 1888 kerana ingin menutupkan perniagaan keduadua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker. Bagaimanapun, pada tahun 1914, Dozier mendakwa bahawa tandatangannya pada bil jualan adalah palsu, dan penganalisisan kemudian menunjukkan bahawa tandatangan John Pemberton juga mungkin merupakan pemalsuan. Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua, "Syarikat Coca-Cola" ("The Coca-Cola Company") (perbadanan kini), dan kemudian pada 1910, dia membakar rekod-rekod syarikat yang terawal untuk mengaburkan keasalan syarikatnya di sisi undang-undang. Candler kemudian bermula memasarkan produk itu secara agresif, tetapi kesan yang diharap-harapkan daripada kempen pengiklanan tidak dapat diperoleh sehingga jauh kemudian.

Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di Syarikat Biedenharn Candy di Vicksburg, Mississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A. Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu, tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka. Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain dan Mdash pada hakikatnya, menjadi pembotol induk. Ini bermakna Coca-Cola dijual dalam pelbagai jenis botol, sehingga pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916. Di Malaysia, pasaran minuman ringan seperti Coca Cola melonjak naik kesan daripada pertumbuhan mantap ekonomi, penyediaan persekitaran pelaburan dan kemudahan t e k n o l o g i serta kepakaran yang wujud. Seiring d e n g a n k e m a j u a n d a l a m i n d u s t r i i n i , rakyat Malaysia dikesan semakin ramai mengambil minuman ringan sebagai salah satu cara hidup. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenyataan oleh Ketua Eksekutif Coca Cola Company Muhtar Kent dalam Harian Metro bertarikh 6 November 2 0 1 0 Dengan memiliki jumlah golongan pertengahan yang semakin meningkat, perubahan gaya hidup penduduknya serta peningkatan keupayaan perbelanjaan rakyatnya, Malaysia m e n y e d i a k a n r u a n g p a s a r a n y a n g l u a s u n t u k k a m i m e n g e m b a n g k a n l a g i r a n g k a i a n minuman berkarbonat dan jus. Rentetan daripada fenomena tersebut, berikut adalah laporan d a r i p a d a k e s a n m e n g a m a l k a n m i n u m m i n u m a n b e r k a r b o n a t secara berlebihan oleh pengguna-pengguna di Malaysia.

Kebaikan dan Keburukan Minuman Berkarbonat Minuman berkarbonat merupakan minuman yang sangat popular di kalangan penduduk negara kita. Antara yang terdapat di pasaran ialah Coke, Pepsi, 100 PLUS, F&N dan tidak kurang juga sebuah syarikat bumiputera iaitu Radix Cola Sdn. Bhd. Syarikat ini telah menghasilkan produk terbarunya iaitu Radix Isotonik Plus di bawah kategori minuman berkarbonat. Selain mudah diperoleh, harganya juga murah mendorong minuman ini menjadikannya semakin popular di semua peringkat umur. Sebenarnya, ramai penggemar minuman ini yang tidak mengendahkan keburukan minuman berkarbonat tersebut kerana kesan meminum minuman ini akan diperoleh dalam jangka masa yang panjang. Sedarkah kita bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori, 30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi. Menurut kajian yang dilaporkan di dalam jurnal pediatrik mendapati bahawa 56 % hingga 85 % kanakkanak akan mengambil minuman berkarbonat sekurang-kurangnya satu tin minuman dalam sehari manakala 20 % individu dewasa mengambil empat tin atau lebih dalam sehari. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak dikawal akan mengakibatkan risiko diabetes. Merujuk kepada fakta pemakanan, seseorang yang mempunyai kandungan glukosa dari 100 mg/dL 126 mg/dL ( 6.1 mmol/L - 7 mmol/L ) maka orang itu boleh dikategorikan sebagai pra diabetes. Jika seseorang itu mempunyai kandungan glukosa dari 130 mg/dL 180 mg/dL ( 7.2 mmol/L 10.0 mmol/L ), maka orang itu adalah seorang penghidap penyakit diabetes. Ini bermakna kandungan glukosa dengan 2 tin minuman tanpa mengambil makanan manis yang lain telah melayakkan kita digelar bakal pesakit pra diabetes sekali gus berpotensi mendapat penyakit diabetes.

Menurut kajian

Profesor Peter Piper dalam bidang molekul biologi dan

bioteknologi dari University Sheffield, Britain, minuman berkarbonat ini mengandungi Natrium Benzoat E211 iaitu sejenis bahan pengawet yang digunakan untuk mencegah minuman tersebut daripada berkulat. Natrium Benzoat E211 ini sebenarnya boleh menyebabkan seseorang peminat minuman ini dijangkiti kanser kerana benzena akan terbentuk apabila bahan ini bercampur dengan vitamin C yang ada dalam minuman tersebut. Menurut kajian juga, pengawet tersebut berupaya merosakkan bahagian penting asid deoksiribonukleik (DNA) dalam badan seseorang. Natrium benzoat iaitu sejenis derivatif asid benzonik akan memusnahkan atau melumpuhkan `sumber kuasa' sel DNA manusia yang dikenali sebagai mitochondria. Mitochondria adalah sel yang berfungsi membekalkan oksigen ke seluruh badan, sekali gus memberi tenaga kepada manusia dan jika dimusnahkan akan menyebabkan kegagalan fungsi tubuh yang serius. Kemusnahan mitochondria menyebabkan gangguan pada DNA yang mendorong kepada punca penyakit parkinson, penyakit otak dan mempercepatkan proses penuaan. Bahan pengawet itu juga boleh menyebabkan kerosakan sel yang serius dan kesan kepada kanak-kanak, serta dikaitkan dengan masalah hiperaktif. Di Malaysia, jumlah Benzoat E211 dalam pati minuman yang dibenarkan adalah 2000 bahagian persejuta (bps) dan 350 bps bagi minuman berkarbonat diminum terus. Selain itu, kesan meminum minuman ini ialah meningkatkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obes. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti lebih daripada 9%.

Jika setiap hari, seorang kanak-kanak meminum setin minuman berkarbonat (325 mililiter), mereka akan mempunyai lebih kurang 10% tenaga yang terhasil daripada gula dalam minuman tersebut berbanding kanak-kanak lain. Jika tenaga ini tidak digunakan menyebabkan tenaga bertukar kepada lemak dalam badan sekali gus mewujudkan masalah obesiti. Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10% daripada kalori seseorang. Sebagai contoh, jika seseorang menggunakan 2000 kalori sehari, jumlah gula yang perlu diambil ialah kurang daripada 200 kalori. Ini bermaksud kira-kira 10 sudu teh gula sehari. Jumlah ini termasuklah kandungan gula yang tersembunyi dalam pemakanan yang diambil sepanjang hari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Satu tin minuman berkarbonat (325mililiter) mengandungi 10 sudu teh gula. Ini bermakna jika kita minum setin minuman berkarbonat, kita telah mengambil jumlah gula yang mencukupi mengikut saranan WHO. Malahan jumlah 10 sudu teh gula menjadikan kita mengambil kandungan gula sekali ganda daripada sepatutnya. Dalam kehidupan, kita hanya memerlukan 6 hingga 7 sudu gula sahaja untuk sehari. Di samping itu, terdapat juga kesan lain yang berpunca daripada pengambilan terlalu banyak minuman berkarbonat. Seperti gigi, tanpa penjagaan yang rapi akan menjadi mudah reput kerana minuman berkarbonat ini mengandungi pelbagai pemanis dan perasa tiruan yang ditambah untuk menyedapkan rasanya. Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, juga menyokong fakta ini. Menurutnya, bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi. Menurut Prof. Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam satu kajiannya berkata, kafein bersifat 'Diuretik' (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan). Menurut beliau, lazimnya sifat diuretik menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil.

Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu pula berkata kesan akibat pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan itu. "Ia mempunyai kesan lebih tinggi kepada kanak-kanak kerana saiz tubuh mereka yang kecil. Justeru, kafein cepat diserap dan mudah diedarkan kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa. Beliau berkata, secara umum, kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak kafein seperti minuman berkarbonat akan kurang minum susu. Ini menyebabkan pengambilan nutrien seperti kalsium berkurangan. Bukan semua minuman berkarbonat memberikan kesan negatif kepada kita. Ada juga yang memberikan kesan yang baik. Ingin ditekankan di sini, kesan negatif memangnya lebih banyak pengaruhnya berbanding kesan yang baik. Di negara kita misalnya, terdapat di pasarkan minuman berkarbonat yang berasaskan kesihatan seperti minuman 100 PLUS, Revive, Isotonik dan keluaran bumiputera Malaysia iaitu Radix Isotonik Plus. Minuman isotonik mengandungi gabungan karbohidrat iaitu glukosa, magnesium klorida, sukrosa, elektrolit seperti kalium, natrium, fosfat dan air yang berfungsi memberi semula mineral yang hilang selepas berpeluh. Bahan-bahan yang terkandung dalam minuman berkarbonat berasaskan isotonik ini merupakan sebahagian minuman yang diperlukan oleh badan terutama selepas bersukan. Ini bagi mengelakkan kita daripada mengalami dihidrasi. Hidrasi berpunca daripada kehilangan cecair dalam badan akibat berpeluh semasa dan selepas bersukan atau bersenam. Badan kita akan kehilangan cecair (kekeringan) dan elektrolit (mineral seperti klorida, kalsium, magnesium, natrium dan kalium). Jika dibiarkan boleh mendorong kepada dihidrasi dan lama-kelamaan menyebabkan kelumpuhan peredaran dan strok haba. Sistem di dalam badan kita terdiri daripada 75% cecair manakala 25 % lagi adalah pepejal.

Di dalam setiap 100ml minuman isotonik mengandungi 27 kcal kalori, 6.7 g karbohidrat, 6.7grams gula, 21mEq/L sodium ( Na+ ),4mEq/L fosfat ( HPO4- ), 4 mEq/L potassium ( K+ ), 11 mEq/L klorida ( Ca2+ ) dan 0.4mEq/l kalsium ( Cl- ) . Oleh yang demikian, kandungan-kandungan bahan ini amat diperlukan oleh seseorang ahli sukan atau orang yang aktif bersukan. Selepas bersukan, tubuh kita akan dihidrasi dengan pengeluaran peluh. Keadaan ini akan dineutralkan semula dengan meminum air minuman isotonik seperti 100 Plus. Jika anggota badan kita dihidrasi akan mengakibatkan badan kita kekurangan cecair dan elektrolit ( mineral seperti klorida, kalsium, magnesium, natrium dan kalium ). Lama kelamaan, kita akan mengalami lumpuh peredaran. Selain itu, kita juga boleh menjadikan ramuan di dalam minuman berkarbonat isotonik sebagai sumber menyejukkan badan. Ini juga dapat mengelakkan kita daripada penyakit strok haba. Seseorang yang menghidapi tekanan darah tinggi, pengambilan natrium tidak boleh melebihi 2 400mg sehari atau lebih rendah daripada jumlah ini. Untuk secawan minuman isotonik yang mempunyai isi padu 240ml, ianya mengandungi 115mg natrium klorida. Kadar ini adalah rendah dan masih boleh diminum oleh penghidap darah tinggi. Walau bagaimanapun, sebenarnya meminum air masak saja sudah mencukupi untuk keperluan kita. Pengambilan minuman berkarbonat isotonik adalah sebagai salah satu alternatif untuk mengelakkan hidrasi dan keletihan. Ion-ion sebagai elektrolit tubuh kebiasaannya cukup dari garam yang kita gunakan dalam masakan seharian. Dalam keadaan tubuh badan yang normal, orang dewasa hanya memerlukan 2 hingga 3 gram natrium dan 50 hingga 100 gm klorida dalam sehari.

Keperluan Gula Dalam Badan Dan Kesannya. Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam minuman berkarbonat seperti Coca-Cola, Pepsi, dan sebagainya. Sebenarnya pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g). Berdasarkan Kajian Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari (51g). Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g. Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan. Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III (2006) mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan, 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes). Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Prevalens diabetes juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser (Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005). Makanan dan minuman yang manis juga adalah penyebab utama karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997). 1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang terhasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari. Untuk membakar 140 kilokalori yang diperoleh daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam. Selain itu, perbandingan yang boleh kita lakukan dalam kehidupan seharian, individu perlu menaiki tangga setinggi 14 tingkat untuk membakar 20 kilo kalori tenaga yang dibekalkan dalam satu sudu teh gula. Bayangkan, kita perlu menaiki tangga setinggi 98 tingkat jika mengambil tujuh sudu teh gula yang membekalkan 140 kilo kalori tenaga sehari.

Oleh demikian, kita sebagai masyarakat yang prihatin perlu menyedari pengambilan gula yang banyak tanpa diiringi aktiviti fizikal yang seimbang dan bersesuaian akan

menyebabkan individu mengalami kegemukan atau obesiti dalam jangka masa panjang. Kajian kementerian itu juga mendapati orang dewasa yang berlebihan berat badan telah meningkat hampir dua kali ganda iaitu daripada 16 peratus pada 1996 kepada 29.1 peratus pada 2006. Orang dewasa yang obesiti pula meningkat tiga kali ganda daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 14 peratus pada 2006 dan mendapati pesakit diabetes di kalangan penduduk berumur 30 tahun ke atas meningkat 8.3 peratus ( 1996 ) kepada 14.9 peratus pada 2006. Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari iaitu 1 sudu teh gula bagi 3 cawan minuman bergula yang diambil dalam sehari, beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.

Kandungan gula dalam minuman berkarbonat Jenis Minuman isotonic Minuman berkarbonat Minuman tenaga Isi padu per tin (ml) 325 325 330 Kandungan gula Bilangan sudu teh gula (g) per tin (1 sudu teh = 5g) 21 40 59 4 8 11

Sumber : Panel Maklumat Pemakanan pada label minuman berkaitan ( Tinjauan Pasaran, Januari 2010 )

Kesan Coca Cola Kepada Manusia

Rakyat Malaysia diberi amaran bahawa lebih banyak rakyat di negara ini akan menghidapi Diabetes. Menurut kajian, penyakit diabetes atau kencing manis ini telah meningkat dengan mendadak di Malaysia dan memberi peringatan kepada semua, agar membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi situasi ini.

Di Malaysia statistik menunjukkan hanya 4 peratus penduduk menghidapi diabetes pada tahun 1984 dan 6.5 peratus pada tahun 1990, melonjak kepada 20 peratus dalam tahun 2008 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 250 peratus dalam masa 20 tahun. Ini menunjukkan seorang dalam tujuh rakyat Malaysia sekarang adalah penghidap Diabetes. Lebih membimbangkan ramai penduduk berumur di bawah 45 tahun . menghidap diabetes. Ini bermakna penyakit diabetes / kencing manis bukan lagi penyakit eksklusif orang tua, orang muda sekarang juga tidak terkecuali malah makin ramai yang mengidap diabetes / kencing manis ini. Orang Asli juga sekarang ini ada yang menghidapi Diabetes . Ini dapat dilihat di kalangan Orang Asli yang telah meninggalkan kehidupan sebagai pemburu dan peneroka hasil hutan kepada menjalani kehidupan di Pusat penempatan baru orang asli.

Dalam isu yang berkaitan , merujuk kepada kajian "National Health and Morbidity Survey 2006"/ NHMS 2006 menunjukkan data bahawa 14.9% rakyat Malaysia mengidap

Diabetes, 42.6% mengidap penyakit Darah Tinggi, 29.1% melebihi berat badan sihat dan 14.4% adalah gemuk / obesiti. Peningkatan penghidap diabetes juga agak mendadak iaitu dari 1.4 juta pada tahun 2006 kepada 1.8 juta pada tahun 2010.Mengikut kajian juga, kencing manis yang tersebar luas adalah di kalangan pegawai-pegawai kanan dan pengurus-pengurus ialah 15.9 peratus, kedua tertinggi adalah penganggur (16.1 peratus). Seterusnya diikuti oleh suri rumah dengan 14.2 peratus. Tempat keempat pula, pekerja di bawah bidang teknikal dan berpersatuan (12.1 peratus), pengendali dan pemasang mesin (11.7 peratus), perkhidmatan dan pekerja-pekerja kedai (10.7 peratus) dan professional-profesional(10peratus) .

Gaya hidup tidak sihat dan faktor pemakanan menjadi punca utama peningkatan ini. Namun perubahan gaya hidup moden kini yang memperkenalkan kita cara pemakanan segera . Bagaimanakah penyakit diabetes / kencing manis terjadi? Proses terjadinya penyakit diabetes apabila hormon insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi atau tidak berkesan. Ini akan menyebabkan glukosa terkumpul dengan banyaknya dalam darah. Dan melimpah ke dalam air kencing. Glukosa sebenarnya hadir ke dalam badan kita melalui gula yang tersejat di dalam minuman. Antara minuman yang terkandung banyak gula ialah air berkarbonat Coca Cola. Jika dalam minuman bancuhan kita boleh mengawal isian gula ke dalamnya. Bagi air Coca Cola yang di jual di pasaran, kadar gula tidak boleh di kawal. Jika dibaca pada label tin, kita dapat melihat kandungan tenaga/glukosa yang hadir bersama air coca cola adalah 40 gram. Ini bermaksud, kadar gula telah melebihi had yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Kadar normal gula dalam darah ialah di antara gula di bawah. 50 100 mg per desiliter ( 50/18 100/18 mmol/dl ). Glukosa yang diperlukan oleh badan ialah 7,5 gram per Kg berat badan. Cuba kita lihat kandungan

40g

65g

108g

Kita telah menggunakan satu kiub gula pada kadar 4 gram. Ini menunjukkan bagaimana minuman Coca Cola menggunakan gula yang banyak dalam minuman kegemaran kita. Masalah obesiti juga boleh berlaku dengan kandungan gula yang tinggi dalam minuman. Tenaga yang kita peroleh daripada coca cola menjadikan seseorang itu gemuk. Cuba kita bayangkan gula yang kita ambil tenaga yang kita gunakan tidak menggunakan sepenuhnya gula dala dalam darah. Gula tersebut akan bertukar menjadi lemah di dalam badan kita. Seharusnya gula itu digunakan sebagai tenaga untuk kita bekerja seharian. Terdapat juga kandungan asid seperti asid sitrik, phosphoric dan karbonat di dalam minuman tersebut. Setiap dari kita telah ditipu kerana penambahan asid sitrik bukan sahaja sebagai bahan pengawet minuman ini, malahan akan menyebabkan rasanya tidak terlalu manis biar pun mengandungi kandungan gula yang tinggi. Rasa manis itu disembunyikan oleh tindak balas lidah dengan bahan asid yang terdapat di dalam minuman coca cola ini. Kandungan gula yang terlalu tinggi dan paras keasidan yang tinggi di dalam minuman berkarbonat akan membahayakan kesihatan secara menyeluruh serta memberi kesan negatif jangka panjang.

Antara kesan buruk yang dikenal pasti akibat daripada asid ini ialah merosakkan gigi, masalah penghadaman, masalah kulit dan lain-lain lagi. Walaupun sukar bagi sesetengah orang untuk berhenti daripada menggemari minuman berkarbonat, namun

hakikatnya banyak risiko penyakit dapat dielakkan Mengapakah minuman Coca Cola ada perkaitan dengan masalah gigi? Minuman ringan cola yang mengandungi asid sitrik dalam kebanyakan metabolisme akan mempercepatkan perkumuhan kalsium dan rendah tahap kalsium darah. Dalam jangka masa panjang, minum ini boleh menyebabkan kekurangan kalsium. Seperti diketahui, kalsium adalah penting untuk tumbesaran dan kekuatan gigi. Tanpa kalsium di dalam badan, gigi kita akan mudah reput dan seterusnya mengalami kehilangan gigi pada usia yang muda.

Berikut sehingga 60 minit pertama selepas minum Coca Cola.

10 minit pertama-

10 sudu gula mula masuk ke badan kita. Kandungan gula ini adalah 100% daripada yang disyorkan diambil setiap hari. Kita tidak akan muntah daripada meminum minuman yang mengandungi tinggi gula ini kerana rasa manis yang disembunyikan oleh asid fosfat seterusnya membolehkan kandungan gula yang banyak ini memasuki dalam sistem badan kita. 20 minit Darah mula melonjak dan menyebabkan insulin mula terhasil. Bahagian hati mula bertindak dengan menukarkan gula kepada lemak. Ini kerana jumlah yang terhasil untuk setiap saat adalah banyak. 40 minit Proses penyerapan kafein selesai. Tekanan darah mula meningkat menyebabkan hati mula mengepam gula masuk ke dalam aliran darah. Reseptor adenosine di bahagian otak mula meningkatkan rasa tidak mengantuk. 45 minit Badan mula mengeluarkan dopamine bagi merangsang rasa selesa di otak kita. Secara fizikalnya, hal ini hampir sama dengan cara heroin bertindak balas. 60 minit Asid fosfat mula mengikat kalsium, magnesium dan zink di bawah usus serta memberikan tindak balas metabolisme. Ini kerana campuran dos gula yang tinggi dan manisan buatan yang meningkatkan urinary kalsium. Kesan jangka pendek, kita akan mula rasa ingin membuang air kecil. Carta Aliran Proses Meminum Air Coca Cola

10 sudu gula mula masuk ke badan kita.

10 minit pertama

Darah mula melonjak dan menyebabka n insulin mula terhasil. Bahagian hati mula bertindak dengan menukarkan gula kepada lemak

20 minit

Proses penyerapan kafein selesai. Tekanan darah mula meningkat. Hati mula mengepam gula masuk ke dalam aliran darah.

40 minit

Badan mula mengeluarka n dopamine bagi merangsang rasa selesa di otak kita. Ianya hampir sama cara heroin bertindak.

45 minit

60 minit Asid fosfat mula mengikat kalsium, magnesium dan zink di bawah usus serta memberikan tindak balas metabolisme. Ini kerana campuran dos gula yang tinggi dan manisan buatan yang meningkatkan urinary kalsium. Kesan jangka pendek, kita akan mula rasa ingin membuang air kecil. Selalu kita terdengar tentang Coca Cola yang bersifat luar biasa iaitu menjadi bahan kawalan karat. Ini berlaku kerana asid fosforik di dalam Coke dapat menukarkan oksida besi menjadi ferum fosfat. Oleh sebab itu, ia boleh dipergunakan untuk rawatan anti hakisan peringkat permulaan bagi barang-barang besi dan keluli. Menurut berbagaibagai laman web, asid dalam Coca-Cola juga boleh dipergunakan untuk menyadur anod titanium.

Beberapa maklumat berkaitan dengan air Coca Cola yang terkandung di dalam laman-laman web yang boleh kita layari berkenaan kesan dan penggunaan air Coca Cola. Mengikut kajian saintifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain iaitu di Amerika Syarikat, kereta peronda lebuh raya akan dimuatkan 2 gelen Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalan raya apabila berlaku kemalangan yang mengerikan. Selain itu, air Coca Cola juga boleh digunakan untuk menghancurkan tulang jika dibiarkan terendam selama 2 hari. Bagi seseorang yang amat mementingkan kebersihan tandas, mereka boleh menggunakan Coca Cola untuk membersihkan mangkuk tandas. Caranya dengan memasukkan setin air Coca Cola ke dalam mangkuk tandas. Selepas sejam kita flush dan kita dapati kesan kotoran akan hilang. Ini adalah daripada tindakan asid sitrik yang terkandung dalam Coca Cola. Bagi peminat kereta-kereta antik pula, Coca Cola boleh digunakan sebagai bahan untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome. Selain itu. Coca Cola juga boleh digunakan untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat. Kita hanya perlu menuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. Kita juga boleh menambahkan setin Coca Cola ke dalam mesin basuh untuk menghilangkan kesan minyak dan melekit dari pakaian. Bahan aktif Coca Cola adalah asid fosforik. Ianya mempunyai pH 2.8. oleh itu, ianya mampu meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Asid tersebut juga boleh menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.

Akhir sekali, jika di luar negara kita boleh lihat lori-lori tangki yang membawa air sirap Coca Cola akan dilengkapi dengan perkataan Bahan Kimia Bahaya atau Bahan Penghakis tangki yang memuatkan sirap minuman di atas lori itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak tangki tu terhakis .

Graf Penyakit Berpunca Daripada Gula

45 40 35 30 25 20 15 10 5 0

42.6%

Peratus Penyakit ( % )

29.1%

14.9%

14.4%

Darah Tinggi

Lebih Berat Badan

Diabetis

Obesiti

Carta Pai Sebab Pembeli Membeli Minuman Berkarbonat

P a P beli eng ruh em

16.7 % 26.7 % Rasa Harga 33.3% Hilang Dahaga 23.3 % Gaya Hidup

Berikut soalan-soalan yang dikemukakan dalam kajian ini ialah; 1. Apakah jenama minuman ringan yang menjadi pilihan anda?

1 2 3 4

Cola Cola Pepsi Mirinda Lain-lain

2. Mengapakah jenama tersebut menjadi pilihan anda? 1 2 3 4 Rasa Harga Menghilangkan dahaga Trend masa kini

3. Nyatakan kekerapan anda mengambil minuman ringan semasa melayari internet? 1 2 3 4 Jarang-jarang Kadang-kadang Kerap kali Sangat kerap

4. Pada masa bila minuman ini anda ambil? 1 2 3 4 Setiap hari Semasa melayari internet Jika bersama rakan Tidak tentu

5. Berapa banyakkah kuantiti anda mengambil minuman ini dalam sehari? 1 2 3 4 1 liter sehari 3 liter sehari 5 liter sehari 7 liter sehari

6. Pada pendapat anda, adakah minuman ini boleh menyebabkan rasa ketagihan? 1 2 3 Ya Tidak Mungkin

Tidak tahu

7. Cara pengiklanan manakah yang telah berjaya mempengaruhi anda membeli minuman ini? 1 2 3 4 Televisyen Radio Internet Surat khabar @ majalah

8. Nyatakan komen @ pandangan anda mengenai tabiat meminum minuman ringan ini? 1 2 3 4 Membahayakan kesihatan Menyebabkan obesiti Tidak menjejaskan kesihatan Tidak mahu ambil tahu

KESIMPULAN Dari apa yang difahami, minuman berkarbonat ini sememangnya memberi kesan yang besar dalam faktor pemakanan dan kesihatan kita. Bukan semua minuman berkarbonat yang dijual mempunyai kandungan gula yang sama nilainya. Walau bagaimanapun minuman berkarbonat baik yang berperisa mahupun berasakan isotonik, ia tetap mempunyai kandungan gula yang banyak. Untuk mengaburi deria rasa pengguna, campuran pelbagai bahan seperti asid sitrik telah menyembunyikan rasa manis minuman tersebut. Pada asalnya bahan tersebut digunakan sebagai pengawet minuman yang dijamin tahan bertahun-tahun. Kesan sampingan yang dibawa oleh bahan tersebut sepatutnya menjadi fokus untuk kesejahteraan dan kesihatan kita. Apa yang penting ialah pemahaman pembeli dan pengguna dalam menilai setiap label pengeluaran yang tertera pada botol atau tin minuman. Sebagai masyarakat di Malaysia, kita tidak boleh lari dari masalah pengambilan gula terutamanya pada musim perayaan.

Ramai yang beranggapan tidak menjadi kesan dengan meminum satu tin minuman berkarbonat asal diikuti dengan segelas air masak sebagai pencair kepekatan minuman berkarbonat. Hakikatnya anggapan ini perlu segera diperbetulkan dengan fakta-fakta yang diperoleh. Seberapa banyak kita meminum air masak sekali pun, kita masih tidak dapat menurunkan kadar gula yang terdapat dalam tin minuman tersebut. Cara yang paling berkesan ialah kurangkan mengambil minuman berkarbonat. Risiko untuk mendapatkan penyakit berpunca daripada gula tetap ada dan masih mempunyai peratusan yang tinggi jika terus menjadikan air berkarbonat sebagai minuman asasi. Di kalangan kanak-kanak pula, meminum air berkarbonat akan mengurangkan minat mereka meminum susu sebagai minuman yang membekalkan kebaikan untuk tubuh badan mereka. Penambahan bahan kafein dalam minuman kola sebagai bahan perasa akan menjadikan mereka ketagih untuk meminum semula minuman tersebut. Kafein juga bahan yang terkenal dengan mereputkan tulang. Hal ini terjadi kerana kafein meningkatkan pengeluaran kalsium yang diperlukan daripada tulang seterusnya meningkatkan masalah osteoporosis dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, asid sitrik yang terdapat dalam kandungan air berkarbonat juga amat berbahaya kepada peminum. Jika di luar negara minuman berkarbonat digunakan sebagai pencuci cerek lusuh, menghancurkan tulang, sebagai penghilang kesan darah di jalan raya selepas kemalangan, pencuci mangkuk tandas, menjadikan dinding perut semakin nipis. Oleh yang demikian, kesedaran dan keprihatinan pihak pembeli sewajarnya ditanam agar timbul kesedaran tentang bahayanya meminum minuman ini. Pihak kerajaan perlu menekankan bahaya minuman berkarbonat ini sama bahayanya dengan setiap batang rokok yang dihisap oleh perokok tegar di Malaysia. Minda pembeli terutamanya kanak-kanak perlu ditanam bahawa air ini adalah sama bahayanya dengan aktiviti merokok. Bagi kanak-kanak, maklumat sebegini bukan mudah diperoleh. Tambahan sekarang ini pihak peniaga hanya mementingkan keuntungan daripada kesihatan pengguna. Sebenarnya air ini lebih berbahaya kerana menjadi pembunuh secara senyap. dan sebagainya. Jika difikirkan air berkarbonat yang masuk ke dalam perut kita juga boleh menghakis perut

Pihak kerajaan juga perlu menonjolkan kesan meminum minuman ini di tin-tin sebagai pembungkus minuman. Iklan-iklan yang menarik di kaca-kaca televisyen menjadi pemangkin kepada penonton untuk membeli. Dengan harga yang berkemampuan di kalangan pembeli dan mudah didapati di kedai-kedai, maka minuman ini menjadi begitu popular. Jika dilihat di muka-muka akhbar, syarikat-syarikat pengeluar begitu mengah dengan keuntungan tahunan saban hari meningkat kerana jumlah pembeli yang bertambah. Jika pihak kerajaan tidak mengambil langkah untuk membendung masalah ini, apa yang dikhuatiri ramai di kalangan rakyat Malaysia menghidap pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan obesiti pada usia yang muda kerana mereka telah dijamukan dengan minuman berkarbonat pada usia yang muda.

Anda mungkin juga menyukai