Anda di halaman 1dari 11

Sejarah Coca-Cola

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The
Coca-Cola Company; NYSE: KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Setelah menerima
nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah
mendaftar nama ini sebagai tanda niaganya. Coke merupakan salah satu daripada jenama
komersil yang terkenal di dunia dengan jualan yang amat meluas.

Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan
Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke sanggup
mendominasikan pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali
sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh
syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Sejarah
o 1.1 Tahun-tahun awal

o 1.2 Perang Dunia II

o 1.3 Coke Baru sehingga kini

 1.3.1 Sejarah terkini


 1.3.2 Tajaan rancangan sukan
 1.3.3 Sebagai lambang politik dan korporat
 1.3.3.1 Dasar luar negeri
 1.3.3.2 Sekatan Sudan
 1.3.3.3 India dan bahan-bahan
 1.3.3.4 Colombia dan pemulauan antarabangsa
o 1.4 Amalan perniagaan

 2 Daya tarikan antarabangsa


 3 Nota
 4 Lihat juga

 5 Pautan luar

[sunting] Sejarah
[sunting] Tahun-tahun awal

Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan
gelaran Wain Koka Perancis Pemberton ("Pemberton's French Wine Coca") pada tahun 1884.
Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh
Angelo Mariani.

Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan
minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain
Perancis tanpa alkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai "Coca-Cola" kerana ia
mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan
penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns
daun koka. Jualan pertama dibuat di "Farmasi Jacob" di Atlanta, Georgia pada 8 Mei 1886.
Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton
mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal
Atlanta.

Pada mula-mulanya, Coca-Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Walaupun
Pemberton bermaksud minuman itu dijual sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui
dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu itu kerana kepercayaan
bahawa air berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola
dapat mengubati banyak penyakit, termasuk ketagihan morfin, dispepsia, neurastenia, sakit
kepala, dan mati pucuk.
Muzium Dunia Coca-Cola di Las Vegas pada 2000

Pada 1887 sementara mengalami ketagihan morfin, Pemberton menjual sebahagian hak milik
syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan Coca
Cola pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua
kepada lagi tiga usahawan: J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Pada waktu
yang sama, Charley Pemberton, anak Pemberton yang merupakan penagih alkohol, bermula
menjual versi sendiri. Tiga versi Coca-Cola - dijual oleh tiga perniagaan yang berasingan -
terdapat di dalam pasaran.. [1]

Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama "Coca-Cola"
adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan
penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya
di bawah nama "Yum Yum" dan "Koke". Selepas kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan
yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama "Coca-Cola pada akhir 1888 kerana
ingin menutupkan perniagaan kedua-dua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk
rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker.
Bagaimanapun, pada tahun 1914, Dozier mendakwa bahawa tandatangannya pada bil jualan
adalah palsu, dan penganalisisan kemudian menunjukkan bahawa tandatangan John Pemberton
juga mungkin merupakan pemalsuan. [2]

Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua, "Syarikat Coca-Cola" ("The Coca-
Cola Company") (perbadanan kini), dan kemudian pada 1910, dia membakar rekod-rekod
syarikat yang terawal untuk mengaburkan keasalan syarikatnya di sisi undang-undang. Candler
kemudian bermula memasarkan produk itu secara agresif, tetapi kesan yang diharap-harapkan
daripada kempen pengiklanan tidak dapat diperolehi sehingga jauh kemudian.

Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin
aluminium buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di
Syarikat Biedenharn Candy di Vicksburg, Mississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A.
Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka
bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu,
tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler
menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka.
Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola
pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk
memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain &mdash pada hakikatnya, menjadi
pembotol induk. Ini bermakna bahawa Coca-Cola dijual dalam pebagai jenis botol, sehingga
pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916.

[sunting] Perang Dunia II

Apabila Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia II, Syarikat Coca-Cola bermula memberikan
minuman percuma kepada askar-askar Tentera Amerika Syarikat. Tentera Amerika Syarikat
mengizinkan kakitangan-kakitangan Coca-Cola memasuki baris depan sebagai "Pegawai
Teknik" dan syarikat itu menjalani sistem Coke untuk membekalkan minuman ringan kepada
askar-askar yang mengalu-alukan minuman itu kerana ia memperingatkan rumah mereka.

Coca-Cola membina banyak kilang pembotolan di luar negeri untuk memastikan minumannya
dapat dibekalkan kepada askar-askar dan dengan itu, mewujudkan asas untuk perkembangan
syarikat diluar negeri selepas peperangan. Kepopularan Coca-Cola tercetus sewaktu askar-askar
Amerika pulang ke negara selepas peperangan dengan rasa untuk minuman itu. Minuman itu
menjadi sinonim kepada cara hidup Amerika.

Sebelum Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia II, kesulitan menghantar sari Coca-Cola ke
negara Jerman dan kawasan-kawasan pendudukannya menyebabkan penciptaan Fanta, sejenis
minuman yang baru oleh seorang kakitangan Coca-Cola.

 Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah korporat, sila lihat Sejarah Syarikat Coca-
Cola.

[sunting] Coke Baru sehingga kini


Coke Baru menimbulkan kontroversi sewaktu ia menggantikan Coca-Cola asli pada 1985.
Rumusan asli dikembalikan sebagai Coca-Cola Klasik dalam tempoh beberapa bulan selepas
pengenalan Coke Baru.

Logo Coca-Cola Klasik yang diguna dari tahun 2003 sehingga kini.

Pada tahun 1985, Coca-Cola, dalam suasana banyak publisiti, menukar rumusan minumannya.
Sebahagian pihak yang berwibawa percaya bahawa Coke Baru, iatu minuman baru itu, dicipta
semata-mata untuk bergerak balas kepada pesaing komersilnya, Pepsi. Banyak ujian rasa buta
menunjukkan bahawa lebih banyak konsumer suka akan rasa Pepsi (yang dipercayai
mengandungi lebih minyak lemon, lebih kurang minyak buah oren, dan menggunakan vanilin
sebagai ganti untuk vanila bila dibandingkan dengan Coke. Susulan ujian-ujian rasa
mendedahkan bahawa kebanyakan daripada konsumer lebih menyukai rasa Coke Baru
berbanding dengan Coke dan Pepsi. Rumusan semula itu diketuai oleh Roberto Goizueta, iaitu
Ketua Pegawai Eksekutif pada waktu itu, serta presiden Don Keough.

Peranan presiden Robert W. Woodruff yang lama memegang jawatan syarikat itu adalah tidak
jelas. Goizueta mendakwa bahawa Woodruff menyokong penukaran rumusan itu beberapa bulan
sebelum kematiannya pada tahun 1985. Ada sebahagian orang mengatakan bahawa oleh sebab
hanya dua orang sahaja yang membincangkan perkara itu, Goizueta mungkin salah faham akan
keinginan Woodruff kerana Woodruff sewaktu itu hanya dapat menutur dalam kata ekasuku;
juga dikatakan bahawa Woodruff mungkin tidak memahami apa yang Goizueta berkata
kepadanya.

Kegagalan komersil Coke Baru merupakan tamparan yang besar kepada pengurusan Syarikat
Coca-Cola. Kemungkinannya, pelanggan tidak akan sedar akan penukaran rumusan jika ia dibuat
secara rahsia ataupun beransur-ansur, dan kesetiaan jenama dapat dipeliharakan. Bagaimanapun,
pengurusan Coca-Cola tidak bersedia terhadap sentimen nostalgia bagi orang ramai di Amerika
yang dibangkitkan oleh minuman itu. Ada sebahagian orang yang membandingkan penukaran
rumusan Coke dengan penulisan semula Perlembagaan Amerika Syarikat.

Rumusan Coca-Cola yang baru mengakibatkan tindak balas yang hebat. Gay Mullins dariSeattle,
Washington menubuhkan pertubuhan "Peminum Cola Lama Amerika" ("Old Cola Drinkers of
America") dan mencuba mendakwa syarikat serta melobi untuk rumusan Coke Lama dibebaskan
kepada domain awam. Bantahan ini dan yang lain menyebabkan syarikat mengembalikan
rumusan lama di bawah nama Coca-Cola Klasik pada 10 Julai 1985. Syarikat itu kemudian
dituduh melaksanakan kebalikan pendirian sebagai helah yang teliti, iaitu memperkenalkan
produk baru sementara menghidupkan minat terhadap produk yang asli. Donald Keough,
presiden syarikat sewaktu itu, menjawab tuduhan dengan pengistyharan berikut:

"Sebahagian pengkritik akan mengatakan bahawa Coca-Cola telah membuat kesilapan


pemasaran. Sebahagian orang yang sinis pula akan mengatakan bahawa kami
merancangkan kesemua perkara ini. Kebenarannya adalah bahawa kami tidak begitu
bodoh, dan kami juga tidak begitu bijak."

Sewaktu itu, bahagian pasaran untuk Coke Baru merosot ke hanya 3% menjelang 1986. Pada
1992, syarikat itu menukarkan nama "Coke Baru" kepada "Coke II" (jangan kelirukannya dengan
"Coke C2" yang merupakan kola kurang gula yang dilancarkan oleh Coca-Cola pada tahun
2004). Bagaimanapun, kemerosotan jualan mengakibatkan pengurangan pengedaran. Sesampai
1998, produk itu cuma dijual di beberapa tempat di Tengah Barat Amerika Syarikat.

[sunting] Sejarah terkini

Sewaktu era 80-an, Pepsi-Cola telah menayangkan beberapa siri iklan di televisyen yang
menunjuk orang ramai mengambil bahagian dalam ujian rasa di mana mereka menyatakan
kecenderungan mereka terhadap Pepsi-Cola berbanding Coke. Sebagai gerak balasan, Coca-Cola
telah melancarkan "perang cola" keatas Pepsi; salah satu iklan Coke membandingkan cabaran
Pepsi dengan dua ekor cimpanzi untuk memutuskan mana satu bola tenis adalah lebih berbulu.
Selepas itu, Coca-Cola merampas semula kedudukannya daripada Pepsi-Cola sebagai ketua
pasaran.

Sebagai percubaan untuk meluaskan portfolio keluarannya, Coca-Cola membeli Columbia


Pictures pada tahun 1982. Columbia membekalkannya publisiti yang tidak ketara melalui
pemaparan produk Coke dalam banyak filemnya sewaktu syarikat itu di bawah hak milik Coke.
Bagaimanapun, selepas beberapa kejayaan yang awal, prestasi Columbia bermula merosot, dan
kemudian digugurkan oleh Coca-Cola pada tahun 1989.

Coca-Cola mengamalkan polisi yang mengelakkan penggunaan kanak-kanak yang kurang


daripada umur 12 tahun dalam mana-mana satu iklannya. Ini adalah disebabkan oleh tindakan
mahkamah pada awal abad ke-20 yang mengatakan bahawa kandungan kafeina Coke adalah
berbahaya kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, pada kebelakangan ini, amalan ini tidak
menghalang syarikat untuk menjadikan pengguna-pengguna sebagai sasarannya. Tambahan pula,
syarikat itu masih tidak mendedahkan bagaimana selamatnya Coke adalah untuk kanak-kanak
kecil (ataupun ibu-ibu yang hamil).

[sunting] Tajaan rancangan sukan

Coca-Cola menjadi penaja Sukan Olimpik yang sulung pada sukan 1928 di Amsterdam dan telah
menjadi penaja Olimpik yang tetap sejak masa itu. Tajaan korporatnya termasuk Sukan Olimpik
Atlanta 1996 di Atlanta yang membenarkan menyoroti tempat asalnya.

Sejak 1978, Coca-Cola ialah penaja utama untuk FIFA dan telah menaja setiap Piala Dunia FIFA
dan pertandingan FIFA yang lain. Sebenarnya, salah satu daripada piala pertandingan:
Kejohanan Belia Dunia FIFA dari Tunisia pada tahun 1977 hingga Malaysia pada tahun 1997
telah digelarkan "FIFA - Piala Coca Cola". Tambahan pula, Coca-Cola juga menaja Coca-Cola
600 untuk siri perlumbaan automobil, Piala Nextel NASCAR Nextel Cup, di Litar Lumba Motor
Lowe, Carolina Utara.

Coca-Cola mempunyai sejarah hubungan pemasaran sukan yang panjang. Sejak permulaannya,
syarikat itu telah menaja bukan sahaja Besbol Liga Utama (Major League Baseball), Liga Bola
Sepak Nasional (National Football League), Persatuan Bola Keranjang Nasional (National
Basketball Association) dan Liga Hoki Nasional (National Hockey League), mahupun banyak
pasukan dalam liga-liga ini. Syarikat itu juga telah lama menaja Liga Bola Sepak Australia
(Australian Football League), dan pada suatu masa, memegang hak-hak penamaan untuk Musim
Perdananya. Tiap-tiap tahun, Coca-Cola juga menaja permainan ujian Bola Sepak Peraturan
Antarabangsa antara Australia dan Ireland.

[sunting] Sebagai lambang politik dan korporat

Minuman Coca-Cola mempunyai kaitan yang amat rapat dengan Amerika Syarikat, dan sering
dianggap sebagai "jenama Amerika" dan kekadang juga sebagai wakil Amerika (bandingkan
dengan Mickey Mouse). Minuman itu seringnya merupakan metonimi untuk Syarikat Coca-Cola.
Perkaitannya dengan penyebaran budaya Amerika oleh orang ramai telah menyebabkan gelaran
"Coca-Kolonisasi".
Sebagai sebahagian lawatan 2005, "Mengalamilah Pengalaman" ("Experience The Experience"),
Kumpulan seni monochrom telah mencipta 'Bata Coke': mereka mengisikan periuk dengan
bergelen-gelen Coca-Cola dan masaknya sehingga tertinggal sisa-sisa yang dapat diacu menjadi
seketul bata. Persembahan dan ceramah itu membincangkan industri gula dan dasar-dasar
perbadanan multinasional, termasuknya Coca-Cola sebagai lambang kuasa korporat.

[sunting] Dasar luar negeri

Pengkritik-pengkritik mendakwa bahawa Coca-Cola tidak begitu popular di negara-negara Arab


kerana rasa tidak setuju tentang dasar asing Amerika Syarikat di Israel dan tempat-tempat yang
lain.[3] Sebagai contoh, mereka menunjukkan kepada Mecca Cola yang telah menjadi minuman
laris pada berapa tahun terakhir. Bagaimanapun, dakwaan-dakwaan ini bercanggah dengan data
bahagian pasaran. Di Timur Tengah yang merupakan kawasan tunggal di mana Coca-Cola bukan
minuman soda yang nombor satu, Coca-Cola masih memegang bahagian pasaran sebanyak
hampir 25% dan menikmati pertumbuhan dua digit pada tahun 2003.[4]

[sunting] Sekatan Sudan

Pejabat Sudan telah dimulakan oleh G. N. Ghines pada tahun 1995, sewaktu beliau menjadi
Pengurus Negara sehingga 1997. Pada 6 Oktober 1997, bekas Setiausaha Negara, Ms Albright,
mengumumkan sekatan terhadap Sudan yang akan berkuatkuasa pada 6 November 1997. Ghines
terpaksa menutup pejabatnya dan berpindah ke Yemen di mana beliau melancarkan Coca-Cola
buat kali kedua.

[sunting] India dan bahan-bahan

Para pengkritik mendakwa bahawa Coca-Cola tidak begitu popular di tempat lain seperti India
kerana tertimbulnya sangsi mengenai taraf kesihatan minumannya. Bagaimanapun, dakwaan-
dakwaan ini bercanggah dengan data bahagian pasaran. Umpamanya, bahagian pasaran Coca-
Cola di India ialah 60.9%.[5]

Pada tahun 2003, Pusat untuk Sains dan Persekitaran ("Centre for Science and Environment")
(CSE), sebuah pertubuhan bukan kerajaan di New Delhi telah mengatakan bahawa minuman
bergas yang dikeluarkan oleh pekilang-pekilang di India, termasuknya multinasional raksasa
Coca-Cola dan Pepsico, mengandungi toksin yang merangkumi lindana, DDT, malation dan
klorfirifosa, iaitu racun perosak yang boleh menyebabkan kanser, kemusnahan sistem imun, serta
kecacatan lahir. Produk yang diuji termasuk Coke, Pepsi, Seven Up, Mirinda, Fanta, Thums Up,
Limca, dan Sprite.

CSE mendapati bahawa minuman-minuman syarikat Pepsi mengandungi 36 kali lebih tinggi
daripada tingkat kuantiti sisa pestisid yang boleh terima di bawah peraturan Kesatuan Eropah;
Coca Cola mempunyai 30 kali. CSE mengatakan bahawa ia telah menguji produk yang sama di
Amerika Syarikat dan tidak mendapati sebarang sisa pestisid.

Coca Cola dan PepsiCo dengan marahnya menafikan bahawa produk-produk mereka di India
mengandungi tingkat toksin yang jauh melebihi apa yang dibenarkan di dunia membangun.
Walau bagaimanapun, sebuah jawatankuasa parlimen India menyokong dapatan CSE pada tahun
2004, dan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan tengah mencuba
memperkembangkan piawai pestisid yang pertama dalam dunia untuk minuman bergas. Coke
dan PepsiCo menentangi langkah ini, dan mengemukakan alasan bahawa ujian makmal tidak
boleh dipercayai untuk mengesankan kesan-kesan pestisid di dalam minuman yang kompleks
seumpama air soda.

David Cox, pengarah komunikasi Coke Asia yang berasas di Hong Kong, menuduh Sunita
Narain, pengarah CSE kerana "merampas jenama" melalui penggunaan jenama Coke untuk
menarik perhatian kepada kempennya yang menentang pestisid. Narain mengatakan bahawa
kajian sisa-sisa pestisid CSE di dalam minuman bergas merupakan susulan yang biasa untuk
kajiannya mengenai air botol.[6]

Pada tahun 2004, Coca-Cola telah digunakan sebagai pestisid untuk secara uji kaji oleh petani-
petani India di Andhra Pradesh.[7] Bagaimanapun, ia kemudian didedahkan sebagai daya penarik
publisiti oleh penindak-penindak cergas tempatan dan petani-petani.[8]

Jualan Coca-Cola merosot sebanyak 15 peratus selepas dakwaan pestisid dibuat pada tahun
2003. Bermula dari 2005, Coke dan Pepsi bersama-sama memegang bahagian pasaran minuman
bergas sebanyak 95% di India.[9]

Sila lihat bahagian Amalan perniagaan untuk perbincangan mengenai kesan-kesan kepada
persekitaran.

[sunting] Colombia dan pemulauan antarabangsa

Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan:


Kesatuan pekerja Colombia mengulang tuduhan terhadap Coca Cola

Pada musim panas 2003, kesatuan pekerja Colombia, SINALTRAINAL, telah meminta
pemulauan antarabangsa terhadap produk-produk Coca-Cola kerana ugutan, penculikan, dan
pembunuhan pekerja-pekerja di dalam kilang-kilang pembotolan Coca-Cola oleh separa tentera
yang telah dikatakan bertindak bagi pihak Syarikat Coca-Cola supaya hendak menurunkan gaji
di Columbia.[10]  Pemulauan SINALTRAINAL itu menyusul keputusan hakim daerah untuk
menggugurkan Syarikat Coca-Cola daripada tindakan mahkamah SINALTRAINAL (sila lihat
bahagian Amalan perniagaan.

[sunting] Amalan perniagaan

Rencana utama: Syarikat Coca-Cola: Kritikan

Sebagai penjual minuman bergas yang terbesar di dunia, termasuk kemegahannya, minuman
Coca-Cola, Syarikat Coca-Cola telah dikritik untuk sesebahagian langkah korporat seperti:

 amalan monopoli
 piawai kesihatan yang rendah
 amalan penggajian perkauman
 penswastaan bekalan air
 penganiayaan hak-hak pekerja, termasuknya pembunuhan ahli-ahli kesatuan pekerja.

Terdapatnya banyak kritikan terhadap produk-produk syarikat dan amalan perniagaannya:

 Beberapa universiti di Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Ireland


memulaukan produk Coca-Cola kerana rasa bimbang terhadap penganiayaan hak asasi
manusia Untuk maklumat lanjut, sila lihat halaman Syarikat Coca-Cola.
 Di India, perbadanan ini telah membangkitkan beberapa pemulauan dan bantahan
disebabkan oleh piawai kesihatan yang dianggap rendah serta kesan yang buruk kepada
alam sekitar. [11]
 Di Colombia, syarikat itu telah dituduh oleh kesatuan pekerja Columbia,
SINALTRAINAL, untuk pencabulan hak-hak asasi manusia. Khususnya, Syarikat Coca-
Cola dan pembotol-pembotolnya telah dituduh kerana mengarahkan ataupun
mentoleransi ancaman separa tentera terhadap pekerja-pekerja semata-mata untuk
menghalang mereka daripada menubuhkan kesatuan pekerja. Beberapa pemimpin yang
mencuba penubuhan kesatuan telah dibunuh.

Dengan bantuan "Pekerja-pekerja Kilang Keluli Bersatu Amerika" ("United Steelworkers


of America"), SINALTRAINAL mengambil tindakan mahkamah pada tahun 2001. Pada
April 2003 Hakim Daerah Jose E Martinez di Miami tidak memasukkan Syarikat Coca-
Cola Company dan unit Colombianya dalam kes tersebut kerana perjanjian
pembotolannya tidak memberikannya "kawalan yang eksplisit" terhadap persoalan buruh
di Columbia; dengan pendek kata, Syarikat Coca-Cola telah digugurkan untuk kes
tersebut.[12]  Tindakan mahkamah masih berlangsung terhadap pembotol-pembotol
Panamco dan Bebidas y Alimentos. [13]) [14]:(Untuk maklumat lanjut mengenai
pemulauan SINATRAINAL berikutan pengguguran Syarikat Coca-Cola, sila lihat
bahagian #Sebagai lambang politik dan korporat.)

Rencana utama: Syarikat Coca-Cola: Pujian

Sumbangan perniagaaan Coca Cola yang positif selepas sesebahagian kritikan termasuk:

 Mempromosikan Kepelbagaian:: Anugerah-anugerahnya termasuk "50 Syarikat Yang


Terbaik untuk Kaum Minoriti" oleh Majalah Fortune pada tahun 2004 dan ""50 Syarikat
Yang Terbaik untuk Kaum Latina Bekerja di Amerika Syarikat" oleh Latina Style pada
tahun 2004. Coca-Cola membekalkan rakan kongsi tempatan faedah kesihatan dan polisi
nyah diskriminasinya merangkumi orientasi seksual.
 HIV/AIDS di Afrika: Coca-Cola akan membelanjakan sehingga AS$6 juta setahun untuk
membiayai rawatan HIV/AIDS untuk orang Afrika yang bekerja dalam sistem
pembotolan syarikatnya. Sistem ini menggajikan sebanyak 58,000 orang di Afrika; Coca
Cola Afrika mempunyai peruntukan sebanyak AS$50 juta untuk membiayai rancangan-
rancangan HIV/AIDS.
 Pendermaan: Syarikat Coca-Cola dan rakan-rakan kongsi pembotolannya menyumbang
30 juta botol minuman 8-auns kepada mangsa-mangsa Hurikan Katrina, mendermakan
AS$$10 juta untuk membantukan mangsa-mangsa tsunami di Asia, dan selepas serangan
pengganas "September 11", menguntukkan AS$12 juta untuk tabung bantuan.

[sunting] Daya tarikan antarabangsa


Coca-Cola merupakan jualan minuman bergas yang terlaris di kebanyakan negara.
Bagaimanapun, terdapat beberapa tempat seperti negeri New York, Amerika Syarikat di mana
Pepsi mendahului Coke dalam pasaran; Texas, Amerika Syarikat di Dr. Pepper merupakan
minuman bergas yang nombor satu; dan di Quebec, Newfoundland dan Labrador, serta Pulau
Prince Edward di Kanada, di mana Pepsi merupakan ketua pasaran.

Di Peru, Inca Kola yang merupakan "minuman negara" (dikeluarkan secara berasingan sehingga
1999, apabila Coca-Cola memperoleh Corporación Inca Kola del Perú S.A., iaitu syarikat Peru
yang mengeluarkannya) adalah yang terpopular.[15]   Di Sweden, meskipun Coca-Cola berusaha
dalam pemasaran yang berorientasi musim cuti, jualan Julmust adalah lebih laris daripada Coca-
Cola pada musim Krismas.[16] Sebaliknya, di Scotland di mana Irn-Bru yang merupakan
pengeluaran tempatan adalah terpopular pada suatu masa, angka-angka 2005 menunjukkan
bahawa kedua-dua Coca-Cola serta Coke Diet kini adalah lebih laris berbanding dengan Irn-Bru.
[17]

Adalah sering diulangi sebagai legenda bandar bahawa Coca-Cola silap menterjemahkan nama
produknya dalam bahasa Cina menjadi "Gigit berudu lilin". Sebenarnya, sebahagian pekedai
Cina menterjemahkan nama produk itu dalam papan tanda mereka menjadi kǒukē-kǒulà (口蝌口
蜡) supaya bunyinya lebih serupa dengan "Coca-Cola"; makna harfiahnya "berudu mulut, lilin
mulut". Bagaimanapun, syarikat Coca-Cola tidak pernah mengamalkan terjemahan tersebut.
Selepas mengkaji semula kesemua kemungkinan yang berbunyi hampir-hampir sama dengan
"Coca Cola", syarikat itu dengan rasminya mengamalkan kěkǒu-kělè (可口可乐) yang bermakna
"sedap dan ria".

Anda mungkin juga menyukai