Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM PENCEGAHAN DENGAN GOLONGAN BERISIKO

PERINGKAT PRIMER (PENCEGAHAN)


 Aktiviti dilakukan bertujuan mengelakan masalah pertussis

1. Pemberian immunisasi DPT secara aktif.


o Vaccine ini mengandungi ‘antigen’ bordettella pertussis.
o Diberi pada umur 2/12,3/12 5/12 dan dos tambahan pada umur 18 /12 tahun.
2. Memberi pendidikan kesihatan kepada komuniti.
o Berkenaan bahaya penyakit kokol serta kebaikan pemberian imunsasi pada peringkat
bayi .
o Ibubapa perlulah mengenali tanda dan gejala anak yang mengalami kesukaran
bernafas.
o Keadaan persekitaran perlulah mempunyai pengedaran udara yang cukup.
o Melakukan promosi kesihatan melalui edaran risalah, poster ceeramah, individu (sesi
klinik) dan pameran kesihatan.
\
PERINGKAT SEKUNDER (KAWALAN)
 Aktiviti pada peringkat ini adalah mencegah dari berlakunya rebakan dan komplikasi yang
lebih teruk kepada pesakit dan masyarakat.

o Notifikasi kepada pejabat kesihatan daerah.


o Isolation nursing/kuarantin selama sekurangnya 14 hari.
o Kanak-kanak yang belum diimunisasikan boleh diberi ‘chemoprophylaxis’ seperti
Ampiccillin ataupun Erytromycine.
o Siasatan kepada punca jangkitan dan cara jangkitan hendaklah dikenal pasti seperti
kawasan rebakan dan orang yang dihubungi untuk memutuskan rantaian jangkitan
secepat mungkin.
o Melakukan pengistiharan kawasan wabak .
o Menjalankan langkah- langkah pencegahan kepada kanak-kanak di bawah 7 tahun.
PERINGKAT TERTIER
 Aktiviti pada peringkat ini adalah bertujuan sebagai rehabilitatif dan mencegah jangkitan
semula.

o Kanak-kanak perlulah menjalani proses rehabilitatif penafasan.


o Tahap kebersihan perlulah dipertingkatkan lagi, ini termasuklah bantuan dari segi
ekonomi,pendidikan dan lain-lain kemudahan asas.
o Penguatkuasaan akta yang berkaitan perlulah dikenal pasti.

Anda mungkin juga menyukai