Anda di halaman 1dari 3

1)Semua orang ada cita-cita/kehendak /keinginan dalam hidup mereka.

Bagaimana pula
dengan anda?
Contoh:semua orang ingin berjaya dalam hidup , semua orang mahukan wajah yang
cantik,semua orang tidak ingin gagal dalam pelajaran .
Tapi adakah semua keinginan manusia dapat dicapai?boleh jadi dicapai dan mungkin
tidak dicapai semua bergantung dengan izin/kehendak Allah Taala.

Berbeza pula dengan kehendak Allah kerana apa sahaja kehendak Allah Taala pasti
akan berlaku kerana Allah itu bersifat Iradat.

2)DEFINISI
Iradat ialah Allah bersifat Maha Berkehendak yakni berkehendak melakukan sesuatu
perkara tanpa terikat dengan sesuatu .

Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat
dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang
bermaksud "Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA"

Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas
kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci
pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan,
bintang dan matahari.
Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar
di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan
Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:
"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar
ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi
Maha Mengetahui.
"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga
di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk
melengkung) seperti tandan yang kering.
"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar
bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya
beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

KISAH RAJA NAMRUD(Raja Babylon/iraq??) MEMBAKAR NABI IBRAHIM HIDUP-


HIDUP
Nabi Ibrahim(saudara nabi Harun a.s) ialah nabi yg byk berjalan/merantau diatas
muka bumi dari babylon ke palestin ke Mekah.Pada zaman itu ada undang-
undang suami isteri dilarang bersetubuh.Bila ibunya hamil dia ditinggalkan
kedalam gua untuk elakkan diketahui oleh orang ramai.

Nabi Ibrahim merupakan salah seorang nabi yang kaya.Ada memiliki anjing yang
jaga ternakannya.Untuk membezakan anjing peliharaannya dengan yg lain
diletakkan rantai emas dileher anjing.Tidak ada nilai emas yang menjadi rebutan
manusia kepada nabi Ibrahim.

Baginda telah memecahkan berhala-berhala kecil dalam kuil dan meletakkan


kapak di celah ketiak diatas berhala yang paling besar.Bila raja ,menteri dan
hulubalang balik tengok keadaan itu.Mereka telah menyoal nabi Ibrahim a.s . Nabi
Ibrahim mengatakan berhala yang paling besar itulah yang memusnahkan
berhala kecil kerana kapak itu berada diberhala besar dgn tujuan menyedarkan
raja Namrud bahawa perbuatan mereka menyembah berhala adalah sia-sia kerana
tak boleh buat apa-apa.

Raja Namrud mengarahkan nabi Ibrahim a.s dibakar.Semua pokok yg dihimpun


tidak mahu terbakar kecuali sejenis pokok kebesaran kristian .Kemudian
dicampak ke dalam api.Allah Taala perintah api jadi sejuk.datang burung dan
semut meludah ke dalam api untuk padam api.(apa sumbangan kita pada
agama,kalau binatang yang kecil berusaha tolong nabi /agama Allah?)

*Api sifat panas dan membakar tapi berlawanan sifat bila Allah kehendakinya .

Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku
dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa
patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya.

Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak


manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya
membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak
Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding
manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat
penciptaannya.

Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit dari arah
timur, bulan yang mengambang pada malam 15 setiap bulan kalender hijriah dan lain-
lain berlaku dengan kehendak Allah.

Kehendak Allah juga manusia diciptakan untuk beribadah kepada-NYA, sedang


manusia terlalu degil untuk menyempurnakannya. Ketika makhluk-makhluk lain tunduk
dan patuh melaksanakan kehendak Allah, manusia begitu angkuh dan sombong
menyisihinya.

Allah bersifat Iradah. Allah berkehendak supaya semua makhluk-NYA tunduk dan patuh
kepada-NYA. Allah berkehendakkan makhluk-NYA yang bernama manusia
melaksanakan perintah-NYA. Allah juga berkehendakkan makhluk-NYA yang
bernama manusia tidak mereka-reka atau mencipta sesuatu ibadah tanpa izin-
NYA.
"Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan (selain Allah) yang mensyariatkan
untuk mereka urusan agama yang tidak diizinkan Allah?" (as-Syura: ayat21)

Itulah kehendak Allah yang bersifat Iradah. Begitulah sifat orang yang beriman dengan
Iradah Allah.

Anda mungkin juga menyukai