Anda di halaman 1dari 7

SAFETY

2016/2017

SOALAN 1

Kepentingan polisi keselamatan dan kesihatan kepada firma Pembinaan menurut akta
keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 (AKKP1994).

SEKSYEN 16
• Dalam sesuatu organisasi, polisi merupakan tunjang kpd keseluruhan aktiviti yg melibatkan
halatuju dan haluan perniagaan atau operasi.

• AKKP 1994 - Sesuatu organisasi memerlukan polisi bertulis, termasuk penguatkuasaan dan
pelaksanaannya.

• Polisi perlu dimaklumkan kepada semua ahli organisasi, pekerja, pekerja kontrak atau sambilan.

• Polisi dilaksanakan sebagai suatu tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.

• Setiap pekerja merupakan elemen penting dalam organisasi, oleh itu penting untuk majikan
menjaga kebajikan, keselamatan kesihatan pekerja.

• Semua langkah keselamatan haruslah dipatuhi agar risiko bahaya di tempat kerja dapat dikawal
dan keselamatan dan kesihatan terpelihara.

• Sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan sentiasa dipantau dan dikaji agar ada
penambahbaikan dibuat dari masa ke semasa.

• Ciri-ciri/elemen polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (turut menjadi kepentingan


polisi) :

I. kenyataan yg ringkas, pengisiannya dirancang dan pemantauan dibuat agar objektif tercapai

II. mempunyai misi dan visi (misi - menjelaskan kewujudan organisasi, visi - menyatakan hasrat
organisasi utk masa akan dtg) contoh kemalangan sifar dalam setiap operasi.

III. Ditandatangani oleh kepimpinan tertinggi organisasi.

IV. Kenyataan polisi perlu meningkatkan moral dan motivasi pekerja.

V. Pematuhan terhadap peraturan sedia ada (AKKP 1994).

VI. Mematuhi amalan industri yang baik - tanggunggjawab majikan (organisasi) terhadap pekerja
atau pelanggan. Memberi latihan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

VII. Kenyataan bagaimana mengendalikan situasi hazard dan risiko yang berbeza. Supaya pekerja
atau juruoperasi jentera atau subkontraktor mematuhi peraturan dan menjaga keselamatan.

VIII. Menyatakan dengan jelas peranan dan tanggungjawab pekerja. Contoh pengendalian atau
penguatkuasaan keselematan dan kesihatan mengikut skop tugas dan bahagian masing-
masing, melaporkan sebarang insiden yang berlaku, penyelia menyiasat punca kemalangan,
pengurus menyelia kerja kontraktor atau subkontraktor.

• Menyatakan komitmen Majikan secara tidak lansung:


I. Mengenal pasti program dan aktiviti di tempat kerja

II. Menghapus dan mengawal bahaya (hazard) di tempat kerja

SAFETY

III. Menjaga kebajikan pekerja.

IV. Memberi latihan kepada pekerja.

V. Merancang dan melaksanakan aktiviti keselamatan dan kesihatan dalam organisasi.

• Proses merangka Polisi


(SMART)
S - SPECIFIC

M - MEASURABLE

A - ACHIEVABLE

R - REASONABLE

T - TRACTABLE

SPECIFIC - Spesifik, ringkas dan Bahasa yg mudah difahami.

MEASURABLE - Mengukur keputusan atau sasaran.

ACHIEVABLE - Mengukur pencapaian dan perlaksanaan dan mempunyai pertimbangan.

REASONABLE - Polisi perlulah munasabah atau bersesuaian.

TRACTABLE - Mudah dikawal dan dilaksanakan. Melakukan penambahbaikan atau kajian semula
sekiranya tersasar. Setiap program kerja haruslah dipantau dari segi keselamatan dan kesihatan.

Melakukan analisis dan penyiasatan terhadap kemalangan yang terjadi.

SOALAN 2

Management review procedure & how to conduct management review process in construction
firm?

Apakah prosedur semakan pengurusan & bagaimana prosedur semakan pengurusan dibuat?

Kepentingan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak binaan:

• Boleh mengurangkan kebarangkalian berlakunya kemalangan dan penyakit terhadap pekerja.

Pekerja boleh melakukan pekerjaan dengan selesa.

• Memastikan kelancaran kerja di tapak projek. Sekiranya berlaku kemalangan segala kerja
handaklah dihentikan dan ini mengganggu kelancaran Projek untuk penyiasatan dilakukan.

• Meransang produktiviti pekerja dan menjimatkan kos. Apabila tempat kerja selamat dan selesa
pekerja boleh fokus dalam melakukan kerja.

• Tidak kehilangan pekerja mahir. Pekerja mahir rasa terjamin bekerja bersama organisasi
tersebut.

• Meningkatkan kepercayaan pelanggan. Organisasi menunjukkan kemampuan mereka dalam


pengurusan keselamatan dan kesihatan di sampaing kemampuan menyiapkan projek.

Prosedur semakan pengurusan:

• Melibatkan pihak pengurusan dalam mengenal pasti risiko dan hazard yang terdapat di
organisasi.

• Memastikan semua aspek kerja dilakukan dengan telilti dan rapi.

• Mengambil kira kerja bukan rutin, iaitu penyelengaraan, pembersihan dan lain-lain.

SAFETY

• Mengambil kira gangguan yg terdapat di tempat kerja.

• Membuat Kajian tentang kesan risiko suatu pekerjaan terhadap kesihatan pekerja.

• Mengambil kira kesan risiko terhadap orang awam.

Pengurusan keselamatan melibatkan 4 tahap.

• Polisi syarikat - contoh kurang polisi latihan atau kaedah perolehan yang lemah.

• Pengurusan projek - contoh, kurang perancangan, kelemahan penjadualan terhadapa pemilihan


kerja dan kaedah Pembinaan tidak betul.

• Pengurusan tapak - contoh, komunikasi yag lemah, kurang pengawasan atau kegagalan untuk
melaksanakan pembahagian kerja.

• Individu - contoh, penggunaan peralatan yg salah atau kegagalan untuk mematuhi kaedah kerja.

SOALAN 3

Sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan, anda diberi tugas untuk menangani dan
memperbaiki masalah prestasi keselamatan dari apek pengurusan hazard dikalangan pekerja di
tapak bina.

SEKSYEN 15 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA


I. Setakat mana yang dapat dilaksanakan, ia menjadi tanggugjawab setiap majikan dan pekerja
untuk menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja.

II. Tanpa prejudis, menjadi tanggungjawab majikan khususnya,

• Menyediakan peruntukan dan penyelengaraan loji dan sistem bekerja selama mana ia boleh
dilaksanakan dengan selamat dan tanpa merisiko kan kesihatan,

• Membuat penyusunan untuk memastikan selagi mana ia boleh dilaksanakan yang berisiko
untuk kesihatan melibatkan operasi, pengendalian, stor dan pengangkutan loji dan bahan.

• Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sepatutnya untuk memastikan
selagi mana ia boleh dilaksanakan untuk kesihatan dan keselamatan pekerja.

• Selagi man ia boleh dilaksanakan, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah
kawalan majikan atau orang yang bekerja sendiri, memastikan penyelenggaan dalam keadaan
yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan membuat penyelenggaraan untuk akses
masuk dan keluar dengan selamat dan tanpa risiko.

• Menyediakan penyelenggaraan dan persekitaran kerja yg sesuai, selamat dan Tanpa risiko
terhadap kesihatan termasuk memberi kemudahan dan menjaga kebajikan pekerja di tempat
kerja.

SAFETY AND HEALTH COMITTEE


SEKSYEN 11 - FUNGSI JAWATANKUASA
• Membantu dalam membangunkan peraturan dan sistem keselamatan kerja.

• Menyemak keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.

SAFETY

• Menyemak polisi keselamatan dan kesihatan syarikat serta memberi cadangan


penambahbaikan dalam polisi kpd majikan.

• Membuat analisis ke atas yang berlaku (trend) seperti kemalangan, hampir kemalangan (near
miss accident), Kejadian yang membahayakan, keracunan dan wabak yg berlaku di tempat
kerja

SEKSYEN 29 PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN


• Majikan perlulah melantik orang yang kompeten sbg pegawai keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja.

• pegawai keselamatan dan kesihatan dilantik bagi melaksanakan pematuhan (observance) ke


atas tempat kerja seperti yg tertakluk di dalam peruntukan serta akta dan menjalankan
pemantauan terhadap aktiviti kerja dan tempat kerja.

• Mestilah terdiri dari orang yang diiktiraf dan menerima latihan secukupnya dari masa ke semasa.

SEKSYEN 31 FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN


• Hendaklah sentiasa memastikan dan mengambil langkah untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja terjamin.

• Perlulah membuat pemantauan di tempat kerja :

- mana-mana ahli jawatankuasa atau org yg dilantik menyatakan apa yang tidak selamat dan
berisiko terhadap kesihatan,

- Mana-mana yg dibawa perhatian oelh pihak majikan.

• Cuba menyelesaikan masalah atau perkara yang sukar dilakukan akan dibangkitkan kepada
pihak pengurusan tertinggi untuk tujuan melakukan pemeriksaan di tapak.

• Mempunyai fungsi lain yg tdk dinyatakan.

SEKSYEN 32 PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANAGAN, BAHAYA, KERACUNAN,


WABAK DAN PERTANYAAN.

HIRARC - HAZARD IDENTIFICATION, RISK ASSESMENT, RISK CONTROL


• Mengenalpasti hazard - semua faktor yang mungkin boleh mendatangkan mudarat kepada
pekerja dan org lain.

• Penaksiran risiko - Mempertimbangkan kemungkinan boleh timbul risiko

• Pelaksanaan & pelan tindakan kawalan risiko - menyemak semula, langkah pencegahan,
merancang, mengawal dan memastikan secara berkesan spjg masa.

HIERARKI PENGAWALAN RISIKO


1. Menghapuskan hazard

2. Menggantikan hazard

3. Mengasingkan hazard

4. Kawalan kejuruteraan

SAFETY

5. Kawalan Pengurusan

6. Kelengkapan Perlindungan diri

SOALAN 5
Berlaku kemalangan kren runtuh di tapak. Nyatakan tujuan siasatan dan kepentingan mengapa
siasatan perlu dilakukan segera.

Penyiasatan terhadap kes kemalangan ialah bahagian yang penting dalam sistem pengurusan
keselamatan. Penyiasatan kemalangan ialah suatu langkah terbaik yang harus di ambil selepas
berlakunya sesuatu kemalangan dengan mengenal pasti fakta dan punca kemalangan.

SEKSYEN 32 (I)
Penghantaran laporan kemalangan kepada pihak berkuasa. Tujuan siasatan :

1. Mengetahui penyebab kemalangan.

2. Penyediaan garis panduan dan peraturan baharu bagi tujuan penguatkuasaan pencegahan.

3. Memperoleh data dan statistik untuk perancangan.

4. Pendakwaan sekiranya terdapat unsur kecuaian dan tidak mematuhi peraturan sedia ada.

Hasil siasatan boleh mengenal pasti punca asas berlakunya kemalangan dan melalui maklumat
tersebut akan diguna pakai untuk memastikan kecuaian tidak berulang.

SEKSYEN 13 (JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1996)-PENYIASATAN


KEMALANGAN.
• Jawatankuasa perlu membuat siasatan serta merta mengetahui sebab atau punca dan keadaan
pekerja serta tempat kerja.

• Pegawai keselamatan dan kesihatan perlu melaporkan serta merta kepada pihak pengurusan
tertinggi/ jawatankuasa keselamatan dan kesihatan telah berlakunya kemalangan di tapak
projek dengan laporan lengkap. Pengerusi perlu membuat mesyuarat untuk berbincang
mengenai laporan tersebut.

• Tindakan lanjut oleh jawatankuasa serta penyelesaian yang dibuat.

SEKSYEN 17 (3) (JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1996) - KEPUTUSAN


TEGAS TERHADAP ADUAN
• Laporan pemeriksaan dan siasatan

• Cadangan jawatankuasa kepada majikan.

• Bahan bukti, dokumentasi berhubung aduan.

Tujuan lain siasatan :

• Pegawai keselamatan dan kesihatan perlu mengumpulkan maklumat sebagai bahan bukti iaitu
pihak yang terlibat, punca, alat perlindungan diri yang dipakai, lokasi kejadian, pernyataan dan
huraian, gambar, lakaran, waktu, saksi, dimensi dan sebagainya. Borang laporan perlu diisi.

SAFETY

• Tidakan pembetulan atau penambah baikan polisi.

• Mencari punca asas berlakunya kemalangan agar tidak berulang.

Kepentingan mengapa siasatan perlu dilakukan segera.


1. Tindakan kecemasan - memberi rawatan, mengalihkan runtuhan, menyelamatkan mangsa.

2. Melibatkan nyawa dan memberi rawatan segera iaitu dengan menghantar ke hospital
sekiranya perlu.

3. Melibatkan kos.

• Kos pentadbiran keselamatan - sekiranya penyiasatan melibatkan pegawai JKKP dalam


menyelesaikan kes.

• Kos perubatan - Kos rawatan mangsa kemalangan dan khidmat doktor serta hospital sekiranya
perlu.

• Pembayaran hal kebajikan - bayaran khas kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan
walaupun pekerja terbabit cuai.

• Kos pembaikan jentera dan peralatan - pembelian jentera baru, kos membaik pulih dan
kerosakan serta mencari alat ganti baru.

• Kos penggantian pekerja - Sekiranya pekerja yang terlibat dalam kemalangan dalam keadaan
serius dan perlu direhatkan atau diberi cuti sakit pekerja tersebut terpaksa digantikan dengan
segera atau pengaturan segera perlu dibuat agar tidak mengganggu perjalan kerja.

• Kos penggantian/baik pulih kawasan yang runtuh - sekiranya dihempap kren jatuh melibatkan
harta benda dan kerosakan.

• Kos kerugian menghentikan operasi - Projek akan tergendala, sekiranya melibatkan penyakit
seperti denggi, Pihak berkuasa kesihatan atau pegawai kesihatan membuat siasatan dan
sekiranya terdapat bukti pembiakan nyamuk, mereka akan mengeluarkan notis henti kerja dan
wajib membuat pembersihan serta merta. Sekiranya melibatkan kematian operasi juga akan
dihentikan untuk siasatan

4. Melibatkan kredibiliti kemampuan kontraktor (majikan) dan klien. Sekiranya siasatan dilakukan
oleh JKKP atau CIDB, kontraktor akan disiasat bermula dari pendaftaran kontraktor,
sehinggalah kepada akreditasi, perakuan, semua laporan keselamatan harian, minit mesyuarat
keselamatan dan kesihatan, latar belakang penyelia keselamatan dan kesihatan tapak bina
termasuklah komiti jawatankuasa dan pengurusan tertinggi. Penangkapan oleh polis juga
boleh dibuat sekiranya terdapat kesalahan dibuat yang dibawah akta AKKP 1994. Sitaan juga
boleh dilakuakan sekiranya melanggar peraturan.

SAFETY

DEC 2015
SOALAN 1B
Bincangkan dengan terperinci Hierarcy Of Control / Tindakan pengawalan Risiko

ELIMINATION

Menghapuskan Hazard

HOUSEKEEPING - Memelihara kawasan tempat kerja dengan mengamalkan kebersihan, memastikan


barang disusun teratur dan kemas, kawasan lantai mestilah bebas dari hazard yang boleh mnyebabkan
gangguan keselamatan dan kesihatan. Menyimpan barang yang mngandungi bahan kimia, berasid,
minyak dsb di dalam stor dengan keadaan teratur dan berlabel. menyediakan laluan yang selamat dari
hazard untuk masuk dan keluar dari tapak.

Pembahagian Hazard :

1. Hazard Keselamatan - wayar yang bertaburan dilantai boleh menyebabkan tersadung dan jatuh.

2. Hazard Keselamatan - Bunyi bising boleh merosakan telinga, debu2 di tapak Projek boleh
menyebabkan sakit, membiarkan bahan yang mudah terbakar di kawasan terbuka, bekerja
bersendirian tanpa arahan yg jelas.

3. Hazard Kesihatan - Pekerja yang tidak sihat atau sakit boleh mengganggu prestasi kerja, bekerja
terlalu lama di tempat yang terdedah dengan panas, bekerja di dalam waktu bekerja yang sangat
lama.

SUBSTITUTION

Menggantikan Hazard

Menggantikan hazard yang berisiko tinggi kepada lebih rendah risiko.

ISOLATION

Mengasingkan Hazard

Mengasingkan hazard melalui pemasangan halangan (barricade), papan tanda, laluan selamat,
hosekeeping, simpanan di dalam stor dsb.

ENGINEERING

Kawalan Kejuruteraan

Dilakukan sekiranya hazard tidk dpt dihapus, diganti atau di asingkan. mengubahsuai rekabentuk
peralatan di tempat kerja, pemasangan penghadang untuk kerja jentera dan mesin, sistem pengudaraan
yang bersih, memberi jarak yang selamat dalam melakukan kerja. Membuat kan pemeriksaan,
pemantauan penyelengaraan dan operasi.

ADMINISTRATIVE

Kawalan Pengurusan

Mengamalkan prosedur atau kaedah kerja yg lebih selamat, meletakkan had tempoh masa bekerja,
pertukaran proses dan kaedah, pengurusan masa untuk yang berisiko kepada pendedahan kpd bahan
kimia, gas berbahaya, tempoh waktu bekerja di bawah panas terik, pengurusan hazard ergonomik dsb,
memberikan latihan, melatih amalan kerja yg selamat, pemantauan oleh penyelia tapak dan penyelia
keselamatan, pengauditan risiko atau membuat penambahbaikan.

PPE

Kelengkapan Perlindungan Diri

Peraturan memasuki tapak memakai perlindungan diri, sekiranya bekerja di tempat tinggi abah-abah
wajib dipakai, penggunaan alatan yang sesuai

Anda mungkin juga menyukai