Anda di halaman 1dari 3

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN KE MRSM TAIPING &


SERATAS

1.0 Pengenalan
Tahun 2020 merupakan tahun pertama penyertaan IKDAR secara rasmi didalam
peperiksaan SPM. Terdapat lebih kurang 40 orang pelajar IKDAR yang akan menduduki
peperiksaan besar ini. IKDAR turut terlibat sebagai pusat peperiksaan persendirian SPM.
Justeru itu, dalam usaha menambah pengetahuan, mendapatkan idea dan inspirasi langkah-
langkah disamping mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan yang lebih efektif,
IKDAR memilih untuk mengadakan lawatan Mahabbah ke MRSM Taiping dan SMK Raja
Tun Azlan Shah.

2.0 Matlamat
Program Mahabbah ini akan dapat disandarkan sebagai langkah utama dalam menambah
dan memantapkan pengurusan Unit Peperiksaan SPM IKDAR agar setanding dengan
sekolah-sekolah yang telah berjaya meletakkan kecemerlangan sebagai agenda utama
mereka. Lawatan mahabbah ini bukan sahaja diharapkan dapat membantu meningkatkan
mutu perkhidmatan Unit Peperiksaan SPM IKDAR, malahan perkongsian idea yang bernas
dapat membantu mencapai kecemerlangan dan kemenjadian Pelajar.

3.0 Objektif
i. Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kepakaran sekolah berkaitan
agar dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pengurusan Unit
Peperiksaan SPM IKDAR.
ii. Menjadikan sekolah-sekolah berkenaan sebagai contoh dalam merancang dan
menyelaras.
iii. Mendapatkan bantuan dari segi perkongsian teknik pembelajaran dan pendedahan
berkaitan subjek-subjek yang ditawarkan.
iv. Menyediakan peluang untuk calon SPM mendapatkan tips-tips dan sebagai
persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
4.0 Sasaran

4.1. Calon peperiksaan SPM IKDAR bagi tahun 2020.


4.2. Unit Peperiksaan SPM IKDAR

5.0 Tarikh Perlaksanaan:

5.1 Tarikh : 29 Januari 2019


5.2. Hari : Rabu
5.3. Masa : 8.00 pagi sehingga 1.00 petang
5.4. Tempat : i. MRSM Taiping
ii. SERATAS

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

*Sila Rujuk Lampiran A

12.0 Penutup

Pihak Unit Peperiksaan SPM mengharapkan agar program ini berjalan dengan lancar
dan mencapai objektif yang telah dirancang. Usaha ini dilakukan hanyalah kerana ingin
melihat kejayaan para huffaz teknokrat. Yang mampu berdiri setanding dengan pelajar
aliran biasa yang akan menjadi tunjang kepimpinan negara disamping menjadi
pembimbing ummah. Semoga usaha ini mendapat rahmat dan naungan dan pertolongan
daripada Allah S.W.T. seterusnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membina kembali
generasi al-Quran yang mampu memberi manfaat kepada Islam, masyarakat, dan negara.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH:

............................................... .................................................... ...................................................................


NUR SOLEHAH BINTI RAMSED PN SITI NORLINA BINTI HJ SAMAD DR. MUHAMMAD FAIZAL BIN TAHIRUDDIN
UNIT PEPERIKSAAN SPM PENGURUS PUSAT BERTAULIAH REKTOR

Anda mungkin juga menyukai