Anda di halaman 1dari 3

‘Teknologi Hijau Melestarikan Alam Sekitar”.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia.


Yang saya hormati saudari pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman yang penuh
berintegriti, rakan – rakan seperjuangan yang cukup berkredibiliti seterusnya warga
dewan yang dekat di hati.
“Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang”. Begitulah kata Mahatma Gandhi,
seorang pemimpin India yang tersohor. Kata-kata beliau sudah cukup membuktikan
bahawa alam sekitar adalah harta yang paling berharga yang perlu dijaga
kepentingannya. Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin
menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana menerusi
mauduk pidato saya, ‘Teknologi Hijau Melestarikan Alam Sekitar”.
Sebelum spekulasi menjadi sensasi, sebelum kata membelah bicara,
sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk
pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah
berkata-kata.
Teknologi Hijau membawa pengertian aplikasi teknologi moden untuk memulihara
sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti
manusia. Ia adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding
dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita
menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum
untuk menghasilkan sesuatu produk. Melestari pula boleh didefinisikan sebagai
keadaan yang tetap dan seperti sediakala. Ini membawa makna bahawa melestari
alam sekitar bolehditakrifkan sebagai mengekalkan alam sekitar berada seperti di
dalam aturannya.

Hadirin yang dirahmati,


Cetusan minda pertama ; Teknologi Hijau Meminimumkan Kesan Buruk kepada
Alam Sekitar. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan
kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi
hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum. Ia dapat meningkatkan
dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan
air, mengurangkan pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber semula
jadi. Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh menjana tenaga dalam
pelbagai keadaan dengan selamat dan mesra pengguna. Ini dapat dibuktikan
melalui pengalaman dan amalan di negara maju yang telah membangunkan industri
ini sejak sekian lama. Untuk itu, kerajaan Malaysia telahmenambah pembiayaan
mudah sebanyak RM2 bilion dalam Bajet 2013 bagi menyokong industri tempatan
menyertai teknologi hijau .

Sidang dewan berkarisma,


Cetusan minda kedua : Teknologi Hijau Menjana Ekonomi Negara. Hasrat ini dapat
dicapai melalui penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua
kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya. Teknologi hijau dapat membantu
mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi ini juga
dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan
atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang
pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Prestasi kitar hidup ekonomi juga dapat
dioptimumkan. Selain daripada itu, kita boleh juga meneroka peluang mengeksport
produk 'hijau' yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat
besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Contohnya, industri solar
photovoltaic telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk
Malaysia. Demi mencapai hasrat ini, dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan semula
Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini
bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan
teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan
mempromosi teknologi hijau.

Sidang saksi bermisi, saudara dan saudari,

Cetusan minda ketiga berdiri di atas mauduk : Teknologi Hijau Meningkatkan


Kualiti Komuniti. Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara,
terma dan bunyi persekitaran. Contoh ini dapat dilihat melalui penggunaan kereta enjin
hibrid. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar,
mengurangkan masalah infrastruktur tempatan dan meningkatkan kualiti hidup. Antara
bangunan hijau di Malaysia ialah Pusat Tenaga Malaysia (PTM), iaitu bangunan hijau
berkonsepkan bangunan tenaga rendah dan mesra alam, selain dilengkapi sistem
building integrated photovoltaic (BIPV) yang mesra alam kerana tidak mencemar selain
mengurangkan penggunaan tenaga daripada sumber bahan api fosil. Dengan amalan
teknologi hijau, secara tidak langsung kualiti hidup komuniti dapat ditingkatkan. Untuk
menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan
memastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar
yang cekap.
Warga dewan sekalian,

Tuntasnya, aplikasi Teknologi Hijau adalah selaras dengan konsep


pembangunan mapan yang mana pembangunan dilaksanakan perlu memenuhi
keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.
Sehubungan itu, kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat
sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita peroleh
sekarang. Perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke
arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat
pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Sekian dahulu
pidato saya pada hari ini.

Sekian, terima kasih….

Anda mungkin juga menyukai