Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM AMALKAN 7 LANGKAH CUCI TANGAN DENGAN BETUL


KELAB DOKTOR MUDA
SEKOLAH KEBANGSAAN KAYU ARA PASONG
TAHUN 2019

1. Pendahuluan
Program Amalkan 7 Langkah Cuci Tangan Dengan Betul adalah hasil kerjasama bersepadu
banyak pihak untuk memastikan warga sekolah sedar akan pentingnya penjagaan kesihatan dan
kebersihan diri. Ahli kelab Dr Muda akan menerangkan kepentingan penjagaan kesihatan dan
juga kesan – kesan jika penjagaan kesihatan diabaikan. Mereka juga akan mengadakan
demonstrasi penjagaan kesihatan dan amali.

2. Pengenalan
Program ini perlu diadakan sebanyak 2 kali setahun yang melibatkan murid Tahun 1 SK Kayu
Ara Pasong yang berjumlah 50 orang. Demonstrasi 7 langkah membasuh tangan sangat penting
dan perlu diadakan untuk mendedahkan murid-murid kepada amalan mencuci tangan dengan
betul untuk mencegah penyakit seperti taun, demam kepialu, jangkitan cacing dan keracunan
makanan.

3. Rasional
Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tahun
1 SK Kayu Ara Pasong tentang 7 langkah membasuh tangan dengan betul dan juga memastikan
semua murid tahu dan faham akan kesan-kesan dan penyakit-penyakit yang akan hinggap
sekiranya tidak membasuh tangan dengan betul.

4. Objektif
- Murid mengetahui, memahami serta mempraktikkan amalan 7 langkah membasuh tangan
dengan betul
- Menghargai kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah .
- Menanam sikap bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri.
- Meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan Dr Muda dalam menyampaikan mesej
kesihatan dalam kumpulan kecil.

5. Pelaksanaan Program
Tarikh : 30 April 2019
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kelas Tahun 1
6. Maklumat Program

a. Dr Muda akan menggunakan poster untuk menunjukkan tangan yang kotor dan berkuku
panjang.
b. Dr Muda juga membincangkan tentang penyakit-penyakit yang berkaitan seperti taun,
jangkitan cacing dan juga demam kepialu.
c. Dr Muda menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dengan tayangan video.
d. Akhir sekali, murid akan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan
dikendalikan oleh 2 orang Dr Muda untuk sesi amali secara berkumpulan.

7. Sasaran
50 orang murid .

8. Jawatankuasa Pelaksana
Rujuk Lampiran.

9. Anggaran Perbelanjaan
Tiada

10. Sumber Kewangan


Tiada

11. Penutup
Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini, dapat meningkatkan tahap kesedaran dan
amalan kebersihan diri dalam kalangan murid tahun 1 SK Kayu Ara Pasong seterusnya mampu
menjadi agen penyampai maklumat kepada keluarga dan masyarakat setempat sekaligus mampu
menjadi role model dalam penjagaan kebersihan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ………………………………
(NORSURYANI BINTI SAIM) (NOROLNISA BINTI PONIRAN)
Penyelaras, GPK Hal Ehwal Murid
Kelab Doktor Muda SK Kayu Ara Pasong
SK Kayu Ara Pasong

Anda mungkin juga menyukai