Anda di halaman 1dari 23

Kertas 1

BAHAGIAN A [20 markah]

Soalan 1 – 3
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Ikram _____________ sebaldi air untuk disiram pada pokok bunganya yang
kekeringan akibat cuaca panas.

A. menjunjung
B. menjinjing
C. mengelek
D. memikul

2. Menurut buku panduan resepi itu, ibu akan memasukkan_____________ garam ke

dalam masakan kari ikan patin.

A. segenggam
B. seketul
C. secubit
D. seberkas

3. Puteri raja itu akan ______________ untuk bersiram di tepi sungai sambil ditemani
oleh dayang istana.

A. bertolak
B. bergerak
C. berjalan
D. berangkat

Soalan 4 – 6
Pilih ayat-ayat yang betul.
4. I Mereka-mereka yang tidak hadir ke sekolah semalam sila pergi ke bilik guru.
II Semua lukisan-lukisan yang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik.
III Novel kanak-kanak yang popular itu kamu karang.
IV Pelajar sekolah perlu sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II, III dan IV saahaja

5. I Pelajar sekolah di seluruh negara digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum

II Jadual pertandingan merentas desa itu disediakan oleh guru Pendidikan
Jasmani
III Demi untuk perpaduan, rakyat diminta sentiasa mengunjungi jiran tetangga.
IV Tolong jangan membuat bising ketika berada di perputakaan
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

6. I Pencemaran alam sekitar berlaku akibat sikap masyarakat yang membuang

sampah di merata-rata tempat.
II Oleh sebab sakit, sudah lima hari Sultan Badrul Syah tidak santap.
III Hasrul akan menghadiri temu duga jawatan setiausaha di pejabat daerah esok.
IV Antara punca-punca kemalangan di lebuh raya ialah pemandu kekurangan
rehat yang cukup.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 7 – 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Undang-undang jalan raya yang ketat dikatakan mampu mendisiplinkan

pemandu.
II Baju lama yang disarung oleh adik kelihatan ketat.
III Penutup botol itu sukar untuk dibuka kerana terlampau ketat.
IV Kata-kata ketat yang diucapkan boleh menggores perasaan seseorang.
A. I dan VI sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, IV sahaja
8. I Keputusan perlawanan bola sepak liga tempatan itu berakhir dengan seri.
II Jurusolek itu memerahkan pipi pengantin itu bagi menaikkan seri pada wajah.
III Kanak-kanak itu sudah seri untuk mandi di sungai yang dalam itu.
IV Mereka seri pergi berkelah di pantai pada hujung minggu.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja

Soalan 9 – 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesahalan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

9. Amirul amat pandai sekali mengarang novel sejak menghadiri bengkel penulisan
novel remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. teramat pandai sekali

B. teramat terpandai sekali
C. amat terpandai sekali
D. amat pandai sekali

10. Kebanyakan ramai remaja-remaja sekarang suka menghabiskan masa dengan media
sosial.

A. Ramai remaja-remaja kebanyakan

B. Kebanyakan remaja
C. Ramai remaja-remaja
D. Kebanyakan ramai remaja

11. Perdana Menteri mengingatkan rakyat agar hidup saling membantu antara satu sama
lain.
A. saling bantu-membantu
B. saling berbantu-bantu
C. saling bantu-bantu
D. saling membantu

Soalan 12 – 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
12. “ Saya harap kamu semua belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan
sudah hampir,” nasihat pengetua kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga.

A. Pengetua manasihati pelajar-pelajar tingkatan 3 supaya belajar bersungguh-

sungguh kerana peperiksaan sudah hampir.
B. Pengetua menasihati pelajar-pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh kerana
peperiksaan sudah hampir.
C. Pengetua dinasihati oleh para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh kerana
peperiksaan sudah hampir.
D. Pengetua dinasihatkan oleh pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh kerana
peperiksaan sudah hampir.

13. Para pekerja akan membersihkan longkang yang tersumbat bagi mengelakkan
pembiakan nyamuk aedes.

A. Longkang yang tersumbat akan para pekerja bersihkan bagi mengelakkan

pembiakan nyamuk aedes.
B. Longkang yang tersumbat akan dibersihkan para pekerja bagi mengelakkan
pembiakan nyamuk aedes.
C. Longkang yang tersumbat akan membersihkan para pekerja bagi mengelakkan
pembiakan nyamuk aedes.
D. Longkang yang tersumbat akan bersih para pekerja bagi mengelakkan pembiakan
nyamuk aedes.

Soalan 14 – 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

14. Seperti ikan pulang ke lubuk

Peribahasa yang sinonim dengan peribahasa di atas ialah
A. Bagai gagak pulang ke benua
B. Bagai sirih pulang ke gagang
C. Bagai anjing menyalak bukit
D. Bagi belut pulang ke lumpur

15. Perangai Nurul yang suka menjahit baju ketika waktu lapang sama seperti perangai
ibunya.

A. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

B. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
C. Genggam bara api biar sampai jadi arang
D. Alang-alang mandi biar basah

Soalan 16 – 20
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Zaman sekarang serba mencabar bagi remaja, belia dan masyarakat umumnya. Hanya
insan yang berpegang pada kesantunan diri dan moral yang tinggi mampu menyekat diri
daripada terjebak ke kancah keruntuhan yang dapat membahayakan diri sendiri. Yang
penting, mereka perlu ada pegangan yang diri yang kukuh untuk terus berada dalam acuan
pemodenan yang semakin pesat. Dalam konteks kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi, kemunculan media sosial misalnya perlu disambut dengan baik oleh masyarakat
dan harus dimanfaatkan dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana terdapat banyak cabaran
ekoran kewujudan media sosial sekali gus turut memberi kesan terhadap gaya hidup moden
pada masa kini.
Cabaran utama dalam konteks semasa ialah media digital, android dan dunia tanpa
sempadan. Antara media sosial yang menjadi pilihan pengguna pada masa kini termasuklah
facebook, youtube, twitter, Instagram, blog, whatsapp, line dan telegram. Internet tidak boleh
disekat kerana terdapat banyak manfaat yang dapat digali oleh penggunanya. Banyak
usahawan internet dalam kalangan belia menggunakan media sosial untuk mempromosikan
produk masing-masing. Sistem pendidikan Malaysia juga banyak mengaplikasikan media
sosial sebagai pembelajaran teradun yang bermaksud campuran pembelajaran mod dalam
talian dan mod bersemuka. Sistem pembelajaran tidak lagi hanya berpaksikan penyampaian
bercorak tradisional. Kewujudan media sosial lebih memudahkan perhubungan antara pelajar
dan penasihat akademik (PA) untuk berbincang perihal akademik. Bagi sesetengah institusi,
banyak pensyarah menggunakan media sosial sebagai alat sokongan pembelajaran.
Namun begitu, penggunaan media sosial yang keterlaluan memberikan impak negatif
yang sangat besar kepada penggunanya. Jumlah pengguna menggunakan media sosial untuk
tujuan mendapatkan ilmu amat kurang berbanding untuk mendapatkan hiburan. Media sosial
sering terdedah kepada pelbagai jenis penyalahgunaan termasuklah pencerobohan, penipuan,
penggodaman dan gangguan siber. Keburukan lain media sosial ialah ketidaktepatan
maklumat yang boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti fitnah dan berita palsu. Remaja
yang ketagih laman sosial cenderung untuk tidak bergaul dengan masyarakat. Mereka lebih
gemar untuk berkurung di dalam bilik daripada bermain di padang bersama-sama kawan
selain tidak mengenali sanak saudara dan jiran tetangga. Penyebaran bahan bersifat separa
lucah juga merupakan kesan negatif penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, penggunaan media sosial tanpa batasan
menyebabkan pelajar leka dengan telefon pintar sehingga mengabaikan pensyarah yang
sedang mengajar. Sifat media sosial yang terbuka menjadikan mereka bebas menyuarakan
pendapat dan komen tanpa berfikir panjang akan kesannya. Mereka lebih gemar berkongsi
tular negatif berbanding ilmu yang bermanfaat. Oleh yang demikian, media sosial perlulah
digunakan dengan cara yang betul agar manfaat daripadanya dapat diperoleh.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Cabaran Besar Belia Pewaris Negara oleh
Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub, Dewan Siswa, Mei 2016)

16. Masyarakat perlu menyambut baik kemunculan

A. Teknologi maklumat dan komunikasi

B. Gaya hidup moden
C. Media sosial
D. Kesantunan diri dan moral
17. Berdasarkan petikan, berikan maksud tanpa batasan?

A. tiada sempadan
B. tiada had
C. tiada batas
D. tiada halangan

18. Berikut ialah manfaat media sosial KECUALI

A. Mempromosikan produk
B. Digunakan dalam sistem pendidikan
C. Memudahkan perhubungan
D. Mengetahui isu semasa

19. Berdasarkan petikan, nyatakan dua perkara yang akan berlaku jika remaja gemar
berkurung di dalam bilik.

A. tidak mengenali kawan-kawan

B. tidak mengenali sanak saudara dan jiran tetangga
C. tidak mengenali masyarakat
D. tidak mengenali rakan-rakan

20. Berikut ialah pernyataan yang betul tentang penggunaan media sosial oleh masyarakat
KECUALI

A. Masyarakat memberi komen tanpa berfikir panjang melalui media sosial

B. Masyarakat bebas menyuarakan pendapat melalui media sosial
C. Masyarakat menggunakan media sosial untuk berkongsi ilmu bermanfaat
D. Masyarakat suka berkongsi tular negatif melalui media sosial

BAHAGIAN B [25 markah]

Tentukan pola ayat dasar berikut sama ada FN+FN, FN+FS, FN+FK dan FN+FA

21. Ibu membeli sepasang kasut baharu berwarna hitam.

_____________________________

22. Surat bersampul merah itu daripada Encik Ahmad.

____________________________

23. Pewangi keluaran syarikat itu sangat harum baunya.

____________________________

24. Universti Malaya ialah sebuah universti awam.

____________________________

25. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis satu
peribahasa yang sesuai.

Peribahasa :______________________________________________

Soalan 26 – 28
Baca petikan drama berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan.

MUZAFAR : Reaksi mak saya setelah mendapat tahu saya terlibat dalam ekspedisi ni dan
reaksi mak saya sebentar tadi jelas menunujukkan yang mak saya menyimpan suatu rahsia.
AZIZI : Tapi Zafar memang anak tunggal kan?
MUZAFAR : Begitulah saya diberitahu. Tapi, setelah berkenalan dengan Zam dan
mengetahui
latar belakangnya,saya mula meragui saya anak tunggal.
AZIZI : Abang pun tak tahu apa nak cakap, Zafar.
MUZAFAR : Abang tahu? Ketika kayak Zam dan Shamsul terbalik, saya membantu Zam
bukan kerana didorong oleh tanggungjawab petugas tempat peranginan
terhadap pelancong yang datang berkunjung, atau tanggungjawab insan normal
terhadap insan cacat. Saya menolong kerana digerakkan oleh suatu perasaan
lain yang amat sukar untuk saya gambarkan.
AZIZI : Ya, abang sudah mula memahami dilema yang dialami oleh Zafar.
MUZAFAR : Dan ketika saya dan Zam bersalaman dan berpelukan sebelum Zam
berangkat, saya diserbu oleh rasa sayu yang amat sangat hingga menyebabkan
air mata saya mengalir. Apakah benar ada kaitan antara saya dengan
Zam,bang?
Dipetik
daripada Drama Tenang-tenang air di tasik,
Antologi Bintang Hati , Tingkatan 3
Aras Mega (M) Sdn.Bhd.

26. Apakah reaksi emak Muzafar setelah mengetahui anaknya terlibat dengan ekspedisi?
_____________________________________________________________________

(3 markah)
27. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama ini.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)

28. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
membantu orang cacat?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
( 4 markah)

Soalan 29
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3

(i) Chot karya Azizi Haji Abdullah

(ii) Justeru Impian di Jaring Zaid Akhtar
(iii) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
(iv) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

Sikap positif watak utama dalam sesebuah novel wajar diteladani.

Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

[10 markah]

___________________________________________________________________________

BAHAGIAN C [15 markah]

Soalan 30

Arahan : Pilih satu soalan sahaja sama ada soalan i atau soalan ii

(i) Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian tulis ringkasan tentang kepentingan
mempelajari subjek Sejarah Panjangnya ringkasan hendaklah tidak 80 patah perkataan.

Dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek
pencapaian fizikal yang menjadi ukuran, malah pembangunan modal insan dilihat sebagai
elemen paling penting dalam menentukan jatuh bangun tamadun sesuatu bangsa. Remaja hari
ini perlu memikul tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan kesejahteraan bangsa dan
kemakmuran negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.
Dalam konteks ini, subjek Sejarah disandarkan harapan agar dapat menyemai
semangat patriotisme yang jitu dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, subjek ini
mampu memangkinkan perasaan dan tindakan semua warga untuk mempertahankan negara.
Malahan, subjek Sejarah merupakan pendekatan terbaik untuk memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan generasi muda. Peristiwa dan fakta yang dipelajari dalam subjek Sejarah
seperti perjuangan menuntut kemerdekaan sekiranya dihayati boleh menjana pemikiran yang
rasional dan matang antara kaum di negara kita. Era globalisasi yang melanda seluruh dunia
pula telah menjadikan masyarakat kita terutamanya anak muda mudah terdedah dengan
pembaharuan budaya berteraskan Barat. Perkara ini secara tidak langsung akan melunturkan
semangat kenegaraan.

Pembelajaran melalui subjek Sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan

ahli keluarga. Selain itu, subjek ini mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa,
masyarakat dan negara. Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum,
menjadi tanggungjawab setiap warga negaranya untuk memahami kebudayaan setiap kaum.
Jelaslah bahawa subjek Sejarah melahirkan sikap toleransi dalam diri rakyat negara ini.
Subjek Sejarah sebenarnya merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar. Kaedah
inkuiri ini menjadikan mereka memiliki nilai intelek iaitu nilai yang membina pemikiran
kritis dan objektif pelajar. Subjek ini juga berperanan mendidik aspek kemasyarakatan
seseorang seperti rasa keinsafan dan mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa
depan.

Namun begitu, subjek Sejarah sering dikesampingkan oleh pemahaman sempit

pelajar tentang kepentingannya. Pelajar memberi anggapan bahawa kerjaya yang berkait
dengan sejarah tidak menjamin masa depan mereka. Pelajar juga merasakan bahawa mereka
dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu
hinggalah ke tingkatan lima. Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan juga
merupakan salah satu punca subjek ini tidak diminati. Perkara-perkara sebegini perlu diberi
perhatian serius. Maka, wajarlah subjek Sejarah terus dimartabatkan bagi membina negara
bangsa Malaysia yang kuat dan berdaya saing di peringkat global
(Dipetik dan diubah suai daripada ‛Sejarah Perlu Dipelajari?’ oleh Abdul Ghani Abu,
Dewan Siswa, Januari 2009)

(i) Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya
antara 80 hingga 100 patah perkataan.

DESTINASI PELANCONGAN MENARIK DI MALAYSIA

LOKASI : Negeri Pahang
KEISTIMEWAAN : - Terumbu
karang
-Pantai yang cantik
-Flora dan fauna
JENIS PENGANGKUTAN:
-Bot
-Pengangkutan
udara
KEMUDAHAN: -Hotel
-Chalet
-Tempat Rekreasi

Kertas 2

Arahan : Jawab kedua soalan bahagian A dan bahagian B

BAHAGIAN A
[10 markah]

Berdasarkan gambar berikut, tulis 5 ayat berdasarkan gambar.

BAHAGIAN B
[30 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.
(i) Sekolah anda telah mengadakan program Minggu Bahasa.

Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, sediakan laporan program tersebut

selengkapnya.

(ii) Kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah mencetuskan
gaya hidup baharu pada hari ini.

Jelaskan tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh ibu bapa untuk mengelakkan
penyalahgunaa media sosial dalam kalangan anak-anak.

(iii)

Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi

Tulis sebuah karangan berdasarkan slogan di atas.

Anda mungkin juga menyukai