Anda di halaman 1dari 2

BERSAHABAT KERANA ALLAH

Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :

1. Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri


dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada
perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan
kerana Allah Ta’ala.
2. Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang
itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk
bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira
bercinta-cintaan kerana Allah.
3. Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang
itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia bisa
mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana
Allah.
4. Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya
merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang
berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-
sama dengannya.
5. Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam
hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka
cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun
dengan Allah.
6. Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa
menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk
menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik
dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah
persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita
ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah. Persahabatan dan
kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke


darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:


“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati
dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu
anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan
membantunya dengan berjaga malam dan demam.” (Riwayat Muslim)

Doa Rasulullah s.a.w.: “Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta
kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri
cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang
yang kehausan.”

Anda mungkin juga menyukai