Anda di halaman 1dari 2

9/29/2019 Resipi 4 generasi | Harian Metro

Resipi 4 generasi
MyMetro (Https://Www.Hmetro.Com.My) › Mutakhir (Https://Www.Hmetro.Com.My/Mutakhir)
Share
(https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/236689/resipi-4-generasi)

Tweet
(https://twitter.com/intent/tweet?ref_src=twsrc%5Etfw&text=Resipi%204%20generasi&tw_p=tweetbutton&url=https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/236689/resipi-4-
generasi)

Share
(https://plus.google.com/share?app=110&url=https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/236689/resipi-4-generasi)

PEKERJA meratakan bepang di atas rak khas.

Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

(mailto:)

Kuala Terengganu: Bepang pulut ialah makanan tradisional masyarakat Melayu dan sering dijadikan buah tangan bagi majlis perkahwinan di pantai timur.

Makanan berusia puluhan tahun itu yang diperbuat daripada tiga bahan asas iaitu beras pulut, manisan dan minyak.

Bepang adalah hidangan rangup dan rasanya manis kerana dicampur manisan. Antara kaedah penyediaan bepang pulut ialah beras pulut perlu dikukus dan dijemur hingga kering. Seterusnya
ia digoreng hingga menjadi bertih dan disira manisan yang dimasak.

–– ADVERTISEMENT ––

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/236689/resipi-4-generasi 1/5
9/29/2019 Resipi 4 generasi | Harian Metro
Pengusaha bepang pulut, Zakaria Ariffin, 63, dari Kampung Surau Panjang berkata, dia mewarisi pembuatan bepang pulut daripada ibunya sejak 30 tahun lalu.

“Ibu saya mewarisi pembuatan makanan tradisional itu daripada nenek. Kini pembuatan bepang ini melangkaui empat generasi dan kini cucu saya pula,” katanya di bengkel perusahaannya
Warisan Unggul Maju, di sini, semalam.

Menurutnya, isterinya Minah Osman, 65, juga mahir membuat bepang pulut dan banyak memberi tunjuk ajar kepada cucunya yang kini menceburkan diri dalam bidang pembuatan makanan
tradisional itu.

Katanya, setiap hari perusahaan yang dilakukanya itu akan menyiapkan 2,000 bungkusan kecil bepang pulut dan 1,000 bungkusan besar.

“Untuk menghasilkan makanan ini, beras pulut yang dikukus akan dijemur di atas tikar hingga kering sepenuhnya sebelum melalui proses lain iaitu menjadikan beras kering sebagai bertih,”
katanya.

Zakaria berkata, bepang dibungkus mengikut saiz iaitu empat saiz yang dijual dengan harga antara 60 sen hingga RM1.10.

“Kini saya mempunyai tujuh pekerja untuk menyiapkan bepang pulut di bengkel perusahaan yang dilakukan di kampung ini dan bepang ini difahamkan berasal dari Kampung Surau Panjang
sejak turun-temurun.

“Seiring arus pemodenan, makanan tradisional ini tidak dipinggirkan kerana bepang menjadi pilihan untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu di majlis perkahwinan,” katanya.

Menurutnya, tempahan untuk majlis perkahwinan tinggi dan bepang yang dihasilkannya tanpa bahan pengawet mampu bertahan hingga dua bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2017 @ 12:38 AM

Berita Berkaitan

(/agro/2018/06/352985/pembuatan-kuih-bepang-rumit) (/node/155874)
Pembuatan kuih bepang rumit (/agro/2018/06/352985/pembuatan-kuih-bepang-rumit) Terima kasih MARDI (/node/155874)

(/utama/2017/08/255268/rasa-sekali-nak-lagi) (/mutakhir/2018/05/342354/penangan-kuih-tiga-beradik)
Rasa sekali nak lagi (/utama/2017/08/255268/rasa-sekali-nak-lagi) Penangan 'kuih tiga beradik' (/mutakhir/2018/05/342354/penangan-kuih-tiga-beradik)

(/ekspresi/2018/07/362744/seperti-makan-di-rumah) (/node/95862)
Seperti makan di rumah (/ekspresi/2018/07/362744/seperti-makan-di-rumah) Ketupat palas sejuk beku (/node/95862)

(/mutakhir/2017/11/280712/cita-rasa-60) (/node/94265)
Cita rasa 60-an (/mutakhir/2017/11/280712/cita-rasa-60) Beras mengikat ASEAN (/node/94265)
Popular

Sanchez jaring gol dan diperintah keluar padang Seluruh jiwa raga pada PSG : Neymar
(https://www.hmetro.com.my/arena/2019/09/501836/sanchez-jaring-gol-dan-diperintah-keluar- (https://www.hmetro.com.my/arena/2019/09/501838/seluruh-jiwa-raga-pada-psg-neymar?
padang?utm_source=hm&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys) utm_source=hm&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys)

City makin himpit Liverpool

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/236689/resipi-4-generasi 2/5

Anda mungkin juga menyukai