Anda di halaman 1dari 9

.

0 SOROTAN LITERATUR

3.1 DEFINISI PENCEMARAN


Pencemaran
Pencemaran boleh dimaksudkan sebagai percampuran sesuatu benda atau perkara yang
tercemar masuk ke dalam sesuatu perkara yang positif. Perkara tercemar tersebut akan
memberikan kesan-kesan yang buruk kepada alam sekitar, budaya dan bangsa sekiranya
tidak di tangani. Disini penulis ingin menghuraikan secara terperinci pencemaran yang
boleh didapati di Malaysia.
Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:     

         i - Pencemaran alam sekitar


                 - Pencemaran air
                 - Pencemaran udara
                 - Pencemaran tanah
                 - Pencemaran radioaktif
                 - Pencemaran bunyi
                 - Pencemaran haba/ terma
                 - Pencemaran visual
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah,
menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari
aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang
membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhada
p sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling
yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah
pencemaran alam sekitar ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk
menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-
wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan
secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus
orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi
kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang
menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan
keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila
membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan
berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang
yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan
terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang
tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran
alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak
kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka
seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama
yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan
pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan.
Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air
terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek
pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang
berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam
kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam
sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal
terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran
alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah


pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-
pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari
satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada
pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan
flora dan fauna disekitarnya.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga
menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak
kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang
dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira
masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan
bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus


diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia
penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah
pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan
flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari
pencemaran alam sekitar.

3.2 DEFINISI LESTARI


Menyingkap makna lestari

     Lestari takrifnya menurut Kamus Dewan edisi yang keempat adalah tidak berubah-
ubah, kekal, tetap. Yakni apabila membincangkan hal melestarikan maka membawa
maksud menetapkan dan mengekalkan sebagai contoh hutan. Sementara kelestarian itu
sendiri merujuk kepada keadaan sebagai contoh hutan, persekitaran dan lain-lain yang
tidak berubah atau terpelihara. Akhir sekali kata pelestarian pula membawa maksud
perlindungan daripada kemusnahan.

     Pengenalan kepada pembangunan lestari bagi negara Malaysia adalah pada tahun
1973. Pada tahun ini Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi,
Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Walau bagaimanapun, kementerian ini telah
dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI)
pada tahun 1976.

     Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan usaha untuk menjana pengetahuan
kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Kementerian
ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang
sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di
peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka
masa panjang.
  
  Objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan
terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-
bidang yang berkaitan dengan S&T.Memelihara dan memantau alam sekitarMenyediakan
perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan.

3.3 DEFINISI SUMBER (nama)


1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,
2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,
Kata Terbitan : bersumber,

4.5 MENJADIKAN LAUT SEBAGAI KAWASAN TARIKAN PELANCONG DEMI


MENGEKALKAN KEINDAHAN ALAM
Malaysia juga mempunyai kawasan persisiran pantai yang indah dan menarik.

Keindahan persisiran pantai yang menyamankan dan persekitaran yang

mempesonakan merupakan aset penting negara dalam membantu menarik pelancong

tempatan dan luar negara datang berkunjung mahupun menginap di Malaysia. Di

mana kawasan persisiran pantai dan pulau yang wujud di Malaysia telah menjadi

tumpuan kepada para pelancong asing mahupun domestik sebagai destinasi

pelancongan utama mereka.

Antara keindahan pantai yang menarik dan menjadi tumpuan pelancong utama di

Malaysia seperti Pantai Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan dan Pantai

Irama dan Pantai Cahaya Bulan di negeri Kelantan. Keindahan pantai tersebut telah

menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri. Isu yang harus di ambil kira

ialah apakah faktor sebenar yang boleh menarik pengunjung untuk datang di kawasan

pantai sebagai destinasi pelancongan mereka? Pelancongan kawasan pantai di

sesetengah negeri yang berpotensi masih ada lagi yang terbiar dan tiada usaha

mahupun tindakan untuk membangunkan kawasan pantai tersebut terutamanya

kawasan pantai yang berpotensi sebagai kawasan pelancongan pantai. Pembangunan

sektor ini bukan sahaja dapat membantu menarik kedatangan pelancong ke kawasan

pantai mereka malahan dapat membantu menambahkan pendapatan seisi keluarga

dengan membuka perniagaan di kawasan tersebut seperti kedai makan, barangan

kraftangan dan sebagainya. Justeru itu, adakah pantai yang menarik, persekitaran

yang nyaman dan wujudnya kemudahan infrastruktur yang baik atau disebabkan oleh

faktor lain yang membolehkan pelancong datang kesana. Antara faktor tarikan lain
adalah disebabkan pantai yang menarik, kemudahan yang lengkap, penginapan selesa,

berhampiran dengan kawasan tempat tinggal, nilai wang yang berpatutan.

Kepentingan memulihara laut adalah laut merupakan sumber utama air yang

diberikan kepada makhluk hidup di bumi, malah laut juga menjadi tempat sumber

pendapatan kepada manusia.

Selain itu, usaha–usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan laut sebagai kawasan

pelancongan adalah membina dan menaiktarafkan sistem perkhidmatan terutamanya

dalam sektor perhotelan dan resorts yang berdekatan dengan pantai. Ini kerana selain

daripada keindahan pantai pelbagai kemudahan penginapan adalah penting untuk

disediakan bagi kemudahan pengunjung. Ini dapat menggalakkan pelancong untuk

berkunjung ke pantai .Seterusnya, meningkatkan dan menaiktaraf serta memelihara

keindahan dan persekitaran Pantai. Kebersihan adalah di antara faktor penting untuk

pelancong tempatan dan antarabangsa untuk berkunjung dikawasan pantai.

Disamping itu, mempromosi laut sebagai kawasan pelancongan secara meluas dan

berkesan Memberi pembangunan yang lengkap di sesuatu kawasan pelancongan

salah satu proses memperkenalkan kawasan pelancongan. Ini seperti yang telah

dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap Pulau Langkawi. Dengan usaha yang

dijalankan seperti Tahun Melawat Malaysia, Fiesta Flora, sukan air seperti “Monson

Cup” dan festival yang lain telah dapat membantu menarik lebih ramai lagi para

pelancong asing dan tempatan untuk bercuti serta mengenali Malaysia dengan lebih

mendalam. Juga promosi besar-besaran dan pembangunan yang lengkap terhadap

Pulau Langkawi kini Langkawi terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan

utama bukan sahaja di Malaysia, bahkan di peringkat ASEAN. Oleh itu, ia juga
dapat membantu memperkenalkan serta mempromosikan Malaysia di seluruh dunia

sebagai kawasan percutian yang menarik dan mempesonakan.

Sesungguhnya, memperluaskan lagi kemudahan infrastruktur di kawasan

pelancongan terutamanya di Pantai Irama kerana kemudahan yang baik dan sempurna

akan menentukan jumlah kedatangan pelancong. Kemudahan tersebut seperti

menyediakan kemudahan jalinan lebuhraya yang sempurna dan selamat untuk

memudahkan pelancong untuk akses ke tempat pelancongan seperti di Pantai Irama.

Pada 12 March 2018, Yang di-Pertua Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

menyatakan bahawa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa perihatin

terhadap isu pemuliharaan biodiversiti marin terutamanya perairan yang telah

diwartakan sebagai taman laut. Hasil usaha Kementerian telah menjadikan pulau yang

mana perairanya diwartakan sebagai taman laut destinasi pelancongan yang penting

di negara kita. Salah satu taman laut yang sering dikunjungi oleh pelancong

antarabangsa adalah Taman Laut Pulau Payar, Kedah. 72% pelancong ke Pulau ini

adalah pelancong antarabangsa. Kedatangan pelancong ke taman laut negara kita

memberi faedah dari segi pembangunan ekonomi negara dan penduduk setempat.

Berdasarkan kajian pada tahun 2011, jumlah sumbangan ekonomi Taman Laut Pulau

Payar adalah RM 174 juta setahun. Sumbangan Taman Laut Pulau Payar dari segi

limpahan sumber perikanan dianggarkan bernilai RM 123 juta setahun. Pemantauan

oleh Jabatan Taman Laut Malaysia juga menunjukkan bahawa kepadatan populasi

ikan di Taman Laut Pulau Payar juga merupakan antara yang tertinggi berbanding

Taman Laut yang lain. Perairan Taman Laut Pulau Payar juga merupakan kawasan
persinggahan spesies marin bermigrasi seperti yu paus yang ikan marlin. Nilai estetik

yang menjadi daya tarikan pelancong pula bernilai RM 50 juta setahun.

Oleh yang demikian, sumber biodiversiti marin yang terdapat di pulau ini perlu

dipelihara melalui kawalan aktiviti pelancongan untuk memastikan kelangsungan

biodiversiti yang menjadi punca pendapatan kepada operator pelancongan di Pulau

Langkawi dan Alor Setar, Kedah serta Pulau Pinang. Isu lain yang perlu diberi

perhatian sewajarnya adalah kedamparan sampah yang hanyut dari kawasan yang lain

terutamanya semasa Monsoon Barat Daya pada bulan April hingga September.

Kementerian saya melalui Jabatan Taman Laut Malaysia menyediakan peruntukan

bagi menangani isu ini. Namun, untuk jangka masa panjang isu sampah laut perlu

ditangani secara holistik kerana ia melibatkan pelbagai agensi dan pihak

berkepentingan. Pemerhatian Jabatan Taman Laut Malaysia juga mendapati terdapat

sampah yang hanyut daripada negara jiran. Selain itu, kemudahan asas untuk

menyokong aktiviti ekopelancongan juga perlu disediakan dan dinaiktaraf.

Kementerian saya dan Lembaga Pembangunan Langkawi di bawah Kementerian

Kewangan memandang berat isu penyediaan kemudahan untuk mengurangkan impak

aktiviti ekopelancongan serta kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada

pengunjung ke Taman Laut Pulau Payar, Kedah. Unit Perancang Ekonomi pada tahun

2015 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 20.9 juta kepada Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah Inisiatif Blueprint Pelancongan Langkawi

untuk Naik Taraf Kemudahan Pelancongan dan Penggantian Bot Dan Pemerkasaan

Konservasi Biodiversiti Marin Taman Laut Pulau Payar, Kedah. Projek ini

dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap November 2018.


Kementerian saya juga melaksanakan pemantauan berkala kualiti air marin dan tahap

kesihatan terumbu karang di taman laut. Jabatan Taman Laut di bawah Kementerian

saya telah memasang stesen tetap pemantauan kualiti air marin yang mana parameter

fizikal seperti suhu, pH, Oksigen terlarut, dan saliniti dipantau secara harian.

Sebarang perubahan kepada persekitaran yang boleh menjejaskan kesihatan terumbu

karang boleh dikesan serta merta dan tindakan remediasi boleh diambil. Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar buat masa ini tiada perancangan untuk menutup

Taman Laut Pulau Payar untuk tempoh tertentu dalam setahun. Ini adalah kerana,

sampah dan sisa makanan dikeluarkan daripada pulau tersebut pada setiap hari. Bagi

memastikan kebersihan dan keindahan Taman Laut Pulau Payar, Jabatan Taman Laut

Malaysia juga menggunakan perkhidmatan kontraktor pembersihan yang

membersihkan kumudahan awam di Pusat Taman Laut Pulau Payar pada setiap hari.

Selain itu, Kementerian saya juga akan membuat penyelenggaraan terhadap sistem

kumbahan Pusat Taman Laut Pulau Payar agar tidak berlaku pemcemaran

persekitaran marin pulau tersebut dan menjejaskan kesihatan pelancong ke Pulau

tersebut. Langkah-langkah ini boleh meminimakan risiko pencemaran akibat industri

pelancongan.

Justeru itu, kerajaan dan masyarakat perlulah berganding bahu memainkan peranan

masing-masing bagi memperkenalkan dan meningkatkan laut sebagai destinasi

kawasan pelancongan di Malaysia demi mengekalkan keindahan alam.


6.0 BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

https://www.academia.edu/13929989/DEFINISI_PENCEMARAN

http://lestary2u.blogspot.com/2012/03/menyingkap-makna-lestari.html?m=1

http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sumber

https://www.researchgate.net/publication/321966131_Faktor_Tarikan_Pelancong

an_Pantai_Kajian_Kes_Di_Pantai_Irama_Bachok_Kelantan

http://www.kats.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=

%20%20%20%201649

Anda mungkin juga menyukai