Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Bismillahi ..........
Buat ketupat bersama rendang
Jadi hidangan di waktu malam
Kami mengucapkan selamat datang
Ke majlis penutup Karnival dakwah islam

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan dif-dif kehormat, NAZRI


para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup
Karnival Dakwah Sekolah rendah Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun
2019 Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,


majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil
tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian bersedia untuk berdiri menyanyikan Lagu Negaraku dan
alunan Nasyid Asmaulhusna sebaik sahaja Yang Amat Mulia Dato
Baginda Undang Luak Johol serta dif-dif kehormat mengambil tempat.

UCAPAN PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Yang Amat Mulia Dato Baginda Luak


Johol Tuan Haji Sahabudin Bin Hj Ibrahim (Timbalan Undang
Luak Johol) ke Karnival Dakwah Sekolah Peringkat Daerah Kuala
Pilah Tahun 2019.

 Pegawai Protokol akan mengiringi Yang Berbahagia Dato’ ke


tempat duduk VIP
 Lagu Negaraku dimainkan dan Nasyid Asmaulhusna.

Yang Amat Mulia Dato’, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian dijemput
duduk.

1
BACAAN DOA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan
limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah
sempena Karnival Dakwah Sekolah Tahun 2019.

Majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz..................., dari SK.Kepis Felda,


untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz.......


Pimpinan bacaan doa itu tadi.

SENARAI VIP DAN JEMPUTAN

1. Yang Amat Mulia Dato Baginda Luak Johol Tuan Haji Sahabudin
Bin Haji Ibrahim (Tim.Undang Luak Johol)

2. Yang Berusaha Tuan Nor Hashim Bin Othman( Pegawai


Pendidikan Daerah Kuala Pilah

3. Yang Berbahagia Pn.Hajjah Normala binti Tomadi( Penolong


Pegawai Pendidikan Daerah bahagian j-QAF)

4. Yang Berbahagia……………………………. GB sk Nuri

5. Dato-Dato

6. Ketua-ketua jabatan

7. Guru-guru besar & Guru-guru Penolong kanan yang sempat


hadir.

8. Ketua-ketua sektor

9. Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran


Negeri Sembilan

10. Para Jemaah Hakim

11. Para jemputan, guru-guru, murid-murid serta hadirin dan hadirat


sekalian

2
 ULASAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM

PERSEMBAHAN PEMBUKAAN

Hadirin dan Hadirat Sekelian,

Bagi menyerikan lagi majlis hari ini,marilah kita sama-sama saksikan


persembahan Kalam Say’bi yang bertajuk………………………… Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.Untuk Makluman


semua,persembahan sebentar tadi terdiri daripada pelajar-pelajar
Sk…………… dan di bimbing oleh ustaz………………………….

UCAPAN ALU-ALUAN (Tuan KPPD)

Sayang melukut ditepi gantang


Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi, kerana dengan


limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam majlis
Penutupan Karnival Dakwah Sekolah Tahun 2019.Anjuran Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Pilah.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Mulia Dato Baginda luak
Johol, dif-dif kehormat, serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, Karnival Dakwah Sekolah telah diadakan


selama 2 hari bermula dari 23 Sept 2019 dan akan berakhir pada petang ini
24 Sept 2019.

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH – PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


K.PILAH

Hadirin yang dihormati,

Majlis pada tengahari /petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh
Tuan NOR HASHIM BIN OTHMAN, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala

3
Pilah.Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pegawai


Pendidikan Daerah di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi....

UCAPAN PENUTUP – Yang Berbahagia Dato.............


(Pantun)
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Amat
Mulia Dato Baginda Luak Johol Tuan Haji Sahabudin Bin Haji Ibrahim
(Timbalan Undang Luak johol) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menutup secara rasmi Karnival Dakwah Sekolah Peringkat Daerah Kuala
Pilah Tahun 2019. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Yang Amat


Mulia Dato sebentar tadi.

*Mohon Yang Amat Mulia Dato untuk terus berada diatas pentas bagi majlis
penyampaian hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL

Seterusnya Penyampain Hadiah dan Sijil.

Untuk menyempurnakan acara, dijemput semua dif-dif kehormat naik ke


pentas bagi mengiringi Yang Amat Mulia Dato Baginda Luak Johol Tuan Haji
Sahabudin Bin Haji Ibrahim untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan :

Pertandingan Kuiz.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : Sekolah Kebangsaan...............


Tempat Kedua : Sekolah Kebangsaan...............
Tempat Pertama : Sekolah Kebangsaan..............

Pertandingan Kalam Sya’bi.

Hanya tiga penyertaan sahaja.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK..................................


Tempat Kedua : SK ................................
Tempat Pertama : SK ...............................

4
Pertandingan Kalam Jama’i

Tempat Ketiga dimenangi oleh : Sk ..................................


Tempat Kedua : Sk .................................
Tempat Pertama : Sk .................................

Seterusnya dijemput wakil dari sekolah-sekolah berikut,untuk


menerima siji penyertaan:

1. Sk....
2. Sk...
3.

*Rujuk lampiran keputusan hakim.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Mulia Dato Baginda
Luak Johol Tuan Haji Sahabudin atas kesudian itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn Nor Hashin Bin


Othman, Pegawai Pendidikan,Daerah Kuala Pilah, menyampaikan
cenderamata kepada Yang Amat Mulia Dato Baginda Luak johol Tuan Haji
Sahabudin Bin Hj.Ibrahim ,Timbalan Undang Luak Johol. Majlis
mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Mulia Dato
Baginda..

Persembahan Pemenang Kalam Jama’i

Hadirin dan hadirat yang di rahmati Allah,

Sebelum tirai berlabuh,tidak adil rasanya jika johan bagi pertandingan kalam
jama’i pada hari tidak mempertotonkan pada hadirin sekalian.

Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan

5
kumpulan ....................................dari sekolah ......................................untuk
naik ke pentas, di persilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis penutupan Karnival Dakwah Sekolah peringkat


Daerah Kuala Pilah Tahun 2019 pada petang ini. Semoga kecemerlangan
pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan,
masyarakat dan negara.

Majlis Mengucapkan Tahniah kepada yang berjaya,dan teruskan usaha


kepada semua yang menyertai,

Majlis seterusnya menjemput Yang Mulia Dato Baginda diiringi Pegawai


Pendidikan Daerah, dif-dif kehormat, para jemputan serta hadirin sekalian
untuk ke Majlis Jamuan Ringan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka Karnival Dakwah Sekolah bagi
tahun 2019 menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
telah menjayakan dan menghadiri Karnival Dakwah Sekolah pada tahun ini
dan majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan didalam peti
Majlis penutupan selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali

Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

Anda mungkin juga menyukai