Anda di halaman 1dari 5

Unit 2 Aktiviti 8

Peraturan Jalan Raya

Patuhi Peraturan Jalan Raya


Aktiviti 8
A) Susun perkataan di bawah menjadi ayat perintah yang betul.

melintas jalan raya orang dewasa dengan


Berpimpin apabila tangan
Berpimpin tangan dengan orang dewasa

apabila melintas jalan raya.

kancingkan Pakai yang bersesuaian dan


saiz topi dengan betul keledar
Pakai topi keledar yang bersesuaian

saiz dan kancingkan dengan betul.

keluar bebendul Masuk dari kereta


di bahagian dan jalan
Masuk dan keluar dari kereta

di bahagian bebendul jalan.

melintas jejantas Gunakan untuk sibuk


jalan yang raya
Gunakan jejantas untuk melintas

jalan raya yang sibuk.

B) Pilih dan tulis salah satu ayat di atas menggunakan tulisan berangkai.

40
Unit 2 Aktiviti 9
Peraturan Jalan Raya

Amalkan Peraturan Jalan Raya


Aktiviti 9
Padankan peraturan jalan raya yang berikut dengan pengguna
jalan raya yang tepat.

Berjalan
di lorong pejalan kaki.

Berdiri di tempat yang selamat


untuk menaiki kenderaan.

Pakai topi keledar


dengan betul.

Berjalan menghadap
lalu lintas.

Masuk ke dalam kenderaan


di bahagian bebendul jalan.

Naik motosikal
di bahagian bebendul jalan.

Guna lima langkah melintas.

Jangan ganggu pemandu.

Pegang penunggang
motosikal dengan erat.

Melintas dengan
orang dewasa.

Duduk di belakang
penunggang motosikal.

Pakai tali pinggang keledar.

44
Unit 2 Aktiviti 10
Peraturan Jalan Raya

Amalkan Peraturan Jalan Raya


Aktiviti 10
Pilih satu daripada tiga jenis pengguna jalan raya dan tulis karangan
berdasarkan aktiviti 9.

Nama saya Anuar. Saya murid tahun dua. Setiap hari, saya

berjalan di laluan pejalan kaki. Ketika berjalan, saya berjalan

menghadap lalu lintas.

Saya juga mengamalkan lima langkah melintas dengan

selamat ketika melintas jalan raya. Sebagai murid tahun dua,

saya perlu berpimpin tangan dengan orang dewasa ketika

berjalan dan melintas supaya saya sentiasa selamat.

45
Unit 2 Aktiviti 11
Peraturan Jalan Raya

Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya


di Kawasan Kamu
Aktiviti 11
Padankan gambar situasi dengan peraturan yang sesuai.

Jangan melintas
di antara dua
buah kenderaan
yang diletakkan.

Sentiasa memakai
topi keledar
walaupun untuk
perjalanan yang
dekat.

Jangan melintas
jalan sehingga
bas telah
meninggalkan
hentian bas.

Tunggu sehingga
orang dewasa
membuka pintu
dan memimpin
anda.

Jangan bermain
di jalan raya.

49
Unit 2 Aktiviti 12
Peraturan Jalan Raya

Patuhi Peraturan Jalan Raya


Aktiviti 12
Tulis ayat perintah yang sesuai tentang peraturan sebagai penumpang
kenderaan.

• Sila tunggu bas di hentian bas yang disediakan.

• Sila beratur untuk menaiki bas.

• Sila duduk di tempat duduk yang disediakan.

• Sila turun dan naik dari kenderaan di bahagian

bebendul jalan.

• Dilarang berlari atau bermain-main di dalam kenderaan.

• Jangan mengganggu pemandu yang sedang memandu.

53

Anda mungkin juga menyukai