Anda di halaman 1dari 2

﴾ KOD : 07 ﴿

CARA BERTAYAMUM

SOALAN L7.1 Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna


JAWAPAN Cara bertayamum ialah:
1) Sediakan debu yang suci
2) Menghadap kiblat
3) Membaca : ‫الرِح ِيم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
4) Menyebut lafaz niat tayamum seperti:
ِ ِ‫اللالَةِ ل‬
‫له تَ َعالَى‬ َّ ‫ض‬ِ ‫اح ِة فَ ْر‬ ِ ِ
َ َ‫يت التَ يَ ُّم َم الستب‬
ُ ‫نَ َو‬
5) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka
sambil berniat. “ Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat
fardu kerana Allah Taala” dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.
6) Menipiskan / mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh
kedua-dua tangan di luar tempat debu.
7) Menyapu debu ke muka.

Catatan:
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak
telinga kanan ke anak telinga kiri.

8) Membuangkan debu yang telah digunakan / Mustakmal [ ‫] ُم ْستَ ْع َمل‬ yang


masih melekat di tapak tangan.
9) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka
untuk kali kedua di tempat yang lain kemudian menipiskannya dengan
meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
10) Menyapu tangan kanan dengan cara:
10.1 Melekatkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan kecuali
ibu jari.
10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan.
10.3 Genggaman sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku.
10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan
kedudukan ibu jari terangkat.
11) Menyapu tangan kiri dengan cara :
11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri kecuali
ibu jari.
11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan kiri.
11.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke
siku.
11.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
11.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan
kedudukan ibu jari terangkat.
11.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
12) Menyelati jari kanan dan kiri.

Anda mungkin juga menyukai