Anda di halaman 1dari 5

4.

0 Cadangan Dan Tindakan Yang Diambil Oleh Pihak Kerajaan Untuk


Mengatasinya

4.1 Mewajibkan pemeriksaan kesihatan ke atas pemandu


Mewajibkan pemeriksaan kesihatan ke atas pemandu merupakan salah satu
cadangan dan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah
peningkatan permintaan pengangkutan awam di bandar. Berdasarkan Undang-
Undang Malaysia Akta Pengangkutan Jalan Akta 1987, bahagian II Pengelasan,
Pendaftaran Dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu, seksyen
30(1) dibawah perkara “peruntukan mengenai kesihatan jasmani pemohon bagi
lesen memandu dan pemegangnya” menyatakan dalam sesuatu permohonan untuk
pemberian suatu lesen memandu oleh pemohon yang disebut dalam subseksyen
27(1), pemohon hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang ditetapkan
sama ada atau tidak dia menghidap apa-apa penyakit atau ketidakdayaan jasmani
sebagaimana dinyatakan dalam borang itu atau menghidap apa-apa penyakit atau
ketidakdayaan jasmani lain yang mungkin menyebabkan pemanduannya akan suatu
kenderaan motor iaitu suatu kenderaan daripada sesuatu kelas atau perihalan yang
dia dibenarkan memandu mengikut lesen memandu itu menjadi suatu punca bahaya
kepada orang awam.(
Menurut akhbar sinar harian bertarikh 22 April 2020 menyatakan Kementerian
Kesihatan (KKM) tidak membuat sebarang ketetapan kadar caj pemeriksaan
kesihatan ke atas pemandu e-hailing yang memohon atau memperbaharui lesen
kenderaan pengangkutan awam (PSV). Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye
berkata, ini kerana fokus kementerian adalah untuk memastikan setiap pemeriksaan
kesihatan itu dijalani mengikut keperluan ditetapkan dan prosedur yang betul (Sinar
Harian, 2020). Dengan adanya langkah yang mewajibkan pemeriksaan kesihatan ke
atas pemandu, industri pengangkutan awam negara boleh mengenalpasti hanya
pemandu-pemandu yang berada pada tahap kesihatan yang terbaik sahaja yang
menjalankan aktiviti pangangkutan awam darat seperti teksi dan kenderaan e-
hailing.
Langkah ini juga dapat mengurangkan persaingan sengit antara pemandu teksi
dan pemandu kenderaan e-hailing. Hal ini kerana pada masa kini, terdapat
peningkatan yang mendadak dalam kalangan pemandu e-hailing khususnya
dibahagian pusat bandar. Pemandu e-hailing yang terkesan akibat penggabungan
Grab dan Uber di Asia Tenggara boleh berdaftar dengan aplikasi e-hailing terbaru
iaitu MyCar. Pengasas MyCar Mohd Noah Maideen berkata, apabila kedua-dua
syarikat pengendali e-hailing itu bergabung, pemandu yang berdaftar dengan
mereka dilihat tiada hala tuju sekali gus turut memberi kesan kepada pengguna.
Menurutnya, ini kerana pengguna e-hailing di negara ini dianggarkan berjumlah 23
juta, manakala pemandu kira-kira 200,000 orang.
“Jadi dengan kewujudan aplikasi MyCar, sekurang-kurangnya dapat
menyelamatkan pemandu e-hailing tidak kira sepenuh masa atau sambilan
untuk terus berada dalam industri ini. Sejak penggabungan (Grab dan Uber)
berkenaan, pemandu e-hailing berdaftar dengan MyCar meningkat sebanyak
11,000 pemandu dan pengguna pula kepada 57,000 orang (Harian Metro,
2018).

Justeru, dengan adanya langkah seperti ini dijalankan oleh pihak kerajaan
khususnya bagi pihak Kementerian Kesihatan risiko seperti pemandu yang tidak
waras, sakit atau mempunyai penyakit berjangkit yang mempunyai risiko untuk
menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut dapat dielakkan. Selain itu juga ia
bertujuan untuk menyamaratakan persaingan yang sihat dalam kalangan pemandu
e-hailing dan juga pemandu teksi di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.

4.2 Penyediaan Dan Pelaksanaan Insurans Penumpang


Kontrak insurans merupakan satu perjanjian undang-undang diantara insured
daninsurer. Di bawah kontrak insurans, insurer berjanji untuk memberikan
perlindungan insurans kepada insured selagi insured mematuhi syarat-syarat
kontrak. Insured pulabersetuju untuk membayar premium sebagai balasan kepada
jaminan insurer. Kedua-dua pihak insured dan insurer mempunyai tanggungjawab
masing-masing yang perlu dipenuhi selagi kontrak insurans berkuatkuasa. Insured
dikehendaki memenuhi syarat-syarat kontrak, seperti membayar premium
yangditetapkan, mematuhi prinsip-prinsip kontrak insurans dan mematuhi lain-lain
syaratdan terma yang ditetapkan di dalam kontrak. Insurer pula dikehendaki
memberikanperlindungan insurans iaitu membayar ganti rugi sekiranya berlaku
kerugian yang diinsuranskan (Hendon Redzuan & Rubayah Yakob, 2006).
Sekiranya ada pihak yang tidak memenuhi tanggungjawab sebagaimana
yangdiperuntukkan di dalam kontrak, maka ia dianggap telah memungkiri
kontrak.Andainya pihak insurer memungkiri kontrak insurans, insured dibolehkan
untukmengambil tindakan undang-undang ke atas insurer. Jika insured melanggari
syarat-syarat kontrak, maka insurer pula dibolehkan untuk menolak tuntutan ganti
rugi ataumembatalkkan perlindungan yang diberikan kepada insured (Hendon
Redzuan & Rubayah Yakob, 2006).
Berdasarkan Panduan Insurans dan Takaful disemak pada 18 Ogos 2017, secara
umumnya, premium/caruman yang dikenakan untuk perlindungan atau penyediaan
insurans/takaful atau penyediaan pengangkutan bagi penumpang atau barang untuk
memberi perlindungan risiko berhubung dengan pengangkutan antarabangsa adalah
tertakluk kepada cukai pada kadar sifar (Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2016).
Secara ringkasnya, penyediaan dan pelaksanaan insurans penumpang ini sangat
penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan penumpang bagi
perkhidmatan awam darat seperti teksi dan pelbagai jenis perkhidmatan
pengangkutan awam e-hailing.
Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Nancy Shukri
menyatakan, pemandu perkhidmatan kongsi kereta Uber dan Grabcar akan
diwajibkan mengambil insurans untuk penumpang sebaik sahaja undang-undang
perkhidmatan e-hailing dikuatkuasakan dalam tempoh setahun ini. Tambah beliau
lagi;
“Ia antara syarat lain bagi perkhidmatan itu seperti syarat minimum usia
kenderaan, perlu menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan
Berkomputer (PUSPAKOM) dan ujian pemeriksaan kesihatan pemandu” (Berita
Harian, 2017).

Menurut akhbar yang bertarikh 3 Ogos 2017 itu juga, pihak kerajaan sedang
memperhalusi syarat yang akan dikenakan kepada pemandu Uber dan Grabcar
apabila undang-undang dilaksanakan nanti. Setakat ini, sudah banyak syarat yang
dibincangkan bersama dipersetujui pemandu Uber dan Grabcar serta Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Ada pemandu minta supaya kenderaan berusia
lebih tujuh tahun menjalani pemeriksaan PUSPAKOM dan pembiayaan bayaran
pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Sehubungan dengan
itu, kerajaan sedang mempertimbangkan keputusan untuk perkara itu. Apa yang
penting, keselamatan pemandu dan penumpang menjadi keutamaan. Pada 27 Julai
lalu, Rang undang-undang (RUU) membabitkan perkhidmatan e-hailing seperti Uber
dan Grabcar diluluskan di Dewan Rakyat. Ia membabitkan RUU Pengangkutan Awam
Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
(Pindaan) 2017 yang dibentangkan secara berasingan. Menerusi kelulusan dua rang
undang-undang itu, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang mengawal selia
perkhidmatan e-hailing secara sah. (Berita Harian, 2017).

4.3 Mewajibkan Kenderaan E-Hailing Berdaftar Dengan Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)
Langkah lain yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah peningkatan yang semakin
meningkat terhadap perkhidmatan awam darat dan bagi mengatasi masalah
persaingan antara pemandu teksi dan kenderaan e-hailing. Dalam mesyuarat kedua
parlimen ketiga belas penggal kelima yang bertarikh 15 ogos 2017 (selasa), ahli
dewan negara Datin Rahimah Binti Haji Mahamad ada berhujah mengenai rang
undang-undang Akta Pengangkutan Awam Darat (pindaan) 2017 ada menbahaskan
tentang isu ini;
“Bagaimanakah SPAD akan menetapkan satu peraturan dan kaedah
selenggara daftar pemandu yang berdaftar untuk mengendalikan kenderaan
yang menawarkan perkhidmatan aplikasi e-hailing kaedah dan ketetapan
peraturan-peraturan yang setakat yang praktik pelesenan pemandu atau
pelesenan kenderaan motor agar rekod pendaftaran yang dipegang oleh syarikat
aplikasi ehailing dapat di pantau sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPAD”
(Rahimah Mahamad, 2017).

Bagi menjawab kepada isu tersebut, ahli dewan rakyat Dato’ Sri Hajah Nancy
binti Shukri ada menjelaskan isu tersebut setelah mendapat keizinan daripada Yang
Di-pertua dewan rakyat menjelaskan;
“Jadi saya sentuh di sini di mana SPAD telah meminta supaya syarikat-
syarikat ini memberi data-data mereka yang hendak memohon driver-driver
potensi ini, dengan izin, yang ingin menjadi pemandu partner e-hailing ini
supaya mereka dapat screen, dengan izin, saringkan dan dibawa kepada PDRM
supaya dapat screen, dengan izin, rekod sama ada, ada criminal record ataupun
apa juga maklumat yang ada di dalam rekod pihak PDRM. Jadi ini boleh
membantu bukan sahaja syarikat tetapi juga pemandu sendiri dan juga kepada
penumpang. Jadi ini adalah penambahbaikan yang belum kita menunggu
kelulusan ini, tidak perlu ditunggu kelulusan ini. Jadi dari segi keselamatan
pemandu ataupun keselamatan pengguna juga ataupun penumpang, semuanya
diambil kira. Pada masa ini dari segi datanya, walaupun belum muktamad
datanya sebab kita masih dalam proses menerima data-data ini. SPAD telah
meminta supaya semenjak bulan Jun yang lalu, supaya setiap syarikat ini
mengemukakan data ini kepada SPAD. Syukur alhamdulillah, kebanyakannya
mereka memang mematuhi arahan kita kerana ini adalah untuk kebaikan
mereka sendiri” (Nancy Shukril, 2017).

Berdasarkan hujah dan perbahasan yang telah dinyatakan, jelas sekali pihak
kerajaan Malaysia sangat mengambil berat berkenaan isu ini. Selain itu, dewan
negara ada juga berbahas mengenai i isu perundangan yang boleh dihadapi dengan
syarikat e-hailing yang berasal dari luar negara terutamanya bagi perkhidmatan
Uber. Menjawab kepada isu tersebut jelas Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
“walaupun asal mereka adalah daripada luar negara tetapi kalau mereka hendak
beroperasi di dalam negara, mereka perlu mendaftar. Syarat-syarat kelayakan ialah
syarikat e-hailing yang ingin mendapatkan intermediary business di bawah Akta
Pengangkutan Awam Darat 2010 ini untuk berdaftar dengan SSM dan mempunyai
sekurangkurangnya satu Pengarah yang merupakan warganegara Malaysia dan
menetap di Malaysia” ( Nancy Shukri, 2017).

4.4 Melaksanakan Pemantauan Dan Kawal Selia Aplikasi E-Hailing (Grab)


Melaksanakan pemantauan dan kawal selia aplikasi e-hailing (grab) juga merupakan
antara langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam mengatasi masalah
peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan awam darat serta bagi
mengurangkan persaingan diantara perkhidmatan e-hailing dan perkhidmatan teksi.
Menurut kenyataan yang diperoleh daripada keratan akhbar Berita Harian bertarikh
11 Julai 2018, perkhidmatan e-hailing akan dikawal selia oleh kerajaan melalui Akta
Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (Pindaan) 2017. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, melalui
akta itu syarikat e-hailing mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) sebagai Perniagaan Pengantaraan dan perlu membayar fi yang
ditetapkan. (Berita Harian, 2018).
Menurut Berita Harian lagi, syarat tersebut dikenakan kepada industri e-hailing
adalah selari dengan industri teksi dari segi syarat kelayakan permohonan lesen,
kenderaan, kelayakan pemandu dan operasi, bagi memberikan kesaksamaan kepada
industri teksi. Selain itu, Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)
2017 yang antara lain meluluskan pindaan untuk mengawal selia perkhidmatan e-
hailing. Bagi menyelaras dasar dan pelaksanaan kawal selia ke atas perkhidmatan e-
hailing di seluruh negara, pindaan kepada Akta 334 adalah diperlukan bagi
pelaksanaan yang sama di negeri Sabah dan Sarawak. Pindaan ini membolehkan
perkhidmatan ini turut dikawal selia di Sabah dan Sarawak memandangkan Akta
Pengangkutan Awam Darat terhad untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Dengan
pindaan ini, kawal selia ehailing akan lebih menyeluruh meliputi seluruh negara.
(Nancy Shukri, 2017).
Astro awani online yang bertarikh 18 November 2016 ada menyiarkan berita
yang bertajuk “SPAD kawal selia aplikasi e-hailing” menjelaskan bahawa Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melaksanakan langkah-langkah segera di
bawah program Transformasi Teksi Industri (TITP). Langkah-langkah tersebut
merupakan inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen,
iaitu liberalisasi permit kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model pajak
iaitu permit yang berkontrak. Inisiatif ini terus diterima baik oleh pemandu teksi
kerana ia menyediakan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling
sesuai dengan taraf ekonomi mereka. Bagi aplikasi e-hailing, suruhanjaya itu telah
mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan
perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan.
Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada
kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen. SPAD berkata kelulusan oleh Parlimen
dianggarkan tercapai pada suku pertama 2017 (Astro Awani Online, 2016).

Apabila pindaan kepada undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Parlimen,


spad berkata pihaknya akan melaksanakan dan mengawal selia aplikasi e-hailing.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa SPAD untuk
mempercepatkan pindaan undang-undang untuk mengawal selia kereta Uber dan
GrabCar dalam usaha untuk menyediakan satu platform yang sama antara
perkhidmatan perkongsian perjalanan baru dan teksi tempatan. Beliau berkata
terdapat keperluan untuk mengawal selia Uber dan GrabCar kerana tidak ada
undang-undang yang mengawal mereka dan terdapat keperluan untuk mewujudkan
satu platform yang sama bagi ketiga-tiga parti, termasuk teksi. Pada Ogos 2016,
SPAD melaporkan ia telah menggariskan rancangan untuk meningkatkan industri
teksi di Malaysia (Astro Awani Online, 2016).

Rujukan

Hendon Redzuan , Rubayah Yakob & Mohamad Abdul Hamid. (2006). “Prinsip
Pengurusan Risiko Dan Insurans”. Selangor : Prentice Hall, Pearson Malaysia.

Nancy binti Shukri. (2017). Parlimen Ketiga Belas Penggal Kelima Mesyuarat Kedua.
Dewan Negara. Bil 24.

Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia. (2006). “Undang-Undang Malaysia


Akta Pengangkutan Jalan 1987”. Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang
Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968. Percetakan
Nasional Malaysia Bhd.

Rahimah Mahamad.(2017). Parlimen Ketiga Belas Penggal Kelima Mesyuarat Kedua.


Dewan Negara. Bil 10.

Siti Aishah Shaik Ismail, 2017, Parlimen Ketiga Belas Penggal Kelima Mesyuarat
Kedua. Malaysia: Dewan Negara, Bil. 10.

https://www.sinarharian.com.my/article/49963/BERITA/Nasional/Tiada-ketetapan-caj
-pemeriksaan-kesihatan-pemandu-e-hailing . “Tiada Ketetapan Caj Pemeriksaan
Kesihatan Pemandu E-Hailing”. (Diakses pada 22 April 2020).

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/04/327485/mycar-khidmat-e-hailing-terba
ru-di-malaysia. “Mycar Khidmat E-Hailing Terbaru Di Malaysia”. (Diakses pada 22
April 2020).

http://gst.customs.gov.my/MS/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/Insurans%20dan%
20Takaful.%2018082017.pdf. “Panduan Insurans Dan Takaful”. (Diakses pada
22 April 2020).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/308447/uber-grabcar-akan-di
wajibkan-ambil-insurans-penumpang-nancy. “Uber, Grabcar Akan Diwajibkan
Ambil Insurans Penumpang”. (Diakses pada 22 April 2020).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447967/kerajaan-kawal-selia-
e-hailing-mulai-esok. “Kerajaan Kawal Selia E-Hailing Mulai Esok”. (Diakses pada
25 April 2020).

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/spad-kawal-selia-aplikasi-e-hailing-1229
83. “SPAD Kawal Selia Aplikasi E-Hailing”. (Diakses pada 25 April 2020).

Anda mungkin juga menyukai