Anda di halaman 1dari 118

EDISI PERTAMA

Dibiayai oleh:
Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

MODUL TEKNOLOGI HIJAU

KIMIA
PANDUAN GURU

KEMENTERIAN TENAGA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YAYASAN HIJAU


TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KeTTHA) MALAYSIA

Program di bawah kerjasama:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)
KIMIA 1
2 KIMIA
CETAKAN KETIGA
JANUARI 2018
Hak cipta © 2018 oleh CETREE – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh
Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau ©. Semua hak cipta terpelihara.
Melainkan sebagaimana yang diizinkan di bawah Akta Hakcipta Malaysia,
tidak ada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dihasilkan
semula atau diedarkan dalam sebarang bentuk atau menerusi sebarang cara, atau
disimpan dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula, tanpa keizinan
bertulis daripada penerbit.

Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Data Penerbitan


Modul Teknologi Hijau : Kimia (Panduan Guru)

Ketua Editor:
Hashimah Mohd Yunus

Editor:
Mohd Wira Mohd Shafiei
Mohd Sukri Shafie
Nurul Syazwani Mansor
Sazwani Ansian
Nurul Husna Baharuddin

Teknikal Penerbitan:
Badrol Hisham Mohd Nowani
Maznah Mohamed Saipon
Syafiq Saifullah Azmi
Shahrul Fadli Abd Rahman

Ilustrator/Grafik:
Sherrilaida Aidarus
Mohd Raffi Rosmi

ISBN:
978-967-394-312-8

Penerbit:
CETREE,
Bangunan TORAY-USM, Aras Bawah (G),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang
Tel: 604-653 3888
Fax: 604-653 6701

Teks dan Paparan:


CETREE

Dicetak oleh:
CETREE

Edisi Pertama
Bil. Cetakan : 03

KIMIA 3
ISI KANDUNGAN

Teknologi Hijau 1
i. Pengenalan
ii. Definisi Teknologi Hijau
iii. Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
iv. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
v. Sektor Teknologi Hijau

Sektor Bekalan Tenaga 7

Kecekapan Tenaga 9

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 11

Sektor Bangunan 13

Sektor Pengangkutan 15

Panduan Menggunakan Modul 18

Jadual IPCC (2014) 24

Mewajarkan Teknologi Hijau Dalam Elektrokimia 31

Melestarikan Polimer Mesra Alam 59

Minyak Masak Terpakai Ke Arah Kelestarian 77

Kimia Dan Teknologi Hijau 98

Panel Penulis 111

4 KIMIA
TEKNOLOGI HIJAU

Pengenalan
Populasi masyarakat dunia kini semakin meningkat secara eksponen berikutan peningkatan taraf
hidup, kemudahan kesihatan, keperluan harian serta prasarana kehidupan yang semakin selesa.
Bagi sesebuah negara yang membangun, pola peningkatan populasi penduduk kini memerlukan
penyediaan tenaga kerja dalam bidang industri, pendidikan, perubatan, pentadbiran dan sebagainya.
Oleh itu, semakin bertambah penduduk dunia maka kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan
dan sumber semula jadi turut meningkat secara mendadak.

Namun, pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang boleh menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar dan ketidakseimbangan ekosistem bio. Penebangan hutan tidak terkawal,
pelepasan asap berbahaya dari kilang dan kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, pembuangan
sisa-sisa pepejal dan air sisa ke dalam sungai, penerokaan tanah yang berleluasa menjadi antara
faktor utama terjejasnya kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Sekiranya hal ini berterusan sehingga
beberapa tahun lagi tanpa pengawasan dan tidak diatasi, nescaya bumi yang kita diami ini akan
musnah.

Masalah utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia sekarang ialah isu perubahan iklim
dan keselamatan tenaga. Kedua-dua cabaran ini harus ditangani dengan bijak dan secara kolektif
demi memastikan kelangsungan hidup penghuni bumi baik manusia, haiwan dan tumbuhan pada
masa akan datang. Di Malaysia khususnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
telah diamanahkan untuk memegang satu portfolio berkaitan Teknologi Hijau. Teknologi Hijau telah
dikenal pasti sebagai salah satu cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar.

Definisi Teknologi Hijau


Teknologi Hijau (TH) didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA, 2016). Segala alat, produk serta sistem yang
dapat mengurangkan degradasi kualiti persekitaran, rendah atau sifar pembebasan gas rumah hijau,
jimat tenaga dan sumber asli, menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu serta selamat pada alam
sekitar adalah merupakan TH (Iskandar, 2015). Jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada, TH
merupakan teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara.

KIMIA 1
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
Pada Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang menekankan kepada aspek pemacuan
pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. DTHK mempunyai empat (4) tonggak
utama iaitu:

i. Tenaga – Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan


tenaga
ii. Alam sekitar – Meminimumkan kesan dan memulihara alam sekitar
iii. Ekonomi – Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
iv. Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

Teknologi Hijau didapati dapat menjana tenaga dengan kos yang lebih murah selain selamat dan
mesra pengguna justeru menjadikan Teknologi Hijau berpotensi besar sebagai alternatif dalam
memacu pembangunan negara. DTHK memberi fokus kepada empat (4) sektor utama iaitu:

i. Sektor Bekalan Tenaga


ii. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
iii. Sektor Bangunan
iv. Sektor Pengangkutan

Namun begitu menurut Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC, 2014),
terdapat tambahan tiga (3) sektor lagi yang boleh difokuskan dalam Teknologi Hijau iaitu:

i. Sektor Industri
ii. Sektor Pertanian dan Perhutanan
iii. Sektor ICT

Intergovernmental Panel on Climate Change


(IPCC)
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang ditubuhkan pada 1988 ialah badan
antarabangsa yang terlibat dalam bidang sains berkaitan perubahan iklim. Badan ini telah
ditubuhkan oleh World Meteorological Organization (WMO) dan United Nations Environment
Programme (UNEP). Badan ini bertanggungjawab dalam menyediakan penilaian tetap
kepada penggubal dasar mengenai dasar saintifik perubahan iklim, kesan dan risikonya pada
masa hadapan serta langkah untuk menyesuaikan dan mengurangkannya. Salah satu daripada
kaedahnya ialah melalui Teknologi Hijau.

2 KIMIA
Sektor Teknologi Hijau
Secara umumnya, terdapat tujuh (7) sektor Teknologi Hijau yang utama iaitu Sektor Bekalan Tenaga,
Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Industri, Pertanian dan Perhutanan serta
ICT. Berikut adalah penerangan ringkas bagi sektor-sektor tersebut:

A Sektor Bekalan Tenaga

Pasaran industri dunia hingga ke hari ini didominasi oleh keperluan dan penggunaan bahan
api secara berterusan. Contoh bahan api fosil adalah seperti arang batu, petroleum dan gas
asli. Bahan api fosil ini terhasil daripada pereputan hidupan mati yang tertanam di dasar lautan.
Proses ini mengambil masa selama jutaan tahun sebelum terbentuknya bahan api fosil yang
digunakan sekarang. Namun begitu, permintaan yang sangat tinggi terhadap bahan api fosil ini
menjadikan stok bekalannya hampir berkurang selain pembakaran bahan ini yang menyumbang
kepada pencemaran alam. Justeru, satu pendekatan yang proaktif dan berkesan harus diambil
bagi mencari alternatif untuk menggantikan bahan api fosil ini. Salah satu cara adalah melalui
Sektor Bekalan Tenaga yang banyak memfokus kepada Tenaga Boleh Baharu.

Tenaga Boleh Baharu merujuk kepada tenaga yang boleh dijana di sepanjang hayat manusia.
Tenaga Boleh Baharu juga dikenali sebagai ‘Tenaga Bersih’ atau ‘Tenaga Hijau’ kerana tidak
mencemarkan udara dan air. Antara contoh Tenaga Boleh Baharu yang semakin meluas
penggunaannya ialah tenaga hidroelektrik, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga geoterma,
tenaga solar, tenaga ombak dan bahan api bio.

B Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa

Definisi sisa ialah apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun apa-apa
bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah dan lusuh. Sisa boleh dijana melalui
beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial
serta sisa khas. Sisa khas merujuk kepada sisa terkawal yang perlu dilupuskan menggunakan
kaedah yang tertentu kerana sifatnya yang bahaya ataupun memudaratkan kesihatan. Contoh
sisa khas adalah seperti bahan toksik yang dihasilkan dari premis perindustrian yang tidak
boleh dihapuskan di tapak pelupusan biasa. Bahan sisa ini jika tidak dibuang dan dilupuskan
secara terkawal akan menyebabkan pencemaran alam.

Manakala, air sisa ialah air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa
manusia, sisa makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada
beberapa jenis. Sebagai contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air
larian stormwater. Pengurusan air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu
kecekapan penggunaan sumber dan kesihatan awam.

Justeru, TH bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa adalah sangat penting bagi
meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam. Sisa yang dibuang boleh diolah
menjadi suatu benda yang baharu contohnya seperti baja kompos. Salah satu pendekatan
yang diketahui umum ialah konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle).

KIMIA 3
C Sektor Bangunan

Pembebasan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berterusan menyumbang
kepada faktor utama pemanasan global. Banyak pendekatan yang boleh diambil bagi
mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau ke udara melalui Sektor Bangunan.
Menurut United States Green Building Council (2006), Bangunan Hijau merujuk kepada aplikasi
pembangunan lestari dalam Sektor Bangunan yang mengarah kepada sifat tanggungjawab
kepada alam, keuntungan ekonomi serta tempat yang sihat untuk manusia bekerja dan tinggal.

Bangunan Hijau boleh dibina dengan menitikberatkan kepada orientasi optimal bangunan di
atas tapak bina, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap,
penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan, dan penghasilan sisa pepejal yang
minimum.

D Sektor Pengangkutan

Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (petroleum) sebagai


bahan bakar. Pembakaran bahan api fosil ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke
udara sekaligus meningkatkan jejak karbon negara. TH dalam Sektor Pengangkutan lebih
menekankan kepada aspek prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan
awam.

Pengangkutan hijau (lestari) merujuk pada sebarang bentuk pengangkutan yang memberi
impak minimum kepada persekitaran ataupun kenderaan yang membebaskan kadar gas
rumah hijau yang rendah, contoh seperti kenderaan yang menggunakan Tenaga Boleh
Baharu. Antara bentuk pengangkutan hijau ialah berjalan kaki, berbasikal dan kenderaan
hijau (menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar). Kereta hibrid merupakan salah satu
contoh kenderaan hijau.

E Sektor Industri

Bidang industri menggunakan satu per tiga daripada penggunaan tenaga keseluruhan.
Perkembangan industri pembuatan dan industri pemprosesan yang agak pesat telah
menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Hal ini disebabkan
oleh pembebasan gas rumah hijau dalam kadar yang agak tinggi ke udara dan menyebabkan
jerebu dan seterusnya fenomena hujan berasid. Program kecekapan tenaga dan pengurusan
tenaga merupakan contoh inisiatif TH yang sesuai bagi Sektor Industri. Inisiatif tersebut perlu
dilaksanakan bagi mengurangkan impak negatif daripada sektor ini.

4 KIMIA
F Sektor Pertanian dan Perhutanan

Gas karbon dioksida banyak terhasil daripada pembakaran bahan api fosil bagi menghasilkan
tenaga. Kandungan gas karbon dioksida di dalam udara ini boleh dikurangkan dengan adanya
tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan menyerap gas karbon dioksida untuk membuat
makanan dan membebaskan gas oksigen ke udara melalui proses fotosintesis.

Peratus gas karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dengan menanam lebih
banyak pokok serta mengawal aktiviti pembalakan. Selain itu, penggunaan baja kompos
untuk meningkatkan nutrien tanah, pengurusan pengairan tanaman (menggunakan air hujan
untuk menyiram tumbuhan) serta menambah baik amalan penanaman juga merupakan salah
satu pendekatan TH bagi Sektor Pertanian dan Perhutanan.

G Sektor ICT

TH dalam Sektor ICT merangkumi amalan dan kajian dalam penggunaan komputer dan
alat komunikasi. Amalan dan kajian ini memfokuskan kepada pembuatan, reka bentuk,
penggunaan dan pelupusan alat komputer. Contoh tindakan dan pendekatan yang boleh
diambil dalam mengamalkan ICT hijau ialah mengurangkan penggunaan bahan berbahaya,
menjimatkan tenaga elektrik, memanjangkan jangka hayat sesuatu peralatan secara efektif
serta mempromosikan produk ICT yang boleh dikitar semula ataupun terbiodegradasi.

Walau bagaimanapun hanya 6 sektor sahaja yang sesuai diterapkan dalam


modul ini iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan,
Pengangkutan, Pertanian dan Perhutanan serta Industri kecuali Sektor ICT. Sektor-
sektor tersebut diterapkan mengikut kesesuaian dengan konsep dan tajuk dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kimia.

Seterusnya, infografik disediakan sebagai ringkasan keseluruhan maklumat


berkenaan TH diikuti dengan penerangan secara ringkas mengenai sebahagian
daripada sektor-sektor tersebut disertakan dalam modul ini. Penerangan Sektor
Bekalan Tenaga, Kecekapan Tenaga, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor
Bangunan dan Sektor Pengangkutan dijelaskan oleh pakar-pakar TH dari Universiti
Sains Malaysia.

KIMIA 5
6
INFOGRAFIK TENTANG TEKNOLOGI HIJAU
FENOMENA PERUBAHAN IKLIM Merujuk kepada bekalan tenaga, fokus kepada Tenaga Boleh Baharu
yang dikenali sebagai Tenaga Bersih atau Tenaga Hijau yang boleh
dijana sepanjang hayat
Disebabkan oleh

KIMIA
SOLAR GEOTERMA
ANGIN TENAGA LAUTAN
HIDRO
PENEBANGAN
INDUSTRI
HUTAN

Merujuk kepada pengangkutan berkonsepkan Teknologi Hijau dengan


PEMBAKARAN
AKTIVITI PEMBUANGAN penggunaan Tenaga Boleh Baharu yang tidak mencemarkan
BAHAN API persekitaran
MANUSIA SISA DAN AIR
SISA
BAHAN API ALTERNATIF
Intergovernm
gsa - enta
raban l Pa
nta ne AMALAN PEMANDUAN
PENGANGKUTAN A lO EKO
ab n
aw C
j li

g
m

un
at
SEKTOR

gg
Apa sahaja lebihan atau keluaran yang tidak dikehendaki,

n
Membebaskan BEKALAN SEKTOR

Ch
Teknologi Hijau berperanan bagi meminimumkan kesan

rta
a
pembuangan sisa dan air sisa dengan konsep 3R (Reduce, Reuse

n
GHG TENAGA PENGANGKUTAN

Be
& Recycle), pengurangan dan kitar semula sisa elektronik dan rawatan

ge
air sisa

an
CH4 KITAR SEMULA SISA RAWATAN AIR
BAHAN SISA
SISA
ELEKTRONIK PUSAT PENGUMPULAN DAN KITAR SEMULA SISA

(IPC

Bad
Metana TH C)
TEKNOLOGI HIJAU
Penyelesaian SEKTOR Pembangunan dan aplikasi
SEKTOR
GAS
CO2 melalui produk, peralatan serta sistem untuk PENGURUSAN
CFC RUMAH HIJAU INDUSTRI
Klorofluoro GREEN HOUSE GASES memelihara alam sekitar dan alam
Karbon semula jadi serta meminimumkan
SISA Merujuk kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau
-karbon (GHG)
dioksida atau mengurangkan kesan negatif DAN AIR (GHG) Pengaturan Bangunan Hijau yang sempurna
daripada aktiviti manusia
N2O SISA PENGGUNAAN BAHAN PENCAHAYAAN
(KeTTHA, 2016)
HA)

BINAAN MESRA SEMULA JADI

Bada
ALAM
Nitrus oksida
eTT

nB
r (K

ert
SEKTOR
Ai

SEKTOR

an
n

PERTANIAN DAN

g
BANGUNAN
da

gu
PERHUTANAN
Memberi kesan

ng
au

ja j Penggunaan sisa pertanian dan pemeliharaan perhutanan untuk


w Hi mengawal keseimbangan persekitaran dan pengurusan sisa
ab gi tanaman untuk pembuatan baja kompos lestari
Ma
n olo
la y PERHUTANAN SEMULA
sia Tek
- Kem g a,
e n t e ri a n T e n a
KEMARAU
PENGURUSAN
BERPANJANGAN
TERNAKAN

SUHU
YANG
BANJIR
TERLALU
MELAMPAU
PANAS
DAN
Teknologi Hijau berusaha untuk mengurangkan pembebasan gas
SEJUK
KESAN rumah hijau yang tinggi daripada perindustrian dengan penggunaan
tenaga secara cekap

RIBUT, TAUFAN KEHILANGAN


DAN PUTING BIODIVERSITI KECEKAPAN
BELIUNG TENAGA
SEKTOR BEKALAN TENAGA
Oleh:
Profesor Haslan Bin Abu Hassan
Pengarah
Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Sektor Bekalan Tenaga merupakan sektor dalam TH yang paling utama dibandingkan dengan
sektor-sektor TH yang lain. Ini kerana tenaga memainkan peranan penting dalam Sektor Bangunan,
Pengangkutan, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Pertanian dan Perhutanan, Industri dan ICT.

Terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan dalam Sektor Bekalan Tenaga. Pertama, cara
tenaga tersebut dijana atau dibekalkan, dan kedua, cara tenaga yang telah dihasilkan itu diagih atau
diguna dengan cekap tanpa pembaziran.

Tenaga yang dijana oleh sumber fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli diklasifikasikan
sebagai tenaga tidak hijau atau tidak boleh baharu. Ini kerana sumber fosil yang diperoleh dari
bawah permukaan bumi dibentuk beratus juta tahun yang lalu dan tidak dapat diganti dengan cepat
selepas habis digunakan. Sejak terciptanya kereta bermotor berkuasa petroleum pada tahun 1865,
petroleum telah digunakan dengan meluas bagi memacu kenderaan tersebut. Ketika ini, lebih kurang
70% penghasilan petroleum dunia diguna dalam bidang pengangkutan. Selain petroleum, arang
batu dan gas asli dapat juga diguna bagi menjana elektrik. Kebergantungan kepada sumber fosil ini
telah meningkatkan kandungan gas rumah hijau iaitu karbon dioksida (CO2) di atmosfera
seterusnya menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim.

Perdana Menteri Malaysia telah membuat aku janji pada tahun 2009 semasa menghadiri Persidangan
Perubahan Iklim (COP 15) di Copenhagen bahawa Malaysia akan mengurangkan pengeluaran
keamatan karbon sebanyak 40% pada tahun 2020 dibandingkan dengan angka keamatan karbon
pada tahun 2005. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah mengenal pasti sektor-sektor yang boleh
diimplementasikan dengan TH. Bagi Sektor Bekalan Tenaga, penggunaan tenaga boleh baharu dan
amalan kecekapan tenaga telah dikenal pasti dapat membantu pengurangan keamatan karbon.

Seperti yang diketahui sumber tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber tenaga boleh
baharu (boleh dijana semula) dan sumber tenaga tidak boleh baharu (tidak boleh dijana semula).
Sumber tenaga hijau atau boleh baharu ditakrifkan sebagai tenaga yang dapat diganti atau dihasilkan
semula dalam tempoh hayat manusia. Tenaga juga boleh dikategorikan kepada tenaga primer dan
tenaga sekunder. Tenaga primer ialah tenaga mentah yang terkandung dalam sumber-sumber
semula jadi seperti arang batu, minyak, cahaya matahari dan biojisim yang tidak menjalani sebarang
penukaran. Manakala tenaga sekunder ialah tenaga yang ditukarkan daripada bahan api lain atau
sumber tenaga utama. Sebagai contohnya, bagi menjana atau menghasilkan tenaga elektrik kita
boleh memilih sama ada untuk membakar bahan api fosil ataupun menggunakan sumber tenaga
boleh baharu seperti solar, angin, biojisim, hidro, geoterma dan ombak. Namun di Malaysia, tumpuan
tenaga boleh baharu adalah kepada solar, hidro dan biojisim, masing-masing kerana wujud sinaran
matahari yang berterusan, taburan hujan yang banyak dan sumber organik yang mencukupi. Malaysia
mensasarkan lebih daripada 10% daripada jumlah keseluruhan bekalan tenaga negara dijana oleh
sumber tenaga boleh baharu menjelang 2020.

KIMIA 7
Contoh

Terdapat dua jenis sistem solar. Jenis pertama dipanggil solar terma yang menghasilkan tenaga
haba bagi pemanasan dan pengeringan. Sebenarnya solar terma ini telah lama diamalkan bagi
pengeringan baju dan makanan. Apabila reka bentuk peralatannya ditambah baik dengan teknologi,
pemanasan yang dihasilkan menjadi lebih cekap sehingga dapat memanas air bagi penggunaan
domestik dan industri. Sistem solar jenis kedua dipanggil solar fotovolta yang menghasilkan elektrik
secara terus oleh panel solar apabila disinari oleh matahari. Bahan panel solar kebiasaannya terdiri
daripada bahan semikonduktor dengan kecekapan tertinggi menghampiri 21% menukar sinaran
matahari ke elektrik.

Sistem hidro menukar tenaga keupayaan dan kinetik air yang mengalir dari tanah tinggi ke tanah
rendah kepada tenaga mekanik dan kinetik turbin dan seterusnya ditukar menjadi tenaga elektrik
oleh penjana. Antara semua sumber Tenaga Boleh Baharu, tenaga hidro paling meluas diguna bagi
menjana elektrik di Malaysia.

Biojisim ialah sebarang bahan organik termasuk tumbuhan, sisa perbandaran, rumpai laut dan sisa
haiwan yang dapat diguna sebagai sumber tenaga. Sumber asal tenaga biojisim adalah daripada
matahari. Biojisim bertindak sebagai stor tenaga kimia. Tenaga kimia ini dapat ditukar kepada tenaga
dalam bentuk haba, bahan api cecair dan gas dengan menggunakan teknologi canggih. Contohnya,
cecair etanol iaitu bahan api alkohol hasil daripada penapaian selulosa biojisim seperti jagung,
tebu, ubi kayu, gandum, beras, kentang dan sisa perladangan. Najis binatang, sisa makanan yang
telah diproses dan sisa perbandaran ialah contoh-contoh biojisim yang dicerna oleh bakteria bagi
menghasilkan biogas metana.

Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil sebagai bekalan tenaga
negara. Tenaga Boleh Baharu ditetapkan sebagai komponen kelima sumber tenaga negara selepas
petroleum, gas asli, arang batu dan hidro. Justeru, pemindahan ilmu berkaitan dengan Tenaga Boleh
Baharu perlu dilaksanakan bagi mewujudkan kesedaran, penerimaan dan penggunaan Tenaga
Boleh Baharu dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah dengan
mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat rendah seterusnya menengah. Isi kandungan
subjek sekolah yang dapat dikaitkan dengan Tenaga Boleh Baharu mesti diperluaskan supaya
merangkumi teknologi terkini tentang Tenaga Boleh Baharu yang berkaitan. Bidang pekerjaan pada
masa depan dijangka lebih berunsurkan TH. Justeru itu, pakar tenaga hijau yang terdiri daripada
saintis dan jurutera mesti dilahirkan bagi menjamin keselamatan tenaga dan kelestarian negara.

8 KIMIA
KECEKAPAN TENAGA
Oleh:
Dr Mardiana Idayu Ahmad
Pusat Pengajian Teknologi Industri
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Setelah kita memahami tentang tenaga, maka lebih mudah bagi kita untuk memahami maksud
kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga bermaksud penggunaan tenaga yang kurang untuk
menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.
Kecekapan tenaga juga ditafsirkan sebagai nisbah tenaga yang digunakan oleh sesuatu sistem
terhadap input tenaganya. Ini merangkumi tenaga yang dibekalkan pada bangunan, pencahayaan,
sistem pemanasan, sistem pendingin hawa, kelengkapan elektrik, proses industri, pengangkutan
atau kenderaan dan sebagainya. Daripada definisi ini, kita dapat lihat bahawa kecekapan tenaga
boleh merujuk kepada penggunaan teknologi untuk mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk
sesuatu tujuan atau perkhidmatan. Selain itu, ia juga boleh merujuk kepada sikap dan kesedaran
kita sebagai pengguna melalui penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Amalan
kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan
pembaziran.

Contoh

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sektor Bangunan menyumbang kepada hampir
40% daripada jumlah tenaga yang digunakan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Berikutan
peratusan ini di samping turun naik harga tenaga dan cabaran perubahan iklim telah menyebabkan
peningkatan permintaan untuk penjimatan tenaga bangunan yang seterusnya membawa kepada
keperluan kecekapan tenaga dalam bangunan. Kecekapan tenaga dalam bangunan boleh ditakrifkan
sebagai menggunakan jumlah minimum tenaga untuk pemanasan, pendinginan, pencahayaan dan
kelengkapan yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan kondusif di dalam sesebuah bangunan.

Selain itu, Sektor Pengangkutan menyumbang kepada 30% daripada peratusan penggunaan tenaga
keseluruhan. Paradigma tenaga dalam sektor ini merangkumi tiga parameter utama iaitu bahan api
kenderaan, perjalanan kenderaan dan populasi kenderaan. Oleh itu, langkah kecekapan tenaga
bagi Sektor Pengangkutan perlu mengambil kira tiga parameter tersebut. Ini termasuk meningkatkan
teknologi kenderaan (meningkatkan kecekapan tenaga kenderaan), sikap dan pemanduan
(menggunakan kurang bahan api per jarak yang dipandu), mengurangkan jarak perjalanan per
kenderaan dan menggunakan pengangkutan yang lebih lestari.

Manakala bagi Sektor Industri pula, penggunaan tenaga memberi pecahan satu per tiga daripada
penggunaan tenaga keseluruhan. Oleh itu, kecekapan tenaga dalam Sektor Industri amat diperlukan
yang menumpu kepada penjimatan tenaga, pengurangan pengeluaran gas karbon dioksida dan
seterusnya membawa kepada pengurangan kos. Antara inisiatif kecekapan tenaga Sektor Industri
ialah program kecekapan tenaga, pengurusan tenaga, insentif tenaga dan penilaian prestasi tenaga.

Penunjuk kecekapan tenaga adalah penting untuk menganalisis interaksi antara ekonomi dan
aktiviti manusia iaitu penggunaan tenaga dan pengeluaran gas karbon dioksida. Selain itu, ia dapat
mengukur prestasi sebenar tenaga dan mengenal pasti amalan pengurusan tenaga yang terbaik dan
sesuai.

KIMIA 9
Kesimpulan

Bagi memastikan matlamat kecekapan tenaga ini tercapai, semua pihak harus memainkan peranan
sama ada di peringkat individu, peringkat sektor (ekonomi, industri, pengangkutan, komersil),
peringkat nasional dan juga antarabangsa. Justeru, amalan kecekapan tenaga dan penyampaian
maklumat berkaitan perkara ini wajar dimulakan di peringkat individu sama ada secara formal (di
sekolah) ataupun secara tidak formal.

Komitmen Malaysia dalam kecekapan tenaga dapat dilihat melalui pelaksanaan polisi tenaga
iaitu Pelan Induk Kecekapan Tenaga Nasional oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA). Pelan ini merupakan satu pelan induk untuk menjimatkan penggunaan tenaga negara
dalam tempoh 10 tahun yang menumpukan kepada tiga sektor utama iaitu industri, bangunan dan
kelengkapan elektrik. Bagi merealisasikan objektif pelan ini, antara inisiatif dan usaha yang dijalankan
ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga ialah menerusi label kecekapan tenaga bagi kelengkapan
elektrik, Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index), kempen teknologi cekap tenaga, kempen
penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar dan kempen kesedaran terhadap pengguna
melalui amalan penjimatan tenaga.

10 KIMIA
SEKTOR PENGURUSAN SISA
DAN AIR SISA
Oleh:
Prof Madya Dr Mohd Suffian Yusoff
Timbalan Ketua
Kluster Pengurusan Sisa Pepejal (SWAM@USM)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pertambahan kadar penjanaan sisa pepejal dari tahun ke tahun dipengaruhi oleh pertambahan
penduduk dunia, peredaran zaman, perubahan gaya hidup dan sosio budaya, pertambahan
prasarana dan peningkatan ekonomi. Secara tidak langsung, penjanaan, pelupusan dan penguraian
sisa menyumbang kepada penjanaan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) serta perubahan
iklim dunia. Amalan pengurusan sisa yang lestari berupaya mengurangkan pelepasan GHG. Inisiatif
industri dan negara di seluruh dunia untuk menangani kesan karbon daripada aktiviti sektor sisa
membuka peluang untuk pengurangan karbon yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Pendekatan TH oleh sektor sisa menawarkan satu portfolio yang mantap, teknologi yang praktikal
dan kos yang efektif serta boleh menyumbang kepada pengurangan GHG. TH yang disesuaikan
dan digunakan selari dengan tradisi dan keperluan tempatan boleh membantu ke arah pengurangan
pelepasan GHG global secara signifikan. Amalan TH dalam pencegahan penjanaan, pengurangan,
penggunaan semula dan kitar semula sisa semakin meningkat di seluruh dunia. Malah, amalan
tersebut telah menunjukkan potensi yang semakin memberangsangkan dalam usaha mencegah
pelepasan GHG melalui pemuliharaan bahan-bahan mentah dan bahan api fosil.

Contoh

Menerusi teknologi rawatan biologi aerobik dan anaerobik, sisa organik boleh diperoleh semula
dan diubah menjadi penstabil tanah dan baja organik. Proses-proses ini mengurangkan pelepasan
GHG melalui pencegahan karbon biogenik dalam tanah, meningkatkan sifat-sifat fizikal tanah, dan
menambah nutrien tanah. Sisa juga berpotensi menjadi sumber penting kepada Tenaga Boleh
Baharu. Teknologi pembakaran, penunuan serta pelbagai rawatan haba yang lain untuk penukaran
sisa kepada tenaga, perolehan dan penggunaan gas tapak pelupusan, serta penggunaan pencerna
biogas anaerobik memainkan peranan yang penting dalam pengurangan penggunaan bahan api
fosil dan pelepasan GHG.

Pengkomposan merupakan proses penguraian sisa organik seperti sisa pertanian, sisa makanan,
sisa dapur dan sisa taman kepada baja kompos secara semula jadi. Lambakan sisa makanan yang
terjana sehingga melebihi 40% daripada jumlah sisa pepejal negara boleh ditukar kepada barangan
berharga yang tidak mencemarkan alam sekitar. Kompos ialah bahan organik yang telah terurai
dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian
organik. Asasnya, pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan organik di kawasan luar
dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Teknologi pengkomposan
seperti sistem windrow (windrow system), timbunan statik berudara dan dalam bejana merupakan
kaedah konvensional yang dilaksanakan pada skala kecil dan komersial.

KIMIA 11
Pencernaan anaerobik untuk penjanaan biogas khususnya metana daripada sisa organik melalui
proses penguraian tanpa oksigen adalah salah satu TH bagi menukarkan sisa kepada tenaga.
Bahan yang sesuai untuk dijadikan suapan kepada loji reaktor anaerobik termasuklah enapcemar
kumbahan, sisa pertanian, tinja haiwan dan sisa makanan. Gas metana yang terhasil boleh digunakan
untuk kegunaan dapur dan menghidupkan jana kuasa elektrik. Penjanaan biogas boleh dijalankan
pada skala kecil di rumah manakala penjanaan komersial memerlukan teknologi yang tinggi.

Penunuan atau insinerasi ialah satu teknologi olahan sisa yang melibatkan pembakaran bahan
dan/atau benda organik. Penunuan dijalankan menggunakan jentera yang dipanggil penunu
atau insinerator. Penunuan atau insinerator adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk
menghindarkan sisa daripada memenuhi ruang tapak pelupusan. Keberkesanan teknologi moden
yang lestari sehingga 90% mampu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan dan mengurangkan
kesan pencemaran terhadap alam sekitar kerana penghasilan gas metana dan larut lesap (leachate)
dari tapak pelupusan dapat dihindarkan. Terdapat pelbagai teknologi penunuan seperti rotary kiln,
stocker grate, pirolisis, plasma dan lain-lain. Hasil sampingan proses penunuan ini adalah haba yang
panas boleh menghasilkan stim serta menjana tenaga elektrik.

Air sisa merupakan air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa manusia, sisa
makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada beberapa jenis. Sebagai
contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air larian stormwater. Pengurusan
air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu kecekapan penggunaan sumber
dan kesihatan awam. Hal ini kerana pengurusan air sisa dan penggunaannya semula merupakan
langkah yang tepat dalam menangani masalah kekurangan bekalan air dan mampu meningkatkan
kecekapan penggunaan sumber. Selain itu, ianya mampu mengatasi masalah eutrofikasi akibat
daripada pelepasan air sisa ke kawasan persekitaran seperti sungai atau perairan pantai.

Loji rawatan efluen yang diwujudkan untuk merawat air kumbahan yang terhasil daripada sumber
perbandaran merupakan contoh pengurusan air sisa yang efisien. Loji rawatan air seperti ini mampu
mengurangkan kos rawatan air mentah untuk menukar air buangan yang terpilih dengan penggunaan
pelbagai teknologi rawatan air. Loji rawatan air sisa kebiasaannya direka untuk mengurangkan
beban pepejal organik dan pepejal terampai. Proses rawatan air sisa kebanyakannya terdiri daripada
pelbagai kombinasi operasi fizikal, kimia dan biologi untuk menyingkirkan bahan cemar seperti bahan
organik dan nutrien daripada air.

Kesimpulan

Kaedah pengurusan sisa yang lestari bermula daripada penjanaan sehinggalah pelupusan boleh
membantu dalam mengurangkan pengeluaran GHG serta menghindarkan pencemaran alam sekitar.
Penjanaan sisa yang kian meningkat dari hari ke hari memerlukan komitmen daripada segenap
lapisan masyarakat. Pendekatan TH boleh diamalkan pada setiap peringkat hierarki pengurusan sisa.
Oleh itu pemindahan ilmu berkaitan dengan amalan pengurusan sisa lestari perlu dilaksanakan bagi
mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah
dengan mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat pra sekolah, rendah, menengah dan
seterusnya. Kandungan mata pelajaran kurikulum dan aktiviti kokurikulum sekolah perlu diterapkan
dengan kesedaran pengurusan sisa dan air sisa yang lestari disertai aplikasi TH.

12 KIMIA
SEKTOR BANGUNAN
Oleh:
Profesor Madya Dr Mohd Wira Bin Mohd Shafiei
Pengarah
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)

Pengenalan

Mengikut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Intergovernmental Panel for Climate Change (IPCC,
2014), bangunan menggunakan 32% daripada jumlah penggunaan tenaga dunia dan mengeluarkan
19% daripada pengeluaran gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berkaitan dengan
tenaga. Adalah dijangkakan jumlah guna tenaga dan pengeluaran GHG ini akan bertambah sebanyak
dua kali ganda malah hal ini berkemungkinan mencecah sehingga tiga kali ganda pada tahun 2050
sekiranya pola penggunaan tenaga sekarang tidak berubah. Pertambahan populasi dunia, migrasi
ke bandar-bandar besar, peningkatan tahap kekayaan dan perubahan gaya hidup selesa adalah
faktor-faktor utama yang meningkatkan penggunaan tenaga di dalam bangunan. Bagi menghadapi
perubahan ini, masyarakat dunia umumnya, dan Malaysia khasnya, perlu mempunyai rancangan
dan tindakan yang menyeluruh supaya guna tenaga bangunan berada pada tahap yang selamat.

Contoh

Antara ciri-ciri utama reka bentuk bangunan hijau adalah: (1) tapak, orientasi dan bentuk bangunan;
(2) spesifikasi sampul bangunan yang berprestasi tinggi; (3) memaksimumkan ciri-ciri pasif tenaga
bangunan seperti pencahayaan siang, penyejukan bangunan dan ventilasi; (4) sistem mekanikal
bangunan yang cekap tenaga; (5) penggunaan alatan dan peranti individu yang cekap tenaga; dan
(6) sistem berpiawai di dalam pentauliahan (commissioning) bangunan, sistem dan alatan di dalam
bangunan. Dalam tempoh sedekad yang lalu, banyak perubahan positif dan penting telah berjaya
dicapai bagi menambahkan kecekapan tenaga di dalam bangunan. Antaranya ialah pencahayaan
semula jadi dan pencahayaan berelektrik, alatan elektrik di rumah, bahan penebat (insulator)
bangunan, pam haba, penggunaan sistem kawalan automasi bangunan yang berdigital, penggunaan
meter pintar (smart meter) dan grid sebagai cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik semasa
waktu puncak, dan kemajuan di dalam penghasilan tenaga boleh baharu.

Pengalaman pengurusan tenaga bangunan yang cekap menunjukkan penjimatan guna tenaga boleh
dicapai secara lebih efektif dengan membuat usaha penjimatan pada tahap sistem, bukannya sekadar
pada alatan dan peranti individu seperti pam, motor, kipas, dan sistem penyejukan. Penggunaan
kaedah Proses Reka Bentuk Bersepadu (Integrated Design Process) membolehkan penjimatan
pada tahap sistem dibuat dengan jayanya. Lebih penjimatan boleh diperoleh sekiranya kesemua
pasukan projek pereka seperti arkitek dan jurutera berbincang bersama-sama untuk mereka bentuk
bangunan daripada peringkat awal projek.

KIMIA 13
Mutakhir ini, kemajuan yang telah dicapai dalam sektor ini ialah amalan reka bentuk dalam
pembinaan bangunan dan perubahan sikap pengguna tenaga di dalam bangunan menunjukkan
penjimatan penggunaan tenaga elektrik sebanyak dua sehingga sepuluh kali ganda bagi bangunan
baru. Bagi bangunan sedia ada pula, penjimatan tersebut adalah di antara dua sehingga empat kali
ganda pengurangannya. Kemajuan TH juga membolehkan bangunan cekap tenaga dan bangunan
sifar-tenaga dibina dengan keupayaan untuk memberikan pulangan positif kepada pelaburan yang
dibuat semasa tempoh hayat bangunan tersebut. Bagi stok bangunan yang sedia ada, bukti yang
menunjukkan kaedah penyesuaian semula (retrofit) bangunan mampu memberikan penjimatan
tenaga sebanyak 50 sehingga 90 peratus. Selain daripada itu, alatan elektrik cekap tenaga,
pencahayaan rendah tenaga, dan teknologi informasi komunikasi mampu menambahkan lagi kadar
penjimatan tenaga bagi menghadapi cabaran guna tenaga masa hadapan.

Kesimpulan

Bangunan adalah elemen yang cukup kritikal dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan GHG
yang berkaitan dengan tenaga. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil langkah dalam
menggalakkan perkembangan bangunan yang lebih cekap tenaga. Usaha yang boleh diambil ialah
dengan merangka instrumen polisi tenaga yang efektif dan menyeluruh. Seterusnya pihak kerajaan
boleh membuat pembaharuan terhadap undang-undang kecil berkaitan bangunan. Contohnya,
dengan memudahkan proses pembiayaan kewangan dan memberikan insentif kepada industri
binaan yang bercirikan TH. Selain itu, pihak berkepentingan dalam industri binaan perlu membuat
perubahan dengan melaksana amalan terbaik bangunan cekap tenaga. Salah satu kaedah ialah
menjalankan program kecekapan tenaga, menggalakkan penggunaan penjimatan guna tenaga
dan penggunaan TH secara menyeluruh di dalam bangunan. Oleh yang demikian, usaha untuk
mewujudkan kesedaran pada peringkat sekolah boleh dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Sebagai contoh, menggalakkan penggunaan alatan elektrik yang cekap tenaga dan
penggunaan pencahayaan yang rendah tenaga di dalam bangunan sekolah. Maka dengan aktiviti
ini hasrat kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau daripada bangunan dapat
dicapai.

14 KIMIA
SEKTOR PENGANGKUTAN
Oleh:
Prof Madya Dr Soib bin Taib
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pencemaran daripada pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim


dunia iaitu menghampiri 25% pengeluaran CO2. Kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 75%
daripada jumlah pengeluaran CO2 adalah berpunca daripada pengangkutan jalan dan jumlah ini
semakin bertambah dari semasa ke semasa. Didapati hampir 95% daripada Sektor Pengangkutan
ini menggunakan bahan api minyak dan ini merupakan 60% daripada penggunaan minyak dunia.
Usaha yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan dalam sektor ini bagi mengurangkan
pencemaran udara dan juga untuk mencapai persekitaran yang lestari. Oleh sebab itu, penjenamaan
Pengangkutan Hijau adalah berteraskan aktiviti pengangkutan yang mesra alam dan memberi
kesan positif terhadap persekitaran sedia ada. Dalam hal ini Pengangkutan Hijau akan melibatkan
kecekapan penggunaan sumber dan penstrukturan semula sistem pengangkutan supaya lebih
selamat dan selesa.

Contoh

Rajah 1 menunjukkan huraian bagi Hierarki Mod Pengangkutan Hijau:

i. Pejalan kaki. Setiap orang digalakkan berjalan kaki dalam setiap aktiviti. Kaedah berjalan
kaki tidak akan melibatkan pencemaran sebarang gas rumah hijau (Green House Gases,
GHG) serta percuma di samping menyihatkan badan.

ii. Basikal. Merupakan mod pengangkutan lebih cepat daripada berjalan kaki dan juga kos
yang lebih murah serta aktiviti yang menyihatkan badan. Pembelian dan
penyelenggaraannya juga murah dan mudah berbanding kereta.

iii. Pengangkutan awam. Merupakan pengangkutan terbesar dalam bandar yang menyediakan
infrastruktur yang baik. Pengangkutan yang baik dan murah terutamanya bagi kumpulan
warga emas dan pelajar.

iv. Kenderaan perkhidmatan atau pengangkutan barang. Kenderaan mod ini menyumbang
hampir 9% pengeluaran gas rumah hijau. Kebanyakan kenderaan mod ini menggunakan
diesel dan elektrik atau bateri.

v. Teksi. Penggunaan teksi yang lebih mesra alam iaitu kenderaan hibrid atau kenderaan
elektrik merupakan mod pengangkutan terbaik dan menjadi pilihan utama.

vi. Kenderaan penumpang berkumpulan. Juga dikenali sebagai ‘carpool’. Merupakan salah
satu mod Pengangkutan Hijau. Sekumpulan rakan-rakan, pekerja atau sebagainya
menggunakan pengangkutan yang sama ke tempat yang sama secara berterusan.
Berbanding 5 orang berlainan menggunakan 5 jenis kereta menuju tempat yang sama,
maka mod ini adalah lebih ekonomik dan mengurangkan pencemaran.

KIMIA 15
vii. Kenderaan individu. Mod terakhir dalam Pengangkutan Hijau yang menggunakan teknologi
pembakaran terkini.

Rajah 1 : Mod Pengangkutan Hijau

Kelebihan Pengangkutan Hijau

Pengangkutan Hijau mempunyai pelbagai kebaikan dari segi persekitaran, kesihatan ekonomik
dan perbelanjaan. Berikut adalah beberapa faedah yang diperoleh menerusi penggunaan
Pengangkutan Hijau:

i. Persekitaran yang bersih. Pengeluaran CO2 daripada pembakaran bahan fosil daripada
kenderaan merupakan penyumbang utama GHG. Oleh itu penggunaan kenderaan hijau
adalah aktiviti penting bagi mengurangkan pencemaran udara.
ii. Kesihatan lebih terkawal. Didapati banyak aktiviti berkaitan Pengangkutan Hijau dapat
meningkatkan kualiti kesihatan dan cara hidup manusia. Berjalan kaki atau mengayuh
basikal menyumbang kepada latihan fizikal badan manakala kurangnya pencemaran
udara mampu mengurangkan kesan negatif pada sistem pernafasan. Selain itu, kurangnya
kesesakan jalan raya mengurangkan masa dan tenaga serta menjadikan jalan raya lebih
selamat.
iii. Pembangunan kelestarian lebih ekonomik. Penghasilan dan pembuatan produk kenderaan
hijau atau pembaharuan sistem pengangkutan menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan, sekaligus memperbaiki ketidakseimbangan sosio-ekonomik.
iv. Jimat wang. Aktiviti mod Pengangkutan Hijau dapat mengurangkan penggunaan minyak
dan secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan.

16 KIMIA
Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan pencemaran daripada aktiviti pengangkutan kerana aktiviti ini
telah menghasilkan sebanyak 25% pengeluaran CO2. Malah, aktiviti ini turut menjadi penyumbang
kepada perubahan iklim dunia. Pelepasan Gas Rumah Hijau (Green House Gases, GHG) melalui
aktiviti pengangkutan boleh meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding aktiviti yang lain,
contohnya, aktiviti perindustrian. Melalui pengurangan pembebasan GHG secara agresif dan
berterusan adalah perlu untuk memastikan pembebasan GHG yang rendah atau sifar. Hal ini kerana
kesan positif dihasilkan dapat mengurangkan perubahan iklim dan boleh membantu mengekalkan
keadaan alam sekitar yang lebih lestari. Oleh yang demikian, kesedaran mengenai penggunaan
Pengangkutan Hijau perlu ditingkatkan dalam masyarakat Malaysia.

KIMIA 17
PANDUAN MENGGUNAKAN
MODUL

18 KIMIA
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
Pengenalan

Bahagian pengenalan modul telah memberikan maklumat tentang Teknologi Hijau (TH). Para
guru perlu memahami tentang Teknologi Hijau dahulu sebelum dapat menggunakan modul
ini dengan berkesan. Definisi Teknologi Hijau serta Dasar Teknologi Hijau juga diterangkan
untuk membantu guru memahami dengan jelas kepentingan Teknologi Hijau untuk disebar
luas kepada murid-murid sebagai persediaan mereka untuk memahami dan mempunyai
kesedaran tentang fenomena perubahan iklim. Di samping itu terdapat sedikit penerangan
daripada pakar tentang sektor Teknologi Hijau yang tertentu diguna pakai dan sesuai dengan
konsep yang diajar dalam mata pelajaran Kimia dalam modul ini. Modul pengajaran dan
pembelajaran Teknologi Hijau ini memuatkan beberapa aktiviti berkaitan Teknologi Hijau dalam
mata pelajaran Kimia. Bagi setiap mata pelajaran, konsep yang telah dipilih daripada sukatan
pelajaran adalah berdasarkan kesesuaian konsep tersebut untuk diintegrasikan dengan sektor
Teknologi Hijau berdasarkan Jadual IPCC (2014).

Setiap modul disampaikan dalam satu pakej yang mengandungi dua komponen iaitu:

i. Modul Panduan Guru


ii. Modul Aktiviti Murid

Modul Panduan Guru

Modul ini ditulis dalam format yang tertentu. Berikut merupakan penerangan tentang format
bagi setiap aktiviti:

• Tajuk
Menyatakan tajuk, fokus atau isu utama keseluruhan aktiviti.

• Konsep Teknologi Hijau


Bahagian ini menyatakan sektor dalam TH bagi setiap aktiviti yang
dijalankan dalam tajuk tersebut. Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti
tersebut juga dinyatakan. Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan
Jadual IPCC (2014). Jadual tersebut menyenaraikan sektor TH dan kategori TH yang
terletak di bawah sektor berkenaan.

Contoh: Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori yang terletak di bawah sektor ini ialah
Tenaga Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga Boleh Baharu. Tenaga Boleh Baharu terdiri
daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim dan Biotenaga, Geoterma, Solar Fotovolta dan
lain-lain sebagai kaedah menyelesaikan masalah perubahan iklim menggunakan TH.

• Konsep Teknologi Hijau Dalam Kimia


Bahagian ini memberi penerangan lebih lanjut tentang sektor TH yang terlibat bagi
setiap aktiviti dalam mata pelajaran Kimia. Sektor tersebut dikaitkan dengan konsep
dalam mata pelajaran Kimia yang ingin disampaikan dalam mata pelajaran mengikut
tajuk aktiviti tertentu yang dirancang dalam modul. Bahagian ini juga menyatakan
sektor dan kategori TH bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam tajuk tersebut.
Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti tersebut juga dinyatakan.
Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan Jadual IPCC (2014).
Jadual tersebut menyenaraikan sektor TH dan kategori TH yang terletak di bawah
sektor berkenaan.

KIMIA 19
Contoh: Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori yang terletak di bawah sektor ini ialah
Tenaga Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga Boleh Baharu. Tenaga Boleh Baharu terdiri
daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim dan Biotenaga, Geoterma, Solar Fotovolta dan
lain-lain sebagai kaedah menyelesaikan masalah perubahan iklim menggunakan TH.

• Kerjaya Dalam Teknologi Hijau


Senarai kerjaya yang berkaitan dengan setiap aktiviti diberikan. Senarai ini diberikan
supaya dapat memberikan rangsangan kepada murid bahawa terdapat pekerjaan yang
memerlukan pengetahuan dan kemahiran TH sekiranya mereka ingin menceburkan
diri dalam bidang berkenaan.

• Soalan Utama
Senarai soalan-soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjana
idea serta memberi gambaran awal kepada murid tentang aktiviti yang dijalankan.
Soalan ini disusun mengikut aktiviti yang disediakan. Guru disaran menggunakan
soalan ini untuk tujuan mencetuskan fikiran murid ke arah konsep TH dan kaitannya
dengan konsep tajuk mata pelajaran tertentu.

• Tujuan Pembelajaran
Menyatakan tujuan dan matlamat bagi setiap aktiviti yang akan dilaksanakan serta
perkaitannya dengan sektor TH yang diintegrasikan.

• Latar Belakang
Bahagian ini menerangkan latar belakang konsep bagi tajuk aktiviti termasuk
penyataan masalah dan perancangan aktiviti untuk mengatasi masalah berpandukan
sektor TH. Bahagian ini bertujuan membantu guru mendapatkan maklumat perkaitan
konsep Kimia dengan TH yang boleh diintegrasikan.

• Strategi Pengajaran
Menyatakan strategi pengajaran yang diaplikasikan bagi setiap aktiviti berserta proses
pelaksanaan langkah demi langkah dengan terperinci. Strategi ini diterjemahkan dalam
Modul Aktiviti Murid tanpa maklumat yang telah disediakan untuk guru bagi membantu
murid. Sedangkan modul murid hanyalah langkah yang mereka perlu lakukan supaya
mereka dapat melalui proses pembelajaran secara aktif. Kebanyakan strategi yang
dirancangkan dalam modul ini ialah Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk bagi
memastikan dan menyediakan murid memperolehi kemahiran pembelajaran abad
ke-21. Oleh yang demikian guru perlu merancang pengajaran ini bukan untuk dua
waktu pengajaran tetapi merancang mengikut cadangan modul untuk murid berupaya
menghasilkan produk atau prototaip dalam memahami dan mencuba menyelesaikan
masalah dunia sebenar dengan aplikasi TH. Guru perlu sedar strategi ini adalah untuk
tempoh masa penghasilan produk yang agak panjang bersesuaian dengan strategi
Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk.

• Glosari
Mengandungi penerangan bagi setiap istilah TH yang digunakan di dalam modul serta
beberapa istilah penting yang lain.

• Aktiviti
Merumuskan semua tajuk setiap aktiviti, strategi pengajaran yang digunakan dan
tempoh waktu pembelajaran yang diperuntukkan untuk melaksanakan aktiviti.

20 KIMIA
• Tajuk Aktiviti
Bahagian ini menerangkan perincian bagi setiap aktiviti termasuk:
o Objektif,
o Latar Belakang Aktiviti,
o Bahan dan peralatan yang diperlukan (per kumpulan),
o Kaedah,
o Maklumat untuk Guru,
o Pemerhatian,
o Soalan Perbincangan,
o Kesimpulan,
o Kerjaya dalam Teknologi Hijau,
o Sumber Rujukan,
o Cadangan Jawapan Soalan Perbincangan.

Guru disaran untuk memberi fokus kepada soalan perbincangan serta kesimpulan yang
boleh dibuat berdasarkan konsep dalam mata pelajaran dan konsep TH yang diperoleh
melalui aktiviti bersama murid. Maklumat dalam perincian aktiviti juga diberikan dalam
Modul Aktiviti Murid kecuali maklumat guru dan cadangan jawapan soalan
perbincangan. Perkara ini adalah untuk memastikan strategi Pembelajaran Berasaskan
Produk/Projek yang merangkumi Pembelajaran Koperatif serta inkuiri berdasarkan
Pendekatan STEM seperti saranan daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Sumber Rujukan
Bahagian ini menyenaraikan sumber rujukan bagi makluman guru. Rujukan diasingkan
mengikut aktiviti. Ini adalah bertujuan memudahkan guru untuk membuat rujukan lanjut
di laman sesawang.

• Cadangan Jawapan Soalan Perbincangan


Bahagian ini memberikan cadangan jawapan bagi setiap soalan perbincangan
mengikut aktiviti. Ini adalah bertujuan membantu guru untuk membimbing murid supaya
dapat memahami konsep Kimia dan perkaitannya dengan TH.

KIMIA 21
Modul Aktiviti Murid

Modul Aktiviti Murid ditulis berdasarkan Modul Panduan Guru tetapi tidak semua maklumat
kepada guru dibekalkan kepada murid. Ini bertujuan untuk murid menjadi murid lebih aktif dan
terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Kebanyakan kaedah menggunakan Pembelajaran
Berasaskan Projek/Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan murid berbincang, mencari
maklumat dan perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti. Modul Aktiviti Murid juga ditulis
dalam format yang tertentu. Berikut merupakan penerangan tentang format bagi setiap aktiviti:

• Tajuk
Menyatakan tajuk, fokus atau isu utama keseluruhan aktiviti yang menarik.

• Objektif
Menyatakan objektif aktiviti yang akan dilaksanakan serta menunjukkan perkaitan
dengan sektor TH yang bersesuaian.

• Latar Belakang
Menyatakan konsep mata pelajaran yang terlibat dalam aktiviti serta menerangkan
perkaitan konsep tersebut dengan sektor TH yang dinyatakan dalam Jadual IPCC
(2014). Bahagian ini juga menyatakan sektor dan kategori TH bagi setiap aktiviti yang
dijalankan dalam tajuk tersebut. Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti
tersebut juga dinyatakan. Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan
Jadual IPCC (2014). Jadual tersebut menyenaraikan sektor TH dan kategori TH yang
terletak di bawah sektor berkenaan. Contoh: Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori
yang terletak di bawah sektor ini ialah Tenaga Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga
Boleh Baharu. Tenaga Boleh Baharu terdiri daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim
dan Biotenaga, Geoterma, Solar Fotovolta dan lain-lain sebagai kaedah
menyelesaikan masalah perubahan iklim menggunakan TH.

• Glosari
Senarai glosari diberikan bagi setiap aktiviti. Perkataan atau istilah yang baru
disertakan bertujuan memberikan penjelasan ringkas untuk kefahaman murid bagi
TH yang berkaitan dalam setiap aktiviti.

• Bahan dan Peralatan


Senarai bahan dan peralatan (per kumpulan) yang diperlukan bagi menjalankan
aktiviti disertakan. Walau bagaimanapun murid boleh/bebas menggunakan bahan
atau peralatan lain mengikut kreativiti mereka.

• Kaedah
Penggunaan kaedah adalah mengikut strategi yang dicadangkan dalam Modul
Panduan Guru tetapi diubah suai dalam bentuk langkah yang perlu dilakukan oleh
murid secara berkumpulan. Kaedah yang diikuti oleh murid ialah mengikut
Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan
murid berbincang, mencari maklumat dan perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti.
Kaedah sebegini yang memerlukan murid untuk menghasilkan produk akan
mengambil tempoh masa yang panjang. Guru akan membimbing murid dalam
proses pembelajaran sepanjang tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan
produk. Semasa menjalankan aktiviti, murid perlu bekerja sebagai satu kumpulan.
Murid harus sedar aktiviti seperti ini memerlukan mereka untuk bekerjasama
secara kolaboratif dalam mencari maklumat terutama melalui laman sesawang di
internet dan lain-lain sumber rujukan serta berbincang untuk menghasilkan produk.
Produk yang dihasilkan perlu menunjukkan kreativiti murid.

22 KIMIA
• Pemerhatian
Bahagian ini menyenaraikan arahan atau soalan yang mengarah murid melakukan
pemerhatian bagi setiap aktiviti yang mereka lakukan. Murid perlu berbincang dalam
kumpulan untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian.

• Soalan Perbincangan
Senarai soalan perbincangan diberikan supaya murid dapat berbincang dalam
kumpulan semasa aktiviti dijalankan. Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) ini bertujuan membantu murid berfikir dengan lebih kritis. Soalan-
soalan tersebut bertujuan menguji kefahaman murid tentang konsep Kimia dan
konsep TH yang diintegrasikan dalam aktiviti berkenaan.

• Kesimpulan
Murid perlu berbincang dan menuliskan kesimpulan daripada aktiviti tersebut dan
perlu mengaitkan konsep Kimia dengan TH yang telah diaplikasikan.

• Kerjaya Dalam Teknologi Hijau


Beberapa pekerjaan yang sesuai diberikan mengikut aktiviti supaya murid
mempunyai pengetahuan tentang pekerjaan yang bersesuaian dengan TH yang
tertentu. Maklumat tersebut dapat membuka minda murid serta menarik minat
mereka ke arah TH dan Kimia.

• Sumber Rujukan
Modul Aktiviti Murid juga diberikan senarai rujukan untuk makluman murid. Rujukan
diasingkan mengikut aktiviti untuk memudahkan murid untuk mencari maklumat dan
membuat rujukan lanjut di laman sesawang bagi aktiviti yang spesifik.

KIMIA 23
REPORT OF
INTERGOVERNMENTAL PANEL
ON CLIMATE CHANGE (IPCC) 2014

Cambridge University Press


32 Avenue of the Americas
New York
United States of America
www.cambridge.org

24 KIMIA
REPORT OF THE INTERGOVERNMENTAL PANEL ON CLIMATE
CHANGE (IPCC, 2014)
(*Adapted from IPCC report)

ENERGY SUPPLY

SECTOR ENERGY SUPPLY


CATEGORY FOSSIL ENERGY NUCLEAR ENERGY RENEWABLE
Coal and Peat Nuclear Waste Management Hydroelectricity
- Fuel repository
Gaseous Fuel - Improving proliferation Wind
resistance
Petroleum Fuels Biomass and Bioenergy
Uranium Exploration, Extraction and Refining
Unconventional Oil - reprocessing the spent fuel Geothermal
and extracting the unused
uranium Solar Thermal Electric

Nuclear Fusion Solar Photovoltaic


- fusion of heavy hydrogen fuel
- fusion-power production Solar Heating and Cooling

Ocean Energy

Biofuels

Hydrogen and Fuel Cells

Thermoelectric Generators

KIMIA
25
WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT

26
SECTOR WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT
PREVENTION AND SEPARATION AND COLLECTION AND TREATMENT AND ULTIMATE DISPOSAL AND WASTEWATER
CATEGORY
MINIMIZATION RECYCLING TRANSFER PROCESSING LANDFILL TREATMENT

KIMIA
- Food waste - Waste Collection method Physical treatment - Landfill mining - Utilization of sludge in
prevention segregation - Mechanical - Minimization of - Methane gas industrial and
- Hotel waste and semi- volume and weight. bioreactor agricultural.
prevention - Waste mechanical. - Alteration - Volatile fatty - Biogas production
- Paper waste recycling of waste form and acids extraction from sludge
minimization Scheduling and Routing shape from landfill
- Cleaner - E-waste - Waste to animal food leachate
production - Minimization - Landfill leachate
- Alternatives of collection Thermal Process treatment
practices for and transfer - Waste to energy methods.
plastic film/ time
Styrofoam - Minimization Biological Process
container of fuel - Waste to energy
consumption - Waste to fertilizer
- Utilization of - Biogas production
biofuel. - Bioethanol
production
- Bio-hydrogen
production

WASTE
INCINERATION AND WASTE REDUCTION,
MANAGEMENT AND CH4 MANAGEMENT
OTHER THERMAL RE-USE AND WASTEWATER AND
CATEGORY GHG- AT LANDFILLS BIOLOGICAL TREATMENT
PROCESSES RECYCLING SLUDGE TREATMENT
MITIGATION
TECHNOLOGIES
-Controlled landfilling - Industrial - Composting -Waste minimization
a) landfill gas co-combustion - Anaerobic Digestion
recovery -Fluidized bed technology - MBT (Mechanical
b) without landfill Biological Treatment)
gas recovery

- Optimization
microbial
methane
oxidation in
landfills cover soil
(biocovers)
TRANSPORT

SECTOR TRANSPORT
CATEGORY ROAD TRANSPORT RAIL AVIATION SHIPPING
Reducing Vehicles Load Reducing Aerodynamic Technology Developments Applying Current Energy-Saving
-Use lightweight materials Resistance Strategies
-Apply aerodynamic Engine Developments
improvement Reducing Train Weight Load Optimization
-Mobile air conditioning (MAC) system Aircraft Developments
Regenerative Braking Maintenance
Improving Drive Train Efficiency Alternative Fuels for Aviation
-Advanced direct injection Higher Efficiency
- Gasoline / Diesel engines and Propulsion System Aviation Potential Practices
transmission
-Hybrid drive trains Lower Flight Speeds

Alternative Fuels
-Biofuels
-Natural Gas (CNG / LNG / GTL)
-Hydrogen / fuel cells
-Electric vehicles

Well-to-Wheels Analysis of
Technical Mitigation Options
a) Road transport: mode
shifts
-Public transport
-Non-motorized
transport (NMT)

Eco-Driving Practices

KIMIA
27
28
BUILDINGS

SECTOR BUILDINGS

KIMIA
HEATING, HOUSEHOLD
ACTIVE
INDOOR VENTILATION APPLIANCES,
COOLING BUILDING COLLECTION
ENVIRONMENTAL AND AIR CONSUMER
THERMAL AND ENERGY AND DOMESTIC LIGHTING
CATEGORY QUALITY CONDITIONING DAYLIGHTING ELECTRONICS
ENVELOPE COOLING MANAGEMENT TRANSFORMATION WATER SYSTEMS
(IEQ) (HVAC) AND OFFICE
LOADS SYSTEMS OF RENEWABLE
SYSTEMS EQUIPMENT
ENERGY

Water High Use of Natural Standby and Low


Insulation Air Quality Reducing the Alternative Commissioning Building-Integrated Saving Efficiency Lighting Power Mode
Cooling Load HVAC PV (BiPV) Fixtures Electric
Windows Comfortable Systems in Operation, Lighting Efficiency of
Humidity Passive and Commercial Maintenance and Solar Thermal Water Biomass Stoves
Air Leakage Low-Energy Buildings Performance Energy for Heating Efficient
Temperature Cooling -Radiant chilled -Cogeneration and Hot Water Washing Improved
Techniques ceiling cooling and District Machine Access to Clean
-Natural -Displacement Heating/ Landscape Cooking Fuels
and ventilation Cooling -solar garden Insulated
night-time Water Solar Cookers
ventilation Wind Energy Heaters
-Evaporative Small Electric
cooling Air-source Cooking
-Passive or Equipment
cooling Exhaust-air
techniques Heat Pumps

Air Solar
Conditioners Thermal
and Vapor Water
Compression Heaters
Chillers
Water
Recycling

Rainwater
Harvesting

CATEGORY MATERIALS

Use of Green Materials

Volatile Organic Compound (VOC) Paints

Renewable Raw Materials


AGRICULTURE AND FORESTRY

SECTOR AGRICULTURE AND FORESTRY


GRAZING LAND MANAGEMENT AND MANAGEMENT OF ORGANIC/PEATY
CATEGORY CROPLAND MANAGEMENT FORESTRY
PASTURE IMPROVEMENT SOILS
Improved Agronomic Practices Grazing Intensity Restoration of Degraded Lands Reducing Deforestation
and Degradation
Nutrient Management Increased Productivity Livestock Management
Afforestation/Reforestation
Tillage/Residue Management Nutrient Management - Improved feeding practices
- Specific agents and dietary Forest Management to
Water Management Fire Management additives Increase Stand and
- Longer-term management Landscape-Level Carbon
Rice Management Species Introduction changes and animal breeding Density

Agro-Forestry Increasing Off-Site Carbon


Manure Management Stocks in Wood Products and
Land Cover (use) change Enhancing Product and
Bioenergy Fuel Substitution

- Residues from agriculture


- Dedicated energy crops

KIMIA
29
30
INDUSTRY

SECTOR INDUSTRY

KIMIA
ENERGY FUEL POWER MATERIAL CARBON
CATEGORY RENEWABLES
EFFICIENCY SWITCHING RECOVERY EFFICIENCY SEQUESTRATION
Energy Management Coal to Natural Cogeneration Biomass Recycling Oxy-Fuel
Systems Gas and Oil Combustion
Pre-Coupled Gas Biogas High Strength
Efficient Motor Waste Fuels Turbine Steel CO2 Separation
Systems Wind Turbines from Flue Gas
Biogas Pressure Recovery Reduction Process
Lighting and Turbine Hydropower Losses Hydrogen
HVAC Biomass Reduction
Hydrogen Recovery Biofuels Thinner Film and
Shoe Press Landfill Gas Coating Oxygen Use in
Anaerobic Digestion Solar Drying Blast Furnaces
Efficient Drying Increased Efficiency
Gasification Solar Cooling Transport Sector Application to
Refinery Gas Ammonia,
Waste Energy Solar Re-usable Containers Ethylene Oxide
Recovery Process Processes
Heat Closed Water Use
O2 Combustion in Kiln
Heat pumps
O2 Combustion
MEWAJARKAN
TEKNOLOGI HIJAU DALAM
ELEKTROKIMIA

KIMIA 31
MEWAJARKAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM
ELEKTROKIMIA

1.0 TAJUK

Mewajarkan Teknologi Hijau dalam Elektrokimia

1.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep Teknologi Hijau (TH) yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat
di bawah:

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau


1 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pelupusan dan Tapak
(Waste and Wastewater Pelupusan Akhir
Management) (Ultimate Disposal and Landfill)
• Kaedah Olahan Larutlesapan
Tapak Pelupusan
(Landfill Leachate Treatment
Methods)
2 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pelupusan dan Tapak Pelupusan
(Waste and Wastewater Akhir
Management) (Ultimate Disposal and Landfill)
• Kaedah Olahan Larutlesapan
Tapak Pelupusan
(Landfill Leachate Treatment
Methods)
ii. Bangunan • Air Domestik
(Building) (Domestic Water)
• Kitar Semula Air
(Water Recycling)

3 i. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu


(Energy Supply) (Renewable)
• Tenaga Lautan
(Ocean Energy)
4 i. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu
(Energy Supply) (Renewable)
• Tenaga Lautan
(Ocean Energy)

32 KIMIA
1.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM KIMIA

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah. Dengan
mengaplikasikan kategori Pelupusan dan Tapak Pelupusan dalam Sektor Pengurusan Sisa dan
Air Sisa melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan akan membolehkan air sisa dari
tapak pelupusan diolah bagi memastikan kandungan berbahaya dalam air sisa dapat disingkirkan.

Aktiviti 1: Mengolah air sisa dari perusahaan batik

• Air sisa dari perusahaan batik mengandungi bahan kimia seperti bahan pewarna organik
dan tak organik yang sukar untuk dinyahwarna dan mereput secara biologi (Norazah, 2012).
• Melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan yang menggunakan prinsip elektrolisis
iaitu elektro-penggumpalan (electrocoagulation) digunakan.
• Dalam proses ini, elektrod yang digunakan boleh terdiri daripada logam seperti kuprum atau
karbon yang bertindak sebagai anod dan katod.
• Air sisa akan bertindak sebagai elektrolit untuk mengalirkan arus elektrik.
• Dalam aktiviti ini, air pewarna digunakan sebagai alternatif kepada air sisa dari perusahaan
batik.
• Melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan, flok iaitu bahan cemar akan tergumpal
di bahagian atas atau bawah larutan (air sisa) dan menghasilkan air sisa yang tidak
mencemarkan alam sekitar.

Aktiviti 2: Mengolah air sisa dari rumah

Kategori Pelupusan dan Tapak Pelupusan Akhir dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan digunakan untuk mengolah air sisa rumah.
Sektor Bangunan dengan kategori Air Domestik melalui Kitar Semula Air bagi Sektor Bangunan
diaplikasikan bagi membolehkan air sisa yang telah diolah dapat digunakan semula. Contohnya, air
siraman tanaman.

• Kitar Semula Air merujuk kepada perubahan fungsi air iaitu penggunaan pertama adalah
sebagai air basuhan dan penggunaan kedua (selepas dikitar semula air) boleh
digunakan untuk tujuan yang berbeza seperti siraman tanaman.
• Melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan, air sisa rumah boleh digunakan
semula.
• Air sisa rumah (greywater) yang digunakan adalah semua jenis air basuhan daripada rumah
kecuali air tandas.
• Dengan cara ini, air sisa rumah boleh digunakan semula untuk tujuan yang berbeza seperti
siraman pokok, membasuh kereta, membasuh longkang dan lain-lain.

KIMIA 33
Aktiviti 3: Menggunakan air laut untuk menghasilkan arus elektrik

Kategori Tenaga Boleh Baharu dalam Sektor Bekalan Tenaga telah diaplikasikan melalui
penggunaan Tenaga Lautan (air laut) untuk menghasilkan arus elektrik. Kategori Tenaga Boleh
Baharu bagi Sektor Bekalan Tenaga digunakan. Dalam aktiviti ini, air laut digunakan sebagai
sumber yang bertindak untuk menghasilkan arus elektrik.

• Tenaga Boleh Baharu adalah tenaga yang boleh dijana dalam tempoh kewujudan hayat
manusia.
• Dalam kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Tenaga Lautan, air laut digunakan sebagai
sumber arus elektrik kerana tahap kemasinan yang dimiliki.
• Air laut mengandungi kemasinan 3.5%(35 g/L) iaitu 35 g garam terlarut (ion Sodium, Na+
• dan ion Klorida, Cl-) (ScienceDaily 2016).
• Namun kemasinan air laut adalah berbeza mengikut tempat, keterlarutan garam dan
mineral yang terkandung di dalam air laut tersebut.
• Dalam aktiviti ini, air garam digunakan sebagai alternatif kepada air laut.
• Prinsip sel kimia diaplikasikan dengan menjadikan air garam sebagai elektrolit.
• Dengan tindak balas yang berlaku di terminal positif dan terminal negatif, tenaga elektrik
dapat dihasilkan.

Aktiviti 4: Mereka cipta bot yang menggunakan air laut (air garam) sebagai sumber tenaga

Tenaga Lautan (air laut) dalam kategori Tenaga Boleh Baharu bagi Sektor Bekalan Tenaga
digunakan untuk menggerakkan bot yang yang dihasilkan.

• Bahan api fosil dapat digantikan dengan mengaplikasikan kategori Tenaga Boleh Baharu
melalui Tenaga Lautan (air laut).
• Air garam digunakan sebagai alternatif kepada air laut sebagai sumber bahan api bagi
menggantikan bahan api fosil dengan tujuan menggerakkan bot yang dibina.
• Prinsip yang digunakan adalah sel kimia yang membolehkan tenaga kimia ditukar kepada
tenaga elektrik.

1.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Jurutera Kimia
• Pengurus Sumber Persekitaran
• Peguam Persekitaran
• Pakar Persekitaran

1.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 1

i. Mengapakah air sisa dari tempat pelupusan sampah perlu diolah melalui Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan?
ii. Jelaskan kemudaratan air sisa tersebut kepada manusia dan alam sekitar terutamanya
kepada air bawah tanah jika air sisa tersebut tidak diolah.

34 KIMIA
Aktiviti 2

i. Nyatakan sumber terbesar yang menyumbang kepada penghasilan air sisa rumah dari
kediaman anda.
ii. Mengapakah air sisa rumah perlu diolah terlebih dahulu melalui Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan?
iii. Mengapakah Kitar Semula Air penting dalam kehidupan seharian kita?

Aktiviti 3

i. Mengapakah air laut (air garam) dikategorikan sebagai salah satu sumber Tenaga Boleh
Baharu?
ii. Jelaskan kesan jangka masa panjang penggunaan air laut sebagai sumber yang boleh
menjana tenaga elektrik kepada alam sejagat.

Aktiviti 4

i. Bagaimanakah bot yang direka ini mengaplikasikan Sektor Bekalan Tenaga dalam TH?
ii. Jelaskan kesan rumah hijau apabila Tenaga Lautan diaplikasikan iaitu penggunaan air
laut (air garam) sebagai sumber tenaga.

1.5 TUJUAN PEMBELAJARAN


Mengaplikasikan TH dalam elektrokimia.

1.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan


1 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Perusahaan batik menghasilkan air sisa
• Pelupusan dan Tapak yang berbahaya kepada alam sekitar dan
Pelupusan Akhir mampu memberi kesan negatif kepada
• Kaedah Olahan manusia dalam jangka masa panjang.
Larutlesapan Tapak
Pelupusan • Kategori Pelupusan dan Tapak Pelupusan
Akhir melalui Kaedah Olahan Larutlesapan
Tapak Pelupusan menggunakan prinsip
elektrolisis iaitu elektro-penggumpalan
membolehkan bahan tercemar air sisa
perusahaan batik tergumpal sama ada di
bahagian atas atau bawah larutan sisa.

• Bahan tercemar yang tergumpal dikenali


sebagai flok.

• Air sisa yang telah diolah melalui proses ini


adalah selamat dan tidak berbahaya
kepada alam sekitar dan manusia apabila
dibuang.

KIMIA 35
Aktiviti Sektor Penerangan
2 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Hampir 50% hingga 80% air sisa rumah
• Pelupusan dan Tapak mengandungi kotoran, sedikit minyak, sisa
Pelupusan Akhir makanan, detergen dan bakteria tetapi
• Kaedah Olahan masih selamat untuk diguna semula.
Larutlesapan Tapak
Pelupusan • Kategori Pelupusan dan Tapak Pelupusan
Akhir melalui Kaedah Olahan Larutlesapan
Tapak Pelupusan digunakan bagi
membolehkan air sisa digumpalkan dan
diasingkan.

ii. Bangunan • Dengan mengaplikasikan kategori Air


• Air Domestik Domestik melalui Kitar Semula Air, air sisa
• Melalui Kitar Semula Air rumah yang telah diolah boleh diguna
semula tetapi berbeza kegunaannya.

3 i. Bekalan Tenaga • Tenaga Lautan merupakan Tenaga Boleh


• Tenaga Boleh Baharu Baharu dalam Sektor Bekalan Tenaga.
• Tenaga Lautan
• Tenaga Lautan merupakan Tenaga Boleh
Baharu kerana ia merupakan sumber
semula jadi yang boleh dihasilkan semula
dalam tempoh hayat manusia.

• Air laut mengandungi ion positif (kation)


yang terdiri daripada ion natrium dan ion
hidrogen manakala ion negatif (anion)
adalah terdiri daripada ion klorida dan ion
hidroksida.

• Prinsip sel kimia diaplikasikan apabila


elektrod yang terdiri daripada dua logam
yang berbeza (seperti kuprum dan
aluminium) dimasukkan ke dalam elektrolit
air laut (air garam), maka tindak balas
kimia akan berlaku yang membolehkan
tenaga kimia ditukarkan kepada tenaga
elektrik.

4 i. Bekalan Tenaga • Arus elektrik yang terhasil daripada air


• Tenaga Boleh Baharu laut (air garam) ini akan digunakan untuk
• Tenaga Lautan menggerakkan bot yang direka.

• Air laut (air garam) bertindak sebagai


sumber Tenaga Boleh Baharu melalui
Tenaga Lautan.

• Air laut digunakan untuk menggantikan


bahan api fosil.

36 KIMIA
1.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang boleh digunakan bagi semua aktiviti ialah Inkuri Penemuan dan
Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP). Walau bagaimanapun, guru boleh menggunakan kedua-
dua strategi ataupun salah satu strategi sahaja mengikut kreativiti masing-masing.

Inkuiri Penemuan

Sebelum memulakan strategi ini, guru membentuk kumpulan murid yang terdiri daripada enam orang.
Dalam strategi ini, guru mengemukakan soalan bagi membolehkan murid menjalankan penyiasatan.
Untuk itu, eksperimen (aktiviti hands on dan minds on) akan dilaksanakan. Bagi memulakan strategi
ini, langkah yang diperlukan adalah:

i. Penyoalan
• Adakah air garam (air laut) yang dicairkan menghasilkan voltan yang berbeza? Jelaskan.
• Adakah air sisa yang diolah selamat digunakan semula? Mengapa?

ii. Penyiasatan
• Murid menjalankan penyiasatan dengan menggunakan bahan-bahan yang
disediakan oleh guru.
• Sebagai contoh: menyiasat hubungan pasangan elektrod yang berbeza dengan voltan
yang dihasilkan.

iii. Membina Pengetahuan


• Murid membina kefahaman dan pengetahuan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
• Sebagai contoh: murid menjelaskan maksud flok berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan.

iv. Perbincangan
• Murid berbincang hasil penemuan daripada eksperimen yang dijalankan.
• Sebagai contoh: membincangkan nilai pH air sisa sebelum dan selepas Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan dilaksana.

v. Reflek
• Murid membuat refleksi dengan merujuk kembali aktiviti yang telah dilaksanakan beserta
soalan yang telah dikemukakan oleh guru.

KIMIA 37
Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP)

PBP merupakan satu strategi yang berpusatkan murid iaitu murid akan bekerjasama dalam kumpulan
untuk menghasilkan produk. Bagi memulakan strategi ini, guru perlu memulakan pengajaran dengan
langkah berikut :

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video / gambar yang berkaitan.
• Guru mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir seperti:
o Bagaimanakah pencemaran air sisa dari perusahaan batik mencemarkan sumber air
bawah tanah?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid bekerja secara berkumpulan (6 murid / kumpulan).

iii. Pelan Projek


• Murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Sebagai contoh: melantik ketua kumpulan, pencatat dan sebagainya.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.

v. Pembentangan
• Setiap kumpulan membentangkan produk yang dihasilkan.

1.8 GLOSARI

Air Sisa Rumah – Air sisa rumah seperti air mandian, air basuhan kecuali air tandas.

Air Domestik – Air yang digunakan bagi keperluan di rumah sama ada di dalam dan di luar rumah.

Anod – Elektrod yang bercas positif dalam sel elektrolisis.

Elektrolit – Larutan yang mengandungi ion yang membenarkan pengaliran arus elektrik melaluinya.

Elektro-penggumpalan – Mengolah air sisa dengan menggunakan prinsip elektrolisis bagi


menggumpal bahan tercemar.

Elektrod Positif – Adalah terminal positif dalam sel kimia yang menggunakan logam yang kurang
elektropositif dalam sel elektrokimia.

Elektrod Negatif – Adalah terminal negatif dalam sel kimia yang menggunakan logam yang lebih
elekropositif dalam sel elektrokimia.

Flok – Bahan cemar yang tergumpal di bahagian atas atau bawah larutan air sisa.

Katod – Elektrod yang bercas negatif dalam sel elektrolisis.

Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan – Kaedah yang yang digunakan untuk mengolah
air sisa dengan menggunakan prinsip elektrolisis.

Kitar Semula Air – Penggunaan semula air bagi tujuan yang berbeza.

38 KIMIA
Pengoksidaan – Apabila atom / molekul / ion kehilangan elektron. Ia juga melibatkan peningkatan
nombor pengoksidaan.

Penurunan – Apabila atom / molekul / ion menerima elektron. Ia juga melibatkan penurunan nombor
pengoksidaan.

Pelupusan dan Tapak Pelupusan Akhir – Tapak akhir untuk pembuangan sisa dan air sisa.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan


pemusnahan bangunan.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

Tenaga Lautan – Merupakan sumber tenaga boleh baharu yang menggunakan tahap kemasinan air
laut untuk menghasilkan arus elektrik.

Tindak balas Redoks – Tindak balas yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan yang berlaku
secara serentak.

Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana dalam tempoh kewujudan hayat manusia.
Contohnya seperti tenaga solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biotenaga dan tenaga ombak.

1.9 AKTIVITI

Terdapat empat aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:

Aktiviti Strategi Tempoh

1 Inkuiri Penemuan 4 jam

2 Inkuiri Penemuan 1 minggu

3 Inkuiri Penemuan 3 jam

4 Pembelajaran Berasaskan Produk 1 bulan

KIMIA 39
AKTIVITI 1

Objektif
Mengolah air sisa perusahaan batik dengan menggunakan prinsip elektrolisis.

Latar Belakang

Dengan menggunakan kategori Pelupusan dan Tapak Pelupusan Akhir, air sisa dari perusahaan batik
akan diolah melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan dalam Sektor Pengurusan Sisa
dan Air Sisa. Pengolahan ini menggunakan elektrod daripada logam atau karbon yang terpakai bagi
memperkenalkan konsep elektro-penggumpalan (electrocoagulation). Justeru air sisa perusahaan
batik yang digunakan akan bertindak sebagai bahan elektrolit. Tindak balas kimia akan berlaku apabila
logam seperti kuprum / karbon dimasukkan ke dalam air sisa tersebut kerana air sisa mengandungi
ion boleh teroksida. Proses ini menjadikan air sisa tersebut tidak mencemarkan alam sekitar.

Bahan dan Peralatan

i. 2 unit Elektrod karbon


ii. 2 unit Elektrod kuprum
iii. 2 unit Bikar 500 ml
iv. 4 unit Klip buaya
v. Air sisa dari perusahaan batik (pewarna batik digunakan sebagai bahan gantian)
vi. Penunjuk universal / pH meter
vii. Sumber kuasa

Gambar 1
Bahan dan peralatan bagi Aktiviti 1

40 KIMIA
Kaedah

Murid perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada enam orang.

i. Guru mengemukakan soalan:


• Bagaimanakah air sisa daripada perusahaan batik boleh mencemarkan alam sekitar?
• Mengapakah air sisa perusahaan batik perlu diolah melalui Kaedah Olahan Larutlesapan
Tapak Pelupusan sebelum dibuang?
• Bagaimanakah Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan mengolah air sisa
tersebut?
• Apakah nilah pH air sisa perusahaan batik sebelum dan selepas diolah melalui
Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan? Jelaskan.

ii. Penyiasatan
• Murid melakukan penyiasatan bagi mengenal pasti cara untuk merawat air sisa daripada
perusahaan batik dengan menggunakan prinsip elektrolisis melalui Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan.
• Menggunakan elektrod karbon yang akan berperanan sebagai anod dan katod.
• Menggunakan air sisa daripada perusahaan batik sebagai elektrolit.
• Melengkapkan sel elektrolisis (sila rujuk Gambar 2).

Elektrolit : Air pewarna sebagai air sisa perusahaan


batik
Anod : Karbon / Kuprum
Katod : Karbon / Kuprum

Gambar 2
Sel elektrolisis

• Murid melakukan penyiasatan bagi menentukan nilai pH air sisa daripada perusahaan
batik sebelum dan selepas diolah.
• Murid melakukan penyiasatan terhadap hasil yang diperoleh apabila elektrod karbon
digantikan dengan elektrod kuprum.

iii. Membina Pengetahuan


• Murid membina kefahaman berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan.
Murid dapat mengetahui bahawa prinsip elektrolisis boleh digunakan untuk mengolah air
sisa daripada perusahaan batik melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan
dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

KIMIA 41
iv. Perbincangan
• Murid berbincang mengenai hasil penemuan yang diperoleh daripada aktiviti yang
dijalankan.
• Sebagai contoh:
o Membincangkan hasil yang diperoleh apabila menggunakan elektrod karbon.
o Membincangkan hasil yang diperoleh apabila menggunakan elektrod kuprum.
o Membincangkan peranan kategori Pelupusan dan Tapak Pelupusan Akhir dalam
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dalam melestarikan air sisa perusahaan batik.
o Membincangkan nilai pH air pewarna batik (air sisa daripada perusahaan batik)
sebelum dan selepas proses elektrolisis melalui Kaedah Olahan Larutlesapan
Tapak Pelupusan.

v. Reflek
• Murid membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan membuat
perkaitan antara konsep Kimia iaitu konsep elektrokimia dengan kategori dan sektor TH
yang diaplikasikan.

Maklumat untuk Guru

Prosedur :

i. Rekod nilai pH air pewarna batik (air sisa daripada perusahaan batik) sebelum eksperimen
dijalankan dengan menggunakan penunjuk universal.
ii. Catatkan warna air pewarna batik (air sisa daripada perusahaan batik).
iii. Masukkan 50 ml air pewarna batik (air sisa daripada perusahaan batik) ke dalam bikar
500 ml.
iv. Rendamkan elektrod karbon ke dalam bikar tersebut.
v. Sambungkan klip buaya kepada sumber kuasa dengan voltan 4V.
vi. Catatkan perubahan warna dan nilai pH bagi setiap 1 jam selama 4 jam.
vii. Ulang langkah (iii) hingga (v) dengan menggantikan elektrod karbon dengan elektrod
kuprum.

Pemerhatian

i. Perhatikan perubahan warna air pewarna batik (air sisa daripada perusahaan batik)
sebelum dan selepas Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan dilakukan.
ii. Perhatikan perubahan warna penunjuk universal sebelum dan selepas Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan dilakukan.
iii. Jika menggunakan elektrod kuprum, apakah yang berlaku kepada warna dan nilai pH air
sisa tersebut? Mengapa?

Soalan Perbincangan

i. Apakah maksud Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan dan apakah kaitannya
dengan prinsip elektrolisis?
ii. Bandingkan nilai pH air sisa yang telah diolah apabila elektrod yang berbeza digunakan.
iii. Mengapakah air sisa perusahaan batik perlu diolah sebelum dibuang sebagai bahan
buangan?

42 KIMIA
Kesimpulan

Mengolah air sisa dari perusahaan batik mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan
kesan bahaya pada manusia. Perkara ini menunjukkan bahawa Sektor Pengurusan Sisa dan
Air Sisa sebagai salah satu sektor TH yang telah dipatuhi untuk memastikan semua bahan
cemar yang merbahaya digumpalkan sebelum air tersebut dibuang. Pengaplikasian kategori
Pelupusan dan Tapak Pelupusan Akhir melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan
menggunakan prinsip elektrolisis membolehkan air sisa tersebut diolah dengan memisahkan
bahan cemar berbahaya daripada air sisa.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Jurutera Kimia
• Pengurus Sumber Persekitaran

KIMIA 43
AKTIVITI 2

Objektif

Mengolah pelbagai air sisa rumah untuk menghasilkan air sisa yang telah diolah.

Latar Belakang

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dengan mengaplikasikan kategori Pelupusan dan Tapak
Pelupusan Akhir melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan digunakan untuk mengolah
air sisa rumah. Air sisa rumah seperti air sisa daripada sinki, mesin basuh dan bilik mandi boleh
diolah untuk menghasilkan produk air (air sisa yang telah diolah). Dengan menggunakan kategori Air
Domestik melalui Kitar Semula Air dalam Sektor Bangunan, ‘produk air’ tersebut boleh diguna semula
dengan fungsi yang berbeza. Maka air sisa rumah yang telah diolah boleh diguna semula untuk
kegunaan rumah mengikut kesesuaian seperti siraman tanaman, mencuci kereta dan sebagainya.

Contohnya, air beras yang telah diolah melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan, nilai
pHnya berubah daripada neutral kepada nilai pH berasid (asid lemah) dan ianya sesuai dijadikan
sebagai air kecantikan kerana air kecantikan mempunyai nilai pH 4 hingga 6. Bagi air basuhan
ayam yang telah diolah melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan, flok akan terhasil
di bahagian atas. Flok yang terhasil perlu diasingkan sebelum dibuang kerana ia mungkin menjadi
penyebab kepada masalah sinki tersumbat. Malah, ‘produk air’ tersebut mempunyai nilai pH berasid,
namun ianya masih sesuai untuk disalurkan ke sistem saliran.

Bahan dan Peralatan

i. Pelbagai air sisa rumah seperti:


• Air basuhan beras
• Air daripada mesin basuh
• Boleh menggunakan pelbagai jenis air sisa rumah kecuali air tandas
ii. Sumber kuasa
iii. 2 unit Elektrod karbon / kuprum
iv. 4 unit Klip buaya
v. 2 unit Bikar 500 ml
vi. Penunjuk universal / pH meter

Gambar 3
Bahan dan peralatan bagi Aktiviti 2

44 KIMIA
Kaedah

Murid perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada enam orang.

i. Guru mengemukakan soalan seperti :


• Mengapakah air sisa rumah perlu diolah melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak
Pelupusan?
• Bagaimanakah kategori Pelupusan dan Tapak Pelupusan Akhir melalui Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan berfungsi dalam aktiviti ini?
• Apakah nilai pH air sisa rumah sebelum dan selepas diolah? Jelaskan.
• Mengapakah air sisa rumah yang telah diolah boleh diguna semula melalui Kitar Semula
Air?
• Bagaimanakah kesan air sisa rumah yang telah diolah diguna semula sebagai air siraman
kepada tanaman?

ii. Penyiasatan
• Murid melakukan penyiasatan bagi mengenal pasti cara untuk mengolah air sisa rumah
(greywater) dengan menggunakan prinsip elektrolisis melalui Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan.
o Menggunakan elektrod karbon yang akan berperanan sebagai anod dan katod.
o Menggunakan air sisa rumah sebagai elektrolit.
o Melengkapkan sel elektrolisis. Rujuk Gambar 4.
o Selepas 30 minit, flok akan terhasil. Rujuk Gambar 5.

Gambar 5
Gambar 4
Flok terbentuk di permukaan air sisa semasa
Sel elektrolisis
proses elektrolisis

• Murid melakukan penyiasatan bagi menentukan nilai pH air sisa rumah sebelum dan
selepas diolah.
• Murid melakukan penyiasatan tentang ciri fizikal dan ciri kimia flok yang terhasil.
• Murid melakukan penyiasatan apabila air sisa rumah yang belum diolah diguna sebagai
siraman tanaman (setiap kumpulan perlu mempunyai sebuah pasu yang mempunyai
tanaman – Pasu A).
• Murid melakukan penyiasatan apabila air sisa rumah yang telah diolah diguna semula
melalui Kitar Semula Air sebagai air siraman tanaman (setiap kumpulan perlu mempunyai
sebuah pasu yang mempunyai tanaman – Pasu B).
• Murid melakukan penyiasatan terhadap nilai pH air sisa rumah yang terhasil apabila
elektrod karbon digantikan dengan elektrod kuprum.

KIMIA 45
iii. Membina Pengetahuan
• Murid membina kefahaman berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan
dan dapat mengetahui bahawa prinsip elektrolisis boleh digunakan untuk mengolah air
sisa rumah melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan dalam Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
• Murid membina kefahaman berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan
iaitu kepentingan kategori Air Domestik melalui Kitar Semula Air dalam Sektor Bangunan
bahawa selepas air sisa rumah diolah, air tersebut boleh diguna semula dengan fungsi
yang berbeza seperti air siraman tanaman.

iv. Perbincangan
• Murid berbincang mengenai hasil penemuan yang diperoleh daripada aktiviti yang
dijalankan.
• Sebagai contoh:
o Membincangkan hasil yang diperoleh apabila menggunakan elektrod karbon.
o Membincangkan hasil yang diperoleh apabila menggunakan elektrod kuprum.
o Membincangkan nilai pH air sisa rumah sebelum dan selepas proses elektrolisis
melalui Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan bagi Sektor Pengurusan
Sisa dan Air Sisa.
o Membincangkan kesan siraman ke atas tanaman sebelum dan selepas air sisa
rumah diolah melalui Kitar Semula Air bagi Sektor Bangunan.

v. Reflek
• Murid membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan membuat
perkaitan antara konsep Kimia iaitu konsep elektrokimia dengan kategori dan sektor TH
yang digunakan.

Maklumat untuk Guru

Prosedur :

i. Rekod nilai pH pelbagai air sisa rumah sebelum eksperimen dijalankan dengan
menggunakan penunjuk universal.
ii. Catatkan warna air sisa rumah.
iii. Masukkan 50 ml air sisa rumah ke dalam bikar 500 ml.
iv. Rendamkan elektrod karbon ke dalam bikar tersebut.
v. Sambungkan klip buaya kepada sumber kuasa dengan voltan 4V.
vi. Catatkan perubahan warna dan nilai pH bagi setiap 1 jam selama 4 jam.
vii. Ulang langkah (i) hingga (v) dengan menggunakan pelbagai air sisa rumah.
viii. Ulang langkah (iv) dengan menggunakan elektrod kuprum.

Pemerhatian

i. Perhatikan perubahan warna air sisa rumah sebelum dan selepas Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan dilakukan.
ii. Perhatikan perubahan warna penunjuk universal sebelum dan selepas Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan dilakukan.
iii. Jika elektrod karbon diganti dengan elektrod kuprum, perhatikan perubahan warna air sisa
tersebut dan perubahan warna penunjuk universal.
iv. Perhatikan kesegaran tanaman apabila air sisa rumah yang belum diolah dan telah diolah
diguna semula melalui Kitar Semula Air sebagai air siraman. Bina dan catatkan pemerhatian
dalam Jadual 1.

46 KIMIA
Jadual 1: Pemerhatian Tanaman dalam Pasu
Pemerhatian Pasu A Pemerhatian Pasu B
Hari (Sisa air yang (Sisa air yang
belum diolah) sudah diolah)
1
2
3
4
5

Soalan Perbincangan

i. Mengapakah Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan penting dalam mengolah air
sisa rumah?
ii. Dengan mengaplikasikan kategori Air Domestik melalui Kitar Semula Air, air sisa rumah
yang telah diolah boleh diguna semula. Jelaskan sebab.
iii. Jelaskan perkaitan antara prinsip elektrolisis dengan Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak
Pelupusan.
iv. Bincangkan kebaikan dan kelemahan air sisa rumah yang telah diolah dalam aktiviti ini
dengan merujuk kepada hasil siraman pokok.

Kesimpulan

Air sisa rumah sebenarnya boleh diolah menggunakan proses elektrolisis dengan
mengaplikasikan kategori Pelupusan dan Tapak Pelupusan Akhir melalui Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Maka semua
air sisa rumah seperti air mandi, air sinki dan lain-lain kecuali air dari tandas boleh diolah.
Maka dengan mengaplikasikan Kategori Air Domestik melalui Kitar Semula Air dalam Sektor
Bangunan, air sisa rumah yang telah diolah boleh diguna semula dengan tujuan yang berbeza
seperti air siraman tanaman.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Jurutera Kimia
• Pengurus Sumber Persekitaran

KIMIA 47
AKTIVITI 3

Objektif

Menghasilkan arus elektrik dengan menggunakan air laut.

Latar Belakang

Tenaga Lautan (air laut) dalam kategori Tenaga Boleh Baharu boleh menghasilkan tenaga elektrik
bagi Sektor Bekalan Tenaga. Air laut mempunyai ciri elektrolit yang membolehkannya menghasilkan
arus elektrik. Perkara ini disebabkan oleh kemasinan air laut tersebut. Untuk itu, prinsip sel kimia
diaplikasikan. Situasi ini boleh dilakukan apabila air laut dijadikan sebagai elektrolit dan dua jenis
logam (seperti kuprum dan aluminium) bertindak sebagai terminal positif dan terminal negatif. Tindak
balas yang berlaku adalah tindak balas redoks. Namun dalam aktiviti ini, air garam digunakan sebagai
alternatif kepada air laut. Penggunaan pasangan elektrod yang berbeza mampu menghasilkan arus
elektrik yang berbeza voltannya.

Bahan dan Peralatan

i. 30 g Garam (NaCl) (sebagai alternatif kepada air laut)


ii. Voltmeter / Digital voltmeter
iii. 2 unit Bikar 500 ml
iv. 400 ml Air suling
v. 4 unit Klip buaya
vi. Pelbagai jenis elektrod boleh digunakan seperti pasangan Aluminium / Kuprum, pasangan
Magnesium / Kuprum dan pasangan Magnesium / Karbon
vii. Kertas pasir (digunakan untuk membersihkan logam yang digunakan sebagai elektrod)

Gambar 6
Bahan dan peralatan bagi Aktiviti 3

48 KIMIA
Kaedah

Murid perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada enam orang.

i. Guru mengemukakan soalan seperti :


• Mengapakah air laut boleh dianggap sebagai sumber Tenaga Boleh Baharu?
• Jelaskan kesan rumah hijau apabila air laut digunakan sebagai sumber Tenaga Boleh
Baharu yang menjana elektrik.
• Apakah kesan ekonomi negara apabila air laut melalui Tenaga Lautan dalam Sektor
Bekalan Tenaga digunakan untuk menjana elektrik?

ii. Penyiasatan
• Murid melakukan penyiasatan bagi mengenal pasti cara untuk menghasilkan arus
elektrik dengan menggunakan prinsip sel kimia melalui Tenaga Lautan dalam Sektor
Bekalan Tenaga.
o Menggunakan elektrod Aluminium / Kuprum (atau Magnesium / Kuprum;
Magnesium / Karbon) yang akan berperanan sebagai terminal positif dan terminal
negatif.
o Menggunakan air garam sebagai elektrolit.
o Melengkapkan sel kimia. Rujuk Gambar 7.

Gambar 7 : Sel kimia

• Murid melakukan penyiasatan dengan menggunakan pasangan elektrod yang berbeza


supaya dapat menghasilkan nilai voltan yang berbeza.
• Murid melakukan penyiasatan perubahan voltan apabila air garam dicairkan dengan
menggunakan air suling.

iii. Membina Pengetahuan


• Murid membina kefahaman berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan
dan dapat mengetahui bahawa prinsip sel kimia boleh digunakan untuk menghasilkan
arus elektrik dengan menggunakan kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Tenaga Lautan
dalam Sektor Bekalan Tenaga.
• Murid membina kefahaman berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan
dengan membuat perkaitan antara jenis elektrod dengan voltan arus elektrik yang
dihasilkan.
• Murid membina kefahaman berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan
dengan membuat perkaitan antara kepekatan air garam yang dicairkan dengan voltan
arus elektrik yang dihasilkan.

KIMIA 49
iv. Perbincangan
• Murid berbincang mengenai hasil penemuan yang diperoleh daripada aktiviti yang
dijalankan.
• Perbincangan merangkumi perkara berikut:
o Membincangkan jenis elektrod yang menghasilkan voltan arus elektrik yang
tertinggi.
o Membincangkan hasil yang diperoleh dengan mengaitkan prinsip sel kimia dengan
Tenaga Boleh Baharu.
o Membincangkan peranan air laut sebagai sumber Tenaga Boleh Baharu melalui
Tenaga Lautan dalam Sektor Bekalan Tenaga.
o Membincangkan kesan jangka masa panjang terhadap bumi apabila air laut
digunakan sebagai sumber Tenaga Boleh Baharu dalam penjanaan elektrik pada
masa akan datang.

v. Reflek
• Murid membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan membuat
perkaitan antara konsep kimia iaitu elektrokimia dengan kategori dan sektor TH yang
diaplikasikan.

Maklumat untuk Guru

Prosedur :

i. Larutkan 30 g NaCl ke dalam 400 ml air suling (pastikan semua garam telah larut).
ii. Dengan menggunakan pasangan elektrod Aluminium / Kuprum, tentukan terminal positif
dan terminal negatif.
iii. Rendamkan terminal positif dan negatif ke dalam bikar yang mengandungi air garam.
iv. Sambungkan klip buaya kepada voltmeter (digital voltmeter, jika ada).
v. Catatkan nilai voltan yang dihasilkan.
vi. Tambahkan 100 ml air suling ke dalam bikar. Catatkan nilai voltan yang dihasilkan.
vii. Ulang langkah (ii) hingga (vi) dengan menggunakan pasangan elektrod Magnesium /
Kuprum dan Magnesium / Karbon.

Pemerhatian

i. Perhatikan voltan yang dihasilkan dengan menggunakan pasangan elektrod yang berbeza.
Pasangan elektrod manakah yang menghasilkan voltan tertinggi? Jelaskan.
ii. Adakah terdapat perubahan bacaan pada voltmeter apabila 100 ml air suling ditambah
kepada air garam? Berikan justifikasi anda.
iii. Hasil daripada pemerhatian, adakah air laut sesuai digunakan sebagai sumber
Tenaga Boleh Baharu? Berikan justifikasi.

Soalan Perbincangan

i. Bagaimanakah air laut boleh dikategorikan sebagai sumber Tenaga Boleh


Baharu?
ii. Jika air laut digunakan sebagai sumber utama Tenaga Boleh Baharu, apakah
kesannya pada alam sekitar dan manusia?
iii. Mengapakah air laut merupakan sumber Tenaga Lautan? Berikan justifikasi kepada
jawapan anda.

50 KIMIA
Kesimpulan

Penggunaan air laut (air garam) sebagai elektrolit mampu menghasilkan tenaga elektrik
dengan menggunakan prinsip sel kimia. Air laut merupakan satu sumber Tenaga Boleh Baharu
bagi Sektor Bekalan Tenaga kerana ia merupakan tenaga yang boleh dijana dalam tempoh
kewujudan hayat manusia. Kewujudan kemasinan air laut menjadikan ia sebagai sumber
Tenaga Lautan yang mampu menjana tenaga elektrik.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Peguam Persekitaran
• Pakar Persekitaran

KIMIA 51
AKTIVITI 4

Objektif

Mereka cipta bot yang menggunakan air laut (air garam) sebagai sumber tenaga untuk
menggerakkannya.

Latar Belakang

Sektor Bekalan Tenaga yang mengaplikasikan Tenaga Boleh Baharu melalui Tenaga Lautan
mampu menggerakkan bot yang dibina. Situasi ini berlaku kerana kemasinan air laut (air garam).
Penggunaan air laut (air garam) melalui Tenaga Lautan boleh menjadikan air laut (air garam) sebagai
satu sumber alternatif yang boleh menggantikan bahan api fosil. Oleh yang demikian, air laut (air
garam) dijadikan sebagai sumber Tenaga Boleh Baharu yang membekalkan tenaga elektrik bagi
menggerakkan bot yang direka. Di samping itu, pelbagai pasangan elektrod yang digunakan juga
boleh memberikan bacaan voltan yang berbeza serta mampu menggerakkan bot dengan kelajuan
yang berbeza.

Bahan dan Peralatan

i. 30 g Garam (NaCl) digunakan bagi menggantikan air laut


ii. 2 unit Motor 3V (boleh diperoleh daripada CD-rom komputer terpakai atau boleh dibeli dari
kedai elektronik seperti HI TECH SKILL n ENGINEERING, Destiny Electronic Centre)
iii. Jam randik
iv. 2 unit Bikar 500 ml
v. 4 unit Klip buaya
vi. Pelbagai jenis elektrod boleh digunakan seperti pasangan Aluminium / Kuprum, pasangan
Magnesium / Kuprum dan pasangan Magnesium / Karbon
vii. Botol mineral (500 ml)
viii. Kertas pasir (untuk membersihkan pasangan elektrod yang digunakan)
ix. Gunting / pisau
x. Pita selofan (kalis air)
xi. Putik kapas
xii. Kepingan plastik (daripada bahagian botol mineral untuk membina bilah kipas)

52 KIMIA
Kaedah

i. Permulaan
• Guru menunjukkan gambar yang berkaitan.

Gambar 8
Asap yang dikeluarkan oleh kapal

• Guru mengemukakan soalan seperti berikut:


o Apakah persamaan yang dapat diperhatikan dalam setiap gambar berikut?
o Berdasarkan pemerhatian, bagaimanakah pencemaran udara boleh berlaku?
Bagaimanakah masalah tersebut boleh diatasi?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid bekerja secara berkumpulan (6 murid / kumpulan).

iii. Pelan Projek


• Murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Murid merangka pelan tindakan untuk mengatasi masalah pencemaran udara dengan
mengaitkannya dengan Tenaga Lautan dalam kategori Tenaga Boleh Baharu.
• Murid mencadangkan reka bentuk bagi membina replika bot.
• Murid membina hipotesis.
• Murid menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid berbincang untuk melaksanakan pembinaan bot tersebut. Rujuk Gambar 9.
• Murid berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dibina dalam usaha mencari
penyelesaian bagi masalah yang dikenal pasti.

Gambar 9 : Bot

KIMIA 53
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk / Projek)
• Setiap kumpulan menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
+ Cara pembinaan bot tersebut.
+ Cara pembinaan motor dan bilah kipas.
+ Cara bot tersebut dihiaskan berdasarkan kreativiti murid.
o Pemerhatian
Murid melakukan pemerhatian seperti :
+ Reka bentuk bot terutamanya kepada bentuk bilah kipas bot.
+ Sambungan wayar ke elektrod.
+ Sambungan wayar motor ke kipas bot.
+ Pergerakan bot.
+ Pergerakan bot dengan kelajuan yang berbeza apabila menggunakan pelbagai
pasangan elektrod (catatkan masa bergerak dengan jarak yang sama).
o Analisis Pemerhatian
+ Bentuk bilah kipas adalah sesuai dan mampu menggerakkan bot berkenaan.
+ Sambungan antara motor dan kipas bot.
+ Motor bergerak membolehkan bilah kipas bot bergerak.
+ Pasangan elektrod yang berbeza membolehkan bot bergerak dengan kelajuan
yang berbeza.
o Kesimpulan
• Setiap kumpulan membentangkan produk / projek yang dihasilkan berdasarkan laporan.

Maklumat untuk Guru

Prosedur :

i. Potong bahagian tengah botol mineral seperti dalam Gambar 9.


ii. Lekatkan pasangan elektrod dengan menggunakan pita selofan yang kalis air di bahagian
bawah botol mineral seperti dalam Gambar 9.
iii. Dengan menggunakan putik kapas, lekatkan bahagian motor di satu hujung dan bilah kipas
di hujung yang lain.
iv. Bot yang dibina adalah seperti dalam Gambar 9. Namakan bot tersebut.
v. Dengan menggunakan bekas yang besar, masukkan air garam.
vi. Letakkan bot di permukaan air garam, perhatikan pergerakkan bot tersebut dalam masa 5
minit dan ukur jarak yang dilalui.
vii. Ulang langkah (ii) dengan menggunakan pasangan elektrod yang berbeza.
viii. Perhatikan kelajuan bot yang dibina.

Pemerhatian

i. Adakah bot anda bergerak?


ii. Jelaskan proses Kimia yang berlaku berdasarkan pemerhatian anda.
iii. Sejauh manakah bot anda bergerak selama 5 minit?
iv. Pasangan elektrod manakah yang menghasilkan kelajuan bot yang paling tinggi?
Mengapa?
v. Apakah kelebihan dan kelemahan bot yang telah anda hasilkan?
vi. Bagaimanakah anda mengatasi kelemahan tersebut?

54 KIMIA
Soalan Perbincangan

i. Mengapakah air laut boleh digunakan sebagai sumber tenaga yang dapat menggerakkan
bot?
ii. Bagaimanakah Tenaga Lautan (air laut) dalam Sektor Bekalan Tenaga membantu
dalam mengatasi masalah pencemaran udara dan air?
iii. Jika air laut dijadikan sebagai sumber bahan api menggantikan bahan api fosil secara
komersial, bincangkan kesannya kepada ekonomi negara dan kesihatan sejagat.

Kesimpulan

Air laut (air garam) merupakan satu bentuk Tenaga Boleh Baharu kerana ia mampu
menghasilkan tenaga yang boleh dijana dalam tempoh kewujudan hayat manusia. Maka
dengan menggunakan air laut (air garam) sebagai satu sumber bahan api alternatif untuk
menggerakkan bot telah menunjukkan pengaplikasian kategori Tenaga Boleh Baharu melalui
Tenaga Lautan dalam Sektor Bekalan Tenaga.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Peguam Persekitaran
• Pakar Persekitaran

KIMIA 55
1.9.1 SUMBER RUJUKAN

Aktiviti 1

i. Green Industry. (2013).


http://cp.doe.gov.my/givc/wp-content/uploads/2014/01/Buletin-Cleaner-production-
Edisi-2-2013.pdf
ii. Norazah Masrom (2012). Projek Integrasi Pengeluaran Bersih Pembuatan Batik.
Pengeluaran Bersih. 2(2), 1-6.
iii. Teknologi Hijau
http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-teknologi-hijau
iv. What is Electrocoagulation?
http://www.watertectonics.com/electrocoagulation/
v. What is Chemical Engineer?
http://www.environmentalscience.org/career/chemical-engineer
vi. What is an Environmental Resource Manager?
http://www.environmentalscience.org/career/resource-manager

Aktiviti 2

i. Lekshmi Mohan, V., Ahammed, M. M., & Nair, A. T. (2014). Greywater Treatment Using
Electrocoagulation.
ii. Safe use of Household Greywater
http://aces.nmsu.edu/pubs/_m/M106.html
iii. ScienceDaily (2016).
https://www.sciencedaily.com/terms/seawater.htm
iv. Teknologi Hijau
http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-teknologi-hijau
v. What is Chemical Engineer?
http://www.environmentalscience.org/career/chemical-engineer
vi. What is an Environmental Resource Manager?
http://www.environmentalscience.org/career/resource-manager

Aktiviti 3

i. How to become an Environmental Specialist: Career Roadmap


http://study.com/articles/How_to_Become_an_Environmental_Specialist_Career_
Roadmap.html
ii. Salinity
http://science1.nasa.gov/earth-science/oceanography/physical-ocean/ salinity/
iii. Stanford researchers use river water and salty ocean water to generate electricity.
(2011). Stanford Report, March 28.
http://news.stanford.edu/news/2011/march/saline-rechargeable-battery-032811.html
iv. Salt water circuit
http://www.hometrainingtools.com/a/saltwater-circuit-project
v. Teknologi Hijau
http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-teknologi-hijau
vi. What is an Energy Manager?
http://www.environmentalscience.org/career/energy-manager

56 KIMIA
Aktiviti 4

i. Alternative Fuels for Boats : Fishing Power of The Future.


http://www.sportfishingmag.com/alternative-fuels-for-boats-fishing-power-future
ii. Electric boat without batteries
https://www.youtube.com/watch?v=U0OAaW4En7o
iii. Environmental Lawyer
http://www.eco.ca/career-profiles/environmental-lawyer/
iv. How to become an Environmental Specialist: Career Roadmap
http://study.com/articles/How_to_Become_an_Environmental_Specialist_Career_
Roadmap.html
v. McGill, R., Remley, W., & Winther, K. (2013). Alternative fuels for marine applications.
IEA-AMF Organization, A Report from the IEA Advanced Motor Fuels Implementing
Agreement.
vi. Teknologi Hijau
http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-teknologi-hijau
vii. What is an Energy Manager?
http://www.environmentalscience.org/career/energy-manager

1.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

Aktiviti 1

i. Memisahkan bahan tercemar daripada air sisa perusahaan batik.


Ion-ion yang ada dalam air sisa perusahaan batik mengalami pengoksidaan dan penurunan
iaitu tindak balas redoks berlaku.
ii. Pemerhatian perlu dilakukan, nilai pH yang berbeza kerana elektrod karbon adalah bersifat
lengai tetapi elektrod kuprum mengambil bahagian dalam tindak balas tersebut.
iii. Air sisa perusahaan batik mengandungi bahan tercemar seperti pewarna batik, lilin, resin,
sodium silicate yang boleh mencemarkan air sungai / laut apabila dibuang tanpa diolah
kerana bahan tersebut sukar mereput secara biologi. Kandungan bahan tercemar ini
menyebabkan air sisa perusahaan batik mempunyai nilai pH yang tinggi iaitu pH 11.8.

Aktiviti 2

i. Boleh memisahkan bahan kotoran daripada air sisa rumah (greywater) supaya air
tersebut lebih ‘bersih’.
ii. Bahan kotoran tersebut yang telah digumpalkan dikenali sebagai flok telah dapat
diasingkan, dengan itu air sisa rumah (greywater) boleh digunakan semula.
iii. Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan membolehkan ion-ion yang
terdapat dalam air sisa rumah (greywater) teroksida dan diturunkan melalui tindak balas
redoks.
iv. Kebaikan – menjimatkan penggunaan air, mengurangkan kos pembayaran bil air,
mengurangkan pencemaran air.
Kelemahan – perlu memastikan nilai pH air sisa rumah (greywater) yang diolah sesuai
digunakan untuk siraman tanaman.

KIMIA 57
Aktiviti 3

i. Air laut (air garam) mengandungi ion Na+ dan Cl- yang membolehkan tindak balas redoks
berlaku.
ii. Air laut merupakan satu contoh Tenaga Boleh Baharu kerana boleh didapati sepanjang
tempoh kewujudan hayat manusia. Oleh itu, air laut boleh dijadikan sumber untuk
membekalkan arus tenaga elektrik yang berterusan dan ianya tidak mencemarkan alam
semula jadi dan tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.
iii. Air laut sebagai sumber Tenaga Lautan kerana tahap kemasinan air laut membolehkannya
menjana elektrik.

Aktiviti 4

i. Air laut merupakan elektrolit yang mengandungi ion-ion seperti Na+ dan Cl- yang
membolehkan tindak balas redoks berlaku melalui prinsip sel kimia.
ii. Oleh kerana air laut merupakan salah satu sumber tenaga boleh baharu, maka ia mampu
bertindak sebagai sumber tenaga yang tidak mencemarkan alam sekitar (udara dan air)
sebagaimana bahan api konventional seperti petroleum, diesel dan arang batu.
iii. Ekonomi – boleh dijadikan sumber ekonomi negara dengan membekalkan arus tenaga
elektik kepada negara jiran yang memerlukan serta tidak perlu membeli sumber bahan api
konventional dari negara luar.
Kesihatan – air laut tidak menghasilkan bahan tercemar yang membahayakan alam sekitar
dan kurang memberi kesan kepada kesihatan manusia.

58 KIMIA
MELESTARIKAN POLIMER
MESRA ALAM

KIMIA 59
MELESTARIKAN POLIMER MESRA ALAM

2.0 TAJUK

Melestarikan Polimer Mesra Alam.

2.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep Teknologi Hijau (TH) yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat di
bawah:

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau


5 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pencegahan dan Pengurangan
(Waste and Wastewater (Prevention and Minimization)
Management) • Amalan Alternatif untuk Filem
Plastik / Bekas Stirofoam
(Alternatives Practices for
Plastic Film / Styrofoam
Container)
6 i. Bangunan • Sampul Bangunan
(Building) (Thermal Envelope)
• Penebat
(Insulation)

2.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM KIMIA

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa mengguna pakai TH dalam pengurusan sisa
pepejal bahan polimer. Plastik mengambil masa beratus tahun untuk mereput kerana ianya
bahan tidak biodegradasi. Plastik yang diguna pakai pada hari ini ialah polimer sintetik.
Sekiranya dibakar, polimer sintetik akan membebaskan gas beracun (karsinogenik)
seperti furan dan dioksina (dioxin) yang boleh menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan
global. Justeru, bagi mengurangkan lambakan sampah di tapak pelupusan sampah, kategori
Pencegahan dan Pengurangan melalui Amalan Alternatif untuk Filem Plastik / Bekas Stirofoam
boleh diaplikasikan.

Aktiviti 5 : Menghasilkan bioplastik menggunakan bahan polimer semula jadi

• Dengan mengaplikasikan TH, bioplastik daripada bahan polimer semula jadi akan
dihasilkan sebagai alternatif kepada penggunaan plastik sintetik dan polisterina kerana
plastik sintetik yang dibuang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malahan
menjejaskan flora dan fauna.
• Dalam aktiviti ini, tepung jagung yang merupakan polimer semula jadi digunakan sebagai
bahan asas pembinaan bioplastik.

60 KIMIA
Aktiviti 6 : Menghasilkan penebat mesra alam menggunakan bahan polimer semula jadi

• Bagi mencari alternatif kepada penebat bangunan yang sedia ada, kategori Sampul
Bangunan melalui kaedah Penebat bagi Sektor Bangunan digunakan.
• Penebat merujuk kepada bahan yang digunakan untuk mengurangkan atau menghalang
pemindahan haba. Penebat ini diperlukan dalam sesebuah bangunan bagi memastikan
suhu dalam bangunan tersebut dapat dikekalkan.
• Penggunaan serat daripada bahan polimer sintetik sebagai bahan penebat bangunan
membawa kepada pelbagai kesan yang buruk terhadap alam sekitar seperti pembuangan
sisa bahan binaan dan juga pembebasan gas rumah hijau apabila dibakar.
• Selain itu, penggunaan penebat daripada bahan polimer sintetik seperti gentian kaca yang
diperbuat daripada bahan mentah pasir dan batu kapur juga membawa kepada pencemaran
air dan udara hasil daripada perlombongan yang dijalankan.
• Maka, polimer semula jadi seperti sabut kelapa digunakan. Gabungan antara polimer
semula jadi iaitu kanji dan sabut kelapa akan menjadi satu bentuk penebat yang boleh
menghalang pemindahan haba.

2.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Juruteknik Kawalan Kualiti (Industri Polimer)


• Penyelia Operasi (Industri Pengeluaran Plastik)
• Pengurus Kualiti Bahan
• Pakar Reka Bentuk Perindustrian dan Reka Bentuk Produk

2.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 5

i. Daripada video yang ditayangkan, apakah kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar
dan kehidupan laut?
ii. Bagaimanakah kita boleh mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian
dengan menggunakan amalan TH?
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh meningkatkan kualiti hidup masyarakat
tanpa perlu bergantung kepada polimer sintetik?
iv. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesedaran terhadap
bahayanya polimer sintetik dalam kalangan masyarakat hari ini dengan pengetahuan
TH?

Aktiviti 6

i. Pada pendapat anda, bagaimanakah TH dapat diaplikasikan dalam pembuatan


struktur binaan yang dapat bertindak sebagai penebat?
ii. Bagaimanakah konsep Sektor Bangunan yang menggunakan kategori Sampul Bangunan
dalam TH dapat membantu melestarikan alam sekitar?
iii. Apakah bahan lain yang dapat berfungsi sebagai penebat yang menepati ciri kategori
Sampul Bangunan dalam Sektor Bangunan?

KIMIA 61
2.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Mengaplikasikan TH dalam polimer semula jadi.

2.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan


5 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Polimer terbahagi kepada dua iaitu polimer
• Pencegahan dan semula jadi dan polimer sintetik.
Pengurangan
• Amalan Alternatif untuk • Pencemaran alam berlaku akibat
Filem Plastik / Bekas daripada pembuangan polimer sintetik yang
Stirofoam tidak terkawal.

• Isu ini menjadi cabaran yang hebat dalam


usaha mengekalkan kelestarian alam
sekitar.

• Penggunaan polimer semula jadi seperti


tepung jagung boleh digunakan sebagai
bahan asas dalam bioplastik.

6 i. Bangunan • Penggunaan polimer semula jadi dalam


• Sampul Bangunan Sektor Bangunan perlu digalakkan bagi
• Penebat meminimumkan penggunaan polimer
sintetik.

• Penggunaan penebat adalah penting bagi


memastikan suhu dalam bangunan tersebut
dapat dikekalkan kerana semua bukaan
kecil yang terdapat dalam sesebuah
bangunan perlu ditutup.

• Polimer semula jadi iaitu tepung kanji


dijadikan sebagai bahan pelekat yang
membolehkan serat iaitu sabut kelapa
“diikat” untuk dijadikan sebagai penebat
suhu dalam sesebuah bangunan.

62 KIMIA
2.7 STRATEGI PENGAJARAN

Pembelajaran Berasaskan Projek / Produk (PBP)

Strategi pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini adalah Pembelajaran Berasaskan Projek /
Produk (PBP). Maka, pada akhir pengajaran, murid akan menghasilkan satu projek / produk. Dalam
Aktiviti 5, murid akan bekerja dalam kumpulan seramai 6 orang untuk menghasilkan produk iaitu
bioplastik. Manakala dalam Aktiviti 6, murid akan bekerja dalam kumpulan seramai 6 orang untuk
menghasilkan penebat.

Bagi memulakan strategi ini, langkah yang diperlukan ialah:

i. Permulaan:
• Guru menayangkan video dan menanyakan soalan bagi mencetuskan kesedaran awal
kepada pelajar. Soalan adalah seperti berikut:
o Bagaimanakah masalah ini boleh bermula?
o Daripada video yang ditayangkan, apakah kesan penggunaan plastik terhadap alam
sekitar?
o Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh meningkatkan kualiti hidup
masyarakat tanpa perlu bergantung kepada polimer sintetik?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid bekerja secara kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Murid menyenaraikan pembahagian tugas dalam kalangan ahli kumpulan.
• Sebagai contoh, melantik ketua kumpulan, setiausaha, pencatat, pembentang dan
lain-lain.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap ahli kumpulan mengambil peranan membentangkan produk yang telah
dihasilkan.

2.8 GLOSARI

Amalan Alternatif untuk Filem Plastik / Bekas Stirofoam – Penggunaan bahan alternatif bagi
plastik atau polisterina.

Biodegradasi – Proses pereputan atau penguraian bahan organik seperti sisa makanan, kertas,
daun dan sebagainya secara semula jadi oleh mikroorganisma seperti bakteria.

Bioplastik – Plastik yang dibuat daripada bahan semula jadi.

Monomer – Berasal daripada perkataan Yunani. Mono bermaksud “satu” dan meros bermaksud
“bahagian”. Monomer merupakan molekul kecil yang boleh terikat secara kimia dengan monomer
lain untuk membentuk polimer.

KIMIA 63
Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya.

Penebat Haba – Bahan yang digunakan untuk mengurangkan atau menghalang pemindahan haba.

Pempolimeran – Proses penggabungan monomer-monomer melalui pembentukan ikatan kimia


untuk menghasilkan polimer yang mempunyai rantai molekul yang panjang.

Polimer – Sebatian (sama ada terbentuk secara semula jadi atau buatan) seperti kanji, politena dan
lain-lain yang terdiri daripada molekul kompleks yang terbentuk daripada gabungan unit-unit kecil
(ringkas) yang serupa.

Sampul Bangunan – Merupakan kompenon bangunan yang mengawal pergerakan tenaga diantara
permukaan luar bangunan dengan permukaan dalam bangunan. Ia memainkan peranan penting
dalam melindungi pengguna dan bangunan itu sendiri. Sebuah sampul bangunan yang baik mestilah
menyeimbangkan suhu, haba termal dan kelembapan pada waktu siang dan malam.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sintetik – Sesuatu benda yang disediakan daripada bahan kimia atau bahan tiruan iaitu bukan
daripada sumber semula jadi

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan


pemusnahan bangunan.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

2.9 AKTIVITI

Terdapat dua aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:


Aktiviti Strategi Tempoh

5 Pembelajaran Berasaskan Projek / Produk 1 minggu

6 Pembelajaran Berasaskan Projek / Produk 3 hari

64 KIMIA
AKTIVITI 5

Objektif

Menghasilkan bioplastik menggunakan bahan polimer semula jadi.

Latar Belakang

Kesan bahaya penggunaan dan pembuangan bahan polimer sintetik menjadi cabaran yang sangat
besar dalam usaha melestarikan alam sekitar. Isu pencemaran alam hasil daripada pembuangan
polimer sintetik yang tidak terkawal telah menjadi isu sejagat yang tidak boleh diambil mudah. Maka,
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa bagi kategori Pencegahan dan Pengurangan melalui Amalan
Alternatif untuk Filem Plastik / Bekas Stirofoam dipilih dalam usaha mencari alternatif baru bagi
menggantikan polimer sintetik. Polimer semula jadi akan dijadikan bahan asas dalam pembuatan bio
plastik. Polimer semula jadi yang digunakan adalah bahan yang mudah diperoleh dan merupakan
bahan mesra alam.

Bahan dan Peralatan

i. 15 g Tepung jagung
ii. 100 ml Air
iii. 10 ml Cuka
iv. 10 g Gliserin atau gliserol (boleh didapati di farmasi atau kedai menjual bahan kek)
v. Pewarna makanan
vi. Kerajang aluminium
vii. Bikar 500 ml
viii. Spatula
ix. Penunu Bunsen
x. Dawai kasa
xi. Tungku kaki tiga
xii. Penitis (dropper)

Nota

Gliserin berfungsi untuk memberi sifat fleksibel pada plastik yang dihasilkan dan pada masa yang
sama menjadikan plastik tersebut lebih kukuh.

KIMIA 65
Kaedah

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video Bird Island-Plastic Vs Nature (https://www.youtube.com/
watch?v=5s3b2wMf1KY)
• Guru bertanyakan soalan bagi mencetuskan kesedaran kepada murid:
o Bagaimanakah masalah ini boleh bermula?
o Daripada video yang ditayangkan, bincangkan kesan penggunaan plastik terhadap
alam sekitar dan hidupan laut.
o Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh meningkatkan kualiti hidup
masyarakat tanpa perlu bergantung kepada polimer sintetik?
o Bagaimanakah TH membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi?
• Guru memberi penerangan ringkas mengenai Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
melalui kategori Pencegahan dan Pengurangan yang menggunakan Amalan Alternatif
untuk Filem Plastik / Bekas Stirofoam dalam usaha mencari alternatif bagi menggantikan
penggunaan plastik sintetik dan polistirena yang menjadi punca kepada kematian
burung-burung di pulau dalam video yang telah ditonton tadi.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid membentuk kumpulan seramai enam orang dalam setiap kumpulan.
• Kumpulan perlu mempunyai kepelbagaian bangsa dan jantina.

iii. Pelan Projek


• Murid menyenaraikan pembahagian tugas dalam kalangan ahli kumpulan.
• Murid merangka pelan tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan
menggunakan TH.
• Murid merangka pelan tindakan untuk menghasilkan bioplastik dengan
bimbingan guru (*prosedur menghasilkan bioplastik dilampirkan).
• Murid merangka pelan tindakan untuk menguji ketahanan bioplastik yang menggunakan
polimer semula jadi yang berbeza.
• Murid merangka hipotesis.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid berbincang untuk menghasilkan bioplastik dengan menggunakan
polimer semula jadi.
• Murid berbincang untuk melakukan ujian ketahanan terhadap bioplastik
yang dibina.
• Murid berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dirangka.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
Murid melakukan pemerhatian seperti :
+ Ketebalan lapisan yang dihasilkan.
+ Proses pengeringan lapisan yang dihasilkan sekurang-kurangnya 2 hari.
+ Tempat pengeringan bukan di tempat yang mempunyai kesan
langsung cahaya matahari (bukan di tepi tingkap).

66 KIMIA
o Analisis Pemerhatian
+ Ketebalan bagi setiap polimer semula jadi yang digunakan.
+ Ketahanan bagi setiap bioplastik yang dihasilkan.
+ Sifat fizikal bioplastik.
o Kesimpulan
• Setiap ahli kumpulan perlu mengambil peranan dalam membentangkan produk yang
dihasilkan.

Maklumat untuk Guru

Berikut adalah prosedur menghasilkan bioplastik.

Prosedur :

i. 100 ml air , 10 ml cuka, 10 g gliserin dan 15 g tepung jagung dicampur di dalam bikar.
ii. Masukkan dua titik pewarna ke dalam campuran tadi dan kacau sebati.
iii. Campuran dipanaskan dengan api sederhana dan dikacau sehingga campuran bertukar
pekat dan seterusnya agak jernih berkilat.
iv. Padamkan api penunu Bunsen.
v. Campuran tadi dituang ke atas kerajang aluminium dan diratakan sehingga menjadi satu
lapisan yang nipis.
vi. Murid diminta mereka bentuk bioplastik mengikut kreativiti masing-masing.
vii. Plastik yang terhasil disejukkan sekurang-kurangnya dua hari.
viii. Murid diminta mengenal pasti ciri-ciri fizikal plastik yang dihasilkan berdasarkan warna api
dan asap apabila terbakar serta ketumpatannya.
ix. Kemudian, sediakan dua lubang sedalam 1 kaki dan dilabelkan sebagai A dan B. Lubang B
adalah untuk plastik sintetik sebagai pemboleh ubah kawalan.
x. Masukkan bioplastik yang dihasilkan ke dalam lubang A dan tutupkan.
xi. Perhatikan perubahan ciri fizikal kedua-dua plastik tersebut dalam tempoh 3 hari.
xii. Pemerhatian direkodkan dalam jadual.

Nota: Guru boleh menggalakkan murid untuk mempamerkan kreativiti masing-masing dari segi
warna dan bentuk plastik yang dihasilkan.

KIMIA 67
Bahan dan alat radas Campuran air, cuka, gliserol,
tepung jagung, dan pewarna
dipanaskan dan dikacau sehingga
pekat

Ratakan sehingga nipis dan


Tuangkan pada keranjang
sejukkan

*keringkan selama 2 hari di tempat yang sesuai pada suhu bilik.

Rajah 1
Carta Alir Prosedur Penghasilan Bioplastik

Pemerhatian

i. Perhatikan ketahanan bioplastik yang dihasilkan sama ada mudah rapuh atau tidak.
ii. Perhatikan ketahanan bioplastik yang dihasilkan untuk membawa beban.
iii. Bandingkan bioplastik yang dihasilkan dengan plastik polimer sintetik yang telah ditanam.
iv. Rekodkan pemerhatian dalam jadual.

Jadual 2: Sifat Fizikal Bioplastik

Sifat fizikal
Plastik daripada tepung jagung
Jenis Plastik
Warna api
Warna asap
Jisim beban yang boleh
ditampung
Kerapuhan

68 KIMIA
Gambar 16
Berat yang mampu ditampung
oleh bioplastik

Jadual 3: Ujian Pereputan

Jenis Pemerhatian (lihat kepada warna dan saiz)


Plastik sintetik
Bioplastik

* Produk perlu ditanam sedalam 1 kaki sebelum pengujian kadar pereputan dijalankan.

Soalan Perbincangan

i. Nyatakan sifat fizikal plastik yang terhasil daripada tepung jagung.


ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menggunakan bioplastik berbanding plastik
sintetik?
iii. Bagaimanakah kita boleh mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian
melalui kategori Pencegahan dan Pengurangan melalui Amalan Alternatif untuk Filem
Plastik / Bekas Stirofoam dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa?
iv. Berdasarkan video yang telah ditayangkan, bagaimanakah cara untuk meningkatkan
kesedaran awam terhadap TH dan menggalakkan penggunaannya secara meluas untuk
melestarikan alam sekitar?
v. Berdasarkan kualiti dan ciri plastik yang dihasilkan, apakah penambahbaikan yang boleh
dilakukan kepada aktiviti ini? Jelaskan.

Kesimpulan

Penggunaan polimer sintetik sebagai bahan asas bagi plastik sintetik perlu diminimumkan.
Dengan mengguna pakai TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa yang mengaplikasikan
kategori Pencegahan dan Pengurangan melalui Amalan Alternatif untuk Filem Plastik / Bekas
Stirofoam membolehkan polimer semula jadi seperti tepung kanji, jagung dan lain-lain dijadikan
bahan asas dalam penghasilan bioplastik seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Penyelia Operasi (Industri Pengeluaran Plastik)


• Pengurus Kualiti Bahan
• Pakar Reka Bentuk Perindustrian dan Reka Bentuk Produk

KIMIA 69
AKTIVITI 6

Objektif

Menghasilkan penebat mesra alam menggunakan bahan polimer semula jadi.

Latar Belakang

Suhu di dalam rumah boleh diturunkan dengan penggunaan kipas atau penghawa dingin. Walau
bagaimanapun, sifat tidak kalis haba pada struktur bangunan menyebabkan agak sukar untuk
mengekalkan suhu rendah di dalam rumah. Situasi ini mengakibatkan peningkatan kadar penggunaan
tenaga elektrik. Kategori Sampul Bangunan melalui kaedah Penebat bagi Sektor Bangunan akan
diaplikasikan dalam aktiviti ini. Maka, bahan yang diperbuat daripada polimer semula jadi akan
digunakan sebagai bahan penebat bangunan.

Bahan dan Peralatan

i. Botol plastik (500 ml)


ii. Termometer
iii. 500 ml Air
iv. 4 sudu Besar tepung ubi kayu / tepung kanji
v. Sabut kelapa (telah dicarik halus atau dihancurkan menjadi serbuk)
vi. Bikar 500 ml
vii. Ais (Ais perlu dihancurkan sehingga boleh dimasukkan melalui mulut botol)
viii. Spatula
ix. Berus cat kecil
x. Gam UHU
xi. Kapas
xii. Penunu Bunsen
xiii. Tungku kaki tiga
xiv. Dawai kasa
xv. Kerajang aluminium

Nota

Sabut kelapa boleh didapati daripada kedai runcit yang menjual barangan mentah harian atau kilang
yang menjual bahan fertigasi (pertanian).

Kaedah

i. Permulaan
• Guru bertanyakan soalan bagi mencetuskan kesedaran tentang TH kepada murid.
o Pada pendapat anda, bagaimanakah TH dapat diaplikasikan sebagai sumber utama
dalam pembuatan struktur binaan yang dapat bertindak sebagai penebat?
o Bagaimanakah Sektor Bangunan dengan menggunakan kategori Sampul Bangunan
dapat membantu melestarikan alam sekitar?
o Mengapakah penebat perlu dibina dengan menggunakan bahan yang mesra alam?

70 KIMIA
• Guru memberi penerangan ringkas mengenai Sektor Bangunan yang mengaplikasikan
kategori Sampul Bangunan melalui kaedah Penebat dan menjelaskan kepada murid
bahawa penggunaan penebat dalam bangunan adalah penting bagi memastikan suhu
dalam bangunan tersebut dapat dikekalkan. Semua bukaan kecil yang terdapat dalam
sesebuah bangunan perlu ditutup atau ditampal. Oleh itu, penggunaan bahan yang
bertindak sebagai penebat diperlukan.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid membentuk kumpulan dengan enam orang murid dalam setiap kumpulan.
• Kumpulan perlu mempunyai kepelbagaian bangsa dan jantina.

iii. Pelan Projek


• Murid menyenaraikan pembahagian tugas dalam kalangan ahli kumpulan.
• Murid merangka pelan tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan
menggunakan TH.
• Murid merangka pelan tindakan untuk menghasilkan penebat dengan bimbingan guru
(prosedur menghasilkan penebat dilampirkan).
• Murid merangka pelan tindakan untuk menguji sifat kalis haba penebat yang dibina.
• Murid merangka hipotesis.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid berbincang untuk menghasilkan penebat dengan menggunakan bahan yang
disediakan.
• Murid berbincang untuk melakukan ujian kalis haba dengan menggunakan botol
yang mempunyai penebat dan tanpa penebat.
• Murid berbincang untuk membuktikan hipotesis.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
Murid melakukan pemerhatian seperti :
+ Lapisan penebat yang dibina.
+ Daya tahan kalis haba.
o Analisis Pemerhatian
+ Lapisan penebat yang dibina.
+ Perbezaan penurunan suhu dalam botol yang berpenebat dan botol tanpa
penebat.
o Kesimpulan
• Setiap ahli kumpulan mengambil peranan membentangkan produk yang dihasilkan.

KIMIA 71
Maklumat untuk Guru

Berikut adalah prosedur menghasilkan penebat daripada bahan polimer semula jadi.

Prosedur:

i. Masukkan 500 ml air ke dalam bikar.


ii. Seterusnya, masukkan 4 sudu besar tepung kanji ke dalam bikar tersebut.
iii. Nyalakan penunu Bunsen.
iv. Campuran dikacau sehingga larutan menjadi pekat. Tutup nyalaan api dan biarkan larutan
menjadi sejuk.
v. Bentangkan sabut kelapa yang telah diceraikan secara halus di atas hamparan kapas.
Pastikan sabut disusun dengan padat dan rapat. Murid juga boleh meletakkan serbuk sabut
(coco peat) atau serbuk kayu di setiap ruang kosong bagi meningkatkan kecekapan
penebat yang dihasilkan.
vi. Kemudian, tuangkan cecair kanji tadi ke atas sabut yang disediakan. Ratakan.
vii. Dengan segera, bentukkan hamparan sabut tadi mengelilingi botol plastik yang bersaiz
500 ml. Pastikan penutup botol masih boleh dibuka dan ditutup.
viii. Dengan menggunakan berus kecil, bahagian luar botol boleh disapu dengan lapisan gam
yang nipis untuk memperkemaskan bahagian luar yang berkapas tadi.
ix. Biarkan sehingga bahan tadi betul-betul sejuk dan mengeras.
x. Kemudian, masukkan ais yang telah dihancurkan ke dalam botol plastik yang telah
dibungkus dengan lapisan sabut kelapa untuk diuji keberkesanan penebat yang dihasilkan.
xi. Catat bacaan suhu awal.
xii. Tutup botol dengan rapat.
xiii. Rekod suhu dalam botol dalam selang 5 minit pada jadual yang disediakan.
xiv. Ulang langkah di (xiii) dengan menggunakan botol yang tidak diletakkan penebat.

72 KIMIA
Campuran tepung kanji dan air Sabut kelapa dibentang di atas
dimasak sehingga pekat hamparan kapas

Hamparan sabut digulung


Cecair kanji dituang ke atas sabut
mengelilingi botol

Biarkan selama 3 hari sehingga


kering sepenuhnya

Rajah 2
Carta Alir Proses Penghasilan Penebat

KIMIA 73
Pemerhatian

i. Apakah peranan tepung kanji dalam aktiviti ini?


ii. Bandingkan perubahan suhu ais dalam botol tanpa penebat dengan botol yang mempunyai
penebat.
iii. Perhati dan catat bacaan suhu air sejuk seperti contoh Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Rekod Bacaan Suhu Air Sejuk

Bacaan ais yang


Bacaan ais yang
dimasukkan ke dalam
Suhu dimasukkan ke dalam
botol yang mempunyai
botol tanpa penebat
penebat
Suhu awal
Minit ke-5
Minit ke-10
Minit ke-15
Minit ke-20
Minit ke-25
Minit ke-30

Soalan Perbincangan

i. Apakah bahan lain yang dapat berfungsi sebagai penebat yang menepati ciri kategori
Sampul Bangunan dalam Sektor Bangunan? Terangkan justifikasi pemilihan bahan.
ii. Mengapakah sabut kelapa sesuai dijadikan sebagai penebat dalam Sektor Bangunan?
iii. Nyatakan peranan tepung kanji dalam aktiviti ini. Berikan sebab kepada jawapan yang
diberikan.

Kesimpulan

Bagi memastikan pengurangan penggunaan polimer sintetik sebagai penebat haba (insulator),
maka polimer semula jadi dan serat digunakan. Oleh itu, dalam Sektor Bangunan dengan
kategori Sampul Bangunan melalui Penebat, sabut kelapa dan tepung kanji telah digunakan.
Maka dalam hal ini, polimer semula jadi iaitu tepung kanji dijadikan sebagai pelekat yang
membolehkan serat seperti sabut kelapa diikat untuk dijadikan sebagai penebat haba bagi
mengekalkan suhu dalam sesebuah bangunan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Juruteknik Kawalan Kualiti (Industri Polimer)


• Pengurus Kualiti Bahan
• Pakar Reka Bentuk Perindustrian dan Reka Bentuk Produk

74 KIMIA
2.9.1 SUMBER RUJUKAN

Aktiviti 5

i. Buku Teks Kimia Tingkatan 4, ms 162- 163


ii. Bird Island-Plastic Vs Nature.
https://www.youtube.com/watch?v=5s3b2wMf1KY
iii. Glycerine in Bioplastic: Do you need it? What are Alternatives? What Is It For?
http://green-plastics.net/posts/433/glycerine-bioplastic-it-alternatives-for/
iv. Make it and Break It: Bioplastic From Plant Starch.(Contoh Kaedah Untuk Menguji
Ketahanan Plastik)
http://csp.umn.edu/wp-content/uploads/2015/03/Starch-to-Plastics-Lab-March_26_2015.pdf
v. Make Your Own Algae Bioplastic.
http://green-plastics.net/posts/39/how-to-make-algae-bioplastic/
vi. Make Your Own Bioplastic.
https://www.youtube.com/watch?v=5M_eDLyfzp8
vii. Malaysia’s Bioplastic Transformation.
http://www.sirim.my/document/Case%20Study/SIRIM%20Bioplastic%20White%20
Paper-v6-highres.pdf
viii. The difference between degradable, biodegradable and Compostable.
http://green-plastics.net/posts/85/the-difference-between-degradable-biodegradable-
and-compostable/
ix. USM Pelopori Kampus Tanpa Plastik.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0127&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm

Aktiviti 6

i. All About Fibers


https://en.wikipedia.org/wiki/Fiber
ii. Buku teks Kimia Tingkatan 4, ms 162- 163
iii. Building Insulation Materials
https://en.wikipedia.org/wiki/Building_insulation_materials
iv. Environmental Considerations of Building Insulation National Park Service-Pacific
West Region
https://www.doi.gov/sites/doi.gov/files/migrated/greenin g/buildings/upload/
iEnvironmentalConsiderations-of-Building-Insulation-National-Park-Service-insulation.pdf
v. Insulation material
http://www.sustainablebuild.co.uk/InsulationMaterials.html
vi. Insulation Materials And Their Properties.
http://www.greenspec.co.uk/building-design/insulation-materials-thermal-properties/
vii. Kajian Pemindahan Haba Dalam Ruang Yang Menggunakan Syiling Berpenebat Fiber
Sabut Kelapa
http://eprints.uthm.edu.my/2389/1/ALINAH_BINTI_SULAIMAN.pdf
viii. Natural Polymers.
http://www.pslc.ws/macrog/natupoly.htm
ix. The Building Envelope.
http://www.greenbuildingadvisor.com/green-basics/green-enclosures-do-four-things

KIMIA 75
2.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

Aktiviti 5

i. Sifat fizikal plastik yang terhasil daripada tepung jagung ialah lut sinar, ringan dan
mempunyai sedikit sifat kekenyalan.
ii. Kita perlu menggunakan plastik biodegradasi berbanding plastik sintetik kerana bioplastik
tidak bertoksik, mesra alam dan mengambil tempoh yang singkat untuk terurai.
iii. Kita boleh mengurangkan penggunaan bahan polimer sintetik atau plastik yang
mencemarkan alam sekitar. Contohnya, pihak USM telah mengharamkan penggunaan
polistirena dalam kampus dan menggantikannya dengan bahan yang diperbuat daripada
kelapa sawit.
iv. Berdasarkan video, kita boleh meningkatkan kesedaran awam dengan lebih meluas dengan
mengedarkan poster-poster kesedaran alam sekitar. Selain itu, penggunaan meluas
TH boleh ditingkatkan sejak dari bangku sekolah melalui penerapan dalam mata pelajaran
di sekolah.
v. Daripada sifat-sifat plastik yang dihasilkan, penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah
dengan menggunakan tepung kanji sebagai ganti kepada tepung jagung.

Aktiviti 6

i. Selain daripada sabut, kita juga boleh menggunakan sekam padi atau habuk kayu. Sekam
padi atau habuk kayu mudah didapati kerana merupakan bahan buangan semula jadi.
ii. Sabut kelapa sesuai dijadikan sebagai penebat kerana ia murah, mesra alam serta selamat.
Pemindahan haba ke luar dapat dikurangkan seterusnya dapat menjimatkan penggunaan
tenaga dalam bangunan.
iii. Dalam aktiviti ini, tepung kanji bertindak sebagai pelekat atau gam. Ia juga merupakan
polimer semula jadi. Selain mudah diperolehi, tepung kanji juga murah, selamat dan senang
digunakan.

76 KIMIA
MINYAK MASAK TERPAKAI
KE ARAH KELESTARIAN

KIMIA 77
MINYAK MASAK TERPAKAI KE ARAH KELESTARIAN

3.0 TAJUK

Minyak Masak Terpakai Ke Arah Kelestarian.

3.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep Teknologi Hijau (TH) yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat
di bawah:

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau


7 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pencegahan dan Pengurangan
(Waste and Wastewater (Prevention and Minimization)
Management) • Pencegahan Sisa Makanan
(Food Waste Prevention)
• Hasil Lebih Bersih
(Cleaner Production)

8a i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengasingan dan Kitar Semula


(Waste and Wastewater (Separation and Recycling)
Management) • Kitar Semula Sisa
(Waste Recycling)

8b i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pungutan dan Pemindahan


(Waste and Wastewater (Collection and Transfer)
Management) • Penjadualan dan Rutin
– Penggunaan Biodiesel
(Scheduling and Routing
– Utilization of Biofuels)

78 KIMIA
3.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM KIMIA

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
minyak masak terpakai. Dengan mengaplikasikan kategori Pencegahan dan Pengurangan
melalui Pencegahan Sisa Makanan dan Hasil Lebih Bersih, minyak masak terpakai digunakan
untuk menghasilkan sabun. Minyak masak terpakai yang tidak dikendali dengan sempurna boleh
mengakibatkan sistem perparitan tersumbat dan seterusnya mengancam hidupan akuatik.

Aktiviti 7 : Menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai

• Dengan TH, penghasilan sabun daripada minyak masak terpakai boleh mengelakkan
sistem perparitan daripada tersumbat dan seterusnya meminimumkan gangguan ekosistem
hidupan akuatik.
• Minyak masak terpakai merupakan salah satu contoh ester (bahan organik) bersaiz besar
yang boleh dirawat dalam keadaan beralkali untuk menghasilkan sabun melalui proses
saponifikasi.
• Dengan itu, minyak masak terpakai yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber boleh
diproses untuk menghasilkan sabun dan diguna semula di rumah / sekolah sebagai agen
pembersih.
• Pembuatan sabun hanya memerlukan minyak masak terpakai, air serta natrium hidroksida
(NaOH) yang senang diperoleh.
• Secara tidak langsung, pengolahan semula minyak masak terpakai menjadi sabun boleh
mencegah pencemaran air dan juga mengurangkan penggunaan bahan kimia.

TH mementingkan penggunaan atau pengitaran semula bahan buangan untuk menghasilkan


produk yang lebih mesra persekitaran. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa mengguna pakai TH
dalam pengurusan dan penggunaan minyak masak terpakai. Dengan mengaplikasikan kategori
Pengasingan dan Kitar Semula melalui Kitar Semula Sisa, minyak masak terpakai dikitar semula
untuk menghasilkan biodiesel dan gliserol.

Aktiviti 8a : Penghasilan biodiesel daripada minyak masak terpakai

• Minyak masak terpakai yang dikitar semula menjadi biodiesel boleh mengurangkan
kebergantungan terhadap diesel yang diperoleh daripada sumber semula jadi yang tidak
boleh baharu.
• Minyak masak terpakai boleh diproses dan dikitar semula di rumah atau sekolah untuk
• menghasilkan biodiesel dan gliserol (atau dikenali sebagai gliserin). Aktiviti ini bertujuan
memberi galakan kepada murid bahawa minyak masak terpakai mempunyai potensi untuk
dikitar semula.
• Nama kimia gliserol ialah propan-1,2,3-triol.
• Biodiesel dan gliserol merupakan produk TH yang dihasilkan bukan sahaja
mesra alam malah turut mempunyai nilai ekonomi.
• Gliserol merupakan hasil sampingan daripada biodiesel yang mempunyai sifat pelembap
dan boleh dipisahkan daripada biodiesel dan boleh dirawat untuk menghasilkan sabun.
• Secara tidak langsung, pengolahan semula minyak masak terpakai boleh mencegah
pencemaran air dan juga mengurangkan kebergantungan terhadap bahan sumber asli yang
tidak boleh baharu.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa yang menggunakan kategori Pungutan dan Pemindahan
melalui Penjadualan dan Rutin-Penggunaan Biodiesel membolehkan biodiesel digunakan sebagai
sumber bahan api alternatif yang mesra persekitaran. Biodiesel daripada minyak masak terpakai
boleh mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan api fosil iaitu diesel.

KIMIA 79
Aktiviti 8b : Menguji kecekapan biodiesel

• Dua eksperimen ringkas akan dilakukan untuk menguji kandungan karbon serta kadar
tenaga pembakaran yang dihasilkan oleh biodiesel berbanding dengan diesel.
• Keputusan yang diperoleh daripada aktiviti ringkas ini boleh membuktikan bahawa biodiesel
lebih mesra alam daripada diesel kerana kandungan karbon dalam biodiesel lebih rendah.
• Maka, penggunaan biodiesel boleh mengurangkan pembebasan karbon di udara sekaligus
mengurangkan kesan pemanasan global.
• Selain daripada itu, kandungan sulfur yang dibebaskan daripada biodiesel juga lebih rendah
berbanding dengan diesel. Sulfur merupakan salah satu unsur yang mengakibatkan hujan
asid.
• Dalam konteks penghasilan tenaga pula, biodiesel dan diesel menghasilkan tenaga yang
lebih kurang sama.
• Tenaga haba yang dihasilkan daripada biodiesel dan diesel dapat digunakan dalam aplikasi
pengangkutan.

3.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Pereka Industri
• Pengeluar / Pengusaha (Industri Pembuatan Sabun)
• Usahawan Teknologi Hijau (Biodiesel)
• Penyelidik Teknologi Hijau
• Saintis (Industri Sawit)
• Jurutera Kimia
• Operator Loji Biodiesel
• Pengurus Tenaga
• Pengurus Tenaga Boleh Baharu

3.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 7

i. Bolehkah minyak masak diguna pakai berulang kali? Berikan justifikasi.


ii. Mengapakah masyarakat tidak digalakkan mengguna semula minyak masak terpakai?
iii. Bagaimanakah cara terbaik untuk menguruskan minyak masak terpakai secara mesra
alam?

Aktiviti 8a

i. Bagaimanakah biodiesel dapat dihasilkan daripada minyak masak terpakai? Jelaskan


dengan menggunakan konsep TH.
ii. Bagaimanakah gliserol dan bahan sampingan boleh dikomersialkan?
iii. Adakah biodiesel boleh dikategorikan sebagai ‘hijau’? Mengapa?
iv. Bagaimanakah anda membuktikan bahawa biodiesel adalah ‘hijau’?

Aktiviti 8b

i. Mengapakah biodiesel dikategorikan sebagai ‘hijau’?


ii. Bagaimanakah anda membuktikan bahawa biodiesel adalah ‘hijau’?

80 KIMIA
3.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Mengaplikasikan TH dalam pengurusan minyak masak terpakai.

3.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan


7 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Cara paling mudah untuk menguruskan
• Pencegahan dan minyak masak terpakai adalah dengan
Pengurangan membuangnya ke dalam sinki / longkang.
• Pencegahan Sisa
Makanan • Tindakan sedemikian sebenarnya boleh
• Hasil Lebih Bersih memudaratkan alam sekitar secara tidak
langsung dan memerlukan kos penyelenggaraan
yang tinggi untuk membersihkan sistem
perparitan.

• Pengumpulan minyak masak terpakai bertujuan


untuk mencegah dan mengurangkan kesannya
terhadap sistem perparitan dan ekosistem
hidupan akuatik.

• Dengan itu, minyak masak terpakai digunakan


untuk menghasilkan produk yang mesra alam dan
mempunyai nilai ekonominya yang tersendiri iaitu
sabun melalui proses saponifikasi.

8a i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Minyak masak terpakai juga boleh dikitar semula
• Pengasingan dan Kitar untuk menghasilkan biodiesel melalui proses
Semula transesterifikasi.
• Kitar Semula Sisa
• Kebergantungan kepada sumber asli yang tidak
boleh baharu juga dapat dikurangkan.

8b i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Biodiesel dihasilkan untuk menggantikan


• Pungutan dan bahan api fosil yang semakin berkurangan.
Pemindahan
• Penjadualan dan Rutin • Penghasilan biodiesel yang mesra alam turut
– Penggunaan Biodiesel mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

KIMIA 81
3.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang boleh digunakan bagi semua aktiviti ialah Pembelajaran Berasaskan
Kontekstual dan Mengeksperimen. Walau bagaimanapun, guru boleh menggunakan kedua-dua
strategi ataupun salah satu strategi mengikut kreativiti masing-masing.

Pembelajaran Berasaskan Kontekstual


Bagi memulakan strategi ini, langkah yang diperlukan adalah:

i. Menghubung kait (Relate)


• Guru menghubung kait proses saponifikasi dan transesterifikasi dalam keadaan sebenar
kepada murid melalui penghasilan sabun dan biodiesel dalam Aktiviti 7 dan Aktiviti 8.

ii. Pengalaman (Experience)


• Guru mewujudkan pengalaman pembuatan sabun dan biodiesel dalam kalangan murid
secara skala kecil melalui penerokaan.
• Memberi pendedahan kepada murid bahawa mereka juga boleh menyumbang kepada
persekitaran dengan menghasilkan sabun dan biodiesel.

iii. Mengaplikasikan (Application)


• Guru menggalakkan murid mengaplikasikan pengetahuan kimia asid-bes semasa
penyediaan sabun dengan mengambil kira nilai pH sabun yang dihasilkan (Aktiviti 7).
• Guru juga boleh menggalakkan murid menghasilkan sabun dan biodiesel di rumah
masing-masing.
• Guru mengutamakan keselamatan murid dan menggalakkan murid mengaplikasikan
pengetahuan langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa aktiviti
berlangsung dengan pengetahuan kimia yang sedia ada.

iv. Bekerjasama (Cooperation)


• Guru menggalakkan nilai bekerjasama dalam kalangan murid. Dengan itu, murid
berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui komunikasi dengan rakan serta
perkongsian ilmu kimia.

v. Memindahkan (Transfer)
• Guru memindahkan situasi pembelajaran tradisional kepada pembelajaran berfokus iaitu
memahami sesuatu konsep dengan menghubungkaitkan pengalaman dengan konteks
sebenar.
• Murid melakukan aktiviti menghasilkan sabun dan biodiesel di samping menulis
persamaan kimia.
• Murid boleh memindahkan pengetahuan penghasilan sabun dan biodiesel dalam
kalangan komuniti.

Mengeksperimen
Bagi memulakan strategi ini, langkah yang diperlukan adalah:

i. Hipotesis
• Guru menerangkan kaitan antara konsep kandungan karbon dengan jelaga dan konsep
tenaga haba daripada pembakaran (Aktiviti 8b) kepada murid.
• Seterusnya, murid membuat hipotesis tentang kandungan karbon dalam diesel dan bio
diesel berdasarkan formula kimia umum serta keberkesanan diesel dan biodiesel dalam
menghasilkan tenaga haba melalui pembakaran Aktiviti 8b.

82 KIMIA
ii. Merancang
• Guru menggalakkan murid merancang prosedur eksperimen berdasarkan panduan yang
diberi melalui perbincangan dalam kumpulan.
• Guru perlu memberi perhatian terhadap perancangan eksperimen dengan mengambil kira
langkah-langkah keselamatan.

iii. Merekod Data dan Pemerhatian


• Guru meminta murid merekod data dan pemerhatian yang diperlukan sepanjang
eksperimen berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
• Guru perlu memastikan murid menimbang berat mangkuk pijar bersama biodiesel / diesel
sebelum dan selepas pembakaran serta mencatat perubahan suhu air.

iv. Membuat Kesimpulan


• Murid membuat kesimpulan berdasarkan data dan pemerhatian dan seterusnya
menghubungkaitkan dengan TH.
• Guru memberi motivasi kepada murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti
berunsurkan TH.


3.8 GLOSARI

Bahan Api Alternatif – Penggunaan bahan api alternatif yang menggantikan petroleum seperti
biobahan api.

Biodiesel – Sumber bahan api yang seakan sama dengan diesel tetapi boleh dihasilkan daripada
minyak tumbuhan, lemak haiwan atau minyak terpakai. Pembakaran biodiesel tidak membebaskan
bahan kimia yang berbahaya terhadap persekitaran.

Hasil Lebih Bersih – Mengurangkan sisa pelepasan dan memaksimumkan output produk yang
bersih.

Kitar Semula Sisa – Sisa diguna semula untuk tujuan yang berbeza.

Minyak Masak Terpakai – Lebihan minyak masak yang diperoleh khususnya selepas menggoreng
makanan. Boleh dikumpul daripada restoran, hotel, industri dan juga isi rumah. Minyak masak
terpakai ini perlu ditapis untuk mengasingkan sisa makanan yang terperangkap didalamnya.

Pencegahan Sisa Makanan – Sisa makanan dikurangkan pengeluarannya.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya.

Pengasingan dan Kitar Semula – Bahan terpakai diasingkan mengikut jenis bahan dan diguna
semula.

Saponifikasi – Tindak balas antara ester dengan alkali untuk menghasilkan sabun dan gliserol.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi supaya dapat meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

KIMIA 83
Transesterifikasi – Proses transformasi molekul kimia trigliserida yang besar untuk menjadi
molekul yang lebih kecil. Struktur molekul ini akan kelihatan sama atau hampir serupa seperti
molekul yang terkandung dalam bahan bakar diesel.

3.9 AKTIVITI

Terdapat dua aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:

Aktiviti Strategi Tempoh

7 Pembelajaran Berasaskan Kontekstual 1 jam

8a Pembelajaran Berasaskan Kontekstual 2 jam


8
8b Mengekperimen 1 jam

84 KIMIA
AKTIVITI 7

Objektif

Menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai.

Latar Belakang

Pembuatan sabun daripada minyak masak terpakai lebih mesra alam kerana tidak meninggalkan
bahan kimia dalam ekosistem. Sabun yang dihasilkan ini mengaplikasikan kategori Pencegahan dan
Pengurangan melalui Pencegahan Sisa dan Hasil Lebih Bersih dalam Sektor Pengurusan Sisa dan
Air Sisa. Penghasilan sabun daripada minyak terpakai melibatkan proses saponifikasi. Selain itu,
murid juga boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan sabun yang berlainan
aroma dan bentuk.

Bahan dan Peralatan

i. 60 ml Minyak masak terpakai


ii. 10 g Serbuk / butiran Natrium hidroksida (NaOH)
(Pastikan bekas NaOH sentiasa tertutup kerana NaOH bersifat hygroscopic – mudah
meresap kelembapan daripada persekitaran)
iii. 50 ml Air suling
iv. 2 sudu Garam
v. Sarung tangan
vi. Gogal (goggles)
vii. Penutup hidung dan mulut (masks)
viii. 2 unit Bikar 100 ml
ix. Bikar 250 ml
x. Alat pengacau (hand mixer / electric stirrer / magnetic stirring plate)
xi. Acuan pelbagai bentuk (jika perlu)
xii. Kertas lilin (wax paper)
xiii. Indikator pH
xiv. Spatula
xv. Ais
xvi. Pandan
xvii. Termometer

Nota

Sebelum memulakan aktiviti ini, minyak masak terpakai perlu ditapis bagi memisahkan bendasing
yang terkandung dalam minyak masak terpakai. Langkah yang diperlukan adalah seperti berikut:
• Campurkan minyak masak terpakai dan air dengan nisbah 1:1 dalam satu bekas tertutup.
• Letakkan di bawah matahari selama 2 hari dan goncangkan bekas berkenaan sekerap yang
boleh.
• Biarkan campuran berkenaan termendap kepada dua lapisan, lapisan minyak terapung di atas
bekas dan lapisan air akan menjadi keruh.

KIMIA 85
Kaedah

i. Guru memberi pengenalan tentang kesan tumpahan minyak dengan memaparkan video :
• The Truth about the Exxon Valdez Oil Spill (2 minit)
https://www.youtube.com/ watch?v=UsBYe68PHqg
• Grease down the drain? (4 minit)
https://www.youtube.com/watch?v=1wywhEuEztQ

ii. Guru mengaplikasikan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dengan mengaitkan minyak
masak terpakai boleh dirawat melalui proses saponifikasi untuk menghasilkan sabun
(pengeluaran yang lebih bersih) dan seterusnya mencapai matlamat pencegahan dan
pengurangan dalam TH. Guru boleh mengemukakan soalan seperti:
o Apakah perasaan murid terhadap video pertama yang dipaparkan?
o Adakah amalan menuang minyak masak ke dalam singki berlaku di rumah anda?
o Adakah anda ingin menyumbang terhadap alam sekitar?
o Apakah sumbangan berkaitan dengan TH yang mampu anda beri?
o Adakah terdapat pusat pengumpulan minyak masak terpakai di kawasan perumahan
anda seperti yang dipaparkan dalam video kedua?
o Apakah yang boleh anda lakukan terhadap minyak masak terpakai di rumah anda?

iii. Guru bertanya kepada murid sama ada pernah menggunakan sabun DIY semula jadi atau
pernah menghasilkannya di rumah sebelum ini. Guru meminta murid yang pernah membuat
sabun untuk berkongsi pengalaman dengan rakan sekelas.

iv. Seramai 4 orang murid dalam satu kumpulan perlu mencari maklumat berkenaan cara-cara
menghasilkan sabun dan merancang aktiviti berkenaan.

v. Semasa perancangan aktiviti, murid perlu mengaplikasikan pengetahuan Kimia yang sedia
ada dan langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan ketika membuat sabun.

vi. Kemudian, murid-murid bekerjasama menghasilkan sabun. Guru boleh menggunakan


prosedur penghasilan sabun sebagai panduan.

*Nota : Sebelum memulakan aktiviti ini, guru perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti :
• Apabila melarutkan NaOH, pastikan butiran NaOH harus dimasukkan ke dalam air dan
bukan sebaliknya.
• Proses tersebut perlu dilakukan dalam kukusan ais (ice bath) kerana ia melibatkan proses
eksotermik.
• Sekiranya terkena larutan NaOH, basuh tangan di bawah laluan air paip yang mengalir.
• Murid perlu memakai sarung tangan, gogal (goggles), dan penutup hidung dan mulut
(masks) semasa menghasilkan larutan NaOH.
• Pastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan yang bersih supaya sabun berjaya
dihasilkan.

86 KIMIA
Maklumat Untuk Guru

Prosedur Penghasilan Sabun

i. Masukkan 60 ml minyak masak terpakai ke dalam bikar.


ii. Larutkan 10 g serbuk / butiran NaOH dalam 50 ml air dengan menggunakan kukusan ais
(ice bath) seperti dalam Gambar 10.

Masukkan 10 g NaOH ke
dalam air suling dan kacau
dalam kukusan ais (ice bath)
sehingga larutan jernih
diperoleh. Pastikan murid
memakai sarung tangan,
gogal (goggles) dan penutup
hidung dan mulut (mask)

Air suling

Ais

Gambar 10: Proses pelarutan NaOH dalam kukusan ais (ice bath)

iii. Panaskan larutan NaOH sehingga 50-55°C (sekiranya larutan NaOH yang diperoleh rendah
daripada 50°C).
iv. Tuangkan larutan NaOH ke dalam minyak masak terpakai secara perlahan-lahan dan kacau
campuran dengan kuat sehingga mendapat larutan homogeneous yang melekit iaitu
campuran sabun.
v. Sekiranya larutan tidak melekit selepas 30 minit, masukkan 2 spatula garam ke dalam
campuran.
vi. Masa yang diperlukan ialah lebih kurang ½ jam (boleh menggunakan alat pengacau elektrik
sekiranya mendapati campuran sabun tidak memekat).
vii. Campurkan cebisan daun pandan atau wangian yang sesuai untuk menambahkan
kewangian sabun dan menghilangkan bau minyak (boleh juga digantikan dengan kelopak
mawar, air ros, perasa vanila atau mengikut kreativiti murid).
viii. Tuangkan campuran sabun ke dalam acuan mengikut pilihan bentuk sabun yang ingin
diperoleh (Gambar 11).
ix. Keluarkan sabun daripada acuan selepas 1 hari dan bungkus dengan kertas lilin. Nilai pH
sabun ialah 10-12 pada masa ini (Gambar 12).
x. Biarkan ketulan sabun kering selama 4-6 minggu untuk mencecah nilai pH 7-8. Sabun yang
dihasilkan dicadangkan untuk kegunaan luaran sahaja (external use only), contohnya
pembersihan kasut sekolah, lantai dan sebagainya.

KIMIA 87

Gambar 11 Gambar 12
Tuangkan campuran sabun ke Hasil sabun yang diperoleh
dalam acuan pada keesokan hari

Pemerhatian

i. Ukur dan catatkan nilai pH campuran sabun semasa langkah (ix) dan (x).

Soalan Perbincangan

i. Apakah jangkaan nilai pH campuran sabun yang dihasilkan? Bandingkan nilai pH jangkaan
dengan nilai pH sebenar. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan sabun yang
dihasilkan sesuai digunakan?
ii. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sabun yang dihasilkan terlalu beralkali?
iii. Bagaimanakah anda boleh menjadikan sabun yang dihasilkan daripada minyak masak
terpakai mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi? Justifikasikan dengan Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui Pencegahan Sisa dan Hasil Lebih Bersih.

Kesimpulan

Dalam aktiviti ini, kategori Pencegahan dan Pengurangan melalui Pencegahan Sisa Makanan
dan Hasil Lebih Bersih bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa telah diaplikasikan bagi
mengelakkan minyak masak terpakai daripada disalurkan ke dalam sistem perparitan dan
menyebabkan pencemaran persekitaran. Melalui aktiviti ini, produk pembersih (sabun) juga
dapat dihasilkan daripada minyak masak terpakai.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Pereka Industri
• Pengusaha / Pengeluar (Industri Pembuatan Sabun)

88 KIMIA
AKTIVITI 8a

Objektif

Menghasilkan biodiesel daripada minyak masak terpakai.

Latar Belakang

Minyak masak terpakai boleh digunakan untuk menghasilkan biodiesel dengan mengaplikasikan
kategori Pengasingan dan Kitar Semula melalui Kitar Semula Sisa dalam Sektor Pengurusan Sisa
dan Air Sisa. Biodiesel semakin popular untuk digunakan sebagai sumber Tenaga Boleh Baharu.
Secara teorinya, biodiesel membebaskan kandungan karbon yang lebih rendah berbanding dengan
diesel. Masyarakat mengharapkan produk yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi di
samping tidak mencemarkan alam sekitar. Selain biodiesel, gliserol merupakan hasil sampingannya.
Gliserol yang terhasil ini boleh dirawat dan diproses untuk dijadikan sabun.

Bahan dan Peralatan

i. 60 ml Minyak masak terpakai


ii. 14 ml Etanol
iii. 0.5 g Serbuk / butiran Natrium hidroksida (NaOH)
iv. Silinder penyukat 25 ml
v. Silinder penyukat 100 ml
vi. Bikar 500 ml
vii. Bikar 250 ml
viii. Corong pemisah
(Alternatif: Menggantikan corong pemisah dengan botol kaca tetapi tunggu sehingga gliserol
membeku. Kemudian asingkan dengan menggunakan pipet.)
ix. Termometer
x. Sarung tangan
xi. Gogal (goggles)
xii. Penutup hidung dan mulut (mask)
xiii. 1 ml Air garam
xiv. 1 g Natrium sulfida kontang

Nota

Jika etanol tiada di sekolah, guru boleh menggantikannya dengan metanol.

KIMIA 89
Kaedah

i. Guru memulakan kelas dengan mencetuskan minat murid bahawa minyak masak terpakai
boleh dikitar semula untuk menghasilkan satu lagi produk yang juga mempunyai nilai
ekonomi yang tinggi. Pada masa yang sama, guru boleh bertanya soalan berkaitan dengan
biodiesel seperti berikut:
o Pernahkah anda mendengar tentang biodiesel?
o Pada pendapat anda, apakah nilai ekonomi biodiesel berbanding diesel?
o Pada pendapat anda, bagaimanakah biodiesel boleh dihasilkan?
o Bolehkan kita menghasilkan biodiesel sendiri di rumah? Jelaskan.

ii. Guru mengaitkan pengalaman murid menghasilkan sabun dengan objektif Aktiviti 8a melalui
transesterifikasi, minyak masak terpakai boleh menghasilkan biodiesel. Pada masa yang
sama, murid memindahkan pengetahuan TH dalam Aktiviti 7 kepada Aktiviti 8a. Bahan yang
digunakan untuk menghasilkan sabun dan biodiesel adalah hampir sama tetapi berbeza dari
segi pelarut.

iii. Guru menggalakkan murid bekerjasama dalam kumpulan untuk mencari kaedah
penghasilan biodiesel. Pada masa yang sama, pelajar sepatutnya dapat mengenal pasti
bahawa metanol merupakan pelarut yang lebih kerap digunakan berbanding dengan etanol.
Murid boleh menentukan pelarut yang sesuai digunakan dalam penghasilan biodiesel
berdasarkan justifikasinya. Di samping itu, guru juga boleh menggalakkan murid membuat
perbandingan antara langkah-langkah menghasilkan sabun dan biodiesel.

iv. Selepas itu, guru mewujudkan pengalaman menghasilkan biodiesel dengan membekalkan
bahan seperti minyak masak terpakai, NaOH dan etanol kepada pelajar.

Maklumat Untuk Guru

Berikut merupakan panduan menghasilkan biodiesel.

Prosedur:

i. Sukat 14 ml etanol ke dalam corong pemisah.


ii. Sukat 0.5 g serbuk / butiran NaOH dan larutkan NaOH ke dalam larutan etanol.
(Pastikan NaOH dimasukkan ke dalam etanol dan bukan sebaliknya)
iii. Sukat 60 ml minyak masak terpakai dengan silinder penyukat dan masukkan ke dalam
bikar.
iv. Panaskan minyak masak terpakai sehingga 50°C-55°C dalam kukusan air (water bath).
v. Tambahkan minyak masak terpakai ke dalam corong pemisah yang mengandungi NaOH
dan etanol. Jangan hidu bau yang terbebas.
vi. Goncangkan corong pemisah berkenaan dengan kuat selama 5 hingga 10 minit. Pastikan
corong ditutup dengan ketat semasa menggoncang.
vii. Pastikan pili corong pemisah dibuka sekali-kala untuk melepaskan ‘angin’.
viii. Biarkan larutan di dalam corong pemisah menjadi dua lapisan selama 30 minit.
ix. Keluarkan lapisan bawah iaitu gliserol di dalam bikar.
x. Lapisan yang tertinggal dalam corong pemisah ialah lapisan biodiesel.
xi. Cucikan biodiesel dengan 1 ml air garam.
xii. Keluarkan lapisan bawah dan tambahkan sedikit natrium sulfida kontang.
xiii. Biarkan biodiesel dalam corong pemisah dan simpan untuk Aktiviti 8b.

90 KIMIA
Nota

• Gliserol yang dihasilkan boleh digunakan untuk menghasilkan sabun seperti dalam
Aktiviti 7.
• Oleh itu, gliserol perlu dilarutkan terlebih dahulu dengan air berdasarkan nisbah 1:4.
• Selain menghasilkan sabun, guru boleh menggalakkan murid mencari maklumat mengenai
penghasilan produk lain seperti lilin dan sebagainya.

Corong pemisah, etanol, NaOH, minyak

Gambar 13: Bahan dan alat yang diperlukan untuk penghasilan biodiesel

Tuangkan etanol ke Larutkan NaOH dalam etanol Campuran minyak dan larutan
dalam bikar ethoxida (NaOH dan etanol)

Goncangkan campuran Selepas digoncang Biodiesel dan gliserol

Rajah 3: Carta alir proses penghasilan biodiesel dan gliserol

Pemerhatian

i. Catatkan perubahan warna campuran dari awal sehingga biodiesel dan gliserol terbentuk.
ii. Berapa lapisan yang boleh diperhatikan dalam corong pemisah? Apakah yang diwakili oleh
setiap lapisan berkenaan?
iii. Apakah nisbah biodiesel kepada gliserol yang terhasil?

KIMIA 91
Soalan Perbincangan

i. Apakah tujuan mengoncang botol dengan kuat selepas ethoxida (NaOH dan etanol)
dicampurkan dengan minyak masak terpakai?
ii. Bagaimanakah anda boleh mengetahui bahawa biodiesel telah terbentuk?
iii. Nyatakan sebab / rasional perlu menukarkan gliserol kepada produk yang boleh digunakan
dalam kehidupan seharian. Kaitkan dengan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
iv. Senaraikan produk-produk yang boleh dihasilkan daripada gliserol.
v. Apakah tujuan mencuci biodiesel yang terhasil dengan air garam?

Kesimpulan

Biodiesel dapat dihasilkan melalui Kitar Semula Sisa dengan mengaplikasikan kategori
Pengasingan dan Kitar Semula dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Oleh itu, mengitar
semula minyak masak terpakai kepada biodiesel bukan sahaja dapat mengurangkan gangguan
sistem perparitan, malah juga dapat menghasilkan sumber bahan api alternatif. Di samping
itu, bahan sampingan yang dihasilkan seperti gliserol juga dapat dirawat dan diproses untuk
dijadikan sabun.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Usahawan Teknologi Hijau (Biodiesel)


• Penyelidik Teknologi Hijau
• Saintis (Industri Sawit)
• Jurutera Kimia
• Operator Loji Biodiesel

92 KIMIA
AKTIVITI 8b

Objektif

i. Membandingkan kandungan karbon yang dibebaskan antara biodiesel dan diesel.


ii. Membandingkan keberkesanan penjanaan tenaga antara diesel dan biodiesel.

Latar Belakang

Penggunaan biodiesel yang terhasil ini melibatkan kategori Pungutan dan Pemindahan melalui
Penjadualan dan Rutin-Penggunaan Biodiesel dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Maka
dalam hal ini, murid menggunakan biodiesel sebagai bahan api alternatif. Secara teorinya, biodiesel
membebaskan kandungan karbon yang lebih rendah berbanding dengan diesel. Masyarakat
mengharapkan produk yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi di samping tidak
mencemarkan alam sekitar. Melalui aktiviti ini, murid diharap dapat membuat perbandingan antara
diesel dan biodiesel dari segi pembebasan karbon dan penjanaan tenaga seterusnya membuat
justifikasi dalam memilih sumber bahan api yang sesuai pada masa akan datang.

Bahan dan Peralatan

i. Penitis (dropper)
ii. Kayu lidi
iii. Mancis
iv. Mangkuk pijar
v. Kertas penapis (filter paper)
vi. Biodiesel (daripada Aktiviti 8a)
vii. Diesel
viii. Bikar kuprum / tin aluminium
ix. 70 ml Air suling
x. Silinder penyukat 100 ml
xi. Silinder penyukat 10 ml
xii. Termometer
xiii. Tungku kaki tiga
xv. Sumbu pelita
xvi. Bongkah kayu
xvii. Penghadang

Kaedah

i. Guru memulakan kelas dengan menekankan kepentingan Sektor Pengurusan Sisa dan Air
Sisa. Perbandingan antara biodiesel dengan diesel boleh diperoleh melalui pemerhatian
dan analisis terhadap hasil eksperimen. Dengan itu, murid akan mengetahui kepentingan
TH dalam kehidupan harian.

ii. Sebelum eksperimen bermula, guru meminta murid menyatakan hipotesis eksperimen
berdasarkan objektif aktiviti iaitu perbandingan antara biodiesel dan diesel terhadap:
• Kandungan karbon yang dibebaskan
• Penjanaan tenaga yang dibebaskan

KIMIA 93
iii. Guru boleh menggunakan pengetahuan sedia ada dalam topik alkena dan haba
pembakaran untuk menjalankan aktiviti ini.

iv. Murid merancang dan membuat pengubahsuaian secara berkumpulan berdasarkan


objektif aktiviti.

Maklumat untuk Guru

Prosedur:

A. Membandingkan kandungan karbon yang dibebaskan antara biodiesel dan diesel

i. Tuangkan 10 titis biodiesel yang terhasil daripada Aktviti 8a dan diesel ke dalam mangkuk
pijar yang berasingan.
ii. Nyalakan api dengan kayu lidi dan bakarkan biodiesel dan diesel pada masa yang sama.
iii. Bandingkan kandungan jelaga yang dihasilkan.

B. Membandingkan keberkesanan penjanaan tenaga antara diesel dan biodiesel

i. Sukat 70 ml air suling dan masukkan ke dalam tin aluminium dengan menggunakan silinder
penyukat.
ii. Catatkan suhu awal air suling selepas diisi ke dalam tin aluminium.
iii. Letakkan tin aluminium di atas tungku kaki tiga tanpa menggunakan kasa dawai.
iv. Isikan 2 ml biodiesel ke dalam mangkuk pijar yang terdapat sumbu dan rekodkan jisimnya.
v. Nyalakan sumbu dan selaraskan kedudukan mangkuk pijar dengan bongkah kayu supaya
nyalaan sumbu dapat sampai sehampir yang mungkin dengan tin aluminium.
vi. Kacau air di dalam tin aluminium dengan menggunakan termometer (pastikan bebuli
termometer tidak bersentuh pada tapak tin aluminium).
vii. Padamkan api pelita apabila suhu air dalam tin aluminium telah menaik sebanyak kira-kira
30°C.
viii. Catatkan suhu tertinggi yang dicapai.
ix. Timbangkan semula pelita dengan kandungan diesel yang tertinggal dengan serta-merta
dan catatkan jisimnya (elakkan proses penimbangan sekiranya mangkuk pijar masih
panas).
x. Ulangi langkah (i) hingga (ix) dengan menggantikan biodiesel dengan diesel.
xi. Kirakan tenaga haba yang dibebaskan dalam J/g dan bandingkan keberkesanan kedua-dua
diesel dan biodiesel.

C. Menjalankan Eksperimen

i. Murid mengira tenaga haba yang dibebaskan berdasarkan data yang dikumpulkan dan
seterusnya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian yang diperoleh
daripada eksperimen menunjukkan bahawa penggunaan biodiesel adalah mesra
persekitaran kerana membebaskan kandungan karbon yang rendah di udara berbanding
diesel. Justeru, penggunaan biodiesel dianggap sebagai ‘hijau’.
ii. Bincangkan kandungan karbon yang dibebaskan dan kaitannya dengan keberkesanan
pembakaran.
iii. Bincangkan keberkesanan penjanaan tenaga diesel dan biodiesel berdasarkan pengiraan
data.
iv. Guru membantu murid membuat rumusan dengan mengaitkan dengan TH.

94 KIMIA
Gambar 14 Gambar 15
Proses pembakaran diesel Kesan jelaga bagi biodiesel (kiri)
dan biodiesel serta diesel (kanan)

Pemerhatian

i. Bandingkan jumlah jelaga yang dibebaskan oleh biodiesel dan diesel semasa pembakaran.
ii. Catat tempoh masa yang diambil untuk meningkatkan suhu sebanyak 30°C dan bandingkan
dengan tenaga haba yang dibebaskan. Bincangkan keberkesanan diesel dan biodiesel
berdasarkan pemerhatian dan kiraan yang diperoleh.

Soalan Perbincangan

i. Apakah kesan karbon terhadap persekitaran?


ii. Mengapakah biodiesel menghasilkan jelaga yang kurang jika dibandingkan dengan diesel?
iii. Bincangkan pemilihan antara diesel dan biodiesel sebagai sumber api yang berkesan
daripada aspek kesannya terhadap persekitaran dan juga tenaga yang dapat dijanakan
berdasarkan analisis eksperimen yang dilakukan. Kaitkan dengan Sektor Pengurusan Sisa
dan Air Sisa.

Kesimpulan

Pembebasan karbon daripada biodiesel lebih rendah berbanding dengan diesel. Penghasilan
biodiesel merupakan satu contoh TH yang semakin dipergiatkan untuk menjadi sumber
tenaga alternatif. Eksperimen berskala kecil ini dapat membuktikan kepada murid bahawa
biodiesel sememangnya mempunyai potensi tinggi sebagai sumber tenaga alternatif. Maka
dengan mengaplikasikan kategori Pungutan dan Pemindahan melalui Penjadualan dan Rutin-
Penggunaan Biodiesel dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa membuktikan biodiesel
adalah bahan api yang mempunyai ciri ‘hijau’.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Pengurus Tenaga
• Pengurus Tenaga Boleh Baharu

KIMIA 95
3.9.1 SUMBER RUJUKAN

Perhatian

Guru digalakkan menyemak semula kebolehsediaan pautan sebelum digunakan di sekolah.


Sekiranya pautan yang dicadangkan tidak dapat diakses, guru boleh mencuba dengan menaip tajuk
untuk mendapatkan laman sesawang berkenaan.

Aktiviti 7

i. JooSoap; Eco Soap Studio


www.joosoap.org
ii. Kriti Saraswat. (2015, December 03). Reusing oil -- why is it dangerous for your
health?
http://www.thehealthsite.com/fitness/reusing-oil-why-is-it-dangerous-for-your-health/
iii. NCTCOG E&D. (2012, Jun 21). Grease down the drain?
https://www.youtube.com/watch?v=1wywhEuEztQ
iv. Super Easy Soap for Beginners. (2013, April 03)
https://www.youtube.com/watch?v=qGfXLznJJY0
v. Soap Making In Chemistry Class
http://sanmccarron.blogspot.my/2012/01/soapmaking-in-chemistry-class.html
vi. TheBlueSeals. (2010, May 17. )The Truth about the Exxon Valdez Oil Spill
https://www.youtube.com/ watch?v=UsBYe68PHqg
vii. Virtogil. (2009, June 11). Soap with used cooking oil
http://www.instructables.com/id/Soap-with-used-cooking-oil/step2/Soap-recipe-and-
fabrication/Soap with used cooking oil.

Aktiviti 8a

i. Biodiesel Learn How To Make Your Own Biodiesel From Vegetable Oil (2009,
January 15).
https://www.youtube.com/watch?v=9-SaPRccSDE
ii. Biodiesel-Using renewable resources.
http://www.umsl.edu/~biofuels/Biodiesel%20activites/Lab-Workshop-BIODIESEL
microscale- 07.pdf
iii. John Carr. (2009, July 31).How to Make BioDiesel #5 Draining Glycerine.
https://www.youtube.com/watch?v=CXTmZECsKBU&t=122s
iv. John Carr. (2009, July 31) .How to Make BioDiesel#6The Wash.
https://www.youtube.com/watch?v=XolFY8wFWMA
v. Making Biodiesel in the Chemistry Classroom.
http://www.coloradoscienceconference.org/userfiles/Making%20Biodiesel%20in%20
the%20 Chemistry%20Classroom.pdf
vi. Making Glycerin Soap from Biodiesel By-Products.
http://www.permaculture.com/node/535
vii. Zhiyou Wen, Christopher Bachmann, Robert Grisso, Jactone Arogo & David Vaughan.
Making Your Own Biodiesel.
https://biology.mit.edu/sites/default/files/Make_Biodiesel.pdf

96 KIMIA
Aktiviti 8b

i. Biodiesel-Using renewable resources.


http://www.umsl.edu/~biofuels/Biodiesel%20activites/Lab-Work shop-BIODIESEL
microscale- 07.pdf
ii. Haluzan, N. (n.d.). Renewables-info.com.
http://www.renewablesinfo.com/interesting_energy_articles/biodiesel_and_standard_
diesel_comparison.html

3.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

Aktiviti 7

i. Nilai pH sabun dijangka 8 kerana sabun bersifat alkali lemah secara teori. Namun, nilai pH
sabun yang baru dihasilkan jauh lebih tinggi daripada nilai 8, maka sabun berkenaan perlu
dibiarkan selama 4 - 6 minggu sehingga nilai pH jatuh kepada nilai pH yang selamat
digunakan.
ii. Biarkan sabun pada tempoh masa yang lebih panjang.
iii. Minyak masak terpakai yang dikumpulkan daripada rumah sendiri, jiran atau restoran
berdekatan digunakan untuk menghasilkan sabun dalam pelbagai bentuk dan
mempelbagaikan wangian. Kemudian, sabun tersebut boleh dipasarkan di pasar tani.

Aktiviti 8a

i. Supaya proses transesterifikasi berlaku.


ii. Dua lapisan terbentuk, lapisan atas mempunyai warna keemasan dan mempunyai bau yang
kurang menyenangkan.
iii. Memandangkan aktiviti ini menggunakan minyak masak terpakai (sisa) untuk menghasilkan
biodiesel, maka sisa tidak patut dihasilkan selepas minyak masak terpakai ditukarkan
kepada biodiesel. Sisa yang dihasilkan haruslah dikurangkan atau ditukar bentuk.
Gliserol pula perlu diuruskan secara hijau kerana ianya mempunyai banyak kegunaan.
iv. Gliserol yang merupakan sisa dalam proses penghasilan biodiesel boleh digunakan untuk
menghasilkan sabun. Sabun yang dihasilkan boleh digunakan untuk membersihkan lantai
dan sebagainya. Elakkan daripada menggunakannya ke atas tubuh badan.
v. Menyingkirkan pemangkin natrium hidroksida.

Aktiviti 8b

i. Menyebabkan kenaikan suhu bumi, pencemaran udara, penipisan lapisan ozon dan
gangguan kesihatan kepada manusia.
ii. Biodiesel mempunyai sifat pelincir yang unggul. Penggunaan biodiesel juga boleh
mengurangkan pembebasan hidrokarbon yang tidak terbakar / unburned hydrocarbons
(UHC), gas karbon monoksida dan pengeluaran zarah yang bersifat toksik melalui ekzos
kenderaan secara signifikan.
iii. Biodiesel merupakan sumber tenaga yang lebih berkesan daripada diesel kerana tidak
mencemarkan alam sekitar. Selain itu, tenaga yang dihasiikan oleh biodiesel adalah lebih
kurang sama dengan diesel. Kategori Pungutan dan Pemindahan melalui Penjadualan dan
Rutin-Penggunaan Biodiesel dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa boleh
diaplikasikan dalam aktiviti ini.

KIMIA 97
KIMIA DAN TEKNOLOGI
HIJAU

98 KIMIA
KIMIA DAN TEKNOLOGI HIJAU

4.0 TAJUK

Kimia Dan Teknologi Hijau

4.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep Teknologi Hijau (TH) yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat
di bawah:

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau


9 i. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu
(Energy Supply) (Renewable)
• Biojisim dan Biotenaga
(Biomass and Bioenergy)
ii. Bangunan • Pencahayaan Siang
(Building) (Daylighting)
• Pencahayaan Semula Jadi
(Use of Natural Lighting)
iii. Pengangkutan • Pengangkutan Jalan
(Transport) (Road Transport)
• Bahan Api Alternatif
- Kenderaan Elektrik
(Alternative Fuels-Electric
Vehicles)

4.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM KIMIA

TH bertujuan untuk mengurangkan atau meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar akibat
daripada aktiviti manusia. Ciri TH adalah menggalakkan persekitaran alam sekitar yang sihat dan
selamat (KeTTHA, 2016). Justeru pengaplikasian sektor TH adalah diperlukan dalam memastikan
bahan-bahan kimia yang digunakan dalam kehidupan seharian tidak akan memusnahkan kelestarian
alam sekitar.

Aktiviti 9 : Mengenal pasti sektor-sektor TH dengan menggunakan keratan akhbar

• Kategori Tenaga Boleh Baharu melalui kaedah Biojisim dan Biotenaga diaplikasikan dalam
Sektor Bekalan Tenaga.
• Biojisim adalah sumber tenaga boleh baharu yang merujuk kepada jirim organik iaitu tenaga
yang dihasilkan daripada bahan-bahan tumbuhan. Manakala, biotenaga adalah sumber
tenaga boleh baharu yang diperolehi daripada sumber Biologi (Majalah Sains, 2014).
• Pembuangan sisa organik seperti sisa makanan, tumbuhan dan haiwan akan
menyebabkan penguraian anerobik berlaku kerana kekurangan oksigen akibat daripada
tindak balas penguraian oleh mikroorganisma tertentu.

KIMIA 99
• Tindak balas tersebut akan menghasilkan gas metana dan karbon dioksida. Pembebasan
gas metana dan karbon dioksida secara berlebihan ke atmosfera akan memberi kesan
kepada alam sekitar.
• Melalui kaedah Biotenaga dan Biojisim dalam kategori Tenaga Boleh Baharu, masalah
pembebasan gas metana dan karbon dioksida dapat diatasi.
• Malah, sumber tenaga boleh baharu seperti biotenaga dan biojisim dapat mengurangkan
kebergantungan terhadap sumber bahan api fosil seperti petroleum dan gas asli.
• Rujuk keratan akhbar pada Lampiran (a) dan (b) yang membincangkan tentang sampah
sarap di Melaka yang digunakan untuk menghasilkan biojisim dan biotenaga.
• Kategori Pencahayaan Siang melalui kaedah Pencahayaan Semula Jadi bagi Sektor
Bangunan dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Melalui kaedah Pencahayaan
Semula Jadi, cahaya daripada matahari digunakan bagi tujuan pencahayaan dalam
ruangan bangunan pada waktu siang.
• Sektor Pengangkutan yang mengaplikasikan kategori Pengangkutan Jalan melalui kaedah
Bahan Api Alternatif-Kenderaan Elektrik akan dibincangkan dalam aktiviti ini. Sila rujuk
keratan akhbar pada Lampiran (c).
• Kaedah Bahan Api Alternatif-Kenderaan Elektrik dapat menggantikan penggunaan bahan
api fosil iaitu petroleum serta tidak mencemarkan alam sekitar.

4.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Pakar Perancang Bandar


• Arkitek Landskap
• Pengurus Persekitaran

4.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 9

i. Jelaskan sektor-sektor TH yang terdapat dalam keratan akhbar.


ii. Bagaimanakah sektor tersebut boleh diaplikasikan dalam kehidupan anda dan masyarakat
setempat?
iii. Bincangkan kesan jangka panjang penggunaan Biojisim dan Biotenaga, Pencahayaan
Semula Jadi dan Bahan Api Alternatif-Kenderaan Elektrik kepada alam sekitar.

4.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Mengaplikasikan pengetahuan dan maklumat mengenai TH.

100 KIMIA
4.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan


9 i. Bekalan Tenaga • Murid dikehendaki mencari keratan akhbar
• Tenaga Boleh Baharu dan bahan internet yang berkaitan dengan
• Biojisim dan Biotenaga TH serta pengetahuan Kimia yang sedang
ii. Bangunan dibincangkan di dalam negara mahupun
• Pencahayaan Siang antarabangsa.
• Pencahayaan Semula
Jadi • Bahan-bahan ini termasuklah sebarang
iii. Pengangkutan Jalan berita, imej, video, aktiviti sekolah, kempen
• Pengangkutan Jalan dan sebagainya.
• Bahan Api Alternatif
– Kenderaan Elektrik • Segala maklumat yang diperoleh perlu
dibincangkan serta mengaitkannya dengan
sektor dan kategori dalam TH yang
bersesuaian.

4.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang boleh digunakan bagi semua aktiviti ialah Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM). Terdapat satu aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam tajuk
ini. Cadangan pelaksanaan aktiviti adalah di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

PBM adalah salah satu kaedah pembelajaran yang dapat membantu murid membina kemahiran
untuk berhujah dan berkomunikasi. Kaedah ini memerlukan murid berfikir secara kreatif dan kritis,
dapat menganalisis masalah sebenar dan berkebolehan dalam berkomunikasi. Kaedah ini juga
memerlukan murid bekerjasama dalam kumpulan supaya mereka dapat berkongsi pendapat dan
idea untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi memulakan strategi ini, guru perlu memulakan
pengajaran dengan langkah berikut.

i. Pembentukan Kumpulan
• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Kumpulan adalah berdasarkan sektor TH yang
akan dibincangkan iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Bangunan dan Pengangkutan.
• Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid.

ii. Mengemukakan Masalah


• Guru menunjukkan video mengenai masalah sumber asli yang semakin berkurang, isu
longgokan sampah yang semakin membimbangkan serta masalah pencemaran yang
disebabkan oleh kenderaan.
• Untuk menggalakkan percambahan minda murid, guru mengemukakan soalan seperti:
o Bagaimana masalah ini diatasi? Berikan justifikasi anda.

iii. Mengenal pasti Masalah


• Murid berbincang di dalam kumpulan bagi mengenal pasti masalah melalui video yang
telah dipaparkan oleh guru.

KIMIA 101
iv. Mencari Alternatif Penyelesaian
• Murid berbincang di dalam kumpulan untuk mencari jalan penyelesaian kepada
masalah yang dihadapi.

v. Menilai Alternatif Penyelesaian Masalah


• Setiap kumpulan membentangkan dan menilai alternatif penyelesaian masalah yang
dihasilkan. Sumbang saran dan komen daripada semua kumpulan dapat memberi
alternatif yang terbaik untuk penyelesaian masalah.

vi. Membuat Refleksi Penyelesaian Masalah


• Setiap kumpulan membuat refleksi hasil daripada pembentangan dan komen daripada
kumpulan lain.

4.8 GLOSARI

Biotenaga – Biotenaga adalah sumber Tenaga Boleh Baharu yang diperoleh daripada sumber
Biologi.

Biojisim – Biojisim adalah sumber Tenaga Boleh Baharu yang merujuk kepada jirim organik iaitu
tenaga yang dihasilkan daripada tumbuhan.

Pencahayaan Siang – Penggunaan cahaya semula jadi untuk mengurangkan dan menjimatkan
penggunaan tenaga.

Pencahayaan Semula Jadi – Menggunakan cahaya secara efektif dalam reka bentuk bangunan
supaya dapat memaksimumkan visual dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Pengangkutan Jalan – Penggunaan kenderaan seperti kereta di jalan raya.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan


bangunan.

Sektor Pengangkutan – Memasukkan elemen TH dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan


khususnya biobahan api dan pengangkutan awam.

Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana dalam tempoh kewujudan hayat manusia.
Contohnya seperti tenaga solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biotenaga dan tenaga ombak.

Bahan Api Alernatif-Kenderaan Elektrik – Penggunaan kereta yang menggunakan tenaga


elektrik. Kereta digerakkan oleh satu atau lebih motor elektrik di mana elektrik disimpan di dalam
bateri yang boleh dicas semula atau peranti penyimpanan tenaga.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
yang memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dengan cara meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia.

102 KIMIA
4.9 AKTIVITI

Terdapat dua aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:

Aktiviti Strategi Tempoh

9 Pembelajaran Berasaskan Masalah 1 minggu

KIMIA 103
AKTIVITI 9

Objektif

Mengenal pasti sektor-sektor TH yang sedang dibincangkan di dalam negara mahupun


antarabangsa dengan menggunakan keratan akhbar dan bahan internet.

Latar Belakang

Murid dikehendaki mencari keratan akhbar dan bahan internet yang berkaitan dengan tiga sektor
TH iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Sektor Bangunan dan Sektor Pengangkutan. Bahan-bahan ini
termasuklah sebarang berita, imej, video, aktiviti sekolah, kempen dan sebagainya yang dilaporkan
oleh media massa. Bahan-bahan ini hendaklah mempunyai perkaitan dengan TH serta pengetahuan
Kimia yang sedang dibincangkan di dalam negara mahupun antarabangsa.

Segala maklumat yang diperoleh perlu dibincangkan bersama guru di dalam kelas dengan
mengaitkannya dengan sektor dan kategori TH yang bersesuaian. Antara sektor yang diberi
perhatian adalah Sektor Bekalan Tenaga, Sektor Bangunan serta Sektor Pengangkutan. Sebagai
contoh, maklumat dalam Lampiran (a) menekankan kategori Tenaga Boleh Baharu melalui kaedah
Biotenaga bagi Sektor Bekalan Tenaga manakala maklumat dalam Lampiran (b) menekankan
Sektor Bangunan yang mengaplikasikan kategori Pencahayaan Siang. Sektor Pengangkutan yang
mengaplikasikan kategori Pengangkutan melalui penggunaan Bahan Api Alternatif-Kenderaan
Elektrik ditekankan dalam Lampiran (c). Bahan-bahan maklumat yang dikumpulkan boleh dipaparkan
pada papan kenyataan Sains di sekolah semasa minggu Sains.

Bahan dan Peralatan

Keratan akhbar dan bahan internet.

Kaedah

i. Pembentukan Kumpulan
• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
• Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.
• Setiap kumpulan perlu memilih sektor TH yang disukai untuk dibincangkan.

ii. Mengemukakan Masalah


• Guru menunjukkan video mengenai masalah sumber asli yang semakin berkurang, isu
longgokan sampah yang semakin membimbangkan serta masalah pencemaran yang
disebabkan oleh kenderaan.
• Guru mengemukakan soalan yang menggalakkan percambahan minda seperti :
o Bagaimana masalah ini diatasi? Berikan justifikasi anda.

iii. Mengenal Pasti Masalah


• Murid berbincang di dalam kumpulan untuk mengenal pasti masalah berdasarkan video
yang dipaparkan oleh guru.

104 KIMIA
iv. Mencari Alternatif Penyelesaian
• Murid berbincang dalam kumpulan dalam usaha mencari jalan penyelesaian bagi
masalah yang dihadapi dengan mengaplikasikan sektor TH yang sesuai.

v. Menilai Alternatif Penyelesaian Masalah


• Setiap kumpulan membentangkan dan menilai alternatif penyelesaian masalah yang
dihasilkan. Sumbang saran dan komen daripada semua kumpulan dalam mendapatkan
alternatif yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

vi. Membuat Refleksi Penyelesaian Masalah


• Setiap kumpulan membuat refleksi hasil daripada pembentangan dan cadangan daripada
kumpulan lain.

Maklumat untuk Guru

Guru perlu memastikan murid telah mengumpulkan dan membawa keratan akhbar atau bahan
internet yang berkaitan dengan ketiga-tiga sektor TH yang hendak dibincangkan.

Pemerhatian

i. Murid menggunakan bahan keratan akhbar dan internet untuk mencari jalan alternatif bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
ii. Murid berkomunikasi dan berbahas dalam kumpulan mengenai jalan penyelesaian dengan
menggunakan sektor dan kategori TH yang sesuai.

Soalan Perbincangan

i. Sejauh manakah sumbangan TH seperti Sektor Bekalan Tenaga melalui kaedah Biojisim,
Biotenaga dan Angin dalam kelestarian bumi kita?
ii. Sejauh manakah TH seperti Sektor Bangunan dengan menggunakan kategori
Pencahayaan Siang di kawasan penempatan anda boleh diaplikasikan?
iii. Sejauh manakah anda dapat mengaplikasikan TH seperti Sektor Pengangkutan yang
melibatkan kategori Pengangkutan Jalan melalui kaedah Bahan Api Alternatif-Kenderaan
Elektrik di bandar yang anda tinggal?
iv. Sebagai generasi muda, jelaskan peranan anda dalam memberi kesedaran kepada
masyarakat setempat tentang ketiga-tiga sektor TH yang telah dipelajari di sekolah.

Kesimpulan

Pengetahuan dan tindakan selepas mengetahui keperluan terhadap mengaplikasikan sektor


TH adalah suatu impak yang besar kepada kehidupan yang lebih sihat dan mesra alam.
Hasilnya dapat melahirkan murid dan guru yang literasi TH.

KIMIA 105
Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Pakar Perancang Bandar


• Arkitek Landskap
• Pengurus Persekitaran

4.9.1 SUMBER RUJUKAN

Aktiviti 9

i. All Electric Vehicles


http://www.afdc.energy.gov/vehicles/electric_basics_ev.html
ii. Aplikasi Grafin-Hasilkan Elektrik Dari Tumbuhan
http://www.majalahsains.com/aplikasi-grafin-hasilkan-elektrik-dari-tumbuhan/
iii. Biodiesel Ganti Bahan Api Fosil
http://www.majalahsains.com/biodiesel-ganti-bahan-api-fosil/
iv. Careers in Sustainability & Green Jobs
www.environmentalscience.org/careers/sustainability-and-green-jobs
v. Construction of the Largest Wind Farm in Southeast Asia
www.youtube.com/watch?v=b7_ix42ghCQ
vi. How does a Biogas Plant Work?
www.youtube.com/watch?v=3UafRz3QeO8
vii. Kelebihan Teknologi Hijau
http://www.slideshare.net/kelebihan-teknologi-hijau
viii. Kelebihan Pencahayaan Semula Jadi
http://www.archlighting.com/technology/the-benefits-of-natural-light_o
ix. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
www.kettha.gov.my/portal/index.php?
x. Looking for a Career in the Green economy?
https://www.hmc.edu/hcsed/2016/10/31/looking-career-green-economy/
xi. Mengintegrasikan HVAC Dan Lampu Kawalan Untuk Kecekapan Tenaga
http://facilityexecutive.com/2014/10/benefits-of-integrating-lighting-and-hvac-controls
xii. Pencemaran Alam Sekitar Sisa Pepejal
www.youtube.com/watch?v=frHSi96KpGk
xiii. Sayangilah Bumi Kita
www.youtube.com/watch?v=ScDRHehygyo.
xiv. Tenaga dan Masa Depan
http://www.majalahsains.com/tenaga-dan-masa-depan-2/
xv. Teknologi Hijau Tingkat Kualiti Hidup, Pacu Ekonomi Negara
http://www.bharian.com.my/node/40615
xvi. Tenaga Lestari Afrika
http://www.sustainable.org.za/
xvii. What is Biomass?
www.youtube.com/watch?v=dQ-cIVJuDks

106 KIMIA
4.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

Aktiviti 9

i. Sektor Bekalan Tenaga melalui kategori Tenaga Boleh Baharu yang menggunakan
Biojisim dan Biotenaga mampu mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan
asli seperti petroleum dan gas asli (hasil pembakarannya mencemarkan alam sekitar).
Metana digunakan sebagai gas memasak dan ianya paling kurang membebaskan karbon
dioksida tetapi kepanasannya adalah tinggi berbanding bahan bakar yang lain.

ii. Sektor Bangunan yang menggunakan kategori Pencahayaan Siang melalui kaedah
Pencahayaan Semula Jadi mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan dan
mempunyai nilai estetika yang tinggi. Kategori Penggunaan Pencahayaan Siang melalui
kaedah Pencahayaan Semula Jadi ini boleh menjimatkan tenaga elektrik. Sebagai contoh,
pada waktu siang bangunan tidak perlu menggunakan lampu untuk pencahayaan tetapi
hanya perlu menggunakan pencahayaan daripada matahari bagi mencerahkan ruangan
bangunan tersebut. Hasilnya, penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan bagi tujuan
pencahayaan.

iii. Kategori Pengangkutan Jalan melalui kaedah Bahan Api Alternatif-Kenderaan Elektrik dapat
mengurangkan penggunaan bahan api fosil iaitu petroleum yang boleh mengakibatkan
pencemaran kepada alam sekitar. Petroleum merupakan antara bahan bakar yang banyak
membebaskan gas karbon dioksida. Penggunaan Bahan Api Alternatif-Kenderaan
Elektrik ini mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran
udara kerana meminimumkan pembebasan gas karbon dioksida. Kesan jangka panjang
daripada penggunaannya ialah dapat meningkatkan kualiti udara yang lebih segar dan tidak
menjejaskan kesihatan manusia.

iv. Antara contoh peranan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat setempat ialah:
- Mengamalkan TH dan mengaplikasikan di dalam kehidupan harian.
- Mengajak masyarakat setempat untuk membudayakan dan mengamalkan TH.
- Menyebarkan pada masyarakat setempat tentang kepentingan TH dalam kehidupan.
- Memperluaskan maklumat dan teknologi berkaitan TH.

KIMIA 107
Lampiran (a)

108 KIMIA
Lampiran (b)

KIMIA 109
Lampiran (c)

110 KIMIA
PANEL PENULIS

1. Dr. Nooraida Yakob Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

2. Nurul Iliani Mustapha SMK Pondok Upeh, Pulau Pinang

3. Dr. Salwati Yaakub Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)

4. Tay King Eng Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)

TURUT MENYUMBANG

1. Prof. Haslan Abu Hassan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)


Universiti Sains Malaysia (USM)

2. Dr. Mardiana Idayu Ahmad Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM

3. Prof. Madya Dr. Mohd Suffian Yusoff Timbalan Ketua Kluster Pengurusan Sisa
Pepejal (SWAM@USM), USM

4. Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Pengarah Pusat Pendidikan dan
Shafiei Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
(CETREE), USM

5. Prof. Madya Dr. Soib Taib Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik


dan Elektronik, USM

KIMIA 111
PENGHARGAAN

1. Puan Rozainum Ahmad Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


(BKK)

2. YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah Sains, Teknologi,


Kejuruteraan dan Matematik,
Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK)

3. YBrs. Dr. Rusilawati Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik, BPK

4. Tuan Hj. Naza Idris Saadon Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan
Vokasional, BPK

5. Puan Zalina Kamis Penolong Pengarah Sub Unit Sains, Matematik


dan Teknologi, BKK

6. Puan Norhashimah Ismail Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,


BPK

7. Puan Suriani Ngatiman Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,


BPK

8. Encik Kasdi Kamin Penolong Pengarah Unit Sains


Menengah, BPK

9. Puan Norfadhillah Yusoff Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

10. Encik Anandan a/l Kanniapan Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

11. Puan Nor’Aidah Nordin Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

112 KIMIA
KIMIA 113
114 KIMIA

Anda mungkin juga menyukai