Anda di halaman 1dari 8

LATIHAN SIMPULAN BAHASA

1. Pak Jumat yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.
A bongkok sabut B manis mulut C kering hati D hati muda

2. Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.
A tikam lidah B gelap hati C putih mata D alih angin

3. Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana herganya _______ .
A atas pagar B paku belanda C naik angin D kera sumbang

4. Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai.
A angkat mata B angkat kaki C angkat diri D angkat sumpah

5. Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.
A hutang darah B naik darah C hisap darah D mabuk darah

6. Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.
A titik peluh B makan suap C jalan buntu D kacang hantu

7. Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan.


A besar hati B ada hati C cekal hati D sampai hati

8. Kecemerlangan Johari dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya.


A buah hati B buah mulut C buah tangan D buah fikiran

9. Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.
A atas pagar B pilih kasih C hentam kromo D berpeluk tubuh

10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _______ .
A pekak badak B pisau cukur C pening lalat D buta huruf

11. Aida suka membaca, maka dia digelar _______.


A ulat buku B intan terpilih C puteri lilin D kaki bangku

12. Ali dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun.
A bunga dedap B embun jantan C buaya tembaga D buah hati

13. Mira _______. Dia suka membocorkan rahsia orang.


A mulut tempayan B telinga kuali C tangan panjang D kepala angin

1
14. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak.
A bertegang urat B berputih tulang C bermandi peluh D berjimat cermat

15. Berita penangkapan pegawai kerajaan yang _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
A makan suap B makan angin C makan tuan D makan hati

16. Ramlah mendapat _______apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu .
A mata duitan B buah tangan C gaji buta D durian runtuh

17. Datuk Zakaria telah dilantik menjadi _______ negara ke Sweeden .


A Guru Besar B Hakim Besar C Menteri Besar D duta besar

18. Pandangan golongan _______ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya
masalah di kemudian hari.
A cerdik pandai B gagah perkasa C kurus kering D tinggi lampai

19. Mak Munah menggunakan bekas plastik untuk menakung _______ .


A air hujan B air mata C air terjun D air laut

20. Saya bersetuju dengan sikap Encik Halim yang suka _______dalam mengendalikan kerja-kerjanya .
A panjang tangan B lepas tangan C ringan tangan D dalam tangan

21. Kami terpaksa _______kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami .
A berpatah balik B berpusing ligat C berubah hati D bertegang urat

22. Kerja-kerja _______ kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan .
A membaik pulih B mencari gali C mengawal selia D menaik taraf

23. Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee Kiat _______hendak mencuba lagi .
A sakit hati B baik hati C tawar hati D iri hati

24. Sudah hampir sepuluh tahun beliau _______ dengan syarikat di luar negara itu .
A bercampur aduk B berumah tangga C berurus niaga D beramah mesra

25. Nordin naik angin apabila Cikgu Zul _______ saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam
pergaduhan itu.
A tarik diri B tangkap mata C tangkap muat D tangkap buta

26. Zainal _______ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu.
A ringan mulut B ringan tangan C ringan lidah D ringan kepala

2
27. Pemuda itu sanggup _______ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu.
A sakit hati B samar muka C sakit mata D sabung nyawa

28. _______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.
A Pilih kasih B Perang mulut C Pilih bulu D Pening lalat

29. Siti Aisyah _______ apabila Cikgu Norhayati memujinya.


A senyum simpul B senyum tawar C senyum kambing D senyum sumbing

30. Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat _______ untuk
mengatasi masalah yang rumit itu.
A jalan keluar B jalan belakang C jalan pintas D jalan tengah

31. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh orang kenamaan itu.
A berjimat cermat B bermandi peluh C berputih tulang D bertegang urat

32. Persembahan Zaki yang _______ itu memikat hati para juri untuk memilihnya sebagai pemenang
pertandingan mendeklamasikan sajak itu.
A ada akal B ambil berat C atas pagar D ada gaya

33. Tiada siapa yang menyangka Haslin yang ________ itu dapat menyelesaikan masalah yang rumit.
A bodoh sepat B bongkok udang C buaya tembaga D bintang terang

34. Setelah isterinya meninggal dunia, Karim _______ dan berkahwin pula dengan adik isterinya.
A patah kandar B hilang akal C ganti tikar D retak seribu

35. Seman dan kawan-kawannya masih bermain dam di pondok menunggu bas di simpang jalan itu
walaupun _______ sudah turun.
A bunga dedap B embun jantan C emas urai D bintang terang

36. Pemuda-pemuda di desa itu _______ di bawah cahaya matahari menyabit padi yang sudah masak di
sawah.
A makan garam B mandi kerbau C mandi bunga D mandi peluh

37. Nenek Limah tinggal _______ di pondok buruknya itu.


A sekapur sirih B isi perit C sebatang kara D orang harapan

38. Kudin yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung Permai.
A tali barut B tebal telinga C teluk rantau D tulang belakang

3
39. Ayah membayar _______ sebanyak RM10 000 untuk membeli kereta Gen-2.
A buah pena B hutang darah C wang hantaran D wang muka

40. Malik menanam sayur di tanah yang lausnya hanya _______ di hujung kampung untuk menyara
hidupnya.
A dapat terpijak B retak seribu C sekangkang kera D sehelai sepinggang

41. Semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, kerajaan tersebut mempunyai _______
yang luas.
A tahi minyak B teluk rantau C isi perit D pasar gelap

42. Fuad _______ apabila Siva menuduhnya mengambil duit Persatuan Badminton untuk membeli raket
baru.
A buruk siku B hilang akal C makan diri D hangat hati

43. Nelayan-nelayan di perkampungan itu kerap ditindas oleh ________ itu.


A muka tembok B lintah darat C pisau cukur D alim kucing

44. Sekiranya kamu tidak pasti, jangan cuba _______ kerana buruk padahnya.
A sakit mata B serkap jarang C ringan mulut D potong leher

45. Masalah itu masih belum selesai kerana setiap rundingan sentiasa menemui _______ .
A jauh hati B jalan buntu C kera sumbang D makan angin

46. Untuk mengelakkan _______ daripada berlaku, Aziz merahsiakan perkara itu daripada Ainol.
A patah hati B pasang kaki C perang mulut D naik darah

47. Sekiranya Sharul ada, tentu kita _______ kerana ada saja kelakar yang dibuatnya.
A tak kering gusi B makan hati C telinga lintah D tin kosong

48. Keberanian Alim dan kawan-kawannya menangkap pencuri itu telah menjadi _______ penduduk
kampung.
A buah mulut B buah hati C buah fikiran D buah tangan

49. Ayah dan ibu turun ke sawah sebaik sahaja _______ .


A bintang terang B makan garam C fajar menyinsing D pasar gelap

50. Kerani bank itu menjadi _______ apabila melihat wang yang banyak di hadapannya.
A jejak barat B gelap mata C cupak hanyut D bodoh sepat

4
51. Pembahas itu berhujah dengan memberikan contoh yang _______ kepada hadirin.
A panjang akal B cari akal C masuk akal D ada akal

52. Alim telah dipulaukan penduduk kampung kerana disyaki menjadi _______ pengganas.
A patah kandar B mata petai C tali barut D hilang lenyap

53. Tidak usahlah kamu percaya akan _______ Pak Busu yang sepanjang hari hanya berbual di kedai
kopi itu.
A khabar angin B omong kosong C hangat hati D jinak merpati

54. Bakul-bakul ini adalah _______ orang-orang yang cacat penglihatan.


A ringan tangan B bekas tangan C buah tangan D dalam tangan

55. Tiba-tiba sahaja pemuda itu _______ lalu mengamuk di kawasan kampung.
A gelap hati B rambang mata C mata durian D gelap fikiran

56. Mereka mendapat _______ apabila syarikat mereka mencapai keuntungan besar.
A tulang belakang B mata durian C durian runtuh D langkah kanan

57. Rahsia kita telah dobocorkan oleh si _______ itu.


A mulut murai B mulut tempayan C mulut manis D mulut biawak

58. Sesiapa sahaja yang _______ akan didakwa di mahkamah.


A makan suap B makan hati C makan darah D buruk makan

59. Kami _______ kerana gagal memasuki perlawanan akhir bola sepak.
A putih hati B ada hati C putih mata D mata hati

60. Liyana merupakan _______ pasukan bola jarring sekolahnya.


A tulang belakang B batu loncatan C senapang bambu D kucing bertanduk

61. Jika tiada _______ itu, sudah tentu mereka tidak bertelagah.
A batu lesung B batu loncatan C kepala batu D batu api

62. Kakak menjadi _______ apabila melihat pakaian-pakaian di pusat membeli belah itu.
A rambang mata B mata keranjang C mata hati D bidan terjun

63. “Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya. Dia itu _______,” kata Malek.
A pasang telinga B mulut murai C ada angina D senapang bamboo

5
64. Kadar _______ di kalangan penduduk luar Bandar sudah jauh berkurangan.
A buta ayam B buta huruf C buta perut D buta tuli

65. Banyak syarikat bumiputera terpaksa _______ akibat kelembapan ekonomi negara.
A cabut nyawa B balik gagang C hutang darah D gulung tikar

66. Encik Idrus gemar mendengar muzik klasik sebagai _______ pada masa senggang.
A halwa telinga B buah pena C bidan terjun D daki dunia

67. Daud terkenal sebagai _______ di kampong itu kerana suka duduk di simpang jalan hingga larut
malam.
A kepala batu B kepala angina C kutu embun D kera sumbang

68. Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh pihak media massa kerana bersikap _______.
A baik sangka B buruk siku C putih mata D pilih kasih

69. Pemuda yang kurang siuman itu tersengih-sengih seperti _______ apabila lalu di hadapan gadis itu.
A cacing kepanasan B kerang busuk C sampah masyarakat D saudara pungut

70. “Usahlah memandang saya seperti _______. Saya juga berhak bersuara di Negara yang
mengamalkan sIstem demokrasi ini,” kata Juah kepada penduduk kampung.
A kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap D penyapu baharu

71. Ana dan Ani yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu merupakan _______
Encik Abu dan Puan Zaini.
A buah pena B bidan terjun C nyiur gading D mata petai

72. Usahlah kamu berharap Encik Hasan yang terkenal dengan gelaran _______ itu akan menghulurkan
derma kepada anak-anak yatim.
A lintah darat B ketam batu C buaya tembaga D bodoh sepat

73. Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk seperti _______ semasa memperagakan fesyen
pakaian ini.
A bongkok sabut B patah kandar C tali barut D cupak hanyut

74. Tuk Penghulu menasihati _______ nya supaya sentiasa hidup bantu-membantu antara satu sama
lain.
A anak emas B anak buah C angak angkat D anak tiri

75. Ah Lim tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang _______ .
A hidung tinggi B buah mulut C bulat hati D harga diri

6
76. Pak long dan mak ngah sanggup ber _______ hanya kerana berebut harta pusaka.
A hisap darah B patah arang C paling tadah D retak seribu

77. Dia _______ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.


A makan diri B makan gaji C makan hati D makan suap

78. Cikgu Dayani terpaksa _______ dalam hal murid-muridnya itu.


A baik sangka B buruk siku C campur tangan D pilih kasih

79. Karim terpaksa _______ kerana belum mendapat gaji lagi.


A ikat perut B mulut tempayan C pekak badak D lipas kudung

80. Najwa selalu bergaduh dengan abangnya kerana dia _______.


A kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap D telinga nipis

81. Sikap Ana yang _______ semasa bekerja tidak disenangi oleh majikannya.
A buah pena B berat tulang C nyiur gading D mata petai

82. Amir telah _______ setelah gagal beberapa kali dalam temu duga.
A patah hati B rambang mata C buaya tembaga D bodoh sepat

83. Segala permintaannya dituruti kerana ia _______ keluarganya.


A bongkok sabut B patah kandar C tali barut D anak emas

84. Walaupun telah bersara Ustaz Asharin tetap berasa bangga kerana ramai _______ nya telah
berjaya.
A anak angkat B anak buah C anak tut D anak didik

85. Amin dapat mengendalikan rancangan jenaka itu dengan baik walaupun tugasnya hanya _______.
A lepas tangan B bidan terjun C baik hati D hentam kromo

86. Jangan bersikap _______ketika mengadili sesuatu permainan.


A buruk sangka B berat sebelah C baik hati D cangkul angin

87. Adila geram dengan sikap pemuda yang sengaja _______ ketika terpandang akan dirinya.
A senyum kambing B kacang hantu C batuk kambing D hati batu

88. Jangan dilayan sangat pemuda yang duduk di pondok bas itu kerana dia ______.
A gila bahasa B alim kucing C buruk siku D rambang mata

7
89. Ana yang _______ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran Sains yang
diajar oleh CikGU Zul.
A ada hati B cekal hati C terang hati D sampai hati

90. Kerajaan Melaka mempunyai _______ yang luas sehingga ke Sumatera.


A nyiur gading B anak gahara C wang hangus D teluk rantau

91. Banci penduduk 2004 telah dijalankan untuk mengetahui jumlah _______ di seluruh negara.
A isi rumah B isi perut C isi hati D jatuh hati

92. Banyak peniaga menjual ubat-ubatan tradisional di ________ Jalan Masjid India.
A kaki bangku B kaki lima C kaki ayam D kaki bola

93. Bapa menyekolahkan anak-anaknya hingga ke universiti hasil daripada _______ nya di sawah.
A panjang akal B jejak langkah C ringan tulang D titik peluh

94. Peragawati itu berjalan melenggang-lenggok seperti _______ ketika memperagakan fesyen pakaian
terbaru.
A patah kandar B bongkok sabut C cupak hanyut D nyiur gading

95. Sejak Anuar berpisah dengan _______ nya dia asyik termenung sahaja.
A puteri lilin B anak buah C ibu pertiwi D mata air

96. Orang tua itu seorang yang kaya raya di kampong, tetapi dia seorang _______ .
A kaki bangku B tangkai jering C bulat hati D harga diri

97. Salmi tidak sombong orangnya, tetapi dia hanya _______.


A hisap darah B patah arang C paling tadah D berat mulut

98. Rencana yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan itu telah _______ banyak pihak tentang
masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu.
A membuka mata B membuka peluang C membuka tembelang D membuka hati

99. Datuk Murad telah memberi _______ kepada Ramasamy sama ada mahu meneruskan kerja atau
diberhentikan kerja .
A kata putus B kata dua C kata sepakat D kata hati

100. Seorang pelatih skuad bola sepak negara terpaksa _______ daripada latihan pusat kerana ibunya
meninggal dunia.
A menarik diri B membawa diri C menyerah diri D menahan diri

Anda mungkin juga menyukai