Anda di halaman 1dari 3

Forum 2

Chapter 11 : KBKK

Kaedah Pembelajaran KOLB.

Kaedah Teori Pembelajaran KOLB menyarankan bahawa refleksi membolehkan guru atau
pelajar mengetahui tentang pola tindakan yang berlaku di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan refleksi membolehkan guru atau pelajar untuk membentuk konsep-
konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat generalisasi.

Kolb (1984) menyatakan bahawa dalam proses pembelajaran, seseorang individu akan melalui
empat peringkat kitaran pembelajaran yang saling berkaitan antara satu sama lain dan saling
bantu membantu bagi mencapai objektif pembelajaran. Kitaran pembelajaran menurut teori
Kolb ini bermula daripada peringkat :

1) Pengalaman Konkrit (PK)


2) Pemerhatian Reflektif (PR)
3) Pengkonsepsian Anstrak (KA)
4) Percubaan Aktif (PA)

Model teori pembelajaran refleksi


Pengalaman Konkrit (PK)

 Dalam pengalaman konkrit, pelajar terlibat dengan pengalaman baru. Intuisi amat
ditekankan. Pelajar perlu berfikir terbuka, mudah beradaptasi, intuitif dan melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Pemerhatian Reflektif (PR)

 Pelajar menjadi pemerhati yang objektif. Kemahiran mendengar, memerhati dan


menyedari perubahan amat penting bagi individu yang terlibat dalam gaya
pembelajaran ini. Ia juga menerangkan sikap pelajar reflektif menyatakan bahawa
sesetengah orang gemar bersikap tunggu dan lihat, memerhati dan mendengar
perbincangan orang lain terlebih dahulu dalam melaksanakan sesuatu tugasan apabila
soalan diajukan, mereka mengambil masa untuk berfikir, teragak-agak dan kurang
berkeyakinan.

Pengkonsepsian Abstrak (KA)

 Pelajar berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik
ke dalam bentuk konsep, teori dan idea. Aspek pemikiran ditekankan berbanding
intuisi

Percubaan Aktif (PA)

 Pelajar terlibat secara langsung dengan persekitaran. Gaya dominan yang terlibat
dalam eksperimentasi aktif ialah pengujian. Strategi utama adalah mencari jalan
penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang praktikal. Mampu melihat
suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif.

Berdasarkan iklan tersebut menunjukkan peringkat pembelajaran kanak-kanak tersebut


berdasarkan kitaran pembelajaran Kolb.

KEBOLEHAN AKTIVITI PENGLIBATAN


Pengalaman Konkrit Libatkan diri dengan Kanak-kanak tersebut cuba untuk
pengalaman baru menjual aiskrim nenas yang dibuat
oleh ibunya selepas dia memakan
aiskrim nenes tersebut. Dia cuba
untuk menjual namun tiada siapa
yang membeli aiskrim yang dijual
olehnya. Dia menanyakan kepada
ibunya kenapa tiada orang membeli
aiskrimnya.
Pemerhatian Reflektif Fikir dan perhatikan Ibu kanak-kanak itu memintanya
pengalaman dari pergi melihat bagaimana orang di
semua sudut pasar menjual barangan mereka. Dia
memerhati cara orang menjual di
pasar dan mendapat idea macam
mana hendak mempromosikan
aiskrimnya.
Pengkonsepsian Abstrak Contoh konsep- Apabila pulang dari pasar kanak-
konsep yang kanak itu telah melakarkan label
diintegrasikan dari untuk bekas aiskrimnya dengan
pengalaman dan menamakan produknya serta
pengamatan teori meletakkan harga dan tawaran yang
sebaiknya. Dia mencipta logo dan
trade mark sendiri kepada produk
jualannya. Dia mengaplikasikan apa
yang dilihat ketika peniaga-peniaga
di pasar itu membuat jualan.
Percubaan Aktif Gunakan teori bagi Setelah dia meletakkan label produk
memecahkan masalah dan harga pada bekas jualan
serta membuat aiskrimnya dia terus memulakan
keputusan langkah baru untuk menjual
aiskrimnya. Dia cuba meniru cara
orang di pasar meniaga dengan
memanggil orang untuk membeli
aiskrimnya. Akhirnya dia berjaya
menjual aiskrimnya dengan baik dari
hari ke hari.

Chapter 12 : Ingatan

No. Nama Warna rumah Minuman Sarapan pagi Pengangkutan


1 Alan Kuning Air Telur Berjalan
2 Michael Biru The Keju Bas
3 John Merah Susu Bubur Kereta api
4 Peter Putih Oren Roti Basikal
5 Tom Hijau Kopi Bijirin Kereta

Yang makan bijirin ialah TOM

Anda mungkin juga menyukai