Anda di halaman 1dari 3

BAB 4: STANDARD KANDUNGAN: 4.

4 PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN

1. Semasa persetubuhan,
a) Berjuta-juta sperma dipindahkan dari zakar ke dalam faraj.
b) Tetapi, hanya satu sperma berjaya mensenyawakan ovum.

sperma
ovum

A – Pengovulan (ovulasi). Satu ovum matang dibebaskan oleh ovari ke dalam Tiub Falopio.
B – Persenyawaan. Sperma bercantum dengan ovum.
C, D, E, F – Pembentukan zigot. Selepas persenyawaan, zigot akan membahagi berulang kali untuk
membentuk satu bebola sel dikenali sebagai embrio.
G - Pada hari ke-7 hingga ke-8 selepas persenyawaan, embrio akan melekat pada dinding uterus
melalui penempelan. Perempuan tersebut dikatakan hamil. Tempoh kehamilan berlangsung
selama 40 minggu. Selepas 2 bulan, embrio dikenali sebagai fetus, iaitu setelah bahagian
anggota badan dapat dikenalpasti. Fetus berkembang dalam uterus dan setelah dilahirkan,
fetus dikenali sebagai bayi.

Penempelan Embrio

1. Embrio bergerak di dalam Tiub Falopio menghala ke arah uterus.


2. Apabila sampai di uterus(dinding berotot yang menjadi tempay embrio menempel), embrio
akan melekat pada dinding uterus yang telah menebal.
3. Proses pelekatan embrio pada dinding uterus ini dikenal sebagai penempelan.
1

4. Perempuan yang mengalami penempelan embrio ini dikatakan telah hamil.


HALAMAN

DISEDIAKAN OLEH PUAN ZULIZA


BAB 4: STANDARD KANDUNGAN: 4.4 PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN

5. Plasenta (tempat pertukaran nutrien, oksigen, karbon dioksida dan bahan buangan)
menempelkan embrio pada dinding uterus dan membekalkan makanan dan oksigen kepada
embrio.
6. Tali pusat yang menghubungkan embrio kepada plasenta dan menyalurkan makanan dan
oksigen daripada ibu kepada embrio.
7. Embrio dikelilingi dan dilindungi oleh dua lapisan membran yang dikenal sebagai amnion
(membran yang membentuk pundi dan mengandungi bendalir). Bendalir amnion bertindak
sebagai kusyen untuk menyerap hentakan, gegaran dan mencegah sebarang kecederaan
kepada fetus.
8. Bahan kumuh seperti karbon dioksida dan urea daripada embrio disingkirkan ke dalam darah
ibu melalui tali pusat.

Fetus di dalam uterus.

plasenta

Tali pusat

Fetus

uterus

amnion

Tali pusat

Pundi kencing

Faraj

Anus
2
HALAMAN

DISEDIAKAN OLEH PUAN ZULIZA


BAB 4: STANDARD KANDUNGAN: 4.4 PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN

Kelahiran Bayi

1. Selepas sembilan bulan, fetus terbentuk dengan lengkap dan bersedia untuk
dilahirkan.
2. Badan fetus berputar sehingga kepalanya mengarah ke serviks.
3. Serviks membuka dan proses kelahiran berlaku.
4. Amnion dan bendalir amnion mengalir keluar.
5. Otot dinding uterus mengecut dengan kuat.
6. Fetus bergerak ke bawah dan keluar melalui serviks dan faraj.
7. Bayi dilahirkan.

3
HALAMAN

DISEDIAKAN OLEH PUAN ZULIZA

Anda mungkin juga menyukai