Anda di halaman 1dari 2

BAB 4: STANDARD KANDUNGAN 4.

3: KITAR HAID

1. Haid ialah penyingkiran tisu yang melapisi dinding uterus darah, mukus dan ovum yang tidak
tersenyawa melalui faraj. Ianya berlaku secara berkala dan biasanya berlaku sekali dalam 28
hari.
2. Apabila seseorang perempuan mencapai akil baligh, dia akan mengalami haid.
3. Haid akan berhenti apabila perempuan mencapai menopaus.
4. Kitar haid merupakan satu siri perubahan yang berlaku pada ovari dan dinding uterus. Kitar
ini melibatkan pemecahan dan pembinaan lapisan dinding uterus serta pembebasan ovum
dan ovari. (pengovulan)
5. Kitar haid berlaku disebabkan oleh perubahan dalam lapisan uterus.

Dinding uterus akan terluluh dan keluar dari badan melalui faraj.
Fasa Haid Lelehan ini dikenal sebagai haid.
(1-5) Kandungan yang mengalir keluar semasa haid termasuklah darah,
lender, sel lapisan uterus dan ovum yang tidak disenyawakan.
Dinding uterus akan membentuk dan mula menebal.
Fasa Pemulihan
Banyak saluran darah terbentuk pada dinding uterus.
(6-11)
Ovum berada di dalam ovary.
Fasa subur Dinding uterus meneba.
(12-17) Pengovulan biasanya berlaku pada hari ke-14.
Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, dinding uterus akan
Fasa prahaid
terluluh.
(18-28)
Besedia untuk kitar haid yang seterusnya.
1
HALAMAN

DISEDIAKAN OLEH PUAN ZULIZA BINTI ZULKIFLI


BAB 4: STANDARD KANDUNGAN 4.3: KITAR HAID

Kepentingan menjaga kebersihan diri semasa haid.

1. Tuala wanita dipakai sebagai lapisan pada seluar dalam untuk menyerap lelehan haid. Hal
ini akan mencegah lelehan daripada mengotorkan pakaian.
2. Tuala wanita harus ditukar kira-kira setiap empat jam untuk mencegah bau yang tidak
menyenangkan serta untuk mengelakkan jangkitan.
3. Sesetengah wanita lebih gemar memakai tampon yang dimasukkan ke dalam faraj.
4. Tampon tidak seharusnya digunakan secara berterusan sepanjang tempoh haid.
5. Tampon perlu ditukar pada setiap empat jam pada waktu siang dan tuala wanita luar perlu
dipakai pada waktu malam.

Tuala wanita Tampon

2
HALAMAN

DISEDIAKAN OLEH PUAN ZULIZA BINTI ZULKIFLI

Anda mungkin juga menyukai